From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Sunday 19 April 2009

Apabila Final Datang Menjengukku


Pejam celik... Pejam celik... Bikin tahi mata =P... Masa pantas berlalu. Bak pedang mencantas ... (lupa peribahasa arab huhuhu). Menjadi seperti air itu sukar. Kerna kebiasaannya air yang mengalir akan menghasilkan air yang baik berbanding air yang tidak mengalir. Malah air yang tidak mengalir boleh mematikan tumbuhan, tiada bekalan 02 untuk nya. Manusia yang cuma berada disuatu tempat, tahapnya takat itu sahaja, pasti ia akan 'mematikan' dirinya sendiri. Tiada output baik yang boleh dihasilkan dan men'survive'kan dirinya.

Hari isnin bermula lah study week saya. Minggu seterusnya adalah minggu 'final menjenggukku' =). Muga saya dapat menempuh exam dengan jayanya dengan keredhaanNya... Ameen.. Siapa kata bidang saya ini mudah, semudah kalian menggunakan teknologi komunikasi. Siapalah yang tahu yang bidang saya adalah 2 dalam 1 "to develop the necessary theoretical knowledge in the areas that are crucial to mobile communications and electronic engineering and to develop skills in wireless network technology, as well as a systematic approach to problem solving."

Kerjaya sebagai jurutera dan ahli sains adalah untuk menyelesaikan masalah dan memudahkan kerja manusia. Dalam hal ini saya rasa ia bersangkutan dengan Tauhid. "Segala-galanya mudah, selesa, dan pantas di dunia dengan adanya jurutera. Nak pergi Malaysia-UK, tak lebih sehari sudah sampai dengan menaiki pesawat. Hendak bercakap dan bertemu dengan orang jauh? 'Video Confrence' sudah tercipta. Jatuh sakit? Ubat-ubat yang dibuat oleh ahli Farmasi tercipta. Jurutera-juruteranya dan ahli sains diajar mengejar ke arah itu dan 'dikerah' membuatnya. Inilah yang diajar oleh Sistem Sekular. Sistem inilah lah yang merosakkan bumi. Seolah-olah ini adalah Syurga bagi orang kafir dan orang Islam terlupa tentang hakikat kehidupan sebenar. Kita perasan tak, kekuasaan Allah "tiada" dalam kehidupan kita ini. Senang cerita, kita lupa Allah. Allah mengajar bulan berpusing mengelilingi bumi dengan kuasa-Nya. Kita diajar hari ini, bulan berpusing mengelilingi bumi dengan paksinya melalui orbitnya. Inilah Dajjal yang mengkaburi mata kita. Lupa tentang kekuasaan Allah. Lupa juga, Allah telah menetapkan Sistem Islam dan sebagainya.

Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Mad-yan, saudara mereka Syu'aib, maka ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah olehmu Allah, harapkanlah (pahala) hari akhir, dan jangan kamu berkeliaran di muka bumi berbuat kerosakan." [Al-'Ankabuut, 29:36]

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa" [Ar-Rahman, 55:26]

Maka sekali-kali janganlah kamu dipalingkan daripadanya oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti hawa nafsunya, yang menyebabkan kamu jadi binasa." [Thaahaa, 20:16]

Mereka terlupa kekuasaan mutlak yang Allah miliki. Terlupa siapakah yang memberikannya? Mereka cukup bangga dengan penemuan-penemuan terbaru dan 'ajaib'. Ingatlah sehebat mana kalian mencipta, penciptaan kalian dari yang ada kepada yang ada. Tidak pula bagi Allah, penciptaan yang tiada kepada yang ada.

"Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?." [Al-Mulk: 67:30]

Renung-renungkan firman-Nya ini:

Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. [Al A'raaf, 7:25]

"Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerosakan." [Al A'raaf, 7:74]

"Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." [Al-Baqarah, 2:11]

Wallahulam..

Falsafah Perniagaan Islam

Semalam, saya ke Pesta Buku di PWTC. Explore atau terjahan ke Pesta Buku itu bukan lah cuma suka-suka tetapi adalah matlamat..hehehe.. Saya tidak keseorangan pergi ke sana. Saya dan beberapa rakan saya hadir ke sana. Sampai di sana, kami berpecah, bawa haluan masing-masing. Kawasan Pesta Buku di PWTC luas, penat kaki dibuatnya, round sana sini. Ntah macamana kan, saya terserempak kawan lama saya(ex-classmate) sekolah menengah. Dia bertugas di sana sebagai promoter Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), dia dah habis exam, boleh lah join jadi promoter ITNM tuh. Persoalan di dalam kepala saya, "adakah semua student UIAM sudah abeh exam? cepat nah abih??..huhu perasaan jeles ada n pressure pun ada(sy blum start lagi exam..huhuhu).

ITNM[1]


ITNM [2]

Saya meneruskan lagi perjalanan berjalan-jalan. Sampai disuatu tempat, saya tertarik somebook. Rasa mahu beli. Saya beli buku itu dan hadiahkan kepadanya. (Buku yang mana??hohohoho, carilah sendiri..) dan tak lupa juga untuk tatapan saya sendiri, Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam jilid 1 & 2. Sudah lama mencari buku-buku itu. Murah jugalah buku-buku disini, less 15%.

Beli buku

PErjalanan diteruskan. Di dalam perjalanan itu, saya terjumpa hambaAllah ini. Dia adalah seorang jutawan. Siapa? rasanya kalian boleh agak kut siapa. Buku tentang kariernya melambak di kedai-kedai buku. Dia bukan jutawan internet tetapi jutawan planet. Azizi Ali Jutawan Jupiter

"Bagaimana mahu menjadi jutawan syarie dan hendak merangka dan melaburkan modal yang syarie pada masa kini?" itu adalah persoalan yg terlintas difikiran sy semasa berjumpa beliau. Tapi tidak sy tidak peluang bertanya atas sebab-sebab tertentu =).

Kawasan Jutawan itu berada...

Setakat disini sahaja kot yg boleh saya cerita. Di bawah adalah sebuat artikel yang mungkin berguna untuk si peniaga yang syarie. Selamat membaca!!


Sumber:
http://annur-sheeda.blogspot.com/2009/01/falsafah-perniagaan-islam.html


Falsafah umum perniagaan yang menjadi asas kehidupan Muslim.


Falsafah ialah pegangan individu atau masyarakat mengenai ketuhanan, manusia, kebahagiaan dan persoalan-persoalan asas kehidupan. Falsafah ini akan menentukan sikap seseorang itu terhadap dirinya, orang lain dan kerjanya. Sikap ini akan memberikan kesan terhadap tindakan dan gelagatnya dalam mengendalikan kerjanya.

FALSAFAH ISLAM ADALAH DIASASKAN OLEH TAUHID.

Definasi tauhid : secara umumnya ia bermaksud mengakui dan mempercayai keesaan Allah.
Kepercayaan dan keyakinan ini merangkumi perkara-perkara berikut:
  1. Adanya tuhan langit dan bumi.
  2. Ia pencipta keduanya dan segala yang ada diantara keduanya.
  3. Ia pemilik segala yang ada dialam ini.
  4. Pemberi rezki kepada setiap yang hidup.
  5. Pentadbir setiap perkara.
  6. Mengesakan Allah dengan ibadat.
  7. Taat sepenuhnya dan tunduk kepadanya serta tidak menyembah kecuali kepada dia sahaja.
  8. Melaksanakan perintahnya dalam segala aspek kehidupan.

KESAN TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA(1)

A. Memberikan Misi Yang Jelas Dalam Setiap Pekerjaan.

Misi setiap muslim yang diserapkan dengan tauhid ialah untuk melaksanakan perintah Allah dalam setiap aspek kehidupannya - dalam kehidupan individu, berkeluarga, masyarakat dan bernegara. Dalam sistem ekonomi, politik dan sosial.

Dalam setiap aktiviti dan kegiatannya dia akan berusaha untuk melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam. Apa yang dikehendaki oleh Allah itulah apa yang akan dibuat olehnya.
Dengan cara ini manusia muslim akan memperolehi matlamat yang unggul iaitu `Al-Falah' iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat. Sekiranya ditanya `apakah misi organisasinya atau pekerjaanya'. Dia akan menjawab `sebagaimana yang dituntut oleh Islam'. Untuk tujuan ini, ilmu pengetahuan yang sesuai adalah diperlukan supaya dia tahu apa yang dituntut oleh Islam itu dalam pekerjaannya dan hidupnya.

B. Membebaskan Manusia.

Dalam peperangan Qadisiyah apabila Rib'i b. `Amir berdiri dihadapan ketua perang Parsi, Rustam untuk menjelaskan matlamat kedatangan Islam, beliau menjawab:
`.........Dan untuk membebaskan manusia daripada memperhambakan diri kepada manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada satu dunia yang lebih luas dan daripada penindasan agama lain kepada keadilan Islam'
__________________________
(1) Al-Qardawi Yusuf "Pengertian Tauhid" terjemahan AbdulMajid Abdullah, Pustaka Salam, 1987.
Dengan tauhid kita dapat diselamatkan dari tunduk kepada manusia dan terkungkung dengan pendapat seseorang. Dengan ini jiwa manusia dan hidupnya bebas dari tunduk, merendah, menghina dan menyerah kepada yang lain dari Allah.

C. Membentuk Peribadi Yang Seimbang

Peribadi yang seimbang atau `Balanced Personality' banyak disebut oleh `guru-guru pengurusan' barat atau western `Management Gurus' termasuklah Stephen Covey. Secara teorinya ianya sesuatu yang boleh diperkatakan. Tetapi secara praktisnya, ianya hanya boleh dibentuk dalam satu masyarakat yang beragama.
Masyarakat sekular tidak akan dapat melahirkan peribadi yang seimbang walaupun ianya disebut berulang-ulang kali.

Peribadi seimbang yang dilahirkan melalui tauhid ialah seimbang dari aspek roh dan jasadnya, `akal dan nafsunya, ilmu duniawi dan akhirat, manusia yang inovatif dan kreatif, sabar dan tegas, mempunyai visi dan misi dalam kehidupannya serta cekap dan ikhlas dalam memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat dan bersifat proaktif dalam menangani permasalahan dalam kehidupannya, serta berjaya dalam hidup didunia dan persediaannya untuk akhirat. Seimbang juga bermaksud mampu melahirkan suasana yang baik samada dipejabat atau organisasinya dan dirumahtangganya. Semuanya dalam keadaan yang stabil dan harmoni.
D. Sumber Kebahagiaan Dan Ketenangan Jiwa

Stephen Covey, salah seorang guru pengurusan terkenal telah menyebut satu masalah yang biasa kita dengar dikalangan `Top Executives' dan ahli perniagaan yang telah berjaya:
`Everyone tells me i'm highly successful. I've worked and scraped and sacrificed, and i've made it to the top. But i'm not happy. Way down inside i have this empty feeling. It's like the song says,'is that all there is?
most of the time, i just don't enjoy life.....(first things first)
Sebenarnya dengan tauhid hati seseorang dapat dipenuhi dengan keamanan dan ketenangan. Ia telah menutup pintu ketakutan, takut tentang rezki, takut kepada ajal, takut kepada diri, takut kepada keluarga dan anak-anak, takut kepada manusia dan takut kepada mati.
Adapun seseorang mukmin yang mentauhidkan Allah, ianya tidak takut kepada sesuatu atau seseorang kecuali hanya kepada Allah.
Sebab itu ia sentiasa dalam keadaan bahagia dan tenang.

E. Tauhid Asas Persaudaraan Dan Persamaan

Persaudaraan dan persamaan tidak akan tercapai dalam kehidupan manusia, bila terdapat dikalangan manusia ada yang menjadi tuan kepada manusia lain. Tetapi bila semua manusia itu dikira sebagai hamba Allah maka ianya adalah sebagai punca dan asas persaudaraan dan persamaan diantara sesama manusia.
Hatta dalam pekerjaan sekalipun semangat ini jelas kelihatan sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:
`Pekerja kamu adalah saudara kamu. Mereka yang bekerja dengan kamu telah dijadikan tunduk dibawah kamu oleh Allah.'
Apabila kita percaya kepada Allah yang esa dan seterusnya mengabdikan diri seluruhnya kepada Allah maka akan lahir satu keadaan dimana mereka yang berbuat demikian akan bersaudara tidak ada perbezaan kaum dan tidak ada perbezaan warna kulit.

F. Kesan Tauhid Terhadap Akhlak

Kesan daripada perkara diatas akan lahir individu-individu yang berakhlak mulia dan amanah. Dia seorang yang konsisten dalam menjalankan tugasnya dengan cekap dan penuh tanggungjawab(akauntabiliti) kerana ikatannya hanyalah kepada Allah dan tidak pada orang lain.

KONSEP MANUSIA

Dalam Islam manusia adalah gabungan ruh dan jasad. Oleh itu kedua-dua unsur ini haruslah dibangunkan dan dipertingkatkan.

Imam al-Ghazali telah menggariskan empat jalan untuk mencapai kebahagian iaitu:
a. Memenuhi keperluan ruh
b. Memenuhi keperluan jasad
c. Memenuhi keperluan luaran
d. Memenuhi keperluan kepada petunjuk ilahi

Disamping itu manusia adalah `Khalifatullah fi Al-ardh' yang diberi amanah untuk membangunkan alam ini oleh Allah. Segala apa yang ada dibumi adalah milik Allah dan manusia diberikan hak sementara. Manusia akan disoal oleh Allah terhadap apa yang dibuat dengan harta yang diperolehinya.

Oleh itu kriteria yang digunakan oleh manusia untuk membuat keputusan tidak hanya dibatasi oleh dunia ini sahaja tetapi juga merangkumi alam akhirat.


FALSAFAH PERNIAGAAN.

Falsafah perniagaan dalam perspektif barat adalah sebahagian daripada misi institusi perniagaan itu yang menggabungkan 3 aspek penting:
1. Tujuan - kenapa institusi atau organisasi perniagaan itu wujud?
2. Strategi
3. Nilai dan etika kerja - polisi dan etika yang memandu sesuatu perniagaan dalam operasinya. Ia menjelaskan bagaimana seseorang pengurus perniagaan dan pekerja seharusnya bertindak.

TUJUAN
Secara umumnya tujuan atau `purpose' perniagaan dari perspektif barat ialah untuk mendapat keuntungan. Walaubagaimanapun matlamat perniagaan telah malalui perubahan peradigma. Bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga untuk memenuhi tanggungjawab sosial. Perubahan ini adalah kesan daripada pengalaman masyarakat barat yang telah merasai kepahitan dari kualiti yang rendah dan keselamatan yang tidak terjamin apabila keuntungan sahaja yang menjadi tujuan perniagaan. Malah mereka menganggap tanggungjawab sosial sebagai satu cara untuk meningkatkan imej sesuatu organisasi perniagaan dalam sebuah masyarakat. Dengan cara ini dari sudut jangka panjang syarikat tersebut akan dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.

Ada berbagai-bagai tanggapan dikalangan ketua-ketua eksekutif atau pengurus-pemgurus syarikat dibarat mengenai tujuan atau falsafah perniagaan:
1. Untuk kebajikan pemegang-pemegang saham syarikat.
Untuk kebajikan pengguna
3. Untuk kebajikan pemilik-pemilik syarikat(perkongsian)
4. Untuk kepentingan pemegang saham, pekerja, pengguna dan `suppliers'
5. Untuk meningkatkan kualiti kehidupan bagi lelaki dan wanita yang bekerja( yang tidak menjejas alam sekitar, atau meningkatkan perkhidmatan pengguna, etc). Sesuatu yang melewati batas kepentingan diri keempat-keempat golongan tersebut. Sesuatu yang memberi `sense of mission' kepada syarikat tersebut.

STRATEGI

Ini menentukan logik perniagaan itu. Pihak pengurusan harus mengenalpasti suasana atau keadaan pasaran tempat ia akan bersaing. Ia harus juga menentukan apakah ciri kekuatan yang membolehkannya berada dalam keadaan yang selesa dan dominan. Umpamanya, strategi untuk mengeluarkan barangan yang berkualiti tinggi.

NILAI DAN ETIKA

Ini menjelaskan bahawa perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh sese uab syarikat dan mereka yang mempunyai hubungan dengannya bukan sahaja baik dari sudut strategi untuk meningkatkan jualan tetapi ianya juga baik dalam ertikata yang sebenarnya. Hanya apabila seseorang pekerja itu mempunyai nilai peribadi yang selari dengan nilai organisasi atau syarikat yang dia bekerja, komitmen serta penglibatannya akan bertambah. Aspek yang perlu diberi penekanan,
- Kerjasama dan perundingan sebagai satu pasukan.
- alam sekitar
- hubungan pihak pengurusan dan pekerja, pengguna dan sebagainya.
- Kualiti barangan yang tidak memberikan kesan negatif kepada kesihatan.
Berdasarkan pandangan barat organisasi atau syarikat itu akan berjaya apabila perkara-perkara ini digabungkan iaitu, apabila strategi, nilai dan etika digabungkan dengan satu tujuan yang unggul yang melewati batas kepuasan kumpulan-kumpulan tertentu.

BAGAIMANA DENGAN KEUNTUNGAN SEMATA-MATA

Sesebuah syarikat tidak akan hidup dengan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan mengenepikan aspek-aspek lain dari sudut jangka panjang. Dia dapat `Survivie' dari sudut jangka pendek.

Tetapi apabila masyarakat dapat menilai kesan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan serta perkhidmatan pengguna atau pembeli yang disediakan maka syarikat tersebut akan menerima kesan yang buruk.

Akhirnya jualan dan keuntungannya akan mulai menurun kerana tidak kompetitif dari sudut kualiti dan perkhidmatan(bagaimana kita melayani pembeli etc., mengakui kesilapan, senyuman menghadapi pembeli yang rumit, etc).

FALSAFAH PERNIAGAAN ISLAM

Falsafah perniagaan Islam lahir daripada falsafah kehidupan yang telah ditentukan oleh Islam. Berbeza dengan barat dimana falsafah perniagaan mereka bertukar atau berubah berdasarkan pengalaman mereka.
TUJUAN SYARIKAT ATAU PERUSAHAAN DIWUJUDKAN

Tujuan tidak boleh dipisahkan daripada falsafah Islam yang diasaskan oleh tauhid. Ia mencerminkan kesan tauhid dalam kehidupan manusia sebagaimana yang telah disebutkan.
MEMENUHI TANGGUNGJAWAB AGAMA

Di antara tujuan perniagaan diwujudkan ialah memenuhi tuntutan agama.
A. Ini Sesuai Dengan Tujuan Syari'at Diturunkan.
Syari'at Islam diturunkan untuk memenuhi tahap dharuriyyah(keperluan asas) manusia
yang didefinasikan sebagai pemeliharaan 5 perkara asas untuk kehidupan manusia iaitu:
1. Agama
2. Nyawa
3. Akal
4. Keturunan
5. Harta

Masa'lih - segala yang memelihara salah satu atau kelima-lima atau daripada perkara ini.
Mafa'sid - segala yang boleh memberi kesan negatif keatas salah satu atau kelima-lima perkara ini.

Oleh itu Islam mengharamkan mafa'sid dalam kegiatan perniagaan kerana jelas ia boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyyah iaitu pemeliharaan kelima-lima perkara ini. Umpamanya, arak diharamkan oleh Islam.
1. Kita boleh memahami rasionalnya dengan menganalisa kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia.
2. Apabila ianya boleh menjejas perkara-perkara ini ia akan merosakkan kehidupan bermasyarakat, menjejas ketahanan masyarakat dan nasib masa depan generasi akan datang. Perceraian, homoseksual, anak luar nikah, jenayah serta ketidakstabilan politik akan berleluasa.
3. Apabila perkara yang mafa'sid ini ditegah dan tidak dibenarkan untuk diperniagakan atau di keluarkan maka akan lahir masyarakat yang sihat, berakhlak mulia, produktif dan berkualiti tinggi.

Oleh itu kegiatan perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.

Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:
Sesuatu itu wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya.
Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tujuan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut: (2)
  • Keperluan diri secara sederhana
  • Keperluan keluarga
  • Keperluan masa depan. Membantu dalam menghadapi perkara-perkara yang datang tanpa diundang
  • Keperluan anak-anak akan datang
Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dll.

B. PEMBANGUNAN MENTAL, SPIRITUAL DAN JASMANI MANUSIA

Oleh itu jelas bahawa dalam Islam falsafah perniagaan ialah untuk membangunkan spiritual, mental dan jasmani manusia supaya manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai Khalifatullah fi Al-ardh' dengan sebaik mungkin.
_________________________
(2) Siddiqui, M.N , The Economic Enterprise in Islam, Islamic Publications Ltd, 1988.
Rasulullah S.A.W Bersabda:
`Sesungguhnya kefakiran itu mendekatkan diri kepada kekufuran'
Rasululah S.A.W Bersabda:
`Tidak salah harta ditangan orang yang bertakwa'

C. HARTA SEBAGAI ALAT BUKAN MATLAMAT

Dalam Islam apa sahaja yang kita lakukan untuk mencari harta adalah dilihat sebagai alat untuk mencapai matlamat yang unggul iaitu untuk mentaati Allah dalam semua aspek kehidupan kita.
Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran:
`tidakku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah aku' (az-zariat, ayat 56)
Oleh itu termasuk diantara tujuan perniagaan ialah untuk usahawan mendapatkan keuntungan kerana itu merupakan hak yang diberikan kepada mereka kerana usaha dan risiko yang harus mereka tanggung.

D. CONTOH DIZAMAN AWAL ISLAM

Kita akan dapati bahawa ramai sahabat-sahabat Rasulullah yang telah berjaya sebagai pedagang dan peniaga walaupun pada awalnya mereka menghadapi banyak kesukaran dan rintangan. Malah boleh dikatakan bahawa Rasulullah telah berjaya melahirkan satu masyarakat perdagangan yang tumbuh dengan cepat selepas penghijrahan baginda ke Madinah.

PERNIAGA DAN USAHAWAN DILAHIRKAN MELALUI MOTIVASI

Rasulullah sebagai ketua negara telah memberikan motivasi dan galakkan kepada rakyat negara Islam dalam hal perdagangan.
Rasulullah telah bersabda:
`Didorang atas kamu ialah perniagaan kerana didalamnya ialah sembilan perspuluh daripada rezeki'.

Zubair Bin Awwam
Semasa hijrah Rasulullah ke Madinah Zubair telah pergi ke Syria untuk berniaga. Kemudian beliau mengikuti jejak Rasulullah ke Madinah dan meninggalkan segala hasil perniagaannya di Mekah.

Semasa beberapa tahun di Madinah Zubair hanya memperolehi pendapatan yang sedikit dari bidang pertanian. Dia terpaksa menghadapi banyak rintangan dan dugaan. Kemudian berkat kesabaran dan ketabahan beliau telah memulakan bidang perniagaan dan akhirnya menjadi orang yang kaya di Madinah.

Abdul Rahman Bin Auf
Beliau merupakan seorang pedagang yang cekap dan pandai berniaga. Beliau merupakan pedagang yang terkaya di Mekah. Apabila beliau memeluk Islam beliau telah meninggalkan segala hartanya di Mekah dan ikut berhijrah ke Madinah.
Sampai di Madinah beliau terus mencari pasar untuk berniaga dan mampu bersaing dengan golongan pedagang yang sudah lama berdagang disana dan kemudian menjadi kaya.

Othman Bin Affan
Beliau merupakan seorang sahabat yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan merupakan diantara sejumlah kecil yang mampu membaca dan menulis di Mekah. Apabila beliau dewasa beliau telah membabitkan diri dengan kegiatan perniagaan dan berjaya memperolehi keuntungan yang banyak.
Apabila beliau berhijrah ke Madinah beliau telah membantu umat Islam yang dalam kehausan dengan membeli sebuah telaga kepunyaan orang yahudi dengan harga 35,ooo dirham kerana orang yahudi tidak membenarkan orang Islam menggunakannya.

KEUNTUNGAN DAN ETIKA PERNIAGAAN
Sebagaimana yang disebut diatas bahawa keuntungan adalah sesuatu yang menjadi hak kepada seseorang usahawan dari pandangan Islam. Keuntungan yang diperolehi itu harus digunakan berdasarkan apa yang menjadi tujuan kewujudan sesuatu syarikat itu.

Sebagaimana yang disebut oleh Saidina Ali :
`Adalah menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yang berguna kepada masyarakat'(warkah beliau kepada malik bin al-haris sewaktu perlantikan sebagai gabenor mesir)

Walaubagaimanapun keuntungan seharusnya diperolehi melalui usaha-usaha dan kegiatan yang tidak bercanggah dengan etika perniagaan yang ditetapkan oleh Islam.

APAKAH ITU ETIKA PERNIAGAAN
Etika ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek `Ethos' yang memberi maksud `Code Of Human Conduct' atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Oleh itu apabila disebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan.

SUMBER ETIKA PERNIAGAAN
Etika perniagaan adalah diperolehi daripada dua sumber utama hukum Islam iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah. Sabda Rasullulah "Aku tinggalkan kerana 2 perkara sekiranya kamu pegang kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Selain daripada itu ia juga dibincangkan oleh ulama'-ulama' dalam satu cabang daripada ilmu fiqh iaitu fiqh al-mu'amalat.

Secara umumnya adalah penting untuk kita memahami maqa'sid al-shari'ah atau tujuan shariah untuk menentukan bentuk dan kandungan kegiatan perniagaan kita (apa yang hendak dikeluarkan, bagaimana dan mengapa).

Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan kita akan diredhai oleh Allah. Kita perlu menjawab soalan-soalan ini dengan berpandukan etika perniagaan Islam:
1. Bolehkah perkhidmatan atau barangan ini dikeluarkan? Kalau tidak boleh kenapa?
2. Kalau boleh, adakah kandungan barangan tersebut dibenarkan dari sudut halal atau haramnya, dan dari sudut kualiti agar ia tidak merosakkan kesihatan akal dan jasmani pengguna.
3. Adakah cara pemasaran barangan dan perkhidmatan tersebut bertentangan dengan etika Islam?
4. Adakah upah yang diberikan kepada pekerja kita berpatutan dengan kerja yang dibuat? Bagaimana dengan suasana pekrjaan, adakah sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti?
5. Adakah kerja memproses barangan dan perkhidmatan memberi kesan negatif kepada alam sekitar?
Adakah pembiayaan kewangan bagi mengeluarkan barangan atau menyediakan
perkhidmatan tersebut sesuai dengan prinsip Islam?

ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 'PRINSIP TIDAK MEMUDARATKAN' ATAU 'NO INJURY PRINCIPLE'
Dalam menggariskan etika perniagaan, Islam menjadikan 'Prinsip Tidak Memudaratkan' atau 'No Injury Principle' sebagai asas penting. Prinsip ini merujuk kepada peraturan yang meggerakkan tindakan dan gelagat pimpinan serta pihak bawahan dalam hubungan sesama mereka dan yang memberi kesan di luar organisasi. Hubungan yang berasaskan prinsip 'tidak memudaratkan' ini menghalang atau mengurangkan sifat atau tindakan negatif terhadap orang lain, dengki mendengki, mementingkan diri sendiri atau tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang. Ia juga merjujk kepada kesan produk atau perkhidmatan terhadap pengguna dan alam sekitar.

Prinsip ini bersifat universal dan boleh dipraktikkan dalam semua aspek dan dimensi kehidpan manusia. Ia bukan sahaja melarang tindakan atau sikap yang memudaratkan orang lain tetapi juga memudaratkan diri sendiri. Apabila seseroang atau satu organisasi itu berusaha untuk tidak memudaratkan diri sendiri atau orang lain kehiudpan dan kegiatanya menjadi seimbang, keberkatan ilahi dan kecemerlangan dalam pencapaian matlamat perniagaan dapat di perolehi.

Dalam konteks pengeluaran dan perkhidmatan pengamatan prinsip 'tidak memudaratkan' ini akan memastikan bahawa sesebuah oraganisasi perniagaan atau syarikat itu tidak terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan perkembangan mental, emosi, spiritual dan fizikal masyarakat dan individu. Aspek pemeliharaan alam sekitar juga akan diberi penekanan yang sewajarnya. Pengguna akan dapat kualiti produk dan perkhidmatan yang dikehendaki.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak mudarat dan tidak memudaratkan"

Ini bersesuaian dengan tujuan Syariat Islam diturunkan untuk memelihara lima perkara asas iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang memelihara mana-mana perkara asas ini digalakkan (masa'lih) dan segala yang boleh memberi kesan negatif kepada salah satu daripada kelima-lima ini dilarang (mafa'sid).

Oleh itu Islam menekankan aspek kualiti dalam bentuknya yang menyeluruh. Prinsip 'tidak memudaratkan' akan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

Dalam aspek pengurusan organisasi korporat prinsip ini sekiranya diserapkan di semua pringkat organisasi akan menjadi faktor motivaasi yang mendorong anggota-anggotanya untuk terlibat secara bersungguh-sungguh dalam menignkatakan produktiviti dan kualiti. Peter Drucker dalam buku beliau 'Managemant: Tasks, Responsibilities, Practices' telah menekankan bahawa profesionalisme dalam perniagaan menuntut supaya dipraktikkan 'Principle of nonmaleficence' atau 'do no harm'. Atas prinsip ini beliau membuat kesimpulan bahawa terdapat ramai eksekutif yang tidak bertindak secara profesional dalam kegiatan perniagaan mereka.

Pembentukan budaya korporat yang sihat akan terjejas sekiranya prinsip 'tidak memudaratkan' atau 'do no harm' tidak diamalkan.

Dalam menjalankan kegiatan perniagaan seseorang usahawan muslim itu seharusnya memastikan bahawa peraturan-peraturan berikut dipatuhi sesuai dengan prinsip tidak memudaratkan:

Niat Yang Betul
Seseorang usahawan muslim harus memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai tujuan yang telah disebut diatas dan agar dia mendapat keredhaan Allah s.w.t. dalam segala aspek kehidupannya.

Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah yang bermaksud:
`sesungguhnya amal itu bermula dengan niat'

Al-Adl Wal Ihsan
Salah satu daripada etika penting dalam perniagaan ialah melaksanakan `Al-Adl Wal Ihsan' atau keadilan dan ihsan.

Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Qur'an:
`sesungguhnya Allah menyuruh melakukan keadilan dan berbuat kebajikan serta memberi karib kerabat, dan melarang berbuat yang keji dan yang mungkar dan kezaliman. Dia mengajarkan kepadamu agar kamu mendapat peringatan'(surah an-nahl, ayat 90).

Ada beberapa etika penting yang dapat kita perolehi daripada ayat diatas:
1. Kita disuruh melakukan keadilan
2. Kita disuruh melakukan kebajikan
3. Kita disuruh memberi sadaqah
4. Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkar
5. Kita dilarang membuat kezaliman

Oleh itu dalam kegiatan perniagaan kita harus melaksanakan keadilan, kebajikan, memberi sadaqah, serta tidak melakukan yang keji, mungkar atau menzalimi diri kita atau orang lain.

Keadilan Dalam Perniagaan
Keadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang dikehendaki oleh syari'at Islam. Oleh itu keadilan dalam konteks perniagaan memberi implikasi berikut:

1. Amanah Dan Benar Dalam Urusan Perniagaan
Tindakan dan keputusan yang berdasarkan sifat amanah dan kebenaran adalah perlu bagi memastikan urusan perniagaan itu adil dan setiap orang samada pembeli atau pengusaha mendapat haknya. Penipuan dan perpecahan akan dapat dielakkan sekiranya semua pihak bersifat amanah dan benar.

Dengan sifat ini usahawan akan mendapat untung yang sewajarnya dan pembeli akan mendapat barangan atau perkhidmatan yang sepadan dengan harga yang dibayar.

Rasulullah telah bersabda:
`penipuan membawa kepada neraka'

Oleh itu sebarang bentuk penipuan adalah haram.

Pada suatu hari Rasulullah telah berjumpa dengan seorang penjual gandum. Baginda telah memasukkan tangannya kedalam dan mendapati gandum dibawah basah. Baginda telah menegur penjual itu kerana tidak meletakkan gandum yang basah itu diatas supaya pembeli dapat melihatnya.

Baginda kemudiannya telah bersabda:
`barangsiapa yang menipu tidak termasuk dalam golongannya'

Baginda juga telah bersabda:
`Pedagang yang benar akan dibangkitkan pada hari akhirat beserta orang-orang yang benar dan para syuhada'

Surah Al-Mutaffifin
Amatlah jelas sekali pandangan Islam terhadap etika perniagaan apabila kita mengkaji ayat-ayat alquran yang di turunkan sebagai pertunjuk kepada manusia. Selain daripada banyak ayat-ayat dalam alquran yang menggariskan prinsip-prinsip dan etika perniagaan terdapat satu surah dalam alquran yang di beri nama `almutaffifin' yang memerlukan satu penelitian yang mendalam.

Almutaffifin Bermakna Orang Yang Curang.
`Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang(curang dalam menakar dan menimbang')

Iaitu orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta di penuhi
Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangi
Tidakkah orang-orang itu yakin bahawa sesungguhnya mereka akan di bangkitkan

Pada suatu hari yang besar
Sekali-kali jangan curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam sijjin

Dalam ayat 1-7 surah al mutaffifin, terdapat beberapa pengajaran:
Allah menghina orang yang menipu atau menzalimi orang lain dalam perniagaan
Definasi orang yang menipu dalam surah ini ialah orang yang apabila melibatkan haknya dia meminta semuanya mengikut tempoh yang di tetapkan tanpa tangguh, tetapi apabila ia berkaitan dengan hak orang lain dia memberi kurang daripada sepatutnya
Allah mengaitkan perniagaan ini dengan akauntabiliti dan tanggungjawab kepada Allah swt di hari akhirat nanti
Orang yang yakin pada hari akhirat dan pembalasan tidak AKAN MENIPU dan berlaku zalim dalam perniagaan
Orang yang menipu dan zalim dalam perniagaan akan menerima siksaan yang berat daripada Allah swt di akhirat nanti.

MENYOROK BARANG DIHARAMKAN

Termasuk dalam sifat amanah dan benar ialah tidak menyorok barang. Dalam hadis Rasulullah:
`sesiapa yang menyorok barang dia berdosa'.
Menyorok barang adalah berbahaya kepada masyarakat dan negara kerana ia menyebabkan:
1. Kekurangan barang yang dikehendaki oleh masyarakat.
2. Menyebabkan harga akan meningkat dan tekanan terhadap kadar inflasi.
KAEDAH PEMASARAN YANG BERETIKA

Adalah selari dengan konsep amanah dan benar dalam perniagaan bagi seseorang usahawan untuk memastikan usaha untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan dibuat dengan betul dan tidak bercanggah dengan etika Islam.

Seseorang usahawan, umpamanya harus memastikan bahawa sebarang bentuk pengiklanan atau promosi benar-benar mencerminkan kualiti dan kandungan barangan atau perkhidmatan agar seseorang pembeli itu tidak merasakan bahawa ianya ditipu.

Setiap penjual mahukan barang yang dijual membawa keuntungan yang banyak dan berlipat ganda, maka ia akan berusaha sedaya upaya mempengaruhi pembeli supaya tertarik dengan barang yang dijual.

Kaedah pemasaran yang beretika dalam Islam juga menuntut agar menggunakan wanita dalam media cetak dan elektronik sebagai bahan pelaris atau untuk menarik masyarakat membelinya adalah di larang sama sekali. Kaedah ini akan merosakkan jiwa dan akhlak remaja khususnya dan meningkatkan gejala-gejala sosial dalam masyarakat.

Kaedah Fiqh yang berbunyi `Menutup pintu-pintu kerosakkan' haruslah di jadikan panduan.

TIDAK MENGURANGKAN TIMBANGAN
Usahawan muslim harus memastikan bahawa setiap timbangan haruslah dilakukan dengan adil dan tanpa penipuan. Kita haruslah memberikan pengguna hak mereka sejajar dengan harga yang mereka bayar;

`celakalah bagi orang-orang yang suka mengurangi takaran. Iaitu orang-orang yang kalau menerima takaran dari orang lain selalu meminta yang penuh (cukup dan tidak kurang sedikitpun), tetapi kalau menakarkan untuk orang lain, pasti dikurangi. Apakah orang-orang itu tidak mengira (menyakini) bahawa mereka itu pasti akan dibangkitkan dari kuburnya, yakni pada suatu hari yang penuh pancaroba' (surah al-mutaffifin : 1 - 5).
GHARAR(3)
Oleh kerana terlampau ghairah untuk mendapatkan keuntungan maka pembeli sering melakukan `gharar' iaitu dengan mensifatkan barang yang dijual dengan sifat yang berlainan dari yang sebenar.
Allah Telah Berfirman:
`Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan perniagaan yang dilakukan suka sama suka diantara kamu (surah an-nisa', ayat 26).
2. Tidak Terlibat Dengan Amalan Riba

Seseorang usahawan muslim seharusnya membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan. Memang tidak dinafikan perkara ini bukanlah mudah dan kita terpaksa membuat pemilihan dari sumber-sumber pembiayaan yang ada berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang akan ditanggung.
Di Malaysia sumber-sumber pembiayaan yang bebas dari riba semakin meluas. Usaha perlu dibuat oleh usahawan untuk mengenalpasti sumber-sumber ini dan memanfaatkannya sebaik yang mungkin.
__________________________
(3) Mansor Mahsin, 'Undang-undang Perdagangan Dalam Islam'
Pembiayaan secara Islam adalah dalam bentuk-bentuk berikut:
1. Pembiayaan projek
a. Mudharabah
b. Musyarakah
2. Pembiayaan memperolehi aset
a. Mudharabah
b. Musyarakah
c. Bai'bithaman ajil
d. Ijarah
e. Bai' al-ta'jiri
3. Pembiayaan perdagangan
4. Gadaian atau ar-Rahn
5. Jualan salam

BIMB menyediakan kebanyakkan daripada pembiayaan-pembiayaan ini untuk usahawan Islam dan bukan Islam. Riba adalah amalan yang dikutuk oleh Allah. Ia di haramkan oleh Allah dalam empat peringkat. Peringkat yang terakhir adalah seperti berikut:
`Wahai orang-orang yang beriman! Taqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa dari riba itu, jikalau benar-benar kamu orang-orang yang beriman . Tetapi jika tidak kamu kerjakan begitu, maka terimalah satu pernyataan perang dari Allah dan rasulnya. Tetapi jika kamu bertaubat, maka bolehlah kamu ambil pokok harta kamu; tidak kamu dianiaya dan tidak pula kamu menganiaya'(surah al-baqarah, ayat 278-279)

3. Tidak Menzalimi Pekerja

Salah satu daripada aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan manusia agar mereka mereka dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa bertanggungjawaban serta partisipasi daripada pekerja kita untuk mrncapai matlamat ini bukanlah satu yang payah. Yang penting ialah menjaga hubungan yang baik dengan mereka dan menjaga kebajikan mereka.

Sekiranya kita tidak menjaga kebajikan mereka tetapi kita memaksa mereka memberikan komitmen terhadap kualiti dan produktiviti maka kita menzalimi mereka. Apabila pekerja mereka merasakan mereka dizalimi maka kita akan dapati pekerja mereka yang berpengalaman akan mulai mencari jalan keluar dan berhenti kerja.

Bagaimanakah cara supaya kita tidak menzalimi pekerja kita?
Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan keuntungan syarikat. Ia juga seharusnya sesuai dengan kos hidup setempat. Kadar inflasi seharusnya diambil kira dalam membuat perubahan yang sesuai terhadap gaji pekerja.

Membuat sesuatu keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka. Pengurusan partisipasi atau participation management adalah pengurusan yang melibatkan keseluruhan pekerja. Sesebuah firma atau kilang yang besar seharusnya memikirkan untuk mewujudkan qcc(quality control circle) atau kumpulan pengawasan kualiti yang melibatkan pandangan semua pekerja. Sebagai seorang pekerja yang diberikan sesuatu tugas yang spesifik sudah tentu mereka berhadapan dengan masalah dan keperluan yang tersendiri. Seseorang usahawan sudah tentu tidak mengetahui setiap perkara yang dilakukan oleh pekerjanya walaupun pernah terlibat dalam kerja tersebut kerana perubahan-perubahan dan suasana-suasana baru.

Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan selamat. Ini amat perlu agar setiap pekerja merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada satu pasukan dan tidak timbul perselisihan atau pergaduhan sesama mereka. Ini untuk mengelakkan daripada menurunknya semangat dan morale pekerja untuk bekerja. Keselamatan dalam bekerja adalah amat penting. Ciri-ciri keselamatan haruslah diambil kira walaupun ini bermakna kos pengeluaran akan meningkat. Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk membangunkan personaliti yang seimbang ditempat dia bekerja dan dirumahnya.

4. Tidak mengeluarkan produk atau menyediakan perkhidmatan yang haram, rendah kualiti atau bertentangan dengan tujuan syari'at.

`wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada dibumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang bagi kamu'(al-baqarah, ayat 168)
`wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya(al-baqarah, ayat 172)

Sebagaimana yang telah disebut, tujuan syari'at ialah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara aspek-aspek ini disebut sebagai masa'lih. Kalau sebaliknya disebut sebagai mafa'sid dan merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

5. Kualiti
Islam sangat menekankan kualiti sebagaimana yang disebut dalam ayat-ayat diatas dan tujuan syari'at.

Dalam ayat yang lain, al-Qur'an sekali lagi menegaskan bahawa yang lebih utama dalam hidup seseorang insan ialah mengutamakan amalan atau pekerjaan yang lebih berkualiti sebagaimana yang tertera dalam surah al-mulk, ayat 2
`dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup, untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya...'

Produk yang tidak berkualiti boleh menjejas usaha membangunkan masyarakat dari sudut mental, moral, dan kesihatan. Generasi baru akan menghadapi banyak masalah termasuk anak-anak kita nanti.

Kita tidak mahu masyarakat yang berpenyakit dari semua sudut. Masalah keracunan makanan, penyakit kanser, etc adalah berpunca daripada bahan yang tidak berkualiti. Tindakan undang-undang akan dihadapkan kepada seseorang usahawan sekiranya ini berlaku dan akan merugikan pihak usahawan sendiri.

Diharamkan arak dan judi
`mereka itu bertanya kepada engkau dari hal arak dan judi. Katakanlah: pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manafa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manafa'atnya.'(surah al-baqarah, ayat 219)
Termasuk yang diharamkan ialah menggunakan input-input yang diharamkan seperti diatas dan dibawah ini untuk mengeluarkan sesuatu produk yang halal.(al-ma'idah 1, 3)

6. Pengguna yang Kritikal dan Aktif
Sebagai seorang usahawan kita harus faham bahawa masyarakat pengguna kita bukanlah masyarakat yang pasik tetapi kritikal. Dengan adanya persatuan-persatuan pengguna yang mempunyai matlamat menjaga hak-hak pengguna, kita harus berhati-hati dalam mengeluarkan produk kita bagi mengelakkan kita daripada mengalami kerugian kerana pengguna enggan membeli produk kita.
7. Memenuhi Kontrak Yang Dibuat
Adalah bertentangan dengan prinsip Islam sekiranya seseorang usahawan itu membuat sesuatu yang dikira sebagai melanggar kontrak yang telah dibuat dengan pihak lain.
`Sempurnakanlah janji Allah, bila kamu berjanji dan janganlah kamu rosakkan sumpah kamu sesudah kukuhnya, padahal kamu telah menjadikan Allah jadi jaminan bagimu' (surah an-nahl, ayat 91)
`hai orang-orang yang beriman, tepatilah segala janjimu'(surah al-ma'idah, ayat 1)

8. Tidak melupakan ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan.
walaupun Islam menganggap keusahawanan merupakan satu ibadat dalam konteksnya yang luas dan orang yang terlibat akan mendapat balasan yang baik sekiranya seseorang usahawan itu mempunyai niat yang baik dan membuatnya berdasarkan etika Islam namun ini tidak bermakna dia boleh meninggalkan ibadat-ibadat khusus yang diwajibkan. Hendaklah kita tunaikan ibadat-ibadat ini bila tiba waktunya walaupun kita terpaksa meninggalkan apa sahaja kegiatan yang kita sedang lakukan.


(i) Sembahyang
`Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk sembahyang pada hari jum'at, maka hendaklah kamu pergi kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah berjual beli. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui'(surah al-jumu'ah, ayat 9)

Cari rezeki selepas ditunaikan sembahyang
`maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya'(surah al-jumu'ah, ayat 10)

(ii) Zakat Perniagaan
Adalah menjadi kewajipan bagi seseorang usahawan untuk melaksanakan kewajipan zakat perniagaan. Kajian menunjukkan ramai yang telah mengabaikan kewajipan ini. ia merangkumi segala bentuk perniagaan dan pelaburan yang dihalalkan oleh syari'at Islam, (yang bebas daripada riba dan produk serta perkhidmatan yang halal)

`Dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan apa-apa yang kamu usahakan diantara kebaikan untuk dirimu(surah al-baqarah: ayat 110) `Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepadamu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli pada hari itu, tak ada persahabatan dan tak ada pertolongan'(surah al-baqarah, ayat 254)

9. Kontrak Yang Jelas Dan Sah
Kontrak yang tidak jelas boleh menimbulkan ketidakadilan kepada satu pihak. Ini akan mengakibatkan permusuhan diantara pihak yang terlibat. Oleh kerana Islam mahu melahirkan masyarakat yang stabil ia menekankan agar sesuatu kontrak itu dibuat dengan syarat dan rukun yang jelas.

Sesuatu kontrak itu sah sekiranya ia memenuhi perkara-perkara berikut:
a. Sempurna rukun dan syarat
b. Tidak mengandungi perkara yang ditegah oleh syarak
Rukun secara umumnya:
a. Penjual
b. Pembeli
c. Barang yang dijual
d. Harga

Syarat (contohnya)
Kedua-dua pihak sempurna akal, cukup umur, pintar. Yang tidak memenuhi syarat ini, bapa atau penjaga boleh menguruskannya.
Orang yang tidak disekat dari menguruskan muamalat termasuk orang yang muflis.
Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.
Jelas isi kandungan kontrak agar tidak menimbulkan keraguan dan pertelingkahan.
Syarat-syarat lain boleh ditambah asalkan tidak bertentangan dengan syarak.
10. Segala Bentuk Perjudiaan di Larang
segala bentuk keusahawanan haruslah bebas daripada unsur perjudian. `hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi berhala dan bertenung, adalah pekerjaan keji dari perbuatan syaitan'(surah al-ma'idah, ayat 90)

11. Harga yang Adil
Peniaga dan usahawan haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk pembeli.

Harga haruslah mencerminkan interaksi normal antara permintaan dan penawaran. Ia tidak disebabkan oleh sesuatu yang diwujudkan dengan sengaja seperti keadaan monopoli atau beberapa pengusaha atau pembeli yang bergabung untuk meningkatkan harga, atau disebabkan oleh spekulasi.

Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan tidak dapat memiliki barangan keperluan mereka. Ia juga akan menyebabkan inflasi dan memberikan kesan terhadap daya saingan barangan tempatan.

Menaikkan harga tanpa sebab yang manasabah semata-mata mahu menambahkan keuntungan akan memberi kesan negatif terhadap jualan barangan jangka panjang.
Usaha perlu dibuat oleh pengusaha muslim untuk membantu kerajaan menstabilkan harga. Ini akan mebantu menarik pelabur luar melabur Di Malaysia.

BAGAIMANA MELAKSANAKAN ETIKA PERNIAGAAN?

Masalah sekarang ialah masalah perlaksanaan. Ada tiga cara untuk memastikan perlaksanaan.
Peniaga atau pengusaha
Pengguna atau pembeli
Peranan kerajaan

Peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai etika perniagaan Islam dan ini menuntut agar mereka sentiasa membaca dan memahami apa yang di gariskan oleh syariat Islam

Mereka harus yakin bahawa mereka akan di hadapkan kepada Allah swt di hari akhirat nanti dan akan timbul perasaan takut untuk melanggar perintah Allah swt. Oleh itu mereka harus melaksanakan dan mengamalkan apa yang di tentukan oleh Islam. Tanpa keyakinan ini, kita akan lihat berlakunya aktiviti-aktiviti perniagaan yang bertentangan dengan syariat Islam dan peniaga-peniaga dan pengusaha akan mencari kaedah yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada melaksanakan etika dan prinsip perniagaan Islam terutamanya apabila ia melibatkan kos, tenaga dan masa

Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agar peniaga dan pengusaha mengamalkannya. Mereka harus bertindak secara aktif dalam mempertahankan hak-hak mereka sebagai pengguna dan memberikan maklumat kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam memantau perlaksanaan etika perniagaan sekiranya terdapat penyelewengan-penyelewengan.

Peranan kerajaan adalah seperti berikut:
- menyediakan garis panduan yang jelas den lengkap mengenai etika perniagaan untuk di edarkan kepada peniaga dan pengusaha-pengusaha
- memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami garis panduan tersebut dan melaksanakannya
- membentuk agensi atau badan untuk memantau perlaksanaan garis panduan tersebut dengan adil dan saksama tanpa sebarang unsur diskriminasi
- menyediakan ruang bagi orang ramai untuk menyuarakan bantahan dan memberikan maklumat sekiranya terdapat penyelewengan.
KESIMPULAN

Diharapkan kegiatan keusahawanan bermula dari niat kita,falsafah, matlamat, hubungan dengan pihak pekerja,pengeluaran,pembiayaan,perancangan dan pengawalan, pengiklanan dan sebagainya adalah berasaskan Islam. Ini sesuai dengan ayat al-Qur'an:
`Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecualli dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu' (surah an-nisa' ayat 29)
`Wahai orang-orang yang beriman masuklah dalam Islam keseluruhannya' Sesunggunya kita semua akhirnya akan bertanggungjawab depan Allah SWT di hari Akhirat nant dan akan menerima balasan yang setimpal dengan amal perbuatan kita di dunia ini. `Maha Suci Allah yang di tanganNya lah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun' (Surah Al Mulk, 1-2) WALLAHUA' LAM.

Saturday 18 April 2009

Kritik Ibnu Tamiyah Terhadap Sultan

Pernahkah para pembaca membaca artikel mengenai Ibnu Taimiyah dalam situs ini (kaunee.com)? Tulisan itu berjudul "Ibnu Taimiyah, Keilmuannya Mencapai Derajat Ijtihad Ilmu Dan Seni". Berikut ini mari kita simak kembali penggalan hidup beliau lainnya.

Pada tahun 698 H, Sultan Gazan, penguasa keempat dari keturunan penguasa Tartar yang menganut agama Islam, mengerahkan pasukannya dari wilayah Iran menuju Kota Halab (di kawasan Syam). Setibanya di tempat bernama Wadi Salmiyah, pasukannya bertemu dengan bala tentara Nashir bin Gulawun. Kedua pasukan besar itu terlibat pertempuran dahsyat. Pasukan sultan Gazan berhasil memukul mundur pasukan Nashir bin Gulawun hingga ia melarikan diri ke wilayah Mesir. Kota Damaskus pun ditinggalkan oleh para penguasa sebelumnya.


Ibnu Taimiyah, yang tinggal di Damaskus, berinisiatif untuk mengumpulkan tokoh-tokoh masyarakat yang bertahan di kota Damaskus. Pertemuan menghasilkan kesepakatan untuk mengirimkan utusan menghadap sultan Gazan. Ibnu Taimiyah ditunjuk menjadi pemimpin utusan tersebut.


Sesampainya di tempat sultan Gazan, Ibnu Taimiyah langsung berkata kepada Sultan, “Anda beragama Islam dan mengaku bahwa dalam pemerintahan Anda ada Qadhi (hakim), para imam, syaikh, muazin dan sebagainya. Akan tetapi, mengapa Anda menyerbu wilayah kami? Untuk apa? Sedangkan kakek dan ayah Anda yang beragama Nasrani saja tidak pernah berkhianat. Bukankah sudah ada perjanjian untuk tidak saling menyerang? Sayang, Anda mengkhianati dan menginjak-injak perjanjian tersebut.”


Sultan Gazan kemudian mengajak rombongan itu makan bersama, namun Ibnu Taimiyah menolak ajakan tersebut, sehingga sultan Gazan bertanya, “Mengapa Anda tidak mau makan bersama kami?”
Ibnu Taimiyah menjawab, “Haruskah saya memakan hasil rampasan? Kambing yang Anda sembelih adalah kambing milik penduduk. Anda pun memasaknya dengan potongan kayu yang berasal dari pepohonan milik penduduk.”


Mendengar penuturan Ibnu Taimiyah, Sultan Gazan pun tertunduk malu. Diam-diam dia merasa terharu, dan muncul perasaan kagum pada dirinya, sehingga ia bertanya kepada pengawalnya, “Siapa gerangan orang tua ini? Sungguh, aku belum pernah melihat orang seberani ini. Aku tertarik kepadanya dan belum pernah aku tunduk terhadap orang lain seperti ini."

Ibnu Taimiyah kemudian memperkenalkan dirinya kepada Gazan. Gazan pun meminta Ibnu Taimiyah mendoakannya. Imam Ibnu Taimiyah lalu menengadahkan tangannya seraya berdoa, “Ya Allah, jika hamba-Mu ini benar-benar berperang untuk meninggikan kalimat-Mu dan dalam rangka menegakkan agama-Mu, maka berikanlah pertolongan dan kemenangan baginya. Berilah dia kekuasaan untuk memimpin negara dan umat ini. Akan tetapi, jika dia berperang hanya untuk menambah kebesarannya, untuk memperoleh dunia, merendahkan Islam dan umatnya, maka binasakanlah dia dan hancurkanlah kekuasaannya.”


Sultan Gazan yang mendengar doa Ibnu Taimiyah dengan khusyuk mengaminkannya dengan penuh harapan.
Adakah saat ini ulama-ulama kaum muslim yang berani melakukan koreksi dan kritikannya setajam Ibnu Taimiyah? (arnab) (dikutip dari majalah Al-?Wa’ie no. 09 tahun 1, 1-31 Mei 2001)?

Sekufu' = Sefikrah

Ini cuma sekadar pandangan. Pandangan saya di entri ini adalah di'cedok' dari mana-mana artikel yang saya rasa sesuai dan gaya bahasanya untuk menyampaikan mesej saya. Tapi yang penting ialah maklumat/pandangan yang ingin saya kongsikan.



Ramai pemuda yang ada kesedaran Islam berfikir. Perlukah kita cari pasangan dari kalangan yg telah ditarbiah (diusrahkan) dan sefikrah ?

Allah SWT berfirman dalam al-Quran (Surah al-Nur: 26):
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
(Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik)

Rasulullah SAW bersabda (Riwayat Ibn Majah dan al-Dar Qatni: dhaif):
( تخيروا لنطفكم فانكحوا الأكفاء وانكحوا إليهم )
(Pilihlah untuk benih kamu (tempat yg baik) dan nikahilah yg sekufu’ dan bernikahlah dgn mereka)

Konsep sekufu’ yang biasa di bicarakan oleh ulama melibatkan pelbagai kategori dan yang paling utama ialah aspek ‘agama dan akhlak’. Aspek agama melibatkan kefahaman terhadap agama, perlaksanaannya dan memperjuangkannya (faham, amal dan dakwah).

Adakah sukar mencari mereka(pasangan) yang sekufu' atau sefikrah?. Cerita tentang mencari sekufu' atau sefikrah ini pernah saya borakkan dengan seorang sahabat saya. Dalam-dalam borak itu terselit juga nasihat-nasihat yang boleh dijadikan panduan untuk saya pada suatu hari nanti. Masih terngiang kata-kata sahabat saya yang sudah bertunang, "Nak cari calon tuh, cari yang sefikrah, 'mudah' sikit kerja kau nanti. Dah kahwin, senang. Masing-masing faham tanggungjawab masing-masing. Lain pula, kalau belum ada fikrah. Dah kahwin, 'susah'. Takut isteri tak tahan & tak faham..."


Di saat kejatuhan empayar Islam Uthmanniah, 3 Mac 1924, sudah bermula ketandusan anasir-anasir agama, kepincangan dan keruntuhan moral masyarakat khususnya. Iya, nak kata sukar atau tidak, itu adalah atas usaha sendiri mencari mereka dan lebih baik jika kita yang mendidik mereka. Lebih-lebih lagi lelakinya.

Insya-Allah masih ada jejaka dan wanita yang baik. Selagi mereka rajin dan amalkan ilmu mereka tuntuti seperti program usrah, halaqah, dan pelbagai istilah lain (ini yang terlintas difikiran saya hehe…) Semuanya bertujuan melahirkan individu-individu muslim yang memiliki kualiti yang mampu mengerakkan Islam ini semula. Mereka disuntik dengan kefahaman Islam bersilibus, dipertingkatkan tahap kerohanian melalui ibadah khususiah dan diperjelaskan tentang halatuju dakwah, manhaj hidup dan peranan sebagai seorang muslim.

Bagi sudah terkahwin kerana dah tak jumpa yang setarbiah(cross my mind gik hehe...) dan sefikrah. Kena salahkan diri sendiri dulu sebab jodoh itu pilihan diri bukan takdir semata-mata. Takde cara kalau nak jadikan rumahtangga tu bersifat dakwah kecuali dengan mentarbiah pasangan sesuai dengan citarasa diri. Selalunya lelakilah yang akan menang bila bertembung 2 perjuangan. Sebab tu payah tarbiah akhawwat walau mereka paling ramai berkesedaran. Selalunya dakwah akan kehilangan bayang mereka bila dah berumahtangga khususnya dengan lelaki yang kosong halatuju. Kalau tarbiah itu bisnes; ia umpama pelaburan bertahun-tahun yang tak menguntungkan. Kalau balik modal tu okey gak…Orang kata dunia tempat berdagang(Erkk, terkaitankah penyata itu dengan cite diatas...alamak jam sudah pukul 1.31, sok kena conduct student yang g book fair kt pwtc, sabtu pagi)

Cuma kadang saya sedikit hairan. Ada pemuda/pemudi yang yakin bahawa perjuangan yang diikutinya itu benar, syumul, dekat dengan sirah Rasul. Tapi bila pilih pasangan cari yang berlainan. Padahal kat depan mata ada pun pilihan yang memenuhi perjuangannya? Mungkin ia pun dah jadi macam orang lain mementingkan ukuran duniawi sebelum ukhrawi? Was-was dibuatnya, adakah dia hidup mendahulukan perjuangan atau mendahulukan pasangan?. Entahlah, cuma kat akhirat pasti akan dipersoalkan. Apatah lagi kalau gagal menjadikan rumahtangga kubu perjuangan.

Bagi yang tak ikut usrah. Saya tak kata kalian 2nd class. Tapi pastinya kefahaman tak sama dengan yang berusrah. Allah pun menyebut dalam al-Quran bahawa tak sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu. Saya juga tak berani nak kata orang yang berusrah itu confirm masuk syurga atau perfect sebagai muslim sejati. Cuma yang hebatnya, mereka miliki keinginan untuk berubah dan ada kesedaran untuk berjuang berbanding kalian. (Kalau tak percaya pergi berdamping atau berkawan dengan mereka, pasti dia cuba menarik kamu.) Cuma kalau yang dibentuk dalam usrahpun tak menjadi? Bagaimana yang langsung tak dibentuk? Kecuali mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang cukup soleh, nafsu syahwat pun tak berapa berfungsi dan kebal dari godaan duniawi atau lahir sebagai malaikat. Kerana itu kalau rasa hidup ini ada peranan dan rasa sukar nak jadi baik atau teringin nak masuk syurga yang terlalu mahal harga dan nilainya…(kerana Allah jual ia hanya dengan perjuangan dan kesanggupan mengorbankan nyawa dan harta). Eloklah cari-cari usrah & halaqah untuk diikuti (Bagi yang masih belajar mudah untuk jumpa usrah & halaqah. Follow lah mana-mana, insyaAllah mereka akan ajar kalian jadi baik dan berjuang. Sebab saya tak jumpa lagi mereka ajar bunuh orang atau bom bangunan…kah kah). Mana yang terbaik..saya takde jawapan… Lu pikir la sendiri(iklan bersama Nabil hehe)


Bagi yang merasakan ingin memberi output maksimum untuk dakwah setelah penat orang mentarbiah kita. Bincanglah dengan naqibah/naqib sebelum membuat pilihan, disamping bincang dengan mak bapa. Cuma bezanya ibubapa selalu lihat pada aspek keharmonian berkeluarga anaknya, tapi naqib/naqibah melihat pada keutuhan perjuangan dan dakwah dalam rumahtangga. Kalau tak…seakan tidak menghargai sumbangan naqib/naqibah yang sanggup sedarkan kita selama ini dengan percuma berbanding bertahun kita duduk dengan mak bapa.

Kecualilah mereka yang ditarbiah dan diusrahkan sendiri oleh mak bapa mereka macam seseorang yang saya kenal (^.^)…he he..mereka takde pilihan. Harap anak-anak kalian pun sama suatu hari nanti…

Wallahulam

Friday 17 April 2009

Situasi Terdahulu & Situasi Sekarang

Pada era selepas tujuh ratus tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkan dan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang ini, tidak salah kalau kita anggarkan bahawa nisbah amalan Islam hanya tinggal satu walhal ilmunya tetap sepuluh, sama seperti di zaman Rasulullah SAW dahulu. Ilmu Islam tidak rosak. Ilmu Islam tidak berkurangan. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, yang rosak dan yang susut ialah amalannya yang sudah banyak ditinggal dan dilupakan oleh umat Islam.


Maka terbuktilah kebenaran firman Allah yang berbunyi:

“Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau ya Muhammad selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka.”

Amalan yang tinggal di waktu ini hanyalah apa yang termaktub di dalam rukun Islam. Itu pun kerana ianya dijadikan rukun. Kalau tidak, mungkin amalan-amalan tersebut dilupakan juga. Amalan-amalan yang menjadi rukun ini, kalau tidak diyakini dan diamalkan, maka akan terjejas keimanan. Justeru itu, masih ada umat Islam yang bersolat walaupun ramai sudah tidak bersolat atau tidak tahu bagaimana hendak bersolat. Masih ada umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan. Masih ada umat Islam yang membayar zakat dan masih ada yang menunaikan haji. Amalan-amalan yang lain yang tidak merupakan rukun, hampir kesemuanya sudah lenyap ditelan zaman.

Itu sebab Islam di zaman ini tidak syumul lagi. Itu sebab orang Islam tidak banyak bezanya dengan orang bukan Islam. Itu sebab umat Islam sudah hilang identiti mereka. Kecantikan dan keindahan Islam sudah tidak dapat dilihat lagi. Keselamatan dan kesejahteraan yang dijanjikan oleh Islam tidak dapat dirasakan lagi. Umat Islam berpecah-belah. Akhlak dan moral umat Islam runtuh menyapu bumi. Masyarakat umat Islam kucar-kacir. Ekonomi umat Islam mundur. Itu sebab juga umat Islam sudah tidak dihormati dan digeruni malahan dikeji dan dihina di seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya Islam pada keyakinan tetapi tidak Islam pada amalan. Lain yang diyakini, lain pula yang diamalkan. Mereka mengaku Islam tetapi cara hidup, cara berfikir dan cara menilai sangat kebaratan.

Bila dikembalikan semula amalan-amalan Islam yang telah ditinggalkan dan dilupakan, masyarakat menjadi huru-hara. Banyak mata yang terbeliak. Ramai yang terkejut. Ramai yang terpekik terlolong menuduh songsang dan sesat. Sedih. Umat Islam sendiri sudah tidak kenal Islam. Islam hanya tinggal rukun. Islam pada mereka hanya solat, puasa, zakat dan haji.

Umat Islam sudah lupa berpakaian secara Islam. Mereka sudah lupa makan minum dan bergaul secara Islam. Mereka sudah lupa berekonomi, menjalankan pelajaran dan pendidikan, berkebudayaan, bermasyarakat dan berpolitik secara Islam. Mereka sudah lupa bersahabat dan berjiran secara Islam. Mereka sudah lupa berhibur secara Islam. Mereka sudah lupa tentang had-had dan batas-batas yang ditetapkan oleh Islam.

Itu belum lagi diperkatakan tentang berekonomi secara Islam yang menentang penindasan, riba, monopoli dan pembaziran yang sangat berbeza dengan sistem kapitalis yang diamalkan yang hanya mementingkan untung berlipat ganda. Ataupun soal pelajaran dan pendidikan Islam yang membawa manusia kepada Tuhan dan bukan kepada kebendaan Atau soal kebudayaan Islam yang membawa kesedaran dan membina kehalusan akhlak manusia dan bukan yang melalaikan, merosakkan aqidah, akhlak, moral dan yang menggalakkan pergaulan bebas muda-mudi dan penggunaan dadah. Sistem sosial Islam yang berkasih sayang, bertolong bantu, kuat menguatkan, bersatu padu, penuh dengan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan serta bukan sistem sosial yang menindas dan menekan, hidup cara nafsi-nafsi, yang kuat timbul yang lemah tenggelam seperti kehidupan haiwan di belantara atau seperti pokok di hutan yang berebut-rebut meninggikan pucuk masing-masing untuk mendapat cahaya matahari. Dan juga sistem pentadbiran Islam yang menyatu-padukan umat, yang adil, yang bebas dari krisis, pilih kasih dan perebutan kuasa, yang melagangkan ketuhanan dan bukan ideologi ciptaan manusia dan yang mementingkan pembangunan insan dan rohaniah lebih dari pembangunan material. Sudah begitu jauh cara hidup umat Islam kini dari cara hidup Islam yang sebenar. Cara hidup musuh dianggap Islam, cara hidup Islam dipandang serong, dimomok dan dikatakan ketinggalan zaman.

Untuk menebus kembali maruah umat Islam yang sudah punah-ranah ini, untuk membawa Islam kembali ke mercu kegemilangannya dan untuk menjadikan umat Islam ini pewaris bagi bumi Allah ini, maka kita perlu tingkatkan amalan Islam kita. Kita perlu hidupkan semula segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita lupakan. Umat Islam perlu kembali kepada amalan Islam yang sebenar.

Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amalan kita itu kepada dua, tiga, empat, lima dan seterusnya setakat mana yang kita mampu. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga-tiga perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam akan hanya menjadi seperti benih yang belum ditanam. Pokoknya tidak ada. Kalau pokok Islam tidak ada, masakan dapat kita nikmati buahnya yang enak, lazat dan manis. Dengan ketiga-tiga perkara ini juga, Islam kita akan bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah letaknya kasih sayang Tuhan. Di atas kesyumulan inilah letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan.

Permata Yang Dicari

Saturday 11 April 2009

Bilang... 'to0 3, 4, 5,...'

Hari ini saya tidak dapat ber’online’ dengan seseorang. Ada perkara yang saya mahu tanyakan & bicarakan dengannya ketika itu. Perkara itu adalah perkara yang bermain difikiran saya semasa membaca SMS nya ketika saya sedang Phase Test.



“Jam 9.45 PM saya sedang menduduki Phase Test: Engineering Mathematics III bermakna lagi 15 minit masa peperiksaan tamat. Dalam tempoh(15 minit) tersebut, saya telah terdengar cakap-cakap/perbualan di meja-meja sebelah membicara jawapan masing-masing dan ada juga yang memberi hence cara pengiraan sebab ada perbezaan pada jawapan. Saya masih menyemak jawapan-jawapan saya sendiri. Untuk curi-curi bincang, tidak berpeluang, saya duduk di meja yang agak kehadapan di dewan. Ketika itu saya dapat SMS dari seseorang. Dan situasi exam dan SMS nya mengingatkan saya sesuatu yang telah berlaku.”

1) Masing-masing menunjukkan pengiraan & penyelesaian yang betul tatkala ada perbezaan jawapan.

2) Masing-masing merasakan dia lah yang benar dan orang lain salah.

Seringkali kita lihat pertelingkahan sesama manusia disebabkan ”aku lah benar, engkau lah sesat”, ”aku lah betul, engkau lah salah” dan ayat-ayat yang seumpama dengannya. Situasi seperti ini pernah saya lalui dan tak kurang juga menjadi orang tengah untuk mendamaikannya.

Pernah dahulu saya terlibat suatu program. Dalam program itu ada satu aktiviti ”Akulah yang menang!!”. Tujuan permainan ini?, mungkin kalian boleh fikirkannya. Ketika itu kami diseru berdebat tentang ”Siapakah yang bersalah Hang Tuah atau Hang Jebat?.

Tak kurang juga bila kita mengatakan:

Kita memenangkan Hang Tuah sebab dia mentaati Sultan. Kita memenangkan Hang Jebat sebab dia penegakan kebenaran.

Kita terlupa sesuatu, orang yang patut dipersalahkan adalah Sultan sebab baginda tidak mengkaji dahulu, hanya main dengar sahaja, ikut sahaja telunjuk orang dan memberi keputusan terburu-buru.

Sama juga situasi yang berada di blog saya ini. Ada sahaja anonymous meninggalkan mesej di chatbox, mengatakan **** sesat, tidak benar, itu ini dan sebagainya. Tidak kurang jugak untuk rakan blog saya, yang dilinkkan oleh saya, telah menerima nasib yang sama.



5. Hanya Engkaulah yang kami sembah[6], dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan[7].

6. Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,

7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]


[6] Na'budu diambil dari kata 'ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, karena berkeyakinan bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.
[7] Nasta'iin (minta pertolongan), terambil dari kata isti'aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.
[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. Yang dimaksud dengan ayat ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.
[9] Yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Ayat yang dibaca diatas adalah ayat ketiga terakhir dalam surah al-Faatihah mengingatakan saya dengan keadaan umat Islam saat ini. Banyak di antara umat Islam sekarang yang menganggap pendapatnya-lah yang paling benar, keyakinannya-lah yang berada pada kebenaran. Mereka menganggap bahwa jalan yang mereka ambil adalah jalan yang lurus. Perbezaan pendapat dan penafsiran yang ada di antara umat Islam membuat mereka berpecah belah, merasa diri paling benar sendiri dan orang lain salah. Kadang timbul konflik yang diwarnai dengan hujatan-hujatan, caci maki, bahkan sering kali gelaran sesat dan kafir pun dilontarkan.

Apa penyebab semua ini? Perbezaan yang seharusnya wajar menjadi tidak wajar lagi. Mengapa saya mengatakan bahwa perbezaan pendapat itu wajar? Setiap orang diciptakan oleh Allah SWT dengan segala sesuatu yang serba berbeda antara orang yang satu dengan orang yang lain. Bahkan anak kembar sekalipun tidak mungkin sama antara keduanya, keduanya memiliki ciri khas masing-masing.

Dua orang yang melihat sebuah gambar yang sama lalu mereka kita perintahkan untuk menafsirkan gambar tersebut. Maka dua orang itu pasti menafsirkan gambar tersebut berdasarkan sudut pandang mereka masing-masing. Hal ini menunjukkan bahwa pemikiran setiap orang berbeda-beda yang mana perbedaan pemikiran ini akan mengakibatkan munculnya perbedaan pendapat dan penafsiran dalam kehidupan keberagamaan. Karena sebab itu, maka perbezaan pendapat adalah wajar dan manusiawi. Jika tidak berbeza maka bukan manusia.

Jika perbezaan pendapat itu wajar, lalu apa yang menyebabkan konflik yang terjadi antara umat Islam selama ini? Menurut saya penyebab konflik tersebut adalah fanatik buta dan merasa diri paling benar sendiri. Jika dalam diri seseorang sudah melekat kuat dua sifat tersebut, maka dia akan membenci dan tidak menghargai perbezaan pendapat. Dia merasa pendapatnya saja yang paling benar dan orang lain salah.

Teringat saya tentang suatu pernyataan menghentam. Asbab serangan seolah-olah dia mengenali 'diri saya' [Ketika membaca pernyataan beliau].

"Kami telah sampai dahulu di sini. Malah kami wujud lebih awal dari kau. Maka kami lah yang benar". Mengapa pernyataan itu dilontarkan? Jika 'benar' lah yang awal itu atau yang pertama hadir itu dinilaikan sebagainya 'benar'. Maka mengapa tidak diikut agama selain agama Islam? Sedangkan dia lebih awal datang & bertapak di Tanah Melayu?.

Manusia sebagai makhluk relatif tidak memiliki pengetahuan yang sempurna tentang sesuatu yang bersifat mutlak. Manusia hanya memiliki pengetahuan mana yang benar dan mana yang salah. Kerana benar dan salah itu relatif. Benar menurut saya, belum tentu benar menurut anda. Salah menurut saya belum tentu salah menurut anda. Lalu siapakah yang mengetahui kebenaran yang hakiki sedangkan kebenaran itu bersifat mutlak? Maka hanya sesuatu yang bersifat mutlak saja yang dapat mengetahui kebenaran. Siapa itu? Jika anda menjawab “Tuhan” maka anda termasuk orang yang “benar”.

Dalam surat al-Fatihah ayat 6-7 disebutkan permohonan kita sebagai manusia (makhluk relatif) kepada Allah (Dzat mutlak) untuk ditunjukkan jalan kebenaran (mutlak) bukan jalan kesesatan. Dalam ayat tersebut kita sudah mengakui ketidakberdayaan kita untuk mengetahui kebenaran yang hakiki, lalu kenapa banyak di antara kita masih bersombong diri dengan merasa kita-lah yang berada pada kebenaran sedangkan orang yang tidak sependapat dengan kita dianggap sebagai orang sesat bahkan kafir. Apa belum cukup berita dari Allah dalam surathan-Nahl ayat 125? “…Sesungguhnya hanya Tuhanmu-lah yang lebih mengetahui siapa-siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan hanya Tuhanmu-lah yang lebih mengetahui siapa-siapa yang mendapat petunjuk-Nya.”

Apakah kita masih berani bersombong diri setelah mendengar ayat tersebut? Apakah kita masih berani mengelar seseorang sesat atau tidak setelah membaca ayat tersebut? Terserah anda……[]


Wallahullam

Thursday 9 April 2009

Mencari


Dalam hidup ini apa yang kita cari?
Jawapannya pelbagai;
Ada yang mencari harta
Ada yang mencari teman sejati
Ada yang mencari keseronokan
Ada yang mencari hiburan
Ada yang mencari benda yang pelik2

Saudara, apa pun yang kita cari kadangkala ia membawa kegelisahan keresahan dihati. Apakah akan bertemu atau tidak...

Saudara kalau sy bertanya kpd saudara...
Apakah pencarian yg lebih besar daripada mencari Tuhan?
Apakah pencarian yg lebih bermakna dan lebih hebat daripada mencari Tuhan?

Ada manusia resah kerana tidak mngenal Tuhannya sepertimana Nabi Ibrahim AS yg tercari2 siapakah Tuhannya. Lantas dia melihat kpd bintang, "Ah, ini Tuhanku".Namum bila bintang itu lenyap diwaktu siang, lalu dia berkata
"Oh, itu bukan Tuhanku"
Datang pula matahari. Dia kata
"Ini Tuhan, ini lebih besar".
Bila malam, matahari hilang, datang pula bulan. Dia kata
"Ini Tuhan".
Akhirnya Ibrahim sedar. Benda yg dicarinya bukan mahluk bkn benda. Yang dicarinya adlh Haliq, Allah Pencipta seluruh Alam ini.

Wallahulam

Sunday 5 April 2009

Sudah Banyak Rasa Sakit, Saatnya Merdeka Lagi

Apabila kita memperkatakan pemimpin umat Islam,terbayang oleh kita bahwa mereka terbagi kepada berbagai peringkat dan pemimpin di berbagai bidang dan jurusan. Pemimpin di kalangan umat Islam itu ada pemimpin-pemimpin besar dan ada juga yang kecil. Ada yang umum (negara, daerah, dll) ada yang khusus (pendidikan, ketentaraan, ekonomi, dll). Juga ada yang terbatas ketika pemimpin itu juga dipimpin.

Setiap pemimpin di akhirat kelak akan ditanya oleh ALLAH Ta’ala setiap orang di bawah pimpinannya, tidak terkecuali pemimpin besar atau kecil, umum atau khusus. Mereka tidak boleh memikirkan bidangnya saja. Dalam ajaran Islam, masalah agama terutama di sudut fardhu ain mesti diketahui, dihayati dan diamalkan oleh setiap mukallaf (muslim, baligh, berakal yang telah dapat dikenai hukum). Oleh sebab itu siapa saja yang menjadi pemimpin bertanggung jawab memastikan perkara agama dan akhlak untuk keselamatan bersama di dunia dan akhirat.

Tidak seperti halnya dalam bidang fardhu kifayah, seperti ketentaraan, ekonomi, pertanian dll. Sebagai contoh kalau ada satu golongan yang berkecimpung di bidang itu dan mencukupi keperluan umum, maka sudah memadai. Orang lain yang tidak ambil bagian di bidang itu terlepas dari dosa. Sedangkan mengetahui halal dan haram serta akhlak yang mulia, yatu memiliki sifat-sifat mahmudah, seperti adil, jujur, tawadhuk, pemurah, kasih sayang, sabar, redha, tawakal, tenggang rasa, lapang dada, pemaaf, meminta maaf, amanah diwajibkan bagi setiap orang, baik pemimpin maupun bukan.




Berubahlah...Kembalilah kepada Al-Quran & As-Sunnah...Jika kalian kembali kepada Al-Quran & As-Sunnah, nescaya permasalahan-permasalahan umat akan beransur pulih, dan yang pastinya rahmati dan keredhaanNya memayungi setiap umat yang dipandukan al-Quran & as-Sunnah...

Ambilah peluang dan bukannya kesempatan...Tugas pemimpin itu berat dan mulia jika kalian meletakkan al-Quran & as-Sunnah ditengah-tengah kehidupan umat. Tidak perlulah merujuk rumus Lord Reid untuk menyelesaikan masalah umat. Rumus itu sememang kusut ibarat tali lelayang yang bersimpul-simpul. Jika dicuba meleraikannya, pasti ada simpulan pada tali itu. Simpulan itu lah telah mencacatkan pandangan, yang telah merosakkan umat. Tetapi kalian masih berusaha untuk menutup kecatatan yang ada. Usaha kalian dan kesungguhan kalian boleh di 'puji', tetapi cara usaha yang kalian usahakan itu sia-sia(tidak diredhai Allah). Berusaha dan menutup kecatatan tersebut pasti nampak ketidaklurusan tali itu. Mainlah layang2 yang talinya bersimpul. Pasti ketidaklurusan pada tali itu nampak tatkala tali layang2 itu menegang. Sepanjang 50 tahun itu telah banyak kerosakan timbul di sebabkan sistem kapitalisme.


Terbiar pengianiyaan terhadap kaum wanita khususnya...Doa orang yang teraniaya, khasnya wanita itu jangan kita buat main. Mereka ini berdoa menggunakan hati dan perasaan. Lain pula lelaki, mengunakan akal(fikiran) dalam berdoa. Sebab itulah doa kaum wanita lebih mudah dimakbulkan Tuhan. Kita imbas kembali sejarah terdahulu, Langkawi bukan asing kepada kita. Pulau itu pernah ditimpa musibah akibat menghukum Mahsuri tanpa proses keadilan yang benar-benar telus. Sebelum meninggal dunia, Mahsuri bersumpah: "Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan!". Anak perempuan Sang Rajuna Tapa dibunuh sultan tanpa diteliti dosa-dosanya, isteri Laksamana Bentan Megat Seri Rama dibunuh cuma kerana mengidam buah nangka raja.

Bagaimana pula dengan contoh-contoh moderen dan pasca-moderen berhubung kaum wanita yang terbunuh tanpa keadilan ini? mereka dirogol? mereka dijual? sudah berapa ramaikah wanita-wanita yang terbunuh, dirogol, dijual di dalam negara kita mutakhir ini.

Contohi pemimpin yang menghidupkan al-Quran & as-Sunnah...Khalifah ar-Rasyidin, Khalifah Umar Abd Aziz, Sultan Abdul Hamid, Sultan Mohammad al-Fateh antara pemimpin yang boleh kita contohi. Setiap pemimpin Islam itu tidak boleh dia berkata, “Saya pemimpin di bidang ketentaraan. Saya hanya bertanggung jawab dengan ketentaraan saja. Soal agama dan akhlak itu bukan tanggung jawab saya.” Pemimpin ekonomi pun berkata senada dan juga pemimpin-pemimpin yang lain. Begitulah setiap pemimpin berfikir demikian. Soal agama dan akhlak itu tanggung jawab ulama, ustadz, pendakwah, pemimpin dakwah. Itulah bidang khusus mereka, begitu dalam fikiran para pemimpin itu. ALLAH dan Rasul tidak menghendaki demikian. Islam memerintahkan setiap pemimpin umat Islam, baik dia memimpin negara, pemimpin ketentaraan, politik, ekonomi, dll, wajib bertanggung jawab kepada anak pimpinannya mengenai agama dan akhlak mereka.

Wahai pemimpin...Insaflah!
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahlinya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya.” [Muttafaqun ‘Alaihi].

“Kalian akan berebut untuk mendapatkan kekuasaan. Padahal kekuasaan itu adalah penyesalan pada hari kiamat; nikmat di awal dan pahit di ujung” (HR al-Bukhari).

Renungilah kata-kata Umar bin al-Khaththab ra, ketika beliau menjadi khalifah dan begitu terkenal dengan kata-katanya yang menunjukkan kapasitinya sebagai seorang pemimpin yang agung (al-imâm al-a’zham):

“Seandainya ada seekor keldai terperosok kakinya di kota Bagdad karena disebabkan jalan yang rosak, aku khawatir Allah SWT akan meminta pertanggungjawaban diriku di akhirat nanti.”


Tanggungjawab seorang pemimpin...Di akhir zaman inilah kelemahan umat Islam, dimana pemimpin hanya memimpin di bidangnya saja. Terhadap agama dan akhlak mereka meringan-ringankannya. Itulah rahasia mengapa setiap golongan itu, susah disatukan satu sama lain. Hati berjauhan meski tidak bertengkar karena tali pengikat di kalangan umat Islam adalah agama dan akhlak sudah diputuskan. Kalaupun ada tali, tapi sudah hampir putus. Maka dari itu banyak terjadi gejala yang negatif dalam golongan—golongan manusia. Hal ini berlaku karena mereka tidak diarahkan kepada agama dan akhlak mulia oleh pemimpin, jika ada progam keagamaan pun hanya sekali-sekali. Pemimpin hanya mengutamakan bidangnya saja seolah-olah agama dan akhlak adalah persoalan individu.

Padahal umat Islam menghendaki agama dan akhlak mesti sama walaupun berasal dari berbagai bidang, karena hal itu merupakan keperluan bersama. Kalau pemimpin memperhatikan akhlak dan agama maka akan lahir ahli-ahli yang berkemajuan, berdisiplin dan berakhlak mulia karena disuluh oleh ruh Islam. Sehingga visi mereka sejalan, syiar mereka bersama dan akhlak mulianya sama.

Umat Islam sudah berfikir bahawa agama hanya untuk guru-guru agama dan ustaz-ustaz. Apakah ada di dalam kalangan umat Islam berfikir bahwa dengan berdisiplin agama dan berakhalak mulia akan merugikan umat Islam dan manusia? Apakah dengan berakhak mulia dan berdisiplin dalam agama akan menciptakan kemunduran?

Sebenarnya kepatuhan dalam agama serta akhlak mulia itulah yang menjadikan umat Islam berdisiplin. Akan memperindah dan memperbaiki setiap profesi dalam bidang-bidang kemajuan, sehingga dapat meningkatkan kehormatan umat Islam, karena akhlak adalah universal, bahkan orang bukan Islam akan senang terhadap Islam. Dan yang terpenting adalah ALLAH dan RasulNya akan suka dan redha terhadap kita. Amin.

Wallahulam

-Choci2^SiC.CiL-
Related Posts with Thumbnails