From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Friday 27 February 2009

Keperibadian??Islamic or Barat..

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka...." (Al-Fath:29)


Jika dilihat pada hari ini.. Keperibadian umat Islam mula tercela. Sudah tidak bijak membezakan mana Syakhsiyah (keperibadian) dan Syakhshiyah Islamiyah (keperibadian Islam). Di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah tidak memberitahu istilah baru itu. Hal itu adalah lumrah kerana merupakan hal baru yang belum pernah ada pada masa Rasulullah SAW, sahabat bahkan berabad-abad selama terwujudnya masyarakat Islam secara nyata.



Maka pembahasan masalah tersebut menjadi sangat penting dibicarakan. Nape ye?? Sepanjang minggu nie macam-macam perkara dilalui. Ditambah pula ceramah disurau malam khamis hari tuh dan juga khutbah jumaat hari nie. Secara tidak langsung memikirkan saya hal-hal keperibadian. Sejauh keadaan kita sekarang. Al-Maadiyah(produk-produk) mahupun al-afkaar(nilai-nilai) yang datang dari budaya Barat semakin bermaharajalela di berbagai negeri kaum Muslimin di saat ini.

Bidang ilmu kejiwaan atau psikologi salah satu nilai yang tertanam dalam kehidupan kaum Muslimin saat ini. Nilai-nilai yang dikembangkan antara lain iaitu konsep keperibadian manusia yg sgt dientukan oleh perlbagai platform yang akan disebutkan oleh saya nanti. Tinggi-rendahnya keperibadian seseorang itu ditentukan dari perbagai sudut:

1) nilai-nilai fizik (postur tubuh, cara berjalan, bentuk hidung, mata, tahi lalat)
2) nilai-nilai bukan fizik (bentuk pakaian, warna kesukaan, makanan-minuman, saat kelahiran, adat istiadat dan sebagainya.)
3) nilai-nilai lainnya (pendidikan, ekonomi, sosial-politik dan sebagainya)

Itu lah platform atau standard yang dinilai dan dipandukan oleh kaum Muslimin. Di saat pada diri sendiri, pemilihan pasangan hidup, membentuk keperibadian anak-anak, isteri, dan keluarga, masyarakat, dan hingga ke peringkat memilih pemimpin yang menerajui & mengetuai di barisan hadapan agama Allah. Nilai-nilai ini lah semakin mendapat sambutan kaum Muslimin dalam memandang kemulian dan kerendahan nilai keperibadian pada diri seseorang mahupun masyarakat.

Seorang yg santun berkata, rapi, disiplin, pemaaf, tepat waktu; dikatakan keperibadian baik, menarik dan mulia, meskipun ia dalam masa yang sama dia adalah kaki botol, tidak menutup aurat dan sebagainya. Hidup tanpa ikatan pernikahan sebumbung dengan pasangannya atas dasar suka sama suka, berbaju kurung tetapi tidak bertudung, memakan wang riba' dan hasil perjudian yang legal mahupun tidak. Sudah memadai datang ke tempat-tempat ibadahnya pada saat-saat tertentu saja. Banyak lagi contoh mudah yang kita dapatkan di masyarakat.

Apa kan lagi kini muncul 'sekolah keperibadian' yang mengajar tentang 'keperibadian baik dan mulia' dengan nilai-nilai baik dan mulia menurut para pengajarnya (masyarakat Barat).

Harus di fahami pemahaman tentang makna 'keperibadian' dan 'keperibadian Islam', agar kaum Muslimin memiliki sebuah keperibadian yang benar, mulia dan kukuh yang dibangunkan diatas nilai-nilai Aqidah Islam sebagaiman keperibadian Rasulullah SAW dan para sahabat yang mulia.

Wallahulam

Wednesday 25 February 2009

Test and Patient

From Qur'an Surah Al-Baqara (The Cow) 2:155

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Sâbirin (the patient ones, etc.).


Allah (swt) asked us to be patient over and o ver again in the Qur'an... Let us be patient in these desperate times... let us think of how we can change our situation for better... better yet, how we can change OURSELVES first.. let us do our part and than leave the rest to Allah (swt)...

Tuesday 24 February 2009

Enter Islam

From Qur'an Surah Al-Baqara (The Cow) 2:208



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

O you who believe! Enter perfectly in Islam (by obeying all the rules and regulations of the Islamic religion) and follow not the footsteps of Shaitân (Satan). Verily! He is to you a plain enemy.


the Aya is very clear that we are to obey all aspects of Islam... as Muslims, we see our situation all around us. they only way to improve, is to start obeying Allah (swt) in ALL aspects of our lives..and not being selective... if these words of Allah (swt) don't have impact on us, than we need to question ourselves as to how much we want to enter Jannah... May Allah (swt) guide us all. Ameen.

Be Careful of what you say!

Ibn ‘Umar said the Prophet said:

“O people! Indeed, you will die and you will go to Allah. May Allah have mercy on an ‘Abd (servant of Allah) who talked and earned goodness, or kept quiet and stayed safe.”

“Indeed, the tongue controls the person more than anything else.”

“Surely, all the human’s talk is against him except the remembrance of Allah, or bidding good, or forbidding evil, or making peace between the believers is for him.”

Mu’adh said: “O Messenger of Allah! Will we be judged by what we say?”

He said: “Is there anything which throws people into Hell except the harvest of their tongues? He who wants to be safe, he should control what his tongue says, and guard his heart, and do good deeds and limit his hopes.”

A few days later, the following verse was revealed:

“There is no good in much of their secret conferences save (in) him who=2 0enjoins sadaqah (charity) or kindness or peace-making among the people. Whoso does that, seeking the good pleasure of Allah, We shall bestow on him a vast reward.” (an-Nisa’ 4:114)

Monday 23 February 2009

Tercipta Satu Madah Untuk Memujuk Si 'dia'

Sekadar sudah terjadi dan yang tercatat dlm kehidupanku.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu...


Mencuba dan terus mencuba

”Ko jgn beriya sgt!!” – tercabar betul bila org berkata seperti itu dan sewaktu dengan nye kt aku. Bukan perkara mungkar pun yg aku lakukan/terokai. Sbb pe aku di ’damn it’? ape hal?? Waaa!!! Aku terasa ’terasing’-berbahagialah org2 yg terasing.


Tersimpan lalu tersimpan
Satu harapan satu matlamat
Dalam hidup mencari ’kepuasan

Apa
yang telah terjadi itulah kemampuan yg kau miliki

Anugerah Illahi wajib disyukuri


-tercipta satu madah ketika memujuk si ’dia’-




Hampir 4 hari hingga kini aku ’bertapa’, ’menghilang’kan diri dari khabaran org dimana aku meng’hold’kan phone number(primary) aku. Buat org2 yg dpt khabaran ttg n0 ’kedua’ thanks diucapkan ats keprihatan anda. Tetiba je aku mnghilangkan diri, bkn?. Waktu2 tu aku ok aje. Aku sedang ’pujuk’ hati aku =)).


Dalam kehidupan harian, pasti kita semua berhadapan dengan bermacam-macam masalah. Masalah kerja, maalah business, masalah cinta, masalah dalam persahabatan, masalah keluarga dan sebagainya.

Masalah yang kita hadapai samada akan membuat kita jatuh atau bangun semula, sebenarnya bergantung kepada bagaimana cara kita menghadapinya. Through obervations and understanding of life’s obstacles and Allah, I’ve analyzed the following (someone’s gotta make me stop analyzing things hehehe my poor brain) :-


Allah menurunkan masalah seolah-olah seperti MENGARAHKAN kita supaya berubah. Sesuatu permasalahan itu umpama api yang membuat kita merasa panas. Oleh itu, kita tidak akan senang duduk untuk menghilangkan rasa ‘panas’ itu. Lalu kita sentiasa berfikir dan berikhtiar bagaimana untuk menghilangkan ‘kepanasan’ tadi untuk memperolehi keadaan yang sejuk dan normal. Kita bermotivasi untuk membuat perubahan dalam hidup. Ia juga satu cara dimana kita kerap memberikan perhatian dan meminta pertolongan dari Allah swt. Nyatalah bahawa permasalahan itu mempunyai hikmah agar kita terus mencuba, tidak berputus asa dan menyarankan kita agar selalu mengingati dan memohon daripada NYA.


Allah menurunkan masalah untuk MENGUJI kita. Kemampuan kita tidak akan diketahui jika tidak diuji. Allah akan menurunkan masalah untuk menguji tahap kemampuan kita. Kelemahan aqidah akan membuat kita putus asa dan sesat. Tetapi kekuatan iman dan minda akan menaikkan kita ke taraf yang lebih tinggi.


Allah menurunkan masalah untuk MELINDUNGI kita. Contohnya - seorang sahabat telah diberhentikan kerja kerana tidak akur pada arahan ketua jabatan nya. Walhal ketuanya itu menjalankan perniagaan aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Tidak lama selepas itu, ketuanya itu telah dipenjarakan atas kesalahan jenayah komersial, manakala syarikat tersebut telah dipaksa untuk berhenti operasi seketika. Tidak kah kejadian ini suatu hikmah dimana ia telah melindungi sahabat kita tadi dari kemungkaran? (yakni sumber pendapatan haram).


Allah menurunkan masalah untuk MENYEMPURNAKAN kita. Bila kita menangani masalah dengan cara yang positif dan betul, secara tidak langsung, ia membentuk dan memperbaiki nilai diri kita. Ia membina character dan peribadi kita positively. Kesengsaraan membuatkan kita cekal dan tekun mencari penyelesaian. Ketekunan tadi menimbulkan ketahanan diri dalam menghadapi ujian hidup yang berikutnya. Dan ketahanan diri itu pula menimbulkan sebuah pengharapan …… harapan yang tidak akan mengecewakan. Insya-Allah


So, apa yang ada ditangan kita sebenarnya? Kehidupan kita. We manoeuvre our own lives mengikut kepentingan kita sendiri(bkn selfish k). Contohnya diri saya sendiri ….. saya kagum dengan cara Allah menurunkan ujian nya terhadap saya dan keluarga dan kalian semua. Ia telah banyak membaiki kehidupan dan persepsi kami.

Tuesday 17 February 2009

al-Hubb & Kasih Sayang


"Stop killing us"
Apakah jawapan kita?. ALASAN atau TINDAKAN.



"YOUR SILENCE IS COMPLICITY" untuk kita kah mesej itu ditulis?? hmm, BERPELUK TUBUH & still MENGIRA berapa kerugian, kematian, dan keperluan diperlukan rakyat Palestine.

More gmbr click disini




Alhamdulillah... ... lanjutan respon yang diberikan segelintir tetamu yg hadir semasa talkshow tempoh hari.. Syukur kepadaMu, kerana izinMu dengan kekuatan yang Kau beri kepadaku untuk berdiri dihadapan dan hidayatMu kepada tetamu talkshow.


Sudah ada yang tercelik diminda mereka. Sudah nampak dan faham apa yg sy katakan temph hari. Sudah juga bertanya siapakah saya.. Ada jua bertanya, kamu belajar dimana sebelum ini (sekolah menengah).. Jika dilihat penampilan yg saya bawak, ada yang tidak menyangka sy boleh ketahap itu dengan umur yg masih muda.. Bagi saya sudah lewat, ditambah pula ilmu yg ada ini masih sedikit.. Dari segi pemakaian tidak ke arah golongan ustaz-ustaz.. Diluar sy berseluar jeans, berbaju t-shirt dan memakai jacket(jika perlu). Sesungguhnya pakaian bukanlah menunjukkan orang yg berpakaian seperti ini, begini tingkah lakunya. Bagi sy, memadai ia menutup aurat.

Disini sy hendak berkongsi sedikit dan mahu menyingkap sedikit berhubung kasih sayang. Bukanlah entry yg menyentuh kasih sayang terhadap suami/isteri, anak2, ibu bapa dan sebagainya. Tetapi terhadap manusia, Hablun minal nas..

Amat diperlukan untuk difahami dan dihadhami (dicernakan) oleh setiap warga bumi terutama mereka yang mengungkap persaksian “Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu annamuhammadar rasuulullaah.”

Jika kita dikhabarkan atau diberitahu bahawa sahabat kita jatuh sakit. Secara automatiknya kita terasa sedih dgr khabar berita itu. Perasaan mahu ziarah sahabat kita wujud. Wujud disebabkan adanya kasih sayang kita kepada sahabat kita itu. Sahabat kita itu memerlukan kita, mereka (sahabat) pasti terharu melihat kehadiran kita tatkala mereka susah. Saya pasti kalian mesti pernah berada di tempat(situasi) sahabat ini bukan. Inilah dipanggil Cinta atau al-Hubb.

Cinta atau al-Hubb terhadap saudara seagama kita perlu juga kita pamerkan. Sama juga saudara-saudara dan anak-anak kita di palestine itu. Keadaan mereka itu ibarat seperti sahabat kita itu. Apakah hanya memberikan wang dan bekalan sudah di mark sebagai kita ini orang yg penyayang. Saudara Islam yang selari dengan khalimah “Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu annamuhammadar rasuulullaah.” yg sempurna akidahnya pasti tidak cuma bertindak sedemikian. Mereka sanggup lebih kan kepada saudara mereka sendiri.

Kita lihat zaman Rasulullah semasa zaman penghijrahan umat Islam di Mekah ke Madina. Bagaimana sambutan yg diberikan orang Islam Madinah terhadap orang Muhajirin. Padahal mereka tidak lah kenal mana pun orang Muhajirin. Mereka kenal atas sebab akidah Islam yang orang Muhajirin miliki.

Dimanakah pergorbanan kita terhadap orang Palestine dan umat-umat Islam di dunia?? Berkorban atau terkorban.. Tidakkah kita bercita-cita mendiami syurga Allah. Duduk bersama Rasulullah dan Para Syuhada..

Apakah jawapan yg sy nk beri di hadapan Allah nnt??
Sedangkan segala persoalan yg berlegar dikepala(apekah aku sdg ber alasan??=p) skg dan mendatang, sudah pun terjawab pd 1400 tahun dahulu iaitu BERSEGERALAH MELAKSANAKAN SYARIAT. Cuma tiga golongan ini aje yg tidak di tuntut kewajipannya iaitu 1) Belum akhil baligh 2) Orang bukan Islam or murtad 3) Tidak siuman. So pilih lah antara tiga supaya kamu tidak di adili oleh Allah. Sesungguhnya kamu mengetahui tetapi kamu menafikannya.

Maksudnya:

Allah Maha Besar sebesar-besarnya Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malamku. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah, Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam, Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam)


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam Yang maha pemurah lagi maha pengasih Yang berkuasa pada hari pembalasan Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanyap Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan Tunjukanlah kami jalan yang lurus Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat Amin.. (Perkenankanlah permintaan Kami)




Memang benar apa yg dikatakan Imam as-Syafie. Makin banyak ilmu makin kita jahil.
Bagi aku juga, Makin berdosa pula jika tidak dilaksanakan apa yg diketahui dan diperintahkan ke atas diri.

Wallahulam...

Monday 16 February 2009

Ting tong EM Wave Quiz

Aku baru je habih quiz Electromagnetic Wave. Even aku tak dapat habis menjawab. Aku tetap kata habis.. Habih lah aku..habis..hahaha.. Geram betul r, asallah soalan terakhir aku tak leh jawab langsung..marks kt question 3 agak byk lah.. Puas sudah aku fikir n ingat balik rumus dy.. Aku se ramai yg xdpt jwp soalan tuh.. Klu jawap, lum tentu betul..Member2 aku n termasuk aku terus garu kepala n bertapa utk mengingat kembali rumus utk soalan 3..hehehe..Tiru?? hmm, xde nye nk tiru..duduk jauh2.. Tapi syukor lah soalan-soalan bermarkah 70 semuanya dpt dijawab..Dapat marks penuh alhamdulillah..Pape pun alhamdulillah dpt gak jawab soalan bernilai 70% daripada tak pat jawab n plus soalan 3 yg tak terjawab..

Sunday 15 February 2009

Dari Sudut Katil

Sekarang nie aku tgh study Electromagnetic Wave cause I hv a quiz tomorrow. Mood study tetiba menghilang dari study kat meja beralih ke katil. Agak tak syok lah ngn quiz esok n masalh study aku nie.. Act, dr hari rabu ritu sepatutnya aku ada EM Wave quiz. Tapi di postponed ats sebab my lecturer MC. Bengang sekejap mase tuh..hehe..nie camne nak start study ni??..Thanks to Shayra coz kasik pinjam buku text EM Wave dy kt aku mlm td..Nak photostat tak ter-photostat gik..hehe..
Hmm, aku nye laptop sdg d/load e-book EM Wave(dah 2jam menanti tak siap2 gik), if ebook tuh ok n berqualiti(image & text chantek), aku printout terus..If tak, aku photostat je buku dak Shayra tuh..


Saturday 14 February 2009

Kesan Riba Terhadap Ekonomi

Seperti sebelum ini. Saya telah mengepost bahaya riba dan hukumnya..

Kali ini saya hendak berkongsi sedikit tentang kesan riba terhadap ekonomi. Sememang nya ekonomi global sedang merudum dan sistem kapatalimse diambang kejatuhan.



Kita telah menyedari bahwa secara ilmiah dan pemerhatian riba' mengandung mudarat dan kezaliman besar bagi perekonomian umat manusia. Namun banyak tokoh agama Islam yang tidak memiliki latar belakang keilmuan ekonomi belum memahami kemudaeratan bunga bagi perekonomian. Mereka memahami bunga secara dangkal dan hanya memandangnya dari perspektif ekonomi mikro padahal persoalan riba lebih merupakan studi ekonomi makro. Membahas riba tidak boleh hanya dari sisi ekonomi mikro tetapi juga dari sisi ekonomi makro bahkan sisi makronya jauh lebih besar.

Akibat kedangkalan ilmu pengetahuan tentang ilmu ekonomi islam, maka masih banyak para ulama & ustaz yang berpandangan 'sesat' tentang bunga. Sesat dalam hal ini adalah memandang bunga sebagai praktik yang sah-sah saja. Padahal semua ahli ekonomi Islam sedunia telah ijma' tentang keharaman bunga bank. Ijma' tersebut merupakan kesimpulan penelitian ilmiah dari sejumlah professor seperti Prof Dr M.Umer Chapraq Prof Dr M. Akran Khan, Prof Dr Yusuf Qardhawi dan Prof Dr Ali Al-Shabuni. Menurut penelitian mereka, tidak ada pakar ekonomi Islam yang membolehkan bunga bank. Pakar ekonomi Islam di sini tidak termasuk ahli agama Islam yang tidak faham tentang ilmu ekonomi. Ahli fikih yang tidak faham ilmu ekonomi tidak termasuk pakar ekonomi Islam. Ijtihad ahli fiqh dalam bidang ekonomi hanya bisa diterima jika dia menguasai ilmu ekonomi, jika tidak, maka fatwanya boleh menyesatkan.

Secara faktanya bahawa bunga/riba' telah menimbulkan kemudaratan besar bagi umat manusia. Banyak negara mengalami krisis kewangan yang dahsyat dan ia terus menerus menjadi disebabkan oleh sistem riba'

Jadi secara faktanya juga dan empirikal telah terbukti bahwa sistem bunga/riba' banyak menimbulkan bencana di berbagai negara dan bangsa. Riba' telah menciptakan ekonomi suatu negara menjadi gonyang dan tidak stabil. Hal ini di sebabkan riba' telah membuka jalan bagi kegiatan spekulasi melalui transaksi derivatif(turunan). Jika ekonomi suatu negara tidak stabil. Maka akan terjadi penurunan eksport dan investasi(menanam modal).




Kenaikan 1% volatile pada negara-negara berkembang akan mengurangkan eksport negara-negara kembang tersebut sebanyak 2%. Penelitian itu juga menyimpulkan bahawa volatile itu secara sainstifiknya akan mengurangkan pelaburan. *Esquivel dan Larrain


Riba' juga menciptakan inflasi di mana-mana sepanjang sejarah.Banyak negara mengalami inflasi secara hebat yang di sebut sebagai hyper inflasi, seperti Jerman, Perancis, Holland, Austria, Inggerisq, dan negara-negara di Amerika latin.

Dalam sudut ekonomi makro, teori ekonomi mengajarkan bahwa bunga tersebut menurunkan investasi/pelaburan. Jika investasi menurun maka automatik akan menurunkan produk dan akibat berikutnya bunga menciptakan pengangguran dan kemiskinan. Riba' mengakibatkan lumpuhnya/muflisnya sektor produktiviti dan menciptakan pengangguran bagi kehidupan masyarakat. Bayangkan jika fenomena ini melanda dunia maka boleh dipastikan/kemiskinan semakin meningkat.

Ayuh.. Beralihlah kepada Sistem Ekonomi Islam yang pasti selamat dan diredhai Allah SWT. Semuga kehidupan yang singkat ini kita manfaat sebaik-baiknya. Semuga juga perbuatan/amal kita berada dilingkungan perbuatan hambaNya mengikut Islam secara kaffar

Sekian..Wallahulam

p/s: Perbetulkan jika terdapat kesalahan..-Percubaan memberi pandangan, dan menjadi pemerhati dan penganalisis serba boleh didalam sume aspek. Plz don't suspect me..hehehe-

Mungkin Ada Hikmah Disebaliknya...

"Mengapa aku berada di universiti ini?? Tertentu ada hikmah tersirat yang Allah hendak beri (ujian & nikmat) kepadaku"

Salam... Tatkala melihat blog seorang kawan, mataku melirik suatu post itu. Ia berkaitan dengan future study beliau yang diemelkan oleh Victoria University of Wellington. Post ini mengingatkan aku tentang future study aku dulu. Ditambah pula, seorang classmate aku yang pernah belajar kat Monash University Malaysia. Kawan-kawan masa Dilploma yang beberapa orang sedang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda dengan kerjasama Coventry University UK. -kelebihan mereka yang ambil khursus ini. Final year di sana & bergraduasi disana. Amek Master dalam masa yang pendek-. Coventry University tidak ku apply.

Aku telah terlepas satu interview untuk wat future study di Swinburne University of Technology... Masa tuh, aku sedang orientation as new student university... Perasaan?? Nak kata, sedey/khucewa tak ade lah sangat... Cuma perkataan pertama aku cakap, "Alamak.. kenapa leh jadi begini??..Asal lah aku tak bukak email aku dulu before g daftar uni..If ya, boleh lah aku mintak excuse 1 hari tak berorientasi"... tapi takpe mungkin ada hikmahnya disitu.. Sebelum ini aku pernah attend interview tuh n disuruh masuk intake July 2008.. Tapi terpaksa menolaknya pada waktu tuh gak atas sebab tertentu.. Hanya Allah Maha Mengetahui dan Dia adalah sebaik-baik Perancang.


Berikut ialah course yang aku apply:

Bachelor of Engineering (Telecommunication and Network Engineering)

Bachelor of Engineering (Electronics and Computer Systems)

Bachelor of Computer (Network Design and Security)






Dear Mohd Ridwan

Swinburne University of Technology Interview and Information Sessions


We are pleased to invite you to meet Ms Seshna Maharaj from Swinburne International, who will be visiting Malaysia in January 2009. She would be pleased to meet with you to discuss your opportunities to study at Swinburne - one of Australia's top 5 universities for teaching and learning.

The Swinburne Difference

Swinburne has close links with business and industry to ensure that the university's study programs are appropriate to the demands of the commercial sector.


Our main campuses are located in Melbourne in the prestigious inner-city suburbs of Hawthorn and Prahran, within 10-15 minutes travel from the city centre.

Meet us in Malaysia


To find out more about your course options and how Swinburne can make a difference to your future, come along and meet Ms Seshna Maharaj from Swinburne International. For detailed information on the visits, including venues and times, please refer to the Meet Us in Your Country section of our website.

If you intend to have your application assessed at the time of interview, please bring along original or certified copies of all your academic transcripts.

Date

City

5 January
Subang Jaya
6 January
Kuala Lumpur
7 January
Penang


Hope to hear from you soon.

Yours sincerely
Michelle Setiawan

Prospective Student Manager
Swinburne University of Technology
Swinburne International

PO Box 218 Hawthorn
Victoria 3122 Australia

Telephone +61 3 8676 7002
Freecall (Australia) 1800 897 973
Freecall (Japan) 005 3145 0060
Facsimile +61 3 9818 3648
www.international.swinburne.edu.au
Email: international@swinburne.edu.au

Friday 13 February 2009

Jejalan De Cuti Thaipusam

Alkisah..Tatkala hamba sedang ber internet dan explore sesuatu dan mengolek bahan2 assignment & knowledge baru ttg technolgy.. Hamba mendapat satu mesej YM dari seorang kawan..

A: aku da update blog
A: take a look
B: ok
B: tak de pun..
A: uih
A: ade la
B: pe tajuk..
A: aku sudah dimiliki

Masa bukak page beliau n membace entry nye.. Buat hamba tertawa.. tak sangka lak ada owg pati status ym aku hari tuh.. Ditambah org kedua juga perhatikan status ym aku..


Z: cincin pe alk ni..
B: hahaha
B: rahsieeeeeeeeeeeeeeee.
Z: eleh...
Z: same jer mcm ct.....................



.."adekah cincin tersarung di jari mempunyai makna?? korang pakai saje2 or ber 'SEBAB'..hehe"..

ayat kt atas adalah status YM aku pd masa tuh...status tuh diletak bukanlah nak kenakn/bahan sesape..Juz perkongsian 'fikiran' yg tiba2 berlegar di akal fikiran aku..Pasal statement si Z tuh..Kebetulan sama kut isu cincin di shoutout kn..Tak pun cik siti mem'balas' respon, "Ape cincin2 weyh"..Sbb yg aku rase, aku dulu kut yg keluarkan status sbb aku je yg online sengsorang dikalangan geng universitas aku..


Apakah yg membuatkan aku terus berkongsi 'fikiran' di YM?? ..Semasa aku otw blk ke hostel, aku telah singgah ke KLCC..Ada sedikit urusan di sana..Kat sana mcm2 ada..jualan murah..jualan murah..rase nk beli je baju kt some kedai nie..berbaloi gak lah klu aku beli..1) murah, buy 2 get 1 free 2) boleh dipakai pegi kelas n jejalan, mjls2 rasmi like mkn2 dinner..hehehe.. tapi duit tak mengizinkan..hehehe..simpan je lah duit dulu, tunggu megasales bln 4 nnt..sapu kaw2 nnt..G2000 nnt kn aku yaa!!!!!!!


PAstu aku teruskan perjalanan aku..aku singgah tengok jap butik LEVIS..tgk2 je..kt situ aku ternampak special offer..t-shirt couple sempena hari kekasih..agak melenjan herga yg dy offer..hehehe..

Pastu aku teruskan perjalanan..perut lapor lak..aku singgah dunkin' donat..itu je yg leh aku mkn mase tuh..mkn kt foodcourt xbest lak..aku sensorang mase tuh..pastuh aku teruskan perjalanan gik..aku ternampak some gerai nie..benda ape lah yg dorg offer nie, tgk mcm ramai yg singgah..aku pun dekatkan diri tgk..ohhhh, offer cincin rupanya..cincin couple namenya..pernah tgk tak cincin couple??..dy ada 2 buah cincin yg sama yg bila dipadankan akan menjadi satu cincin..

Kat ramai2 org tuh lah wat aku fikir something.. Untuk ape lah dorg beli cincin tuh.. korang lum ada pape ikatan yg sah pun..baru 'couple'.. Tak kah menyukarkan si lelaki mencari perempuan belum berpunya?? apakah tandanya??yang tidak memakai cincin itu lah tanda yg belum berpunya (tunang/kawen)..hehehe.. tuh yg terkeluar status, "adekah cincin tersarung di jari mempunyai makna?? korang pakai saje2 or ber'SEBAB'..hehehe"

budaya hari kekasih masih juga di sambut org..apekah istimewa sgt hari kekasih itu??..xnak lah aku cite ttg sejarahnya bagaimana..yg hendak aku kongsikan ialah budaya yg -ve ini..adakah itu bukti kecintaan korg pd kekasih korg??..rapuh jawapan itu jika korg berkata demikian..sesape je boleh buat mcm2..


Wallahulam

Thursday 12 February 2009

Selesailah sudah

Salam...

Alhamdulillah syukur kepada Illahi yang mengurniakan kekuatan untuk terus berdiri di bumiNya. Harapan dan doaku agar diri ini terlibat secara langsung dalam perjuangan menerapkan Syariat Islam dimuka bumi ini.

Petang semalam saya hadiri sebuah program talkshow. Alhamdulillah, saya berpeluang berberapa bertanya soalan dan pandangan saya di dalam permasalahan di Palestine. Fokus talkshow itu pada bumi Palestine. Tetapi saya pada sebaliknya iaitu permasalahan umat yang wajib kita terasa kewajipan membantu mereka.



Adakah hanya memboikot dapat menyelesaikan permasalahan umat?? Adakah ia releven? Apakah selari dengan akal apatah lagi Syarak dalam mengatasi permasalahan ini? Berikan dalil dan naqli??

Bilik kuliah ketika itu menjadi riuh seketika tatkala sy berkata seperti di atas. Secara jujurnya peng-talkshow itu tidak dapat memberi jawapan yang baik-pengakuan dari dirinya sendiri-. Maybe dia tidak menyangka atau tak ready. Tapi sy rasa, tak menyangka,kut ,soalan seperti itu boleh keluar. Sbb?? Semasa talkshow tersebut, dia berkata, sepanjang program yg dijalankan dimana2 tempat, kebanyakan orang akan bertanya "kenapa fokus kita pada palestine, kenapa tidak kawasan sekitar, terdekat contoh di Tak Bai, Thailand dan sebagainya??"-dy pun cerita- Tidak salah bukan sy bertanya soalan lain..ehehe

Saya terus 'bergerak'... Saya menyentuh dari sudut ekonomi. "US & System Kapitalis sememangnya diambang kejatuhan tanpa boikot dari sesiapapun. Malah, adakah boikot itu berupaya bila kita masih ada lagi Shell, Caltex, McD, KFC & guna dollar sebagai pertukaran?? Berapa ramai yang kini masih boikot barang Belanda yang dahulunya Geert Wilders menghina Nabi SAW? Se-serious mana boikot kita sebenarnya??. Apakah boikot itu jalan terbaik untuk supaya Nabi SAW kita tidak di hina?."

Jawapan: apa yg sy ingatilah

"Sukar untuk kita melucutkan ekonomi dorg di negara ini. Dari segi makanan insyaAllah kita boleh 'kekal'kan boikot, dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia sudah mengeluarkan sautu list mengenai barang yang boleh kita beli. Contoh ubat gigi Colgate kita tukar dan amek ubat gigi Mukmin, contohnya. Kita bertindak atas kuasa individu seperti kita ini semua untuk boikot"

"Barangan dari Israel wajib kita boikot seperti kurma dan sebagainya. Amerika pula, jika kita tiada pilihan,(technology amerika yg pasarkan) kita boleh amek seperti laptop dimana processornya adalah Intel. Dan apa2 barang yg membantu Yahudi wajib kita boikot. Ada juga barang Yahudi & Amerika tidak support Yahudi itu sendiri. Ini dibenarkan seperti mana Nabi SAW pernah bermuamalat dengan orang Yahudi"


Kemudian saya 'terbang' dari sudut kekuatan. Disini tetamu fokus kepada saya..

Dari segi kekuatan ketenteraan contohnya. Saya amek dari laporan CIA World fact book. Jika kita menghantar tentera-tentera Islam dari negara-negara berpontensi seperti Mesir, Arab Saudi, Iran, Iraq, Turki, dan Indonesia. 6 negara berjumlah 162 juta tentera Islam dan itu adalah tentera sahaja, tidak termasuk rakyat yang sanggup pergi berperang. Berbanding Israel, 1.5 juta lelaki, 1.4 juta perempuan. Firman Allah, Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) kekuatan apa saja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya... (TMQ al-Anfal (8):60].


Jawapan:

Bagus apa yg awk lontarkan itu, dan awk menggunakan fakta. Saya harap kita boleh berjumpa secara personally. Ok, begini jika menghantar tentera. Ia akan membebankan kepada kita.. Aaa, beban yang saya maksudkan ia tentera itu sendiri. Kita tidak biasa dengan suasana sana, cuaca, makanan rutin kita adalah nasi, lapor2 je nk makan nasi-beliau sdg bergurau (penonton ketawa). Cost untuk membawa seorang tentara memerlukan perbelanjaan yang besar. Sorang tentera dihantar, harga tiket kapal terbang bernilai RM 4000, so darab kan lah bape org tentera kita hantar. Kita ada kekuatan ekonomi, kuasa membeli, so kita gunakan lah kekuatan tersebut. Seperti didalam firmanya Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) kekuatan apa saja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya... (TMQ al-Anfal (8):60]. Kita jangan salah faham kekuatan tersebut adalah, kekuatan ketenteraan, ekonomi juga termasuk kekuatan.


apa yang saya fahami dan belum sy ketemui mana2 ulama mengatakan maksud TMQ al-Anfal 8:60 adalah kekuatan ekonomi.-dlm hati sy berkata-

Masa tamat...tak sempat sy nk bertanya lagi dengan pernyataan beliau..Sy bukan nk berdebat atau apa pun..sy juz berkongsi saja..Bukan senang nk berkongsi dihadapan org ramai.. After tat (keluar dari bilik kuliah)..beberapa org bertanya kt sy. Lelaki ada perempuan pun ada..

Mereka tanya sebab apa kau/awk bertanya. Soalan dah lah memecah minda, luaran dari fikiran aku/saya. "Kenapa isu di Gaza kita beri sumbangan wang, perubatan, mkann, pakaian dan sebagainya, ko soal??" Klu korg berada ditempat dorg atau Malaysia ni diserang Yahudi dan Amerika, dengan mayat yang ada dimerata tmpt, yg perempuan dirogol, dipukul, tgk sendiri lah kt video yg dy tayangkn tuh. Yg mana lebih korg perlukan? bantuan ketenteraan umat Islam atau bantuan jutaan ringgit..Sedangkan Tanah Melayu makan pakai cukup, tapi still nk tuntut kemerdekaan..fikir kt situ je..Lagi satu, kes rogol & bunuh yg menimpa kanak2..Ramai akan bersuara berkata, "bunuh si pelaku/pembunuh", Contoh lain, korg pernah nmpk bukan depan mata korg or tgk kt video, bagaimana kita perlakukn ke atas peragut/mat rempit/perogol, kita ganyahnya cukup2.. Sama juga kes kt Gaza tuh, ape bezanya dorg? anak kita dipalestine dan anak kita di Malaysia? Mereka itu seagama, seakidah dgn kita bukan??"

Hope dorg jelas n faham sebab apa sy berdiri di depan...Wallhulam

p/s: perbetulkan apa yg salah..k, nk tid0 jap..kelas start kul 3.00..zzZZZzzz

Wednesday 11 February 2009

Saidatina Khadijah Binti Khuwalid

”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”.
[HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha. Muslim manakah yang tidak pernah mendengar sebutan namanya?. Siapakah yang menyangka di saat itu, keharuman peribadinya kelak akan merebak di sepanjang sejarah Islam di dada setiap kaum Muslimin? Siapakah yang terfikir bahawa wanita mulia ini akan dikurniakan satu keutamaan yang amat besar yang tidak pernah diperolehi oleh sekalian hamba Allah sejak penciptaan insan? Siapakah yang menduga bahawa wanita cantik jelita ini akan mendampingi manusia yang paling agung dalam rentang awal perjalanan dakwahnya? Siapakah yang mampu meramal ketentuan Allah ini? Maha Suci Allah yang telah menciptakan dan mentakdirkan wanita mulia ini sebagai pendamping Nabi akhir zaman.

Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Dianugerahi reputasi yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur, perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening, nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) .

Beliau seorang janda dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah bin Zararah bin an-Nabbasy bin 'Ady at-Tamimi, kemudian berkahwin dengan 'Atiq bin 'A`idz bin 'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum. Khadijah radhiallahu anha adalah wanita pedagang yang mulia dan banyak harta. Ternyata pekerjaannya itu telah menghantarkan kepada pertemuannya dengan manusia yang paling mulia. Saat dia kembali menjadi janda, seluruh pemuka Quraisy memasang angan-angan agar dapat menyuntingnya. Buah tutur Maisarah membekas di hatinya tatkala berita tentang kejujuran, amanah, dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan kepada beliau. Tersimpan keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu, hingga diutus seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahu alaihi wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu tetapi tersohor kerana luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali belahan hatinya dalam usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam sejarah 15 tahun sebelum Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam diangkat sebagai Nabi akhirulzaman.

Perawat Duka, Khairul Anam

Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,

”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.

”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat.

Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu. Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.

Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” .
[HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum Muslimin dalam memikul penderitaan lantaran sikap kaumnya yang mendustakan dan melecehkan dakwah baginda. Kesabaran dan keredhaan Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan terhadap dakwah Rasulullah, termasuklah dalam fasa pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib oleh orang-orang Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah.

Wanita Teladan Sepanjang Zaman

Ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, di usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Khadijah radhiallahu anha kembali kepadaNya di saat-saat dakwah melalui fasa genting yang bakal menentukan kelangsungannya. Pemergian beliau ditangisi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, berlaku dalam selang waktu yang singkat selepas meninggalnya Abu Thalib, bapa saudara baginda. Sejak tahun kesedihan tersebut, hambatan-hambatan dakwah yang semakin getir dengan gangguan yang tidak putus-putus mula berani dilakukan oleh kaum kafir Musyrikin di Makkah.

Sesungguhnya nama Khadijah tercatat di dalam sirah sebagai wanita pilihan sehingga namanya disebut-sebut di kalangan penduduk langit dan bumi. Kemuliaan itu telah diraihnya sejak masih ada di muka dunia. Tatkala Jibril Alaihi Sallam datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengatakan,

“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.”
[HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]

Wahai Muslimah yang dirahmati Allah! Sesungguhnya istana tersebut adalah jauh lebih baik dari pada gemerlapnya dunia fana yang telah memperdayakanmu. Dan ini adalah sebaik-baik khabar gembira dibandingkan dunia dan segala isinya. Tidakkah kalian ingin mendapatkannya pula?

Ya Allah! Betapa mulianya Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang isteri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan deenNya dengan seluruh apa yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga Allah memberikan balasan yang paling baik kerana jasa-jasanya terhadap Islam dan umat Islam seluruhnya.

p/s: Teringat... Tertawa melihat gelagat/lagak seorang member (pelawak orgnye) memberi jawapan tatkala beliau ditanya seseorang "Ko lum jumpa awek ke??".. Dia menjawab, "Awek?? Ramai sangat awek, kat mana2 ada awek.." *hahaha..gelak*

Aku mencelah "Ok lah..Ok lah.. Kau tak jumpa 'Nur' lagi ke??" sambil kedua-dua jari telunjuk digerakkan sebagai isyarat 'Nur'...

Dengan muka selamber dan confiden, dia menjawab "Owh..'Nur' cakaplah awal2.. Aku masih tak jumpa lagi... Tak jumpa semulia, Siti Khadijah; Secantik, Siti Aisyah; Setabah, Siti Hajar; Sesetia, Ainul Mardiyah; Setaat, Siti Fatimah..hehehe"

Seorang lagi kawan mengusik "Erkk, lebey r lu mat..mana nak jumpa 'nur' zaman sekarang..demand lebey2 lak tuh..kesian r perempuan mcm aku nie..ditambah plak nama aku xde Nur..ko accept tak perempuan ada nama Nur?? Klu accept, cepat2 aku tambah Nur kt IC aku..Nak?? Ada Nur gak kan..hahahaha"

Talkshow: "Rintihan Gaza Air Mata Palestin"

Salam n pagi semua..

Petang ini aku ada satu aktiviti. Sebuah program talkshow under Rakan Masjid. Dan aku dijemput hadir untuk menjayakan program itu..Haa! ape kah?? menjayakan??..hehehe.. Macam best je kan dengar talkshow nie..

Jemputan ke program Bicara Siswa
"Rintihan Gaza: Air Mata Palestin"

Tempat: TTL 2 Masa: 2.30 ptg

Acara: Jualan amal, talkshow, pelancaran derma & pameran

Anjuran: Unify (dengan kerjasama kelab Rakan Masjid UniKL BMI)


p/s: Thanks to ita coz jadi loceng penggera aku..hehehe.. If takde loceng kecah itu tatawlah aku leh bangun kol bape nnt, hari nie aku ada quiz, so aku kena bangun awl sikit untuk study n belek2 yg patut n perlu..hehehe.. Aku still mengantuk lagi.. Tido kol 2, siapkan segala yg patut n study sikit tentang Electromagnetic Wave. Boleh lah faham cara kerja kt note. Tapi tataw lah dapat jawab or tidak quiznya nnt..

Erkk.. Aku tak hantar gik sms kt my fren.. Dah dua kali berlaku-text lebih kurang sama-.. Type2 je terlelap.. Pastu terjaga blah paginya. Tgk hp, kt kepala fikir something, "aku nk tulis pe ek td??"

Hope aku terngantok2(betulkah ayat ku ni??) dlm kelas.. zzZZZZZzzzZZ

Tuesday 10 February 2009

Dunia Kesabaran...

Lihatlah sekeliling, anda akan menemui satu dunia yang dibina atas kesabaran. Pernahkah anda terfikir bagaimana proses pertukaran siang dan malam boleh berlaku dengan penuh teratur sekiranya bulan dan matahari saling berebut untuk mendahului antara satu sama lain? Tetapi masing-masing bersabar dan mengikut edaran yang ditetapkan.

Jauh di penghujung bumi, di benua antartika, kelihatan sekumpulan penguin. Berpuluh ekor penguin jantan itu sedang menunggu ketibaan pasangan masing-masing yang pergi memburu, sementara mereka ditugaskan menjaga anak masing-masing. Tempoh penantian mereka bukannya beberapa jam, atau sehari dua, tetapi beberapa minggu lamanya.

Mereka telah menunggu selama sebulan tanpa makan dan minum, dan mereka akan terus menunggu, dengan penuh kesabaran sehingga sembilan minggu lamanya.

Wish List [ ... ] - SE XPERIA got my attention

PDA phone terbaik yg pernahku lihat & ku idam2kan. Thanks SE sebab keluarkan model nie. Thanks sekali pada SE yg sudi export SE XPERIA ini n tak lupa juga KASTAM DIRAJA, thanks sebab kasik lepas.. Compare ngn PDA phone like HTC (pilihan kedua), kalah pada design dy.. HTC nmpk gumok.. Manakala SE XPERIA slim gitu..hihi








Monday 9 February 2009

Hukum Wanita Muslimah Menampakkan Auratnya Di Hadapan Wanita Kafir

Pada dasarnya para ulama berbeza pendapat mengenai kebolehan wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. Jumhur ulama berpendapat, seorang wanita Muslimah dilarang terlihat auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. Sedangkan ulama lain berpendapat sebaliknya, iaitu bolehnya seorang wanita Muslimah terlihat auratnya di depan wanita kafir.[1]

Perbezaan pendapat di antara mereka disebabkan kerana perbezaan pendapat dalam mentafsirkan frasa ”nisaa`i hinna” dalam Surah An Nuur (24):31. Sebahagian ulama mengkhususkan wanita pada konteks ayat tersebut pada wanita-wanita Mukminat saja, atau wanita-wanita yang memiliki hubungan syubhah (persahabatan yang akrab) dan wanita-wanita yang menjadi hamba atau pembantunya. Sedangkan ulama lain mengertikan frasa ”nisaa`i hinna” pada ayat itu secara mutlak, terkena untuk semua wanita, sama ada Mukminat mahupun kaafirah (wanita kafir), tanpa ada pengkhususan.

Imam Ar Raziy di dalam Tafsirnya menyatakan; juz 11, 307

قوله تعالى : { أَوْ نِسَائِهِنَّ } وفيه قولان : أحدهما : المراد والنساء اللاتي هن على دينهن ، وهذا قول أكثر السلف . قال ابن عباس رضي الله عنهما : ليس للمسلمة أن تتجرد بين نساء أهل الذمة ولا تبدي للكافرة إلا ما تبدي للأجانب إلا أن تكون أمة لها لقوله تعالى : { أَوْ مَا مَلَكَتْ أيمانهن } وكتب عمر إلى أبي عبيدة أن يمنع نساء أهل الكتاب من دخول الحمام مع المؤمنات وثانيهما : المراد بنسائهن جميع النساء ، وهذا هو المذهب وقول السلف محمول على الاستحباب والأولى

“Adapun firman Allah Subhanahu wa Taalaau nisaa`i hinna”, ada dua pentafsiran terhadap frasa ini;
Pertama: yang dimaksudkan “wanita-wanita” di sini adalah yang seagama. Ini adalah pendapat majoriti ulama salaf. Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhu berkata, “Seorang wanita Muslimah tidak boleh menyendiri di antara ahlu zimmah, dan ia tidak boleh menampakkan auratnya di hadapan wanita kafir, sebagaimana ia tidak boleh menampakkannya di hadapan laki-laki asing, kecuali wanita kafir itu adalah hamba miliknya; berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala, ”au maa malakat aimaanihinna” [kecuali kepada hamba-hamba yang mereka miliki]. Dan Umar pernah mengirim surat kepada Abu ’Ubaidah radhiallahu anhu untuk melarang wanita-wanita ahlul Kitab masuk ke permandian umum bersama dengan wanita-wanita Mukminat.

Kedua: yang dimaksudkan dengan wanita-wanita di sini adalah semua wanita. Ini adalah pendapat yang terpilih dan pendapat ulama salaf perlu dibawa kepada ”sesuatu yang dipandang baik”. [Imam Abu Abdullah Mohammad bin ’Umar bin al-Hasan bin Husain al-Taimiy al-Raaziy (Imam Fakhrud Diin Ar Raaziy, Mafaatiih al-Ghaib, juz 11, hal. 307]

Imam An Nasafiy dalam Tafsir An Nasafiy menyatakan:

أَوْ نِسَائِهِنَّ } أي الحرائر لأن مطلق هذا اللفظ يتناول الحرائر}

“[Au Nisaa`i hinna], yakni al-haraa’ir (wanita-wanita merdeka), disebabkan kemutlakan lafaz ini mencakup wanita-wanita merdeka”. [Imam An Nasaafiy, Tafsir An Nasafiy, juz 2, hal. 411]

Imam Asy Syaukaniy di dalam Kitab Fath al-Qadir menyatakan:
Makna dari frasa (au nisaa`i hinna): adalah khusus bagi wanita-wanita yang memiliki pergaulan erat dengan wanita tersebut kerana hubungan al-khidmah (pertolongan: menjadi pembantu wanita itu) atau syubhah (persahabatan); termasuk ke dalam pengertian frasa ini adalah al-imaa’ (hamba wanita-wanita). Dan di luar dari makna frasa ini, wanita-wanita kafir dari golongan ahlu zimmah, dan wanita-wanita kafir lainnya. Tidak halal bagi wanita Muslimah menampakkan perhiasannya kepada mereka (wanita-wanita kafir), supaya wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita Muslimah kepada kaum laki-laki. Dalam masalah ini terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli ilmu. Namun, menisbahkan (meng-idhafahkan) kepada ‘ilaihinna’ menunjukkan bahawa hal itu khusus untuk wanita-wanita Mukminat”.[Imam Asy Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 5, hal. 209]

Imam Al Baghawiy di dalam Tafsir al-Baghawiy menyatakan:
Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`i hinna], maksudnya, sesungguhnya Allah membolehkan seorang wanita melihat badan wanita lain, selain antara pusat dan lutut, sebagaimana laki-laki yang menjadi mahram. Ketentuan ini dapat dikenakan jika wanita tersebut Muslimah. Namun jika wanita itu adalah wanita kafir, bolehkah seorang wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan mereka (wanita kafir)? Ahli ilmu berselisih pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berpendapat, boleh sebagaimana bolehnya wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita Muslimah lainnya. Kerana, wanita kafir termasuk wanita (nisaa`i hinna). Sebahagian yang lain berpendapat tidak boleh. Sebab, Allah Subhanahu wa berfirman, ”Nisaa`i hinna” (wanita-wanita kami), sedangkan wanita kafir bukan termasuk wanita-wanita kami; dan selain itu mereka berbeza agama. Oleh kerana itu, wanita kafir justeru lebih jauh dibandingkan laki-laki asing. Umar bin Khaththab ra pernah mengirim surat kepada Abu ’Ubaidah bin Jarah untuk melarang wanita-wanita Ahlul Kitab masuk ke dalam permandian umum bersama wanita-wanita Muslimah”.[Imam Al Baghawi, Tafsir al-Baghawi, juz 6, hal. 35]

Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersabda, ”Janganlah seorang wanita menampakkan auratnya di hadapan wanita lain, yang kemudian dia menceritakannya kepada suaminya, sehingga seakan-akan suaminya melihat aurat wanita itu”.[HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’uud]. [Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48].

Selanjutnya Imam Ibnu Katsir mengetengahkan beberapa riwayat yang menyatakan bahawa Umar bin Khaththab radhiallahu anhu pernah berkirim surat kepada Abu ’Ubaidah radhiallahu anhu melarang wanita-wanita kafir masuk ke permandian-permandian umum bersama wanita Muslimah. Mujahid, dan Ibnu ’Abbas juga melarang wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. [Ibidem, juz 6, hal. 48]

Prof. Mohammad Ali As Saayis di dalam Kitab Tafsiir Ayaat al-Ahkaam menyatakan,

Wanita Muslimah dibolehkan menampakkan sebahagian perhiasannya kepada wanita kafir, sebagaimana dia dibolehkan menampakkannya di hadapan wanita Muslimah. Ini adalah salah satu pendapat dari dua pendapat dari kalangan Hanafiyyah dan Syafi’iyyah. Imam Ghazali membenarkan pendapat ini dari ulama Syafi’iyyah dan Imam Abu Bakar Ibnu al-’Arabiy. Sedangkan ulama-ulama lain berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan ”nisaa`i hinna”, adalah khusus untuk wanita-wanita Mukminat. Oleh kerana ”idhafah” ditujukan untuk mengkhususkan; maksudnya khusus untuk wanita-wanita yang memiliki hubungan syubhah (persahabatan) dan ikhwah (persaudaraan) dalam agama. Dengan demikian, wanita Muslimah tidak boleh menampakkan sebahagian perhiasannya yang tertutup kepada wanita kafir. Pendapat ini disandarkan kepada majoriti ulama Syafi’iyyah. Abu Sa’ud berkata dari ulama Hanafiyyah, bahawa dia mensahihkan (membenarkan) dua pendapat ini di dalam mazhabnya”[Prof Mohammad Ali al-Saayis, Tafsiir Ayaat al-Ahkaam, hal. 164]

Demikianlah, para ulama telah berbeza pendapat mengenai hukum seorang wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita kafir. Lalu, pendapat mana yang rajih (kuat)?

Pendapat Yang Rajih
Pendapat yang rajih dalam masalah ini adalah pendapat yang dinyatakan oleh Imam Ibnu al-’Arabi, Imam Al-Ghazali, menyatakan bahawa seorang wanita Muslimah diperkenankan memperlihatkan atau terlihat auratnya di hadapan wanita kafir.

Ini adalah kerana dhamir (kata ganti) pada ayat ini berfungsi sebagai al ittibaa’ (untuk mengikuti) dan menggantikan kedudukan al-niswah atau al-nisaa’ (wanita). Syaikhul Mufassiriin, Imam Ibnu Al ’Arabiy menyatakan bahawa pada ayat di atas (surat An Nur:31) memiliki lebih dari 25 dhamir (kata ganti) yang di dalam al-Quran tidak diketahui apakah ia punya kesamaan. Oleh kerana itu, dhamir ini disebut kembali untuk tujuan “ittibaa”.

Selain itu, idhaafah pada frasa ”nisaa`i hinna” bukan ditujukan kepada penyeru maknawi (daa’ ma’nawi), akan tetapi ditujukan untuk penyeru lafdziy (daa’ lafdziy) untuk menjamin kefasihannya. Kes ini sama dengan dua dhamir (dua kata ganti) yang di-idhafah-kan kepada dua dhamirnya; seperti firman Allah Subhanahu wa Taala

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya”. [TMQ Asy Syams (91): 8].

Maksud ayat ini adalah; “alhamahaa al-fujuur wa al-taqway” (Allah mengilhamkan kefasikan dan dosa”). Atas dasar itu peng-idhafah-an keduanya kepada dua dhamir untuk mengikuti (ittibaa) dhamir-dhamir yang terdapat di awal surat tersebut, iaitu wasy syamsi wa dhuhahaa”. [TMQ Asy Syams (91):1]. Kes lain yang sama, terdapat dalam firman Allah SWT;
(Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) kerana mereka melampaui batas”. [TMQ Asy Syams (91): 11].

Maksud frasa “bithaghwaahaa” pada ayat ini adalah, ”bi al-thughway” atau ”al-thughyaani”. Oleh kerana itu, penyebutan dhamir Tsamud tidaklah perlu, akan tetapi, ia tetap disebutkan ”li muhsin al-muzaawijah” (memperelokkan pasangannya).

Adapun riwayat-riwayat yang diketengahkan para fuqaha seperti riwayat-riwayat berikut ini;

“Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhu : [au nisaa`ihinna], dia berkata, “Dia adalah wanita-wanita Muslimat yang tidak boleh menampakkan auratnya kepada wanita-wanita Yahudi dan Nasrani, yakni leher, anting-anting, dan, selempang, dan bahagian-bahagian yang tidak boleh dilihat kecuali mahramnya sahaja”.[HR Sa’id bin Manshuur, Ibnu Mundzir, dan Imam Baihaqi di dalam Sunannya]

“Sa’id meriwayatkan, “Jarir telah meriwayatkan kepada kami, dari Laits, dari Mujahid, bahawasanya dia berkata, “Janganlah seorang wanita Muslimah melepaskan tudung kepalanya di hadapan wanita musyrik. Sebab, Allah Subhanahu wa Taala berfirman, “au nisaa`ihinna”, dan wanita musyrik bukanlah termasuk “nisaa`ihinna”.

“Dari Makhuul dan ‘Ubadah bin Nusayyi dituturkan bahawasanya keduanya membenci jika seorang wanita Nasrani, Yahudi, atau Majusi mencium wanita Muslimah”.

“Dari Umar bin Khaththab radhiallahu anhu dituturkan bahawasanya dia pernah mengirim surat kepada Abu ’Ubaidah radhiallahu anhu, ”Amma ba’du. Sesungguhnya, telah sampai khabar kepadaku, bahawasanya ada sebahagian wanita Muslim masuk ke dalam permandian-permandian umum bersama dengan wanita Musyrik, laranglah orang-orang yang ada di bawah tanggungjawab mu dari hal itu. Sesungguhnya, tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhir untuk dilihat auratnya, kecuali oleh wanita yang seagama”.[HR Ibnu Abi Syaibah, dan Ibnu Mundzir];

Sesungguhnya riwayat-riwayat seperti ini tidak absah digunakan sebagai hujah. Ini adalah kerana semua riwayat di atas mauquf tidak marfu’. [Mauquf adalah hadis yang sanadnya tidak sampai kepada Nabi manakala marfu’ adalah hadis yang sanadnya sampai kepada Nabi]. Sedangkan berhujah dengan hadis mauquf adalah tertolak sama-sekali. Ini bukan bermaksud bahawa hadis itu tertolak, tetapi berhujah dengannya (menjadikannya sebagai sumber hukum) adalah tertolak.

Dengan demikian, pendapat rajih dalam masalah ini adalah pendapat yang dinyatakan oleh Imam Ibnu al-’Arabi, dan ulama-ulama lain yang sejalan dengan pendapatnya.

Batasan Aurat Yang Boleh Dilihat
Pada dasarnya, Surah An Nur (24):31 tidak memberikan batasan yang tegas mana aurat wanita yang boleh terlihat di hadapan wanita-wanita kafir. Hanya saja, seorang wanita Muslimah mesti menjaga kehormatan dirinya dengan tidak membuka aurat yang tabu (seperti payudara, kemaluan, paha, dan lain sebagainya) di hadapan wanita-wanita kafir. Hendaklah dia mengenakan pakaian yang sopan dan tidak merendahkan maruah dirinya.

Jika seorang wanita berada dalam kehidupan umum, maka dia wajib menutup auratnya, dan mengenakan jilbab dan memakai tudung (khimar). Ini adalah kerana syariat telah mewajibkan wanita Muslim menutup aurat dan mengenakan pakaian Islami (jilbab dan khimar) di kehidupan umum; tanpa memandang lagi dengan siapa dia berinteraksi. Ketentuan ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala:

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka.” [TMQ an-Nur (24):31]

Ayat ini mengandungi perintah dari Allah Subhanahu wa Taala agar wanita mengenakan khimar (tudung), yang dapat menutup kepala, leher, dan dada.

Imam Ibnu Mandzur di dalam kitab Lisaanal-’Arab menuturkan; al-khimaar li al-mar`ah: al-nashiif (khimar bagi perempuan adalah al-nashiif (penutup kepala). Ada pula yang menyatakan; khimar adalah kain penutup yang digunakan wanita untuk menutup kepalanya. Bentuk plural (jamak)nya adalah akhmirah, khumr atau khumur. [2]

Sedangkan perintah mengenakan jilbab disebutkan dengan sarih melalui firman Allah Subhanahu wa Taala;

Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isteri mu, anak-anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang”. [TMQ al-Ahzab (33):59]

Ayat ini merupakan perintah yang sangat jelas kepada wanita-wanita Mukminat untuk memakai jilbab. Adapun yang dimaksudkan dengan jilbab adalah milhafah (baju terus dari atas ke bawah seakan jubah) dan mula’ah (kain panjang yang tidak berjahit seakan selimut). Di dalam kamus al-Muhith dinyatakan, bahawa ‘jilbab’ itu seperti sirdaab (terowongan) atau sinmaar (lorong), yakni baju atau pakaian longgar bagi wanita selain baju kurung atau kain apa saja yang dapat menutup pakaian sehariannya seperti jubah.[Kamus al-Muhith].

Sedangkan dalam kamus al-Shahhah, al-Jauhari mengatakan, jilbab adalah kain panjang dan longgar (milhafah) yang sering disebut dengan mula’ah (jubah).”[Kamus al-Shahhah, al-Jauhariy]

Selain wajib memakai tudung (khimar) dan jilbab, wanita Muslimah juga dilarang bertabarruj ketika berada di kehidupan umum. Tabarruj adalah bersolek yang berlebihan untuk memperlihatkan kecantikan dirinya. Allah Subhanahu wa Taala telah melarang tabarruj. Allah berfirman;

Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haid dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (luar) mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).” [TMQ an-Nur (24):60]

Jika wanita tua dilarang untuk tabarruj, lebih-lebih lagi wanita yang belum tua dan masih mempunyai keinginan untuk menikah.

Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan, Wa al-tabarruj : idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menaruh perhiasan kepada lelaki-lelaki bukan mahram).”[3]

Inilah batasan-batasan yang mesti difahami oleh wanita Muslimah ketika dia berada dalam kehidupan umum.

Wallahu a’lam bi sawab.

________________________________________
[1] Imam Ibnu ‘Asyuur, al-Tahriir wa al-Tanwiir, juz 9, hal. 471; Imam Asy Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 5, hal. 209; Imam al-Baghawiy, Tafsir al-Baghawiy, juz 6, hal. 35; Imam al-Mawardiy, al-Naktu wa al-‘Uyuun, juz 3, hal. 169; Imam al-Khazin, Lubaab al-Ta’wiil fi Ma’aaniy al-Tanziil, juz 4, hal. 500; dan sebagainya.
[2] Imam Ibnu Mandzur, Lisaan al-’Arab, juz 4/257
[3] Imam Ibnu Mandzur, Lisaan al-’Arab, juz 2/212; Tafsir Qurthubiy, juz 10/9; Imam al-Raaziy, Mukhtaar al-Shihaah, hal.46; Imam Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 3/125; Imam Suyuthiy, Tafsir Jalalain, juz 1/554; al-Jashshash, Ahkaam al-Quran 2, juz 5/230; Imam al-Nasafiy, Tafsir al-Nasafiy, juz 3/305; Ruuh al-Ma’aaniy, juz 22/7-8; dan sebagainya.


p/s: Teringat masa aku praktikal dulu. Aku dan Kak Ilah didatangi 2 orang perempuan cina yang menjadi ejen insurans. nama insurans?? Aku tak igt.. After dorg explain itu dan ini.. Dorg cina nk bersalam tanda dorg nk beredar.. Aku tak sambut salam tangan dorg.. Kak Ilah pun tak sambut. Kat situ aku tertanya-tanya kenapa Kak Ilah tak sambut salam tangan perempuan cina tuh??. Sedangkan dorg tuh perempuan & Kak Ilah juga perempuan.. Kak Ilah pun explain, lebih kurang gini maksudnya. "...batal wudhuk akak if salam dengan perempuan kafir. Like bersalam dengan lelaki. Akak tak sure r dik tentang nie, sbb akak dgr dr mulut org."

Sunday 8 February 2009

Memahami Ayat-ayat Allah

Memahami Bala, Musibah dan Azab

Secara harfiah, al-bala’ bermakna al-ikhtibar (ujian). Istilah bala’ sendiri digunakan untuk menggambarkan ujian yang baik mahupun yang buruk [Imam ar-Razi, Mukhtâr al-Shihâh, hal. 65]. Dalam kitab al-Tibyân fi Tafsîr Gharîb al-Qur’an dinyatakan, bahawa bala’ itu memiliki tiga bentuk; nikmat (kenikmatan), ikhtibar (cubaan atau ujian), dan makruh (sesuatu yang dibenci) [Syihâb al-Dîn Ahmad, al-Tibyân fi Tafsîr Gharîb al-Qur’an, juz 1, hal. 85].

Di dalam al-Quran, kata bala’ disebutkan di enam tempat, dengan makna yang berbeza-beza; (TQS. al-Baqarah [2]: 49; TQS. al-A’râf [7]: 141; TQS. al-Anfâl [8]: 17; TQS. Ibrahim [14]: 6; TQS. ash-Shafât [37]: 106; TQS. ad-Dukhân [44]: 33). Ada yang bermakna cubaan dan ujian yang dibenci manusia. Ada pula yang bererti kemenangan atau kenikmatan (bala’ hasanan). Bala’ dalam konteks ujian yang buruk, misalnya terdapat di dalam firman Allah Subhanahu wa Taala berikut ini: “Dan pada yang demikian itu terdapat cubaan-cubaan yang besar dari Tuhanmu.” [TMQ al-Baqarah (2): 49].

Ayat ini bercerita tentang Bani Israel yang diselamatkan dari penyembelihan dan kekejaman Fir’aun. Menurut Ali ash-Shabuni, bala’ dalam ayat ini adalah al-mihnah wa al-ikhtibâr (ujian dan cubaan) yang ditimpakan oleh Fir’aun kepada Bani Israil; yakni penyembelihan anak laki-laki [Ali ash-Shabuni, Shafwât at-Tafâsîr, juz 1, hal. 57].

Adapun bala’ dalam konteks ujian yang baik terdapat dalam firman Allah Subhanahu wa Taala: Maka sebenarnya, bukan kamu yang membunuh mereka. Akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allahlah yang melempar. Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik (bala’an hasanan). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [TMQ al-Anfâl (8): 17].

Menurut Imam al-Baidhawi dalam Tafsir al-Baidhawi, perkataan bala’ pada ayat di atas adalah kenikmatan yang diberikan Allah kepada orang-orang beriman, dalam bentuk pertolongan Allah (al-nashr), al-ghanimah (harta rampasan perang), dan al-musyahadah (mati syahid) [Imam al-Baidhawi, Tafsir al-Baidhawi, juz 3, hal. 97].

Musibah adalah al-baliyyah (ujian) dan semua perkara yang dibenci oleh manusia. Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisân al-‘Arab menyatakan, bahawa musibah adalah al-dahr (kemalangan, musibah dan bencana) [Imam Ibnu Mandzur, Lisân al-‘Arab, juz 1, hal. 535]. Menurut Imam al-Baidhawi, musibah adalah semua kemalangan yang dibenci dan menimpa umat manusia. Ini didasarkan pada sabda Rasulullah Sallallahu alaihi Wa Sallam, “Setiap perkara yang menyakiti manusia adalah musibah.” [Imam al-Baidhawi, Tafsir al-Baidhawi, juz 1, hal. 431].

Perkataan musibah disebut dalam sepuluh ayat dan semuanya bermakna kemalangan, musibah dan bencana yang dibenci manusia. Namun demikian, Allah Subhanahu wa Taala memerintahkan kaum Muslim untuk meyakini bahawa semua musibah itu datang dari Allah Subhanahu wa Taala, dan atas izinnya. Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada qalbunya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [TQS. al-Taghâbun (64): 11].

Azab secara harfiah adalah al-nakâl wa al-‘uqûbah (peringatan bagi yang lain, dan seksaan (hukuman) [Imam Ibnu Mandzur, Lisân al-‘Arab, juz 1, hal. 585]. Al-nakâl adalah peringatan yang berupa seksaan atau hukuman kepada yang lain. Perkataan al-‘azab biasanya digunakan untuk merujuk kepada hukuman atau seksaan di hari akhirat kelak. Allah Subhanahu wa Taala berfirman: “Allah telah mengunci mati qalbu dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat berat.” [TMQ al-Baqarah (2): 7].

Sesungguhnya, orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih.” [TMQ al-Isrâ’ (17): 10], dan lain sebagainya. Namun demikian, kata ‘azab juga digunakan dalam konteks hukuman di kehidupan dunia.

Allah Subhanahu wa Taala juga berfirman: Tidak ada suatu negeri pun yang derhaka penduduknya, melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab Lauh al-Mahfuz.” [TMQ al-Isrâ’ (17): 58].

Menurut Ali ash-Shabuni, jika penduduk suatu kota ingkar atau bermaksiat kepada perintah Allah Subhanahu wa Taala, mendustakan Rasul-rasulNya, nescaya Allah akan menghancurkan mereka, sama ada dengan kehancuran secara total (pemusnahan), mahupun ditimpa dengan hukuman yang amat keras [Ali ash-Shabuni, Shafwât at-Tafâsîr, juz 2, hal. 165]. Di ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Sekiranya mereka tidak bercampur baur, tentulah Kami akan mengazab orang-orang kafir di antara mereka dengan azab yang pedih.” [TMQ al-Fath (48): 25].

Tatkala mentafsirkan ayat ini, Ali ash-Shabuni mengatakan, “Seandainya orang-orang kafir itu dipisahkan satu dengan yang lain, kemudian dipisahkan antara yang mukmin dengan yang kafir, tentulah Allah akan mengazab orang-orang kafir dengan azab yang sangat keras, berupa pembunuhan, penawanan, mahupun pengusiran dari negeri-negeri mereka.” [Ali ash-Shabuni, Shafwât at-Tafâsîr, juz 3, hal. 48]. Keterangan ini diperkuat dengan firman Allah Subhanahu wa Taala yang lain, yakni: Dan jikalau tidaklah kerana Allah telah menetapkan pengusiran terhadap mereka, benar-benar Allah mengazab mereka di dunia. Dan bagi mereka di akhirat azab neraka.” [TMQ al-Hasyr (59): 3].

Ayat ini bercerita tentang pengusiran Bani Nadir, sekali gus mengisahkan, bahawa jikalau Allah Subhanahu wa Taala tidak menetapkan hukuman pengusiran terhadap Bani Nadir, nescaya mereka akan diazab dengan pembunuhan (al-qatl). Hukuman bagi mereka cukup dengan pengusiran, bukan pembunuhan seperti halnya hukuman bagi Yahudi Bani Quraizah. Ayat di atas juga menunjukkan, bahawa ‘azab tidak hanya berasal dari Allah Subhanahu wa Taala saja, akan tetapi juga bersumber dari manusia sendiri, yakni berupa hukuman atau sanksi di kehidupan dunia.


Penyebab Datangnya ‘Azab Allah

Pada dasarnya, penyebab datangnya ‘azab Allah Subhanahu wa Taala adalah kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Allah Subhanahu wa Taala telah menyatakan hal ini di beberapa ayat; di antaranya adalah firman Allah Subhanahu wa Taala:

Dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” [TMQ al-Qashash (28): 59].

Maka tidak dibinasakan kecuali kaum yang fasik.” [TMQ al-Ahqâf (46): 35].

Kami telah membinasakan mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa (al-mujrimun).” [TMQ ad-Dukhân (44): 37].

Ayat-ayat di atas menunjukkan, bahawa ‘azab Allah hanya akan dijatuhkan kepada penduduk negeri yang melakukan kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Dengan kata lain, ‘azab Allah hanya akan dijatuhkan, tatkala peringatan-peringatan Allah Subhanahu wa Taala melalui lisan RasulNya telah diabaikan dan didustakan.

Akan tetapi, ada beberapa riwayat yang menunjukkan, bahawa ‘azab Allah boleh menimpa orang-orang Mukmin tatkala mereka enggan mencegah kemungkaran padahal mereka mampu melakukannya. Dari Adi bin Umairah dituturkan, bahawasanya ia pernah mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab orang-orang secara keseluruhan akibat perbuatan mungkar yang dilakukan oleh seseorang, kecuali mereka melihat kemungkaran itu di depannya, dan mereka sanggup menolaknya, akan tetapi mereka tidak menolaknya. Apabila mereka melakukannya, nescaya Allah akan mengazab orang yang melakukan kemungkaran tadi dan semua orang secara menyeluruh.” [HR. Imam Ahmad].

Muslimah yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya dari dalil-dalil yang dikemukakan di atas, kita melihat bahawasanya musibah yang menimpa manusia tidak lain adalah sebagai peringatan dari Allah Subhanahu wa Taala. Pada masa kini kita menyaksikan Islam tidak menjadi ikutan dan panduan hidup kecuali dalam juzuk tertentu seperti ibadah khusus. Dewasa ini kita menyaksikan wanita-wanita Islam bebas membuka aurat mereka di khalayak ramai tanpa dikenakan hukuman. Wanita Islam tidak mengendahkan perintah Allah untuk menutup aurat dan tidak bertabarruj. Wanita-wanita Islam terlibat dalam gejala sosial seperti pelacuran. Hubungan luar nikah hingga memaksa mereka membuang bayi yang dilahirkan atau digugurkan telah menjadi fenomena biasa. Adakah senario yang menyakitkan ini boleh diubah atau kita hanya mampu berdoa supaya segala bentuk maksiat akan segera lenyap?

Justeru, marilah kita berusaha dengan lebih gigih untuk menggiatkan aktiviti dakwah untuk melanjutkan kehidupan Islam (isti’naf al-hayat al-Islam) sesuai dengan status umat Islam selaku khaira ummah. Telah terbukti di hadapan mata kita bahawasanya musibah melanda manusia disebabkan keengganan mereka mematuhi perintah Allah sedangkan Dia Subhanahu wa Taala telah berfirman dalam surah Thaha ayat 124 : Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” Janganlah kita menanti datangnya bala dan musibah untuk kita insaf seterusnya memperjuangkan agama ini kerana dikhuatiri dosa-dosa umat Islam ini akansemakin menghancurkan umat yang mulia ini.

Umar bin Khattab berwasiat ketika melepaskan tenteranya berperang: ”Dosa yang dilakukan tentera (Islam) lebih aku takuti dari musuh mereka. Sesungguhnya umat Islam dimenangkan kerana maksiat musuh mereka kepada Allah. Kalau tidak demikian kita tidak mempunyai kekuatan, kerana jumlah kita tidak sepadan dengan jumlah mereka, kelengkapan kita tidaklah dapat menandingi dengan kelengkapan mereka. Jika kita sama dalam berbuat maksiat, maka mereka lebih memiliki kekuatan. Jika kita tidak dimenangkan dengan keutamaan kita, maka kita tidak dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita."
Wallahu a’lam bisshabawab.
Related Posts with Thumbnails