From Qur'an || From Hadith
None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.
Tuesday, 17 February 2009
al-Hubb & Kasih Sayang
"Stop killing us" Apakah jawapan kita?. ALASAN atau TINDAKAN.
"YOUR SILENCE IS COMPLICITY" untuk kita kah mesej itu ditulis?? hmm, BERPELUK TUBUH & still MENGIRA berapa kerugian, kematian, dan keperluan diperlukan rakyat Palestine.
More gmbr click disini
Alhamdulillah... ... lanjutan respon yang diberikan segelintir tetamu yg hadir semasa talkshow tempoh hari.. Syukur kepadaMu, kerana izinMu dengan kekuatan yang Kau beri kepadaku untuk berdiri dihadapan dan hidayatMu kepada tetamu talkshow.
Sudah ada yang tercelik diminda mereka. Sudah nampak dan faham apa yg sy katakan temph hari. Sudah juga bertanya siapakah saya.. Ada jua bertanya, kamu belajar dimana sebelum ini (sekolah menengah).. Jika dilihat penampilan yg saya bawak, ada yang tidak menyangka sy boleh ketahap itu dengan umur yg masih muda.. Bagi saya sudah lewat, ditambah pula ilmu yg ada ini masih sedikit.. Dari segi pemakaian tidak ke arah golongan ustaz-ustaz.. Diluar sy berseluar jeans, berbaju t-shirt dan memakai jacket(jika perlu). Sesungguhnya pakaian bukanlah menunjukkan orang yg berpakaian seperti ini, begini tingkah lakunya. Bagi sy, memadai ia menutup aurat.
Disini sy hendak berkongsi sedikit dan mahu menyingkap sedikit berhubung kasih sayang. Bukanlah entry yg menyentuh kasih sayang terhadap suami/isteri, anak2, ibu bapa dan sebagainya. Tetapi terhadap manusia, Hablun minal nas..
Amat diperlukan untuk difahami dan dihadhami (dicernakan) oleh setiap warga bumi terutama mereka yang mengungkap persaksian “Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu annamuhammadar rasuulullaah.”
Jika kita dikhabarkan atau diberitahu bahawa sahabat kita jatuh sakit. Secara automatiknya kita terasa sedih dgr khabar berita itu. Perasaan mahu ziarah sahabat kita wujud. Wujud disebabkan adanya kasih sayang kita kepada sahabat kita itu. Sahabat kita itu memerlukan kita, mereka (sahabat) pasti terharu melihat kehadiran kita tatkala mereka susah. Saya pasti kalian mesti pernah berada di tempat(situasi) sahabat ini bukan. Inilah dipanggil Cinta atau al-Hubb.
Cinta atau al-Hubb terhadap saudara seagama kita perlu juga kita pamerkan. Sama juga saudara-saudara dan anak-anak kita di palestine itu. Keadaan mereka itu ibarat seperti sahabat kita itu. Apakah hanya memberikan wang dan bekalan sudah di mark sebagai kita ini orang yg penyayang. Saudara Islam yang selari dengan khalimah “Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu annamuhammadar rasuulullaah.” yg sempurna akidahnya pasti tidak cuma bertindak sedemikian. Mereka sanggup lebih kan kepada saudara mereka sendiri.
Kita lihat zaman Rasulullah semasa zaman penghijrahan umat Islam di Mekah ke Madina. Bagaimana sambutan yg diberikan orang Islam Madinah terhadap orang Muhajirin. Padahal mereka tidak lah kenal mana pun orang Muhajirin. Mereka kenal atas sebab akidah Islam yang orang Muhajirin miliki.
Dimanakah pergorbanan kita terhadap orang Palestine dan umat-umat Islam di dunia?? Berkorban atau terkorban.. Tidakkah kita bercita-cita mendiami syurga Allah. Duduk bersama Rasulullah dan Para Syuhada..
Apakah jawapan yg sy nk beri di hadapan Allah nnt??
Sedangkan segala persoalan yg berlegar dikepala(apekah aku sdg ber alasan??=p) skg dan mendatang, sudah pun terjawab pd 1400 tahun dahulu iaitu BERSEGERALAH MELAKSANAKAN SYARIAT. Cuma tiga golongan ini aje yg tidak di tuntut kewajipannya iaitu 1) Belum akhil baligh 2) Orang bukan Islam or murtad 3) Tidak siuman. So pilih lah antara tiga supaya kamu tidak di adili oleh Allah. Sesungguhnya kamu mengetahui tetapi kamu menafikannya.
Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malamku. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah, Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam, Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam)
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam Yang maha pemurah lagi maha pengasih Yang berkuasa pada hari pembalasan Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanyap Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan Tunjukanlah kami jalan yang lurus Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat Amin.. (Perkenankanlah permintaan Kami)
Memang benar apa yg dikatakan Imam as-Syafie. Makin banyak ilmu makin kita jahil.
Bagi aku juga, Makin berdosa pula jika tidak dilaksanakan apa yg diketahui dan diperintahkan ke atas diri.
Wallahulam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Adakah tunggu ke 1juta kematian baru kita nak bertindak?? fikir-fikirkan lah..
....ni talkshow pasal aper???
asl x ajak aku?? erm...kt ner??
aku kn dah ajak ko hr tuh..tp ko ade hal ape tah ngn helmi..
talkshow kt TTL 2 ler..
psl "Rintihan Gaza: Air mata palestine"
Post a Comment