From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Friday, 27 February 2009

Keperibadian??Islamic or Barat..

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka...." (Al-Fath:29)


Jika dilihat pada hari ini.. Keperibadian umat Islam mula tercela. Sudah tidak bijak membezakan mana Syakhsiyah (keperibadian) dan Syakhshiyah Islamiyah (keperibadian Islam). Di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah tidak memberitahu istilah baru itu. Hal itu adalah lumrah kerana merupakan hal baru yang belum pernah ada pada masa Rasulullah SAW, sahabat bahkan berabad-abad selama terwujudnya masyarakat Islam secara nyata.



Maka pembahasan masalah tersebut menjadi sangat penting dibicarakan. Nape ye?? Sepanjang minggu nie macam-macam perkara dilalui. Ditambah pula ceramah disurau malam khamis hari tuh dan juga khutbah jumaat hari nie. Secara tidak langsung memikirkan saya hal-hal keperibadian. Sejauh keadaan kita sekarang. Al-Maadiyah(produk-produk) mahupun al-afkaar(nilai-nilai) yang datang dari budaya Barat semakin bermaharajalela di berbagai negeri kaum Muslimin di saat ini.

Bidang ilmu kejiwaan atau psikologi salah satu nilai yang tertanam dalam kehidupan kaum Muslimin saat ini. Nilai-nilai yang dikembangkan antara lain iaitu konsep keperibadian manusia yg sgt dientukan oleh perlbagai platform yang akan disebutkan oleh saya nanti. Tinggi-rendahnya keperibadian seseorang itu ditentukan dari perbagai sudut:

1) nilai-nilai fizik (postur tubuh, cara berjalan, bentuk hidung, mata, tahi lalat)
2) nilai-nilai bukan fizik (bentuk pakaian, warna kesukaan, makanan-minuman, saat kelahiran, adat istiadat dan sebagainya.)
3) nilai-nilai lainnya (pendidikan, ekonomi, sosial-politik dan sebagainya)

Itu lah platform atau standard yang dinilai dan dipandukan oleh kaum Muslimin. Di saat pada diri sendiri, pemilihan pasangan hidup, membentuk keperibadian anak-anak, isteri, dan keluarga, masyarakat, dan hingga ke peringkat memilih pemimpin yang menerajui & mengetuai di barisan hadapan agama Allah. Nilai-nilai ini lah semakin mendapat sambutan kaum Muslimin dalam memandang kemulian dan kerendahan nilai keperibadian pada diri seseorang mahupun masyarakat.

Seorang yg santun berkata, rapi, disiplin, pemaaf, tepat waktu; dikatakan keperibadian baik, menarik dan mulia, meskipun ia dalam masa yang sama dia adalah kaki botol, tidak menutup aurat dan sebagainya. Hidup tanpa ikatan pernikahan sebumbung dengan pasangannya atas dasar suka sama suka, berbaju kurung tetapi tidak bertudung, memakan wang riba' dan hasil perjudian yang legal mahupun tidak. Sudah memadai datang ke tempat-tempat ibadahnya pada saat-saat tertentu saja. Banyak lagi contoh mudah yang kita dapatkan di masyarakat.

Apa kan lagi kini muncul 'sekolah keperibadian' yang mengajar tentang 'keperibadian baik dan mulia' dengan nilai-nilai baik dan mulia menurut para pengajarnya (masyarakat Barat).

Harus di fahami pemahaman tentang makna 'keperibadian' dan 'keperibadian Islam', agar kaum Muslimin memiliki sebuah keperibadian yang benar, mulia dan kukuh yang dibangunkan diatas nilai-nilai Aqidah Islam sebagaiman keperibadian Rasulullah SAW dan para sahabat yang mulia.

Wallahulam

5 comments:

WanitaMustanir said...

dhiya,

awak rujuk pilar-pilar pengukuh nafsiyyah islamiyyah ke??

Panglima Kungfu said...

tak..tak rujuk pilar-pilar pengukuh nafsiyyah islamiyyah..nak watpe rujuk..bukan sy cerai dy pun..hehe

sy guna buku lain..

WanitaMustanir said...

aduhh, ke situ pula..

ok2 tukar word..huhu
ckp rujuk, org ingat lain..

awak refer buku apa??

Syabab Tajdid said...

Sakhsiyah (keperibadian) Islam dibina dengan aqliyah (pemikiran) dan Nafsiyah (perbuatan).

Untuk mereka-mereka yang telah dibina asas aqliyah Islam yang mantap, cabaran yang seterusnya adalah istiqamah atau tidak dia dalam nafsiyah dia.. Hatta dalam proses pemantapan aqliyah itu perlukan keteguhan nafsiyah.

Nafsiyah berkaitan dgn keimanan yang mana, iman yazid wa yanfuz (blh bertambah dan berkurang).

Ramai org terkandas dengan kehanutan dunia walaupun dia mempunya aqliyah Islam, kerana nafsiyahnya lemah dan terpedaya dengan hasutan syaitan.

Nafsiyah perlu dicharge.. Klw lemah, kene ada usaha untuk tinggikan semula.. Salah satu cara untuk pastikan iman sentiasa dicharge, berjuanglah bersama jemaah dan pastikan terlibat dengan aktiviti2 dakwah bersama. Org yang mampu istiqamah berdakwah, akan mampu juga maintain kadar nafsiahnya seterusnya membentuk jatidiri, sakhsiyah yang cemerlang.

Ehm.. sedikit komen tambahan dari ana.. Tiba2 terasa nk ulas sket topik anta ni. Semoga kita sama2 terus istiqamah berjuang demi kemuliaan Islam. InsyaAllah..

Panglima Kungfu said...

Alhamdulillah..
afwan syababtajdid ats komen tersebut. Moga ia [ Sakhsiyah (keperibadian) Islam dibina dengan aqliyah (pemikiran) dan Nafsiyah (perbuatan).] yg mantap akn terus mantap dan 'clear' utk terus istiqamah berjuang demi kemuliaan Islam.

Related Posts with Thumbnails