From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.
Showing posts with label Fikih. Show all posts
Showing posts with label Fikih. Show all posts

Sunday, 13 December 2009

Pergaulan: Ada Beza Untuk Orang Islam Kepada Orang Islam & Non-Muslim?



Tatkala saya berjalan-jalan di blog rakan maya. Saya telah membaca entrinya sudah agak lama untuk saya bacai. Ermmm, sudah ke-5 post entri ini berlegar di dunia tanpa sempadan. Agak ketinggalan bukan?? Sebenarnya, saya dah baca pun entrinya masa di awal-awal waktu. Cuma saya membacanya seketika sahaja sebab ada urusan yang perlu saya uruskan dahulu dan saya copy-paste ceritanya ke dalam notepad. Hal ini kerana, apa yang diceritakan dalam entri tersebut bertentangan apa yang ketahui/fahami selama ini.

Di dalam entri tersebut, si penulis memberitahu saya [saya yang membacanya, maka penulis memberitahu saya..:p], bahawa senario kehidupannya semasa berada di luar negara dan di Malaysia amat berbeza sekali. Penulis menjelaskan lagi, dalam aspek pergaulan khususnya. Mereka (yang mengikuti usrah) amat menekankan tentang pergaulan di antara lelaki & perempuan. Penulis itu berkata, segelintir daripada mereka tertib dalam hal ini. Hatta untuk berdiskusi tentang pembelajaran dan projek semesta, mereka tekankan. Di sini saya hendak hightlightkan tentang apa yang dikatakan oleh rakan penulis mengenai pergaulan di antara lelaki & perempuan. Perkara ii yang dilafazkan oleh rakan penulis tersebut bertentangan apa yang saya ketahui. Saya pun tidak mengerti mengapa hal ini berlaku. Adakah lafaz itu hadir dari pandangan peribadi atau dari usrah yang mereka ikuti?? Wallahulam.

Membuat saya tertarik akan dua point ini. Mengapa point ii ada?? Saya pun tidak mengerti mengapa...


i) Anda sama ada baik atau jahat. Tiada antara dua

ii) Perbualan antara muslimin dan muslimat tidak dibenarkan hatta memandang. Tetapi dibolehkan terhadap mereka yang berlainan jantina dan bukan Islam.


Di dalam entri saya pula, saya sertakan sedikit informasi mengenai pergaulan di antara lelaki & wanita dalam pandangan Islam. Moga entri kali ini mencernakan pemikiran yang jernih (al-fikrul mustanir) dalam memahami peraturan hidup dalam Islam (Nizam al-Islam).
Sistem sosial-kemasyarakatan (an-nizam al-ijtima'i) adalah yang mengatur pertemuan lelaki dengan wanita, atau wanita dengan lelaki, mengatur hubungan yang timbul di antara mereka kerana pertemuan tetsebut.

Termasuklah hal-hal yang menjadi natijah daripada adanya hubungan tersebut. Sedangkan hukum-hukum yang berkenaan dengan masalah sosial-kemasyarakatan yang diatur oleh Islam adalah:

Pertama, bahawa hukum asal bagi wanita adalah menjadi dan pengurus rumah. Wanita merupakan kehormatan yang mesti dijaga. Berbeza dengan konsep Kapitalisme ataupun yang lain, bahawa wanita merupakan barangan yang dapat dirasai oleh sesiapa sahaja, sehingga kehormatan mereka tidak dapat dipertahankan, malah dicabuli di mana-mana. Hal ini nampak daripada adanya hukum-hukum, sepeerti kewajiban menutup aurat wanita, berjilbab dan tidak bertabarruj.

Kedua, bahawa hukum asal wanita wajib dipisahkan dengan lelaki. Mereka tidak boleh bertemu kecuali kerana adanya hajat dibenarkan oleh syara'. Seperti haji, dan jual beli. Hal ini juga nampak dari adanya hukum-hukum seperti larangan berkhalwat antara lelaki dengan wanita, perbezaan hukum antara kehidupan am dan khas.

Ketiga, bahawa wanita diberi hak yang sama dengan 1elaki serta mempunyai kewajiban yang sama, kecuali yang dikhususkan kepada lelaki atau dikhususkan kepada wanita berdasarkan dalil syara’.Wanita dan lelaki, sama-sama dibenarkan melakukan urus-niaga pertanian, membuat kilang, serta melakukan akad dan mu'amalah lain. Ia juga dapat memiliki berbagai-bagai jenis pemilikan. ) Juga dibenarkan untuk mengembangkan harta dan membelanjakannya, mengurus semua urusannya sendiri. Wanita juga dibenarkan untuk diangkat menjadi pegawai negara, serta dipilih menjadi anggota majlis ummat ataupun memenuhi haknya untuk memilih dan membai’at khalifah. Akan tetapi, wanita tidak boleh menjadi al-hakim (khalifah wakil dan pembantu khalifah, wali, ketua qadi dan amil) atau memangku tugas-tugas yang berkenaan dengan pemerintahan, seperti menjadi qadhi mazzalim.

Keempat, Wanita hidup dalam kehidupan am (di luar rumah) dan kehidupan khas (di dalam rumah, kenderaan peribadi ataupun yang dengannya). Dalam kehidupan am, ia dibenarkan untuk bersama dengan lelaki mahram, ataupun lelaki asing dengan syarat tidak menampakkan anggota tubuhnya, kecuali wajah dan tapak tangan. Juga berpakaian menjolok mata, menarik perhatian (tabarruj) atau menampakkan bentuk tubuh (mutabazilah). Sedangkan dalam kehidupan khas, ia tidak dibenarkan bersama orang lain, kecuali sesama wanita, mahramnya. Dalam masing-masing kehidupan ini, ia wajib terikat hukum syara' secara mutlak.

Sedangkan yang dimaksudkan dengan tempat khas di sini adalah tempat tertentu yang untuk memasukinya, orang lain memerlukan izin daripada penghuninya. Ini diambil daripada firman Allah:


"Wahai orang-orang yang beriman, kamu jangan memasuki rumah lain, sehingga kamu mendapatkan izin dan kamu mengucapkan salam penghuninya."
[Q.s. An-Nur: 27]


Ayat tersebut menerangkan, bahawa ada rumah yang "kamu mendapatkan izin' untuk memasukinya, dan ini dijadikan sebagai illat untuk menentukan tempat tersebut sebagai tempat khas. Sedangkan tempat am, adalah tempat yang untuk memasukinya, orang lain tidak meminta izin.

Kelima, bahawa wanita juga dilarang berkhalwat dengan lelaki bukan mahramnya, menarik perhatiannya dengan bertabarruj (memakai wangi-wangian, memakai make-up wajah yang menonjolkan kecantikannya dan sebagainya), termasuklah membuka aurat di hadapan orang ramai atau lelaki asing. Berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah, kendaraan, atau tempat-tempat khas sahaja, tetapi berkhalwat juga boleh berlaku di tempat am, seperti berdua-duaan di tempat umum yang kosong, atau tempat am yang lain. Kerana khalwat adalah mengasingkan diri daripada orang ramai dengan cara berduaan, iaitu antara lelaki dan perempuan. Kerana itu, khalwat dapat pula terjadi di dalam tempat khas, seperti rumah, kereta peribadi atau pejabat, atau di tempat am, seperti taman, kampus atau ruang belajar dan sebagainya.

Keenam, bahawa antara lelaki mahupun wanita, sama-sama diharamkan untuk melakukan aktiviti yang dapat secara langsung merosakkan akhlaq atau membawa kerosakan pada masyarakat. Seperti diharamkannya wanita untuk bekerja menjadi pramugari, kerana digunakan sebagai daya tarikan seksual bagi lelaki. Ataupun bekerja di pusat barangan beli-belah, dengan tujuan menarik pelanggan lelaki. Atau bekerja di pub-pub, kelab-kelab malam dan sebagainya. Termasuk. lelaki yang bekerja di salon kecantikan yang dibenakan untuk menatik daya seksual wanita.

Ketujuh, bahawa kehidupan suami-isteri adalah kehidupan yang penuh ketenteraman. Kehidupan suami-isteri adalah kehidupan persahabatan. Bukannya kehidupan dua orang yang berkongsi hidup. Oleh kerana itu, maka suami-isteri wajib saling bantu-membantu dalam pekerjaan rumah, meskipun kewajiban suami adalah bekerja di 1uar rumah. Suami mestilah berusaha untuk mengambil pembantu untuk meringankan beban isterinya. Sedangkan kepemimpinan suami dalam rumah tangga, tidak sama dengan model kepemimpinan seorang penguasa keatas rakyatnya, melainkan kepemimpinan yang bersifat riayah (mengurus). Sebab, hubungan suami-isteri tidak seperti hubungan antara penguasa dengan rakyat. Dan isteri juga diwajibkan untuk ta’at, sedangkan suami diwajibkan untuk memberikan nafkah kepada isteri dengan kadar yang lazim dan wajar sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat.

Kelapan, bahawa mengasuh budak merupakan hak dan kewajiban wanita, apakah muslimah ataupkah bukan. Namun, apabila budak tersebut tidak memerlukan lagi "asuhan" ibu, maka apabila ibunya muslimah, budak tersebut diberi pilihan untuk memilih ayah atau ibunya. Apabila salah seorang daripada orang tuanya bukan muslimah maka budak tersebut wajib diasuh oleh orang tuanya yang beragama Islam. Ini berlaku dalam kes penceraian sahaja.

Kenyataan ini juga diperkuat oleh beberapa nas, antara lain;

“Sesiapa sahaja yang mengambil selain Islam sebagai agama, maka tidak akan pernah diterima.”
[TQM Ali-Imran: 85]

Tuesday, 6 October 2009

Aurat wanita, dimanakah identiti Islamnya??



Akan datang nanti wanita di kalangan ummatku di akhir zaman, mereka berpakaian tetapi seolah-olah mereka berbogel (berpakaian nipis dan menampakkan badan), di atas kepala mereka (tidak bertutup) seperti mana belakang bonggol unta (jadi tayangan dan kebanggaan), Celalah mereka, sesunguhnya mereka itu orang-orang yang tercela.
[Sanad hadis Sohih Riwayat Tabrani]

Apa yang saya lihat, perempuan (tidak memahami dan tidak semua) sekarang lebih cenderong untuk mendedahkan aurat mereka. Mereka ini bukannya tidak tahu tentang etika pakaian dalam Islam, mereka amat tahu, tetapi saya rasa mereka buat tidak endah dan tidak menghayati apa telah diketahui.

Ada pada suatu malam, saya pergi sebuah pasaraya Giant. Saya ke sana untuk berurut kaki. Sesampai di sana, saya pusing-pusing setempat di kedai-kedai runcit. Sampailah di suatu kedai, kedai yang menjual abuyah, abuyah maksudnya jubah. Saya perhatikan jenis kain dan kualiti kainnya lalu saya tangkap gambar abuyah-abuyah dari jarak jauh. Selepas itu menghantar MMS kepada rakan saya tentang gambar itu. Saya berkata, "Nice, abuyah dubai". Tidak lama selepas itu, rakan itu membalas MMS saya melalui SMS, katanya, "macam tabarujj je". Ini kerana abuyah itu, mempunai sulaman-sulaman dan butir-butir berkilat (baca: manik, permata, mutiara).Saya tersentak seketika, membaca SMSnya. Memang jawapan diluar kotak fikiran saya tentang SMS diberi. Dalam hati saya, "cemerlangnya pemikiran dia'". Maksud MMS saya di situ ialah, abuyah itu 'selamat'. Jika seorang Muslimah memakainya ia tidak menggangu pandangan lelaki. Selepas saya berurut kaki dan dalam perjalanan ke tempat letak kenderaan. Ada seorang perempuan melintasi di hadapan saya (ketika itu pandangan mata saya nampak dari lututnya dan kebawah kerana saya sedang mencari kunci di beg). Saya terhenti seketika 'terperhatikan' nya. Dia memakai abuyah yang amat tabarujj. Warnanya yang berwarna-warni (abuyah di Giant, warna hitam sahaja) da tudungnya adalah selendang. Dalam hati saya, mengapalah dia tidak sempurnakan auratnya. Serupa je statusnya dengan perempuan memakai baju lengan pendek dan bertudung.


Di facebook dan weblog remaja yang pernah saya kunjungi melalui laman yang ketahui atau dari enjen carian maklumat. Perempuan suka bergambar, kalau boleh semua peristiwa hendak di letaknya dalam facebook dan weblog. Saya 'terperhatikan' perempuan tidak memakai stokin sewaktu berjalan. Isu kaki pun nak jadikan isu kah? Apa yang saya fahami bahawa muka dan tapak tangan adalah bahagian yang boleh didedahkan (baca: boleh dilihat oleh kaum lelaki). Tapi bukankah kaki itu juga masih lagi aurat yang perlu ditutup??

"Alaaa, stoking basah kena hujan"
"Alaaa, stoking basah sebab terpijak lantai basah"

Beli lah banyak sikit. Tak kan hanya ada sepasang stoking jer. Bawak lebih sikit. Kasut boleh beli banyak!! Baju pun sama jugak, boleh beli banyak!!

"Alaa, abuyah aku labuh, tak nampak kaki"

Andai pastikah?? Kalau anda duduk di LRT, ERL, Monorail, dan KTM. Duduk di kedai makan. Macam mana cara duduk anda ketika itu?? Anda naik turun tangga...(fikir baik-baik?) Laluan yang anda nak lalu tuh, airnya bertakung sedikit, kena angkat kain sikit nih...(fikir baik-baik?)..

Jika pergi kenduri kahwin di rumah yang saya kenal, rapat dengan saya. Saya 'serta-merta' kerahkan tenaga saya dibahagian menghantar & mengangkat makanan. Bila dah lama-lama, saya pergi ke bahagian air, buat air dan cuci cawan. Nak dijadikan cerita. Saya ternampak ada sesetengah perempuan suka mengangkat tudung mereka yakni kain dibahagian hadapan dilempar ke belakang. Ada yang tudung sedia labuh melakukan hal yang sama. Tak kurang jugak yang menyengseng baju ke paras siku atau bahu. Aduyaii, kenapa nih?? Panas sangat kah??. Kalau di Universiti elok je memakai. Tapi diluar universiti, masyaAllah!. Kenapa ini berlaku. Kalau terangkat tidak mengapa. Tapi ini selalu sangat. DAh jadi macam sengaja. Bila berada di luar, nampaklah bentuk badan tuh. Aurat sudah tertutup tapi masih tidak menepati syarak. Pakaian mesti tidak menampakkan bentuk tubuh. Bagi yang berjubah pula, jubah kita labuh la tak nampak bentuk badan pun. Tapi ada masalah pada jubah kalian. Jubah kalian tabarujj amat. Berfesyen-fesyen jubah. Bertukar-tukar 'seni' pertudungannya-ada trend-. Malah lagi syahdunya, mereka mengejar -ngejar dalam hal ini. Tapi jika kita tengok muslimah di zaman kegemilangan Islam. Mereka mengejar dalam menerapkan dan mempertahankan syariat Islam.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala: "Wahai anak Adam (manusia), sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada mu pakaian untuk menutupi (aurat) tubuh mu dan untuk perhiasan." [TMQ Al-A’raf:26].

Sebagai Muslimah, antara perintah Allah yang terbeban ke atas bahu kalian adalah pakaian untuk seluruh aurat yang tidak layak ditunjukkan kepada selain mahram mereka. Ketahuilah, dari tatacara, bentuk dan fesyen, pakaian dianggap mencerminkan keperibadian seseorang.

Jubah adalah pakaian yang mematuhi hukum syarak dan memakainya mencerminkan seorang Muslimah yang taat atas ajaran agama dalam tatacara berpakaian. Ia bukan sekadar simbol

sebaliknya mengenakan tatapakaian Muslimah bermakna seorang perempuan itu membuat pengisytiharaan kepada makhluk Allah akan keyakinan dan keimanannya, pandangannya terhadap dunia dan jalan hidup yang dia tempuh di mana semua itu berdasarkan kepada keyakinan mendalam terhadap Allah Yang Maha Esa.

Perlu kita ketahui bahawa segala aturan hidup kita ini telah ditentukan oleh-Nya. Islam yang kita anuti bukan sekadar satu agama semata. kan tetapi Islam itu juga adalah sebuah ideologi (satu pemikiran yang dijadikan sebagai cara hidup). Islam adalah; “Satu agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan orang lain”. Islam adalah satu aqidah yang dijanjikan Allah akan kesempurnaannya. Sama ada disedari atau tidak, aqidah Islam ‘memaksa’ penganutnya untuk terikat dan tunduk kepada ajarannya iaitu perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Taala yang menciptakan manusia , alam dan kehidupan dengan nama lain terikat dengan Hukum Syarak. Sebagai seorang Muslim, hukum syarak hendaklah dijadikan landasan dalam setiap aspek perbuatannya sebagaimana kaedah usul fiqh yang menyatakan:“Asal/dasar bagi setiap perbuatan itu adalah terikat dengan hukum syarak.”

Sukacita saya hendak khabar kepada kalian dari mulut Rasulullah SAW:
“Wanita adalah Aurat”“Jika seorang wanita telah sampai usia baligh, maka dia tidak boleh menampakkan anggota tubuhnya,kecuali mukanya dan ini. (Rasulullah menggenggam pergelangannya sendiri, lalu membiarkan telapak tangannya saling menggenggam satu sama lain.)”

Bagaimana pula etika pakaian yang dikatakan menutup aurat? Dalil syariat telah menetapkan kewajiban ke atas wanita untuk menutupi kulitnya sehingga tidak diketahui warnanya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Aisyah radiallahu anha. Telah dinyatakan bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah memasuki kawasan Nabi SAW dengan berpakaian nipis (jarang).

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam segera memalingkan mukanya dan bersabda: “Wahai Asma’ sesungguhnya apabila seorang perempuan itu telah baligh (datang haid), tidak sepatutnya dia menampakkan anggota tubuh badannya kecuali ini dan ini (sambil Rasulullah mengisyaratkan muka dan kedua telapak tangan”

Hadis di atas jelas menerangkan bahawa kain yang nipis/jarang tidak memenuhi etika menutup aurat, bahkan ia dianggap telah membuka aurat sekiranya seorang wanita memakai pakaian yang nipis. Ini ditegaskan dengan keadaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam memalingkan mukanya sewaktu Asma’ masuk.

Islam telah menyediakan satu pakaian yang bercirikan khusus bagi wanita apabila seorang wanita itu keluar dari kawasan khususnya. Ciri-ciri pakaian yang khusus untuk wanita ini adalah dalam rangka Allah Subhanahu wa Taala memelihara martabat dan kehormatan setiap Muslimah. Sebab itulah bab menutup aurat dan pakaian khusus ini tidak boleh di campur-adukkan. Ini kerana setiap bab memiliki dalil dan hujah yang berbeza.

So, tak perlulah nak berfesyen-fesyen melampau. Nak tackle lelaki dengan berfesyen, salah caranya dan ia boleh jadi jerat kepada anda sendiri. Bagi yang belum berumah tangga, fikir-fikir akan ayahmu. Kerana dia masih menanggung dosa yang dilakukan olehmu sendiri sehingga tanggungjawab itu bergalih 'kuasa' setelah kamu berumahtangga dan tangjawab itu dipikul oleh suamimu. Letakkanlah ketaatan kalian kepada yang Hak.

Tuesday, 29 September 2009

Hukum Memutuskan Hubungan (Muqatha’ah) Sesama Muslim


Soalan:
Apakah hukumnya mereka yang memutuskan hubungan atau memboikot (muqatha’ah) sesama Muslim? Adakah dengan muqata’ah tersebut bererti dalam masa yang sama mengkafirkan seseorang? Jika tindakan tersebut dikaitkan dengan tindakan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam terhadap Ka’ab dan beberapa orang sahabat, adakah tindakan tersebut hanya boleh dilakukan di peringkat negara atau ia merupakan hak semua orang?


Jawapan:
Pertama, perlu diketahui bahawa memutuskan hubungan ataupun memboikot (muqatha’ah) sesama Muslim merupakan hukum syarak yang dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah tertentu yang terjadi dalam hubungan sesama Muslim. Hukum ini tiada kaitannya dengan persoalan takfir (mengkafirkan) seseorang Muslim. Dalam erti kata lain, orang yang diboikot tidak jatuh kafir. Sebaliknya dia kekal Muslim, cuma disebabkan oleh tindakan tertentu yang dilakukannya, maka hukum muqatha’ah itu dikenakan terhadapnya.

Dalam konteks inilah Ibn Bathtal menyatakan bahawa Allah telah mengatur hukum-hukum yang mengandungi kemaslahatan bagi hamba-hambaNya. Dia Maha Mengetahui tentang urusanNya, maka manusia harus tunduk kepada perintahNya dalam urusan tersebut. .[1]

Kedua, terdapat hadis yang melarang perbuatan memutuskan hubungan (muqata’ah) dengan sesama Muslim, antara lain sabda baginda sallallahu ‘alaihi wassalam:

لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَياَلٍ (رواه البخاري)

“Tidaklah halal bagi seorang Muslim untuk meninggalkan saudaranya lebih dari tiga malam.” (HR Bukhari)

Maksud ‘an yahjura’ atau ‘masdar-nya hajr’ adalah lawan kepada perkataan ‘wasl’, atau memutuskan hubungan.[2] Secara harfiah (mantuq), hadis ini melarang seseorang Muslim daripada memutuskan hubungan sesama Muslim lebih daripada tiga hari. Daripada hadis ini juga diketahui bahawa berdasarkan mafhum mukhalafah, bahawa memutus hubungan sesama Muslim dibolehkan kurang daripada tiga hari. [3]

Sungguhpun demikian, larangan tersebut dikecualikan terhadap orang yang melakukan maksiat. Dalam kitab Fath al-Bari: Syarh Sahih al-Bukhari, Ibnu Hajar al-Asqalani dalam bab: Ma Yajuzu min al-Hijran liman ‘Asa (Memutus Hubungan yang Diperbolehkan terhadap Orang yang Bermaksiat) menyatakan: Dengan penjelasan ini, beliau (al-Bukhari) ingin menjelaskan hukum memutuskan hubungan yang diperbolehkan. Kerana umumnya, larangan tersebut sebenarnya hanya berlaku untuk orang yang diputuskan hubungannya tanpa alasan yang dibenarkan syariat. Oleh itu, jelaslah bahawa dibenarkan memutuskan hubungan terhadap orang yang melakukan maksiat. [4]

Ibnu al-Mulhib menyatakan bahawa memutuskan hubungan yang dibenarkan itu mempunyai kepelbagaian, sesuai dengan kadar kesalahannya. Bagi orang yang melakukan maksiat, maka dibolehkan untuk memutuskan hubungan dengan cara tidak bercakap dengannya, sebagaimana dalam kisah Ka’ab bin Malik dan dua orang temannya (Murarah dan Hilal). Sekiranya marah terhadap keluarga atau kawan, boleh memutuskan hubungan dengan tidak menyebut nama atau bermasam muka, tetapi masih bercakap, memberi dan menjawab salam kepadanya. [5]

Menurut at-Thabari, peristiwa yang terjadi terhadap Ka’ab bin Malik adalah dasar untuk memutuskan hubungan dengan orang yang melakukan maksiat. [6] Dalam huraiannya, Ibnu Hajar mengulas kenyataan Abdullah bin Zubair, ketika dikenakan muqatha’ah oleh ‘Aishah, “ fainnahu la yahillu laha qathi’athi (Maka, tidak halal baginya untuk memutus hubungan kekeluargaan denganku), dengan menyatakan bahawa: Jika memutuskan hubungan denganku sebagai hukuman atas dosaku, maka ia pasti akan berpanjangan. Jika tidak, maka memutuskan hubungan secara berkekalan itu akan menyebabkan terputusnya silaturrahim. Menurut Ibnu Hajar, alasan ‘Aisyah berbuat demikian adalah kerana Abdullah bin Zubair yang masih merupakan anak saudaranya itu telah melakukan kesalahan yang besar. Menurutnya lagi, ‘Aisyah melakukan demikian kerana tindakan memutuskan hubungan dengan cara tidak bercakap dengan Abdullah bin Zubair itu memang dibolehkan, sebagaimana yang dilakukan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam terhadap Ka’ab dan dua orang temannya sebagai hukuman terhadap kemaksiatan mereka. [7]

Oleh itu telah difahami oleh para sahabat radhiallahu ‘anhum, termasuk ‘Aisyah dan Abdullah bin Zubair bahawa tindakan Nabi terhadap Ka’ab bin Malik, Murarah dan Hilal itu bukanlah hanya hak ketua Negara semata-mata, sebaliknya tindakan muqatha’ah yang dilakukan oleh ‘Aisyah menunjukkan bahawa tindakan tersebut boleh dilakukan oleh sesiapapun.

Imam an-Nawawi juga menjelaskan bahawa hadis yang memerintahkan untuk memutuskan hubungan dengan ahli bidaah, orang fasik [8] dan para musuh Sunnah itu begitu banyak sekali dicatatkan. Jadi menurut beliau, perbuatan memutuskan hubungan secara berkekalan turut dibenarkan. Oleh itu, larangan memutuskan hubungan dengan kaum Muslimin lebih daripada tiga hari itu tidak meliputi ahli bidaah, orang fasik dan yang seumpama dengannnya. Para sahabat, tabi’in dan generasi berikutnya sentiasa memutuskan hubungan dengan sesiapa sahaja yang melanggar sunnah atau orang yang rosak percakapannya (mafsadah).

Ibnu ‘Abd al-Barr juga menyatakan perkara yang sama bahawa para ulama’ telah bersepakat, barangsiapa yang khuatir berbicara dengan seseorang, di mana dengan berbicara dengannya itu boleh menyebabkan rosak agamanya atau memudaratkan urusan dunianya, maka dia dibenarkan untuk memutuskan hubungan dengan orang tersebut. [9]

Ketiga, apabila menyentuh berkenaan perbuatan memberi dan menjawab salam dalam konteks muqatha’ah, maka hukumnya dikembalikan kepada alasan mengapa dikenakan muqatha’ah tersebut. Jika alasannya bukan atas sebab maksiat, sebaliknya disebabkan oleh kerana marah terhadap keluarga atau teman, maka tetap diperintahkan untuk memberi dan menjawab salam. [10] Namun jika alasan muqatha’ah berpunca daripada perbuatan maksiat yang dilakukan, dan si pelaku itu jatuh sebagai seorang fasik, maka ketetapan memberi dan menjawab salam tidak diperintahkan. Dalam kitab Faidh al-‘Allam fi Syarh Arba’ina Haditsan fi as-Salam, Sayid Salih bin Ahmad al-Idrus menjelaskan: Salam kepada orang fasik, ahli bida’ah, dan pelaku dosa besar tidak disunahkan. Bahkan, tidak sepatutnya memberi dan menjawab salam mereka. [11] Imam as-Suyuthi juga menyatakan pandangan yan hampir sama. [12]

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh at-Thabari, dasarnya hendaklah dikembalikan kepada tindakan Nabi sallallahi ‘alaihi wassalam dan para sahabat radhiallahu ‘anhum yang tidak memberi dan menjawab salam Ka’ab bin Malik, Murarah dan Hilal. Inilah dalil dalam memutuskan hubungan dengan orang yang melakukan maksiat [13]. Wallahu’alam
________________________________________
[1] Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah, Saudi, t.t., juz III, hal. 2671.
[2] Ibn Mandzur, Lisan al-‘Arab, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., juz V, hal. 250.
[3] Imam an-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., juz XVI, hal. 117.
[4] Ibn Hajar al-Asqalani, Ibid, juz III, hal. 2671.
[5] Ibid, juz III, hal. 2671.
[6] Ibid, juz III, hal. 2671.
[7] Ibid, juz III, hal. 2670-2671.
[8] Tentang Ahli bidaah dan penyerang sunnah sudah jelas, maka tidak perlu dijelaskan lagi. Tetapi berkenaan orang fasik, penting untuk dijelaskan. Perkataan fasaqa, menurut Ibn Manzur, ertinya keluar dari kebenaran. Menurut istilah ahli fikih, fisq (masdar dari fasaqa), adalah tindakan melakukan dosa besar dengan sengaja, atau terus-menerus melakukan dosa kecil, yang tidak perlu ditakwilkan lagi. Tidak taat kepada amir adalah bentuk kemaksiatan yang disamakan dengan tidak mentaati Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam (HR Ahmad, Ibn ‘Iwanah, Ibn Hibban dan Ibn Huzaimah). Dengan kata lain, tidak taat kepada amir merupakan dosa besar. Tindakan tidak taat kepada amir itu saja, menurut definisi fasik di atas, sudah cukup menjadikan pelakunya sebagai orang fasik, apatah lagi ketidaktaatan tersebut dilakukan dengan bangganya tanpa perasaan bersalah. Bahkan, kemudian menyebarkan fitnah bahawa amirnya bermaksiat. Bukan setakat itu, orang tersebut juga memprovokasi orang lain untuk melawan amirnya, sebagaimana yang dia lakukan. Maka, orang tersebut telah melakukan tiga dosa besar sekaligus: (1) Dosa tidak taat kepada amir; (2) Dosa memfitnah amir dengan sesuatu yang sebenarnya tidak dia lakukan; (3) Dosa memprovokasi orang lain untuk melakukan tentangan terhadap amirnya. Terhadap orang seperti ini berlaku hukum muqatha’ah di atas, termasuk perintah untuk memeriksa semua informasi yang bersumber dari orang tersebut. Lihat, Ibn Mandzur, Lisan al-‘Arab, juz X, hal. 308; Rawwas Qal’ah Jie, Mu’jam Lughat al-Fuqaha’, Dar an-Nafais, Beirut, cet. I, 1996, hal. 315.
[9] Lihat, Tanwir al-Hawalik, juz I, hal. 655.
[10] Ibid, juz III, hal. 2671.
[11] Al-‘Alim al-Usuli as-Sayid Shalih bin Ahmad al-‘Idrus, Faidh al-‘Allam fi Syarh Arba’ina Haditsan fi as-Salam, Mathba’ah ar-Rushaifah, Malanj, Indonesia, t.t., hal. 9.
[12] Lihat, Syamsuddin ar-Ramli, Nihayat al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj, t.t., juz XXVI, hal. 366.
[13] Lihat, Ibn Hajar, Ibid, juz III, hal. 2671.

Sumber : www.hizbut-tahrir.or.id

Monday, 9 February 2009

Hukum Wanita Muslimah Menampakkan Auratnya Di Hadapan Wanita Kafir

Pada dasarnya para ulama berbeza pendapat mengenai kebolehan wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. Jumhur ulama berpendapat, seorang wanita Muslimah dilarang terlihat auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. Sedangkan ulama lain berpendapat sebaliknya, iaitu bolehnya seorang wanita Muslimah terlihat auratnya di depan wanita kafir.[1]

Perbezaan pendapat di antara mereka disebabkan kerana perbezaan pendapat dalam mentafsirkan frasa ”nisaa`i hinna” dalam Surah An Nuur (24):31. Sebahagian ulama mengkhususkan wanita pada konteks ayat tersebut pada wanita-wanita Mukminat saja, atau wanita-wanita yang memiliki hubungan syubhah (persahabatan yang akrab) dan wanita-wanita yang menjadi hamba atau pembantunya. Sedangkan ulama lain mengertikan frasa ”nisaa`i hinna” pada ayat itu secara mutlak, terkena untuk semua wanita, sama ada Mukminat mahupun kaafirah (wanita kafir), tanpa ada pengkhususan.

Imam Ar Raziy di dalam Tafsirnya menyatakan; juz 11, 307

قوله تعالى : { أَوْ نِسَائِهِنَّ } وفيه قولان : أحدهما : المراد والنساء اللاتي هن على دينهن ، وهذا قول أكثر السلف . قال ابن عباس رضي الله عنهما : ليس للمسلمة أن تتجرد بين نساء أهل الذمة ولا تبدي للكافرة إلا ما تبدي للأجانب إلا أن تكون أمة لها لقوله تعالى : { أَوْ مَا مَلَكَتْ أيمانهن } وكتب عمر إلى أبي عبيدة أن يمنع نساء أهل الكتاب من دخول الحمام مع المؤمنات وثانيهما : المراد بنسائهن جميع النساء ، وهذا هو المذهب وقول السلف محمول على الاستحباب والأولى

“Adapun firman Allah Subhanahu wa Taala ”au nisaa`i hinna”, ada dua pentafsiran terhadap frasa ini;
Pertama: yang dimaksudkan “wanita-wanita” di sini adalah yang seagama. Ini adalah pendapat majoriti ulama salaf. Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhu berkata, “Seorang wanita Muslimah tidak boleh menyendiri di antara ahlu zimmah, dan ia tidak boleh menampakkan auratnya di hadapan wanita kafir, sebagaimana ia tidak boleh menampakkannya di hadapan laki-laki asing, kecuali wanita kafir itu adalah hamba miliknya; berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala, ”au maa malakat aimaanihinna” [kecuali kepada hamba-hamba yang mereka miliki]. Dan Umar pernah mengirim surat kepada Abu ’Ubaidah radhiallahu anhu untuk melarang wanita-wanita ahlul Kitab masuk ke permandian umum bersama dengan wanita-wanita Mukminat.

Kedua: yang dimaksudkan dengan wanita-wanita di sini adalah semua wanita. Ini adalah pendapat yang terpilih dan pendapat ulama salaf perlu dibawa kepada ”sesuatu yang dipandang baik”. [Imam Abu Abdullah Mohammad bin ’Umar bin al-Hasan bin Husain al-Taimiy al-Raaziy (Imam Fakhrud Diin Ar Raaziy, Mafaatiih al-Ghaib, juz 11, hal. 307]

Imam An Nasafiy dalam Tafsir An Nasafiy menyatakan:

أَوْ نِسَائِهِنَّ } أي الحرائر لأن مطلق هذا اللفظ يتناول الحرائر}

“[Au Nisaa`i hinna], yakni al-haraa’ir (wanita-wanita merdeka), disebabkan kemutlakan lafaz ini mencakup wanita-wanita merdeka”. [Imam An Nasaafiy, Tafsir An Nasafiy, juz 2, hal. 411]

Imam Asy Syaukaniy di dalam Kitab Fath al-Qadir menyatakan:
“Makna dari frasa (au nisaa`i hinna): adalah khusus bagi wanita-wanita yang memiliki pergaulan erat dengan wanita tersebut kerana hubungan al-khidmah (pertolongan: menjadi pembantu wanita itu) atau syubhah (persahabatan); termasuk ke dalam pengertian frasa ini adalah al-imaa’ (hamba wanita-wanita). Dan di luar dari makna frasa ini, wanita-wanita kafir dari golongan ahlu zimmah, dan wanita-wanita kafir lainnya. Tidak halal bagi wanita Muslimah menampakkan perhiasannya kepada mereka (wanita-wanita kafir), supaya wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita Muslimah kepada kaum laki-laki. Dalam masalah ini terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli ilmu. Namun, menisbahkan (meng-idhafahkan) kepada ‘ilaihinna’ menunjukkan bahawa hal itu khusus untuk wanita-wanita Mukminat”.[Imam Asy Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 5, hal. 209]

Imam Al Baghawiy di dalam Tafsir al-Baghawiy menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`i hinna], maksudnya, sesungguhnya Allah membolehkan seorang wanita melihat badan wanita lain, selain antara pusat dan lutut, sebagaimana laki-laki yang menjadi mahram. Ketentuan ini dapat dikenakan jika wanita tersebut Muslimah. Namun jika wanita itu adalah wanita kafir, bolehkah seorang wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan mereka (wanita kafir)? Ahli ilmu berselisih pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berpendapat, boleh sebagaimana bolehnya wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita Muslimah lainnya. Kerana, wanita kafir termasuk wanita (nisaa`i hinna). Sebahagian yang lain berpendapat tidak boleh. Sebab, Allah Subhanahu wa berfirman, ”Nisaa`i hinna” (wanita-wanita kami), sedangkan wanita kafir bukan termasuk wanita-wanita kami; dan selain itu mereka berbeza agama. Oleh kerana itu, wanita kafir justeru lebih jauh dibandingkan laki-laki asing. Umar bin Khaththab ra pernah mengirim surat kepada Abu ’Ubaidah bin Jarah untuk melarang wanita-wanita Ahlul Kitab masuk ke dalam permandian umum bersama wanita-wanita Muslimah”.[Imam Al Baghawi, Tafsir al-Baghawi, juz 6, hal. 35]

Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersabda, ”Janganlah seorang wanita menampakkan auratnya di hadapan wanita lain, yang kemudian dia menceritakannya kepada suaminya, sehingga seakan-akan suaminya melihat aurat wanita itu”.[HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’uud]. [Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48].

Selanjutnya Imam Ibnu Katsir mengetengahkan beberapa riwayat yang menyatakan bahawa Umar bin Khaththab radhiallahu anhu pernah berkirim surat kepada Abu ’Ubaidah radhiallahu anhu melarang wanita-wanita kafir masuk ke permandian-permandian umum bersama wanita Muslimah. Mujahid, dan Ibnu ’Abbas juga melarang wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. [Ibidem, juz 6, hal. 48]

Prof. Mohammad Ali As Saayis di dalam Kitab Tafsiir Ayaat al-Ahkaam menyatakan,

“Wanita Muslimah dibolehkan menampakkan sebahagian perhiasannya kepada wanita kafir, sebagaimana dia dibolehkan menampakkannya di hadapan wanita Muslimah. Ini adalah salah satu pendapat dari dua pendapat dari kalangan Hanafiyyah dan Syafi’iyyah. Imam Ghazali membenarkan pendapat ini dari ulama Syafi’iyyah dan Imam Abu Bakar Ibnu al-’Arabiy. Sedangkan ulama-ulama lain berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan ”nisaa`i hinna”, adalah khusus untuk wanita-wanita Mukminat. Oleh kerana ”idhafah” ditujukan untuk mengkhususkan; maksudnya khusus untuk wanita-wanita yang memiliki hubungan syubhah (persahabatan) dan ikhwah (persaudaraan) dalam agama. Dengan demikian, wanita Muslimah tidak boleh menampakkan sebahagian perhiasannya yang tertutup kepada wanita kafir. Pendapat ini disandarkan kepada majoriti ulama Syafi’iyyah. Abu Sa’ud berkata dari ulama Hanafiyyah, bahawa dia mensahihkan (membenarkan) dua pendapat ini di dalam mazhabnya”[Prof Mohammad Ali al-Saayis, Tafsiir Ayaat al-Ahkaam, hal. 164]

Demikianlah, para ulama telah berbeza pendapat mengenai hukum seorang wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita kafir. Lalu, pendapat mana yang rajih (kuat)?

Pendapat Yang Rajih
Pendapat yang rajih dalam masalah ini adalah pendapat yang dinyatakan oleh Imam Ibnu al-’Arabi, Imam Al-Ghazali, menyatakan bahawa seorang wanita Muslimah diperkenankan memperlihatkan atau terlihat auratnya di hadapan wanita kafir.

Ini adalah kerana dhamir (kata ganti) pada ayat ini berfungsi sebagai al ittibaa’ (untuk mengikuti) dan menggantikan kedudukan al-niswah atau al-nisaa’ (wanita). Syaikhul Mufassiriin, Imam Ibnu Al ’Arabiy menyatakan bahawa pada ayat di atas (surat An Nur:31) memiliki lebih dari 25 dhamir (kata ganti) yang di dalam al-Quran tidak diketahui apakah ia punya kesamaan. Oleh kerana itu, dhamir ini disebut kembali untuk tujuan “ittibaa”.

Selain itu, idhaafah pada frasa ”nisaa`i hinna” bukan ditujukan kepada penyeru maknawi (daa’ ma’nawi), akan tetapi ditujukan untuk penyeru lafdziy (daa’ lafdziy) untuk menjamin kefasihannya. Kes ini sama dengan dua dhamir (dua kata ganti) yang di-idhafah-kan kepada dua dhamirnya; seperti firman Allah Subhanahu wa Taala”

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

”Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya”. [TMQ Asy Syams (91): 8].

Maksud ayat ini adalah; “alhamahaa al-fujuur wa al-taqway” (Allah mengilhamkan kefasikan dan dosa”). Atas dasar itu peng-idhafah-an keduanya kepada dua dhamir untuk mengikuti (ittibaa’) dhamir-dhamir yang terdapat di awal surat tersebut, iaitu ”wasy syamsi wa dhuhahaa”. [TMQ Asy Syams (91):1]. Kes lain yang sama, terdapat dalam firman Allah SWT;
“(Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) kerana mereka melampaui batas”. [TMQ Asy Syams (91): 11].

Maksud frasa “bithaghwaahaa” pada ayat ini adalah, ”bi al-thughway” atau ”al-thughyaani”. Oleh kerana itu, penyebutan dhamir Tsamud tidaklah perlu, akan tetapi, ia tetap disebutkan ”li muhsin al-muzaawijah” (memperelokkan pasangannya).

Adapun riwayat-riwayat yang diketengahkan para fuqaha seperti riwayat-riwayat berikut ini;

“Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhu : [au nisaa`ihinna], dia berkata, “Dia adalah wanita-wanita Muslimat yang tidak boleh menampakkan auratnya kepada wanita-wanita Yahudi dan Nasrani, yakni leher, anting-anting, dan, selempang, dan bahagian-bahagian yang tidak boleh dilihat kecuali mahramnya sahaja”.[HR Sa’id bin Manshuur, Ibnu Mundzir, dan Imam Baihaqi di dalam Sunannya]

“Sa’id meriwayatkan, “Jarir telah meriwayatkan kepada kami, dari Laits, dari Mujahid, bahawasanya dia berkata, “Janganlah seorang wanita Muslimah melepaskan tudung kepalanya di hadapan wanita musyrik. Sebab, Allah Subhanahu wa Taala berfirman, “au nisaa`ihinna”, dan wanita musyrik bukanlah termasuk “nisaa`ihinna”.

“Dari Makhuul dan ‘Ubadah bin Nusayyi dituturkan bahawasanya keduanya membenci jika seorang wanita Nasrani, Yahudi, atau Majusi mencium wanita Muslimah”.

“Dari Umar bin Khaththab radhiallahu anhu dituturkan bahawasanya dia pernah mengirim surat kepada Abu ’Ubaidah radhiallahu anhu, ”Amma ba’du. Sesungguhnya, telah sampai khabar kepadaku, bahawasanya ada sebahagian wanita Muslim masuk ke dalam permandian-permandian umum bersama dengan wanita Musyrik, laranglah orang-orang yang ada di bawah tanggungjawab mu dari hal itu. Sesungguhnya, tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhir untuk dilihat auratnya, kecuali oleh wanita yang seagama”.[HR Ibnu Abi Syaibah, dan Ibnu Mundzir];

Sesungguhnya riwayat-riwayat seperti ini tidak absah digunakan sebagai hujah. Ini adalah kerana semua riwayat di atas mauquf tidak marfu’. [Mauquf adalah hadis yang sanadnya tidak sampai kepada Nabi manakala marfu’ adalah hadis yang sanadnya sampai kepada Nabi]. Sedangkan berhujah dengan hadis mauquf adalah tertolak sama-sekali. Ini bukan bermaksud bahawa hadis itu tertolak, tetapi berhujah dengannya (menjadikannya sebagai sumber hukum) adalah tertolak.

Dengan demikian, pendapat rajih dalam masalah ini adalah pendapat yang dinyatakan oleh Imam Ibnu al-’Arabi, dan ulama-ulama lain yang sejalan dengan pendapatnya.

Batasan Aurat Yang Boleh Dilihat
Pada dasarnya, Surah An Nur (24):31 tidak memberikan batasan yang tegas mana aurat wanita yang boleh terlihat di hadapan wanita-wanita kafir. Hanya saja, seorang wanita Muslimah mesti menjaga kehormatan dirinya dengan tidak membuka aurat yang tabu (seperti payudara, kemaluan, paha, dan lain sebagainya) di hadapan wanita-wanita kafir. Hendaklah dia mengenakan pakaian yang sopan dan tidak merendahkan maruah dirinya.

Jika seorang wanita berada dalam kehidupan umum, maka dia wajib menutup auratnya, dan mengenakan jilbab dan memakai tudung (khimar). Ini adalah kerana syariat telah mewajibkan wanita Muslim menutup aurat dan mengenakan pakaian Islami (jilbab dan khimar) di kehidupan umum; tanpa memandang lagi dengan siapa dia berinteraksi. Ketentuan ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala:

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka.” [TMQ an-Nur (24):31]

Ayat ini mengandungi perintah dari Allah Subhanahu wa Taala agar wanita mengenakan khimar (tudung), yang dapat menutup kepala, leher, dan dada.

Imam Ibnu Mandzur di dalam kitab Lisaanal-’Arab menuturkan; al-khimaar li al-mar`ah: al-nashiif (khimar bagi perempuan adalah al-nashiif (penutup kepala). Ada pula yang menyatakan; khimar adalah kain penutup yang digunakan wanita untuk menutup kepalanya. Bentuk plural (jamak)nya adalah akhmirah, khumr atau khumur. [2]

Sedangkan perintah mengenakan jilbab disebutkan dengan sarih melalui firman Allah Subhanahu wa Taala;

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isteri mu, anak-anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang”. [TMQ al-Ahzab (33):59]

Ayat ini merupakan perintah yang sangat jelas kepada wanita-wanita Mukminat untuk memakai jilbab. Adapun yang dimaksudkan dengan jilbab adalah milhafah (baju terus dari atas ke bawah seakan jubah) dan mula’ah (kain panjang yang tidak berjahit seakan selimut). Di dalam kamus al-Muhith dinyatakan, bahawa ‘jilbab’ itu seperti sirdaab (terowongan) atau sinmaar (lorong), yakni baju atau pakaian longgar bagi wanita selain baju kurung atau kain apa saja yang dapat menutup pakaian sehariannya seperti jubah.[Kamus al-Muhith].

Sedangkan dalam kamus al-Shahhah, al-Jauhari mengatakan, “jilbab adalah kain panjang dan longgar (milhafah) yang sering disebut dengan mula’ah (jubah).”[Kamus al-Shahhah, al-Jauhariy]

Selain wajib memakai tudung (khimar) dan jilbab, wanita Muslimah juga dilarang bertabarruj ketika berada di kehidupan umum. Tabarruj adalah bersolek yang berlebihan untuk memperlihatkan kecantikan dirinya. Allah Subhanahu wa Taala telah melarang tabarruj. Allah berfirman;

“Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haid dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (luar) mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).” [TMQ an-Nur (24):60]

Jika wanita tua dilarang untuk tabarruj, lebih-lebih lagi wanita yang belum tua dan masih mempunyai keinginan untuk menikah.

Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan, “Wa al-tabarruj : idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menaruh perhiasan kepada lelaki-lelaki bukan mahram).”[3]

Inilah batasan-batasan yang mesti difahami oleh wanita Muslimah ketika dia berada dalam kehidupan umum.

Wallahu a’lam bi sawab.

________________________________________
[1] Imam Ibnu ‘Asyuur, al-Tahriir wa al-Tanwiir, juz 9, hal. 471; Imam Asy Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 5, hal. 209; Imam al-Baghawiy, Tafsir al-Baghawiy, juz 6, hal. 35; Imam al-Mawardiy, al-Naktu wa al-‘Uyuun, juz 3, hal. 169; Imam al-Khazin, Lubaab al-Ta’wiil fi Ma’aaniy al-Tanziil, juz 4, hal. 500; dan sebagainya.
[2] Imam Ibnu Mandzur, Lisaan al-’Arab, juz 4/257
[3] Imam Ibnu Mandzur, Lisaan al-’Arab, juz 2/212; Tafsir Qurthubiy, juz 10/9; Imam al-Raaziy, Mukhtaar al-Shihaah, hal.46; Imam Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 3/125; Imam Suyuthiy, Tafsir Jalalain, juz 1/554; al-Jashshash, Ahkaam al-Quran 2, juz 5/230; Imam al-Nasafiy, Tafsir al-Nasafiy, juz 3/305; Ruuh al-Ma’aaniy, juz 22/7-8; dan sebagainya.


p/s: Teringat masa aku praktikal dulu. Aku dan Kak Ilah didatangi 2 orang perempuan cina yang menjadi ejen insurans. nama insurans?? Aku tak igt.. After dorg explain itu dan ini.. Dorg cina nk bersalam tanda dorg nk beredar.. Aku tak sambut salam tangan dorg.. Kak Ilah pun tak sambut. Kat situ aku tertanya-tanya kenapa Kak Ilah tak sambut salam tangan perempuan cina tuh??. Sedangkan dorg tuh perempuan & Kak Ilah juga perempuan.. Kak Ilah pun explain, lebih kurang gini maksudnya. "...batal wudhuk akak if salam dengan perempuan kafir. Like bersalam dengan lelaki. Akak tak sure r dik tentang nie, sbb akak dgr dr mulut org."

Monday, 2 February 2009

Wanita Berkerudung Berwudhuk di Tempat Awam

Macamna ye bagi wanita berkerudung disaat mengambil wudhuk di tmpat trbuka?. Apakah boleh membuka tudungnya itu??


Kita akui bahwa berwudhuk merupakan syarat sahnya solat. ertinya, solat kita tidak akan sah apabila tidak punya wudhuk. Hal ini dijelaskan dalam keterangan berikut. Hai orang-orang yang beriman apabila kamu hendak mengerjakan shalat maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai mata kaki... (Q.S. Al Maidah 5: 6)

Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda, "Allah tidak akan menerima shalat kamu apabila berhadas hingga ia berwudhuk."? (H.R. Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan Tirmidzi)

Di antara kewajiban berwudhuk adalah mengusap kepala sebagaimana difirmankan dalam ayat di atas,?... dan sapulah kepalamu..? Adapun cara mengusap kepala yang dicontohkan Nabi saw. adalah sebagai berikut.

Abdullah bin Zaid r.a. berkata, "Sesungguhnya Nabi saw. mengusap kepala dengan kedua tangannya. Beliau memulai dari kepala bagian depan kemudian menggerakkannya hingga tengkuk, lalu mengembalikannya ke tempat semula (kepala bagian depan)."? (H.R. Al Jama'ah)

Apa yang dijelaskan dalam hadis sahih ini sangat berbeda dengan yang dikerjakan kebanyakan kaum muslimin di negeri ini. Masih banyak di antara kita yang hanya mengusap kepala sebagian kecil saja, iaitu hanya bahagian depan kepala. Hal ini tentu saja bertentangan dengan apa yang dicontohkan Nabi SAW. sebagaimana dijelaskan dalam hadis di atas.

Kalau kita ingin mengikuti cara wudhuk Rasulullah saw. maka usaplah kepala dengan dua telapak tangan yang basah. Mulai dari bagian depan kepala lalu gerakkan kedua telapak tangan itu ke bagian tengkuk, lalu kembalikan lagi ke kepala bagian depan.

Bagimana kalau wanita berkerudung berwudhuk di tempat terbuka? Apakah perlu membuka kerudungnya? Jawabnya: Tidak perlu. Usap saja kepala dengan tetap berkerudung. Ertinya, yang diusap itu bukan rambutnya, tapi kerudung yang menempel di kepala. Cara mengusapnya seperti dijelaskan di atas. Hal ini merujuk pada keterangan berikut.

Amr Ibnu Umayyah r.a. berkata, "Aku pernah melihat Rasulullah saw. mengusap sorban dan kedua sepatunya ketika wudlu."? (H.R. Bukhari, Ahmad, dan Ibnu Majah)

Hadis ini menegaskan bahwa Rasulullah mengusap kepalanya tanpa menlucut serbannya. Bererti, kaum wanita boleh mengusap kepalanya tanpa harus membuka atau menlucut kerudungnya. Bahkan, tidak perlu membuka sepatu atau kaus kaki. Cukup sepatunya diusap bagian atasnya, sebagaimana dijelaskan dalam hadis di atas.

Kesimpulannya, wanita yang berkerudung diperbolehkan untuk tidak membuka kerudung dan kaus kaki atau sepatunya saat berwudhuk di tempat terbuka. Cukup usap saja kerudung yang menempel di kepalanya dan usap juga sepatu atau kaus kaki bagian atasnya. Wallahu A'lam

sumber: http://percikaniman.org/tanya_jawab_aam.php?cID=139

Wednesday, 24 December 2008

Hukum Syara'

Hukum Syara' adalah khithab Syari' (seruan Allah sebagai pembuat hukum) yang berkaitan dengan amal perbuatan hamba (manusia), baik itu berupa ketetapan yang sumbernya pasti dan tidak diragukan lagi (qath'i tsubut) seperti Al-Quran dan Hadits mutawatir, maupun berupa ketetapan yang yang sumbernya belum pasti dan masih berupa sangkaan (zhanni tsubut) seperti hadits yang bukan tergolong mutawatir. Apabila ketetapannya pasti, maka perlu pengkajian lebih lanjut; yaitu bila penunjukan dalilnya bersifat pasti (qath'iud dilalah), maka hukum yang dikandungnya adalah pasti pula, misalnya jumlah rakaat shalat fardlu yang kesemuanya bersumber dari hadits mutawatir. Begitu juga dengan hukum haramnya riba, potong tangan bagi pencuri, atau hukum jilid bagi pezina. Semua itu merupakan hukum-hukum yang penunjukkannya bersifat pasti dan nilai kebenaran di dalamnya merupakan suatu ketetapan. Tidak ada ketetapan lain yang ditunjukkannya kecuali hanya satu ketetapan pasti.


Akan tetapi apabila seruan Syari' itu ketetapannya bersifat pasti sedangkan penunjukan dalilnya bersifat zhanni, maka hukum yang terkandung di dalamnya adalah zhanni. Misalnya ayat tentang jizyah, uang yang dipungut negara dari orang kafir dzimmi yang menolak masuk Islam, tetapi bersedia hidup dalam masyarakat Islam. Dilihat dari segi ketetapannya bersifat qath'i, tetapi bila ditinjau dari perincian-perincian hukumnya, maka penunjukan dalilnya adalah zhanni. Mazhab Hanafi misalnya mensyaratkan penggunaan istilah (jizyah); dan ketika memberikannya harus tampak jelas kehinaan bagi pembayarnya. Sedangkan mazhab Syafi'i tidak mensyaratkan hal ini, bahkan membenarkan mengambilnya dengan sebutan zakat mudla'afah, zakat berlipat ganda, serta tidak perlu menampakkan kehinaan, melainkan cukup tunduk saja terhadap hukum-hukum Islam.


Adapun seruan Syari' yang ketetapannya bersifat zhanni tsubut seperti hadits yang bukan mutawatir, maka hukum yang terkandung di dalamnya menjadi zhanni pula, baik itu berupa dilalahnya qath'i seperti puasa enam hari pada bulan Syawal yang ditetapkan oleh sunah, maupun yang dilalahnya zhanni seperti larangan menyewakan tanah lahan pertanian yang ditetapkan oleh sunah pula.


Dengan seruan Syari', kita dapat memahami hukum syara' melalui proses ijtihad yang benar. Berdasarkan hal ini, maka ijtihad para mujtahid itulah yang memunculkan hukum syara'. Oleh karena itu, hukum Allah bagi setiap mujtahid adalah apa-apa yang dihasilkan melalui proses ijtihad setelah mentarjihkan dan menduga kuat kebenaran hukum tersebut.


Seorang mukallaf yang telah mencapai derajat ahli ijtihad dengan sempurna dalam masalah tertentu, apabila dia melakukan ijtihad kemudian dengan hasil ijtihadnya itu mendapatkan hukum tentang masalah tersebut, maka di sini terdapat kesepakatan ulama bahwasanya seorang mujtahid tidak diperkenankan bertaklid kepada mujtahid lain yang pendapatnya berlawanan dengan hasil ijtihadnya yang diduga kuat kebenarannya. Dia tidak boleh meninggalkan pemahamannya/ijtihadnya (walaupun berbentuk zhanni) kecuali jika Khalifah telah memilih dan menetapkan salah satu hukum syara'. Dalam hal ini sikap yang diambil oleh mujtahid, adalah harus melaksanakan apa yang telah diputuskan oleh Khalifah. Sebab, status hukum yang telah dihasilkan oleh mujtahid melalui proses ijtihad yang diduga kuat kebenarannya merupakan hukum Allah baginya dalam masalah tersebut sekaligus ia merupakan hukum syara'. Selain itu, perintah Imam/Khalifah akan dapat mengatasi perselisihan (antara para mujtahiddin). Tetapi apabila seseorang mujtahid yang telah mencapai derajat mujtahid kemudian tidak berijtihad (dalam masalah tertentu), maka boleh saja dia bertaqlid kepada mujtahid-mujtahid lain. Sebab, Ijma' shahabat telah menetapkan bahwa boleh bagi seorang mujtahid untuk meninggalkan ijtihadnya dan bertaqlid kepada mujtahid yang lain.


Adapun orang yang sama sekali tidak memiliki kemampuan berijtihad dinamakan muqallid. Muqallid itu terbagi dua, yaitu muqallid muttabi' dan muqallid 'ammi. Muqallid muttabi' adalah orang yang belum menguasai berbagai cabang ilmu yang diperlukan dalam berijtihad, sehingga harus bertaqlid kepada seorang mujtahid; tetapi setelah ia mengetahui dalilnya. Hukum Allah baginya adalah pendapat mujtahid yang diikutinya. Sedangkan muqallid 'ammi adalah orang yang belum menguasai berbagai cabang ilmu yang diperlukan dalam berijtihad, sehingga harus bertaqlid kepada seorang mujtahid; tetapi ia tidak mempedulikan dalilnya. Berdasakan hal ini, muqallid 'ammi harus mengikuti ucapan atau pendapat para mujtahid serta menerima hukum-hukum yang mereka istinbath-kan. Baginya hukum syara' adalah hukum yang di-istinbath-kan oleh mujtahid yang diikutinya. Berdasarkan hal ini, maka hukum syara' adalah hukum yang di-istinbath-kan oleh seorang mujtahid yang memiliki kemampuan berijtihad. Baginya hukum adalah hukum Allah yang tidak boleh diingkari, dan atau mengikuti pendapat lain secara mutlak. Bagi orang-orang yang bertaqlid kepadanya, maka hukum tersebut telah dianggap sebagai hukum Allah yang tidak boleh diingkarinya.


Seorang muqallid apabila bertaqlid kepada sebagian mujtahid dalam suatu masalah dari berbagai masalah dan bertindak sesuai dengan pendapat mujtahid dalam masalah tersebut, maka tidak dibolehkan meninggalkan mujtahid itu dalam masalah hukum tersebut, tetapi boleh mengikuti mujtahid lain dalam masalah lain secara mutlak. Apabila ia ingin mengikuti mujtahid yang lain dalam masalah lain yang berbeda, maka hal tersebut dibolehkan sebagaimana ketetapan dari Ijma' shahabat. Karena itu, dalam hal ini, seorang muqallid dibolehkan meminta fatwa kepada orang alim dalam masalah tertentu. Adapun jika seorang muqallid menentukan satu mazhab, misalnya mazhab Syafi'i dan berkata "Saya bermazhab kepadanya dan terikat kepadanya", maka dalam hal ini ada keterangan lain. Yaitu, bila setiap persoalan yang diambil dari mazhab yang diikutinya berkaitan dengan apa yang ia lakukan, maka secara mutlak ia tidak diperkenankan bertaqlid kepada selain mazhab yang telah dipilihnya dalam suatu masalah. Lain halnya jika amal perbuatannya itu tidak tergantung kepada masalah yang telah ditentukan oleh satu mazhab yang dianutnya. Dalam masalah ini, maka tidak ada larangan baginya untuk mengikuti selain mazhab yang dipilihnya.


Bagi seorang mujtahid yang dalam ijtihadnya sampai kepada suatu kesimpulan hukum tertentu, maka baginya diperkenankan untuk meninggalkan apa yang telah dicapainya (dalam ijtihadnya) dalam masalah tersebut untuk kemudian bertaqlid kepada yang lain jika ia mempunyai maksud untuk menyatukan kaum muslimin dalam satu pendapat. Inilah yang telah terjadi pada saat pem-bai'at-an Utsman bin Affan.

Monday, 27 October 2008

Hukum Riba' & Pembohongan Keatasnya"

Semoga kecintaan kita terhadap Allah dlm membetulkan (hukum) yang sedia rosak ini, diberikan kekuatan dan ketenangan. Dan kita pun sudah diajar tentang kesabaran dijalan Allah. Sepertimana dalam firmanNya:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

(TQS. al-Baqarah [2]: 214)

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun." Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

(TQS. al­Baqarah [2): 155-157)

Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga)kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.

(TQS. Ali `Imran [3]: 186)

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan

pahala mereka tanpa batas.

(TQS. az-Zumar [39]: 10)

Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,

(TQS.al-Baqarah [2]: 155)

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu...

(TQS. Ali `Imran [3]: 200)

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

(TQS. az-Zumar [39]: 10)


Rasulullah SAW melaknat bagi orang-orang yang bersyarikat di dalamnya. Sepertimana di dalam hadith ini:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah shallahu ‘alahi wasallam bersabda, “Allah melaknat orang yang memakan (pemakai) riba, orang yang memberi riba, dua orang saksi dan pencatat (dalam transaksi riba), mereka sama saja”.

(HR. Muslim dan Ahmad)

Riba’? Secara dasarnya riba’ dikelompokkan menjadi dua. Haah? Macamna tuh?. Masing-masing adalah riba hutang-piutang dan riba jual-beli. Kelompok pertama terbahagi lagi menjadi riba’ qardh dan riba ya’dd. Sedankan kelompok kedua, riba jual-beli, terbagi menjadi riba’ fadhl dan riba’ nasi’ah.

1. Riba’ Qardh adalah amalan riba dengan cara meminjamkan wang kepada seseorang dengan syarat ada kelebihan/keuntungan bagi pihak pemberi hutang.

2. Riba’ Ya’dd adalah amalan rib’ yang dilakukan oleh pihak yang peminjam yang meminjamkan wang/barang telah berpisah dari tempat aqad sebelum diadakan serah terima barang (aqad timbang terima). Munculnya riba’ dalam keadaan ini adalah kerana dikhuatirkan akan terjadi penyimpangan.

3. Riba’ Fadhl adalah amalan riba dalam bentuk menukarkan barang yang sejenis tetapi tidak sama keadaannya atau menukar barang yang sejenis tetapi saling berbeza nilainya (kuantiti).

4. Riba Nasi’ah adalah amalan riba memberikan hutang kepada orang lain dengan tempoh yang jika terlambat mengembalikan akan dinaikkan jumlah/nilainya sebagai tambahan atau sanksi.

Wah..bayangkan lah eh. Bagaimana bank2 sekarang ini mengaut keuntungan dari kita. Dah lah kita tanam modal. Pastu kalau si A meminjam wang dari bank tersebut, yang pasti modal2 kita mereka(bank) guna pakaikan sebaik2nya. Bank ini kelihatan seperti perantara. Setelah kita ketahui(bank), bank pasti akan bagi dividen yang tak seberapa (0.03% gitu) kepada kita. So korang nmpk tak pembohongan keatasnya. Dah lah si peminjam kena cas 10% (contohnya), pastu dividen yang kita perolehi kita dapat dari situ. Bukan kah kita turut terlibat(tak asingkan mana wang kita n dividen, men kebas jerk..) dalam bersyarikat sepertimana hadith yang sy berikan diawal perbicaraan td??.

Syiekh Yusof al-Qardawi berpendapat bahawa riba’ itu boleh asalkan tidak berlipat ganda.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.

(Surah Ali ’Imran, 3: 130)

Disini ada kepincangan pendapat. Apa yang dimaksudkan berlipat ganda bagi ulama tersebut? Nilainya 100%, so yg 2%-3% tuh tak termasuk riba’?.

Sebab??Berlipat ganda, yang dimaksud riba di sini ialah riba nasi'ah. Menurut sebagian besar ulama bahwa riba nasi'ah itu selamanya haram, walaupun tidak berlipat ganda..

Allah SWT telah menjelaskan:

Orang-orang yang makan (mengambil) riba’ tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila’. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu’ (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya..

(Al-Baqarah, 2:275)

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.

(Al-Baqarah, 2:278)

dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta benda orang dengan jalan yang batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih.

(An Nisaa’, 4:161)

Macamana kita nak mintak syafaat Nabi SAW kalau kita melanggar perintahNya:

Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.

(Al-Baqarah, 2:279)

Kita tidak boleh mengikut pendapat beliau. Pendapat beliau adalah lemah. Dalam mengikut suatu pendapat, kita perlu mengetahui terdahulu yang mana haq dan mana yang batin. Hujah yang kuat(perawi) dan sebagainya. Dan kita perlu ketahui apakah hujah itu turut diguna oleh ”orang terkuat dan terpelihara’? Sebagaimana disabdakan oleh Nabi SAW:

”Aku mewasiatkan kepada kalian para sahabatku, kemudian generasi sesudah mereka, kemudian generasi sesudah itu. Dan setelah itu akan tersebarlah kedustaan.”

**masuk bab perawi hadith~

Itulah yang menjadi alasan bahwa perawi hadith adalah para sahabat, tabi’in dan tabi’u at-tabi’in. Periwayatan ini berhenti setelah masa tab’u at-tabi’in dengan dilakukannya pembukuan hadith ke dalam bentuk buku. Rasul SAW sendiri menjelaskan bahwa sesudah mereka (tabi’u at-tabi’in) akan tersebar kedustaan.

"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila...."

"Apabila zina dan riba telah merajalela di suatu negeri, berarti mereka telah menyediakan diri mereka untuk disiksa oleh Allah."

(HR Hakim)


"Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orangyang menjadi saksinya." Dan beliau bersabda: "Mereka itu sama."
(HR Muslim)


"Rasulullah saw. melaknat orang yang makan riba dan yang memberi makan dari hasil riba, dua orang saksinya, dan penulisnya."

(HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)


"Orang yang makan riba, orang yang memberi makan dengan riba, dan dua orang saksinya --jika mereka mengetahui hal itu-- maka mereka itu dilaknat lewat lisan Nabi Muhammad saw. hingga han kiamat."
(HR Nasa'i)


"Sungguh akan datang pada manusia suatu masa yang pada waktu itu tidak tersisa seorangpun melainkan akan makan riba; barangsiapa yang tidak memakannya maka ia akan terkena debunya."

(HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

Terdapat juga Doa Nabi itu sebagai berikut:

"Ya Tuhanku! Aku berlindung diri kepadamu dari terlanda hutang dan dalam kekuasaan orang lain." (RiwayatAbu Daud)

Dan ia bersabda pula:

"Aku berlindung diri kepada Allah dari kekufuran dan hutang. Kemudian ada seorang laki-laki bertanya: Apakah engkau menyamakan kufur dengan hutang ya Rasulullah? Ia menjawab: Ya!" (Riwayat Nasa'i dan Hakim)

Dan kebanyakan doa yang dibaca di dalam sembahyangnya ialah:

"Ya Tuhanku! Aku berlindung diri kepadaMu dari berbuat dosa dan hutang. Kemudian ia ditanya: Mengapa Engkau banyak minta perlindungan dari hutang ya Rasulullah? Ia menjawab: Karena seseorang kalau berhutang, apabila berbicara berdusta dan apabila berjanji menyalahi." (Riwayat Bukhari)

Ketahuilah terdapat dosa-dosa riba’.

>Pemakan dan Pemberi RIBA’ perangi Allah subhanahu wataala dan Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam.

Firman Allah subhanahu wataala:

“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertobat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah: 279).

Syabab-syabab dan kaum muslimin, betapa beratnya ayat ini hendak kita terima. Bagi yang berhati lunak dengan agama, apabila dibaca ayat ini terasa gementar jasadnya, tak tertahan air mata…terus meluncur, bercucur. Gerun. Betapa Allah pujaan kita menyuruh kita agar isytiharkan perang denganNya dan RasulNya jika kita masih berdegil tidak mahu meninggalkan RIBA. Ayat inilah yang membuatkan kita semua kuat terpanggil untuk menjauhi RIBA’.

Mahukah kita berperang dengan Allah dan RasulNya???

>Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

Firman Allah subhanahu wataala:

”Allah menghancurkan keberkatan kerana RIBA dan menambahkan keberkatan dari sedeqah”.

(Al-Baqarah : 276)

Sabda Rasulullah SAW dari ibnu Mas’ud radhiAllahu ‘anhu:

”Sesungguhnya RIBA walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa”

(Riwayat Ahmad, al-Hakim) - Musnad Ahmad, no 3754, 1/395; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan (Fath al-Bari, 4/399)

Berkata Ibn Abbas RA:

”Tidak diterima dari pemakan RIBA’ (yang menggunakan harta RIBA’) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya”

– Al-Jami’ li Ahkami Quran, al-Qurtubi, 3/362; az-Zawajir, ibid, 1/224

Apa guna hidup tanpa barakah??? Hidup mungkin kaya, hasil pelaburan mungkin berganda. Namun, janganlah dengan mengejar kekayaan dan kemewahan itu membuatkan kita makin jauh dari rahmat Allah, malah mengundang murka Allah.

>Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri

Nabi SAW bersabda :

”RIBA’ mempunyai 73 pintu, RIBA’ yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ”

(Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim) – Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 al-Hakim : Sohih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.

> Lebih Berat Dari 30 Kali Zina.

Nabi SAW :

”Satu dirham RIBA’ yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali”

(Riwayat Ahmad & ad-Dar Qutni) – Musnad Ahmad, 2/225; ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103

Cukuplah dengan dalil-dalil di atas bagi membuatkan kita cukup2 insaf dan gerun akan amaran/ancaman dan murka Allah subhanahu wataala berkenaan RIBA’.

\Hutang menghalangi syurga bagi perjuang Islam yang mati Syahid ,Dan sabdanya:

"Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya melainkan hutang." (Riwayat Muslim)

Jika kita telah mengetahui bahwa riba adalah kemaksiatan yang besar kepada Allah, seharusnya kita menghindarkannya dari kehidupan kita. Bukan malah menikmati riba itu karena menguntungkan secara materi. Untuk apa keuntungan materi di dunia jika hanya mendapat azab Allah di akhirat? Wassalamu’alaikum Wr Wb

”Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang menyakini agamanya?”

(TQS Al-Maidah, 50)
Related Posts with Thumbnails