From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Tuesday 29 September 2009

Hukum Memutuskan Hubungan (Muqatha’ah) Sesama Muslim


Soalan:
Apakah hukumnya mereka yang memutuskan hubungan atau memboikot (muqatha’ah) sesama Muslim? Adakah dengan muqata’ah tersebut bererti dalam masa yang sama mengkafirkan seseorang? Jika tindakan tersebut dikaitkan dengan tindakan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam terhadap Ka’ab dan beberapa orang sahabat, adakah tindakan tersebut hanya boleh dilakukan di peringkat negara atau ia merupakan hak semua orang?


Jawapan:
Pertama, perlu diketahui bahawa memutuskan hubungan ataupun memboikot (muqatha’ah) sesama Muslim merupakan hukum syarak yang dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah tertentu yang terjadi dalam hubungan sesama Muslim. Hukum ini tiada kaitannya dengan persoalan takfir (mengkafirkan) seseorang Muslim. Dalam erti kata lain, orang yang diboikot tidak jatuh kafir. Sebaliknya dia kekal Muslim, cuma disebabkan oleh tindakan tertentu yang dilakukannya, maka hukum muqatha’ah itu dikenakan terhadapnya.

Dalam konteks inilah Ibn Bathtal menyatakan bahawa Allah telah mengatur hukum-hukum yang mengandungi kemaslahatan bagi hamba-hambaNya. Dia Maha Mengetahui tentang urusanNya, maka manusia harus tunduk kepada perintahNya dalam urusan tersebut. .[1]

Kedua, terdapat hadis yang melarang perbuatan memutuskan hubungan (muqata’ah) dengan sesama Muslim, antara lain sabda baginda sallallahu ‘alaihi wassalam:

لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَياَلٍ (رواه البخاري)

“Tidaklah halal bagi seorang Muslim untuk meninggalkan saudaranya lebih dari tiga malam.” (HR Bukhari)

Maksud ‘an yahjura’ atau ‘masdar-nya hajr’ adalah lawan kepada perkataan ‘wasl’, atau memutuskan hubungan.[2] Secara harfiah (mantuq), hadis ini melarang seseorang Muslim daripada memutuskan hubungan sesama Muslim lebih daripada tiga hari. Daripada hadis ini juga diketahui bahawa berdasarkan mafhum mukhalafah, bahawa memutus hubungan sesama Muslim dibolehkan kurang daripada tiga hari. [3]

Sungguhpun demikian, larangan tersebut dikecualikan terhadap orang yang melakukan maksiat. Dalam kitab Fath al-Bari: Syarh Sahih al-Bukhari, Ibnu Hajar al-Asqalani dalam bab: Ma Yajuzu min al-Hijran liman ‘Asa (Memutus Hubungan yang Diperbolehkan terhadap Orang yang Bermaksiat) menyatakan: Dengan penjelasan ini, beliau (al-Bukhari) ingin menjelaskan hukum memutuskan hubungan yang diperbolehkan. Kerana umumnya, larangan tersebut sebenarnya hanya berlaku untuk orang yang diputuskan hubungannya tanpa alasan yang dibenarkan syariat. Oleh itu, jelaslah bahawa dibenarkan memutuskan hubungan terhadap orang yang melakukan maksiat. [4]

Ibnu al-Mulhib menyatakan bahawa memutuskan hubungan yang dibenarkan itu mempunyai kepelbagaian, sesuai dengan kadar kesalahannya. Bagi orang yang melakukan maksiat, maka dibolehkan untuk memutuskan hubungan dengan cara tidak bercakap dengannya, sebagaimana dalam kisah Ka’ab bin Malik dan dua orang temannya (Murarah dan Hilal). Sekiranya marah terhadap keluarga atau kawan, boleh memutuskan hubungan dengan tidak menyebut nama atau bermasam muka, tetapi masih bercakap, memberi dan menjawab salam kepadanya. [5]

Menurut at-Thabari, peristiwa yang terjadi terhadap Ka’ab bin Malik adalah dasar untuk memutuskan hubungan dengan orang yang melakukan maksiat. [6] Dalam huraiannya, Ibnu Hajar mengulas kenyataan Abdullah bin Zubair, ketika dikenakan muqatha’ah oleh ‘Aishah, “ fainnahu la yahillu laha qathi’athi (Maka, tidak halal baginya untuk memutus hubungan kekeluargaan denganku), dengan menyatakan bahawa: Jika memutuskan hubungan denganku sebagai hukuman atas dosaku, maka ia pasti akan berpanjangan. Jika tidak, maka memutuskan hubungan secara berkekalan itu akan menyebabkan terputusnya silaturrahim. Menurut Ibnu Hajar, alasan ‘Aisyah berbuat demikian adalah kerana Abdullah bin Zubair yang masih merupakan anak saudaranya itu telah melakukan kesalahan yang besar. Menurutnya lagi, ‘Aisyah melakukan demikian kerana tindakan memutuskan hubungan dengan cara tidak bercakap dengan Abdullah bin Zubair itu memang dibolehkan, sebagaimana yang dilakukan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam terhadap Ka’ab dan dua orang temannya sebagai hukuman terhadap kemaksiatan mereka. [7]

Oleh itu telah difahami oleh para sahabat radhiallahu ‘anhum, termasuk ‘Aisyah dan Abdullah bin Zubair bahawa tindakan Nabi terhadap Ka’ab bin Malik, Murarah dan Hilal itu bukanlah hanya hak ketua Negara semata-mata, sebaliknya tindakan muqatha’ah yang dilakukan oleh ‘Aisyah menunjukkan bahawa tindakan tersebut boleh dilakukan oleh sesiapapun.

Imam an-Nawawi juga menjelaskan bahawa hadis yang memerintahkan untuk memutuskan hubungan dengan ahli bidaah, orang fasik [8] dan para musuh Sunnah itu begitu banyak sekali dicatatkan. Jadi menurut beliau, perbuatan memutuskan hubungan secara berkekalan turut dibenarkan. Oleh itu, larangan memutuskan hubungan dengan kaum Muslimin lebih daripada tiga hari itu tidak meliputi ahli bidaah, orang fasik dan yang seumpama dengannnya. Para sahabat, tabi’in dan generasi berikutnya sentiasa memutuskan hubungan dengan sesiapa sahaja yang melanggar sunnah atau orang yang rosak percakapannya (mafsadah).

Ibnu ‘Abd al-Barr juga menyatakan perkara yang sama bahawa para ulama’ telah bersepakat, barangsiapa yang khuatir berbicara dengan seseorang, di mana dengan berbicara dengannya itu boleh menyebabkan rosak agamanya atau memudaratkan urusan dunianya, maka dia dibenarkan untuk memutuskan hubungan dengan orang tersebut. [9]

Ketiga, apabila menyentuh berkenaan perbuatan memberi dan menjawab salam dalam konteks muqatha’ah, maka hukumnya dikembalikan kepada alasan mengapa dikenakan muqatha’ah tersebut. Jika alasannya bukan atas sebab maksiat, sebaliknya disebabkan oleh kerana marah terhadap keluarga atau teman, maka tetap diperintahkan untuk memberi dan menjawab salam. [10] Namun jika alasan muqatha’ah berpunca daripada perbuatan maksiat yang dilakukan, dan si pelaku itu jatuh sebagai seorang fasik, maka ketetapan memberi dan menjawab salam tidak diperintahkan. Dalam kitab Faidh al-‘Allam fi Syarh Arba’ina Haditsan fi as-Salam, Sayid Salih bin Ahmad al-Idrus menjelaskan: Salam kepada orang fasik, ahli bida’ah, dan pelaku dosa besar tidak disunahkan. Bahkan, tidak sepatutnya memberi dan menjawab salam mereka. [11] Imam as-Suyuthi juga menyatakan pandangan yan hampir sama. [12]

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh at-Thabari, dasarnya hendaklah dikembalikan kepada tindakan Nabi sallallahi ‘alaihi wassalam dan para sahabat radhiallahu ‘anhum yang tidak memberi dan menjawab salam Ka’ab bin Malik, Murarah dan Hilal. Inilah dalil dalam memutuskan hubungan dengan orang yang melakukan maksiat [13]. Wallahu’alam
________________________________________
[1] Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah, Saudi, t.t., juz III, hal. 2671.
[2] Ibn Mandzur, Lisan al-‘Arab, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., juz V, hal. 250.
[3] Imam an-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., juz XVI, hal. 117.
[4] Ibn Hajar al-Asqalani, Ibid, juz III, hal. 2671.
[5] Ibid, juz III, hal. 2671.
[6] Ibid, juz III, hal. 2671.
[7] Ibid, juz III, hal. 2670-2671.
[8] Tentang Ahli bidaah dan penyerang sunnah sudah jelas, maka tidak perlu dijelaskan lagi. Tetapi berkenaan orang fasik, penting untuk dijelaskan. Perkataan fasaqa, menurut Ibn Manzur, ertinya keluar dari kebenaran. Menurut istilah ahli fikih, fisq (masdar dari fasaqa), adalah tindakan melakukan dosa besar dengan sengaja, atau terus-menerus melakukan dosa kecil, yang tidak perlu ditakwilkan lagi. Tidak taat kepada amir adalah bentuk kemaksiatan yang disamakan dengan tidak mentaati Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam (HR Ahmad, Ibn ‘Iwanah, Ibn Hibban dan Ibn Huzaimah). Dengan kata lain, tidak taat kepada amir merupakan dosa besar. Tindakan tidak taat kepada amir itu saja, menurut definisi fasik di atas, sudah cukup menjadikan pelakunya sebagai orang fasik, apatah lagi ketidaktaatan tersebut dilakukan dengan bangganya tanpa perasaan bersalah. Bahkan, kemudian menyebarkan fitnah bahawa amirnya bermaksiat. Bukan setakat itu, orang tersebut juga memprovokasi orang lain untuk melawan amirnya, sebagaimana yang dia lakukan. Maka, orang tersebut telah melakukan tiga dosa besar sekaligus: (1) Dosa tidak taat kepada amir; (2) Dosa memfitnah amir dengan sesuatu yang sebenarnya tidak dia lakukan; (3) Dosa memprovokasi orang lain untuk melakukan tentangan terhadap amirnya. Terhadap orang seperti ini berlaku hukum muqatha’ah di atas, termasuk perintah untuk memeriksa semua informasi yang bersumber dari orang tersebut. Lihat, Ibn Mandzur, Lisan al-‘Arab, juz X, hal. 308; Rawwas Qal’ah Jie, Mu’jam Lughat al-Fuqaha’, Dar an-Nafais, Beirut, cet. I, 1996, hal. 315.
[9] Lihat, Tanwir al-Hawalik, juz I, hal. 655.
[10] Ibid, juz III, hal. 2671.
[11] Al-‘Alim al-Usuli as-Sayid Shalih bin Ahmad al-‘Idrus, Faidh al-‘Allam fi Syarh Arba’ina Haditsan fi as-Salam, Mathba’ah ar-Rushaifah, Malanj, Indonesia, t.t., hal. 9.
[12] Lihat, Syamsuddin ar-Ramli, Nihayat al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj, t.t., juz XXVI, hal. 366.
[13] Lihat, Ibn Hajar, Ibid, juz III, hal. 2671.

Sumber : www.hizbut-tahrir.or.id

Wednesday 16 September 2009

Kad Raya: Salam Eid Mubarak 1430H

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini dan pembaca-baca blog fatba.blogspot.com. Saya memohon ampun dan maaf andai sepanjang penulisan di fatba.blogsot.com telah mengguris hati dan perasaan pembaca, kata-kata yang pedas lagi tajam membuat kalian terasa itu, harap dimaafi. Salam lebaran buat semua~~~~




Mana-mana tersenarai salam lebaran itu.. Sila2 copy paste kad ini di blog-blog anda.

Penerangan tentang rakan-rakan kenalan: Maaruf UTP, Zack MMU, Shah MMU, Khair MMU, Ruzaini MMU, Pejal MMU, Mukhliz MMU, Norain MMU, Mamat UM, Ita Melb Uni, Intan Monash Uni, Nuzuha Alexender Uni Eygpt dan mereka yang pernah saya jumpa dan mereka itu bukanlah dari institusi pendidikan saya.

Tuesday 15 September 2009

Salam Aidifitri 1430H/2009M Daripada Hizbut Tahrir Malaysia

YANG PERGI ITU AKAN KEMBALI

Gembira di Idul Fitri ini
takkan dapat menggalang ganti
sedih dan pedih peri
kerana ibunda pertiwi
tiada di sisi..

Ibunda pergi kerana makar keji
Inggeris bersama Attartuk si Yahudi
busuk menusuk belati sekularisasi
yang bersepuh racun demokrasi
di malam berkobar api konspirasi
terkaparlah ibunda dilayar pergi
meninggalkan kita, anakandanya sepi sendiri

Seketika itu jua..
pudar purnama, muram mentari
seluruh buana dilitupi kesedihan ngeri

Di kala makhluk rabbani
di langit dan di bumi
dalam isak meratapi pemergian ini
bertepuk sorak pula iblis-iblis imperialis
menari puas direntak melodi sinis
meraikan malapetaka kubra ini
setelah berabad mereka ditemani hasad menanti

Wahai saudaraku!
berlalu sudah 88 tahun...sejak 28 Rajab 1342 Hijriyyah
Idul Fitri kita sambut dalam sugul yang tak tertahan
dijeruk rasa penuh kehilangan
ibarat anak yatim yang sunyi
dari belaian ibunya yang sejati
disayup gema takbir Idul Fitri

Maka di sini kami berdiri
dengan seruan setulus hati
gandinglah tangan ikhlas ini
agar kembali tertegak Khilafah yang dijanji!

Ayuh saudaraku!
singsing lengan bajumu
jauh tinggi di atas siku
melangkahlah dengan derap yang gagah
bersama kami menguak segala payah
untuk menempuh jalan ke fitrah
supaya kita berjaya masuk ke seluruh gerbang syariah
jangan kau mundur jangan menyerah kalah

Semoga kita..
memperolehi mardhatillah wa maghfirah
di Idul Fitri ini bersama mengorak langkah
berjuang demi kesatuan dan kegemilangan ummah
dalam dakapan ibunda sejati yang didamba penuh tabah
Khilafah Ar-Rasyidah ’Ala Minhaj Nubuwah

Di kesempatan ini..
kami ucapkan "Selamat Menyambut Idul Fitri"
semoga kita diziarahi kebahagiaan yang abadi
di bawah naungan redha Ilahi..


Hizbut Tahrir Malaysia
Di Gerbang Syawal
1430 H


Saturday 12 September 2009

Tembok Ghaib Penjara Kapitalisme

Kenapa kita tidak boleh menghentikan kebiadaban Israel? Kenapa penguasa-penguasa Arab dan negeri Islam lainnya lebih memilih diamkan diri,?? berpeluk tubuh?? Menghitung berapa kerugian?? Kerosakan material?? Jika mengira kematian, masih sedikit angkanya?? Kenapa PBB yang mengklaim sebagai organisasi antrabangsa tidak terkesan kuasa VETOnya terhadap keganasan Israel?

Hal ini kerana... Kita sendiri, wahai saudaraku... Kita mengiyakan 'Penjara Besar' itu. Paling tidak ada tiga 'Penjara Besar' yang membuat kita terpisah meskipun dengan jumlah penduduk lebih dari 1.5 million seluruh dunia berbanding Israel dengan jumlah penduduk sekitar 6 juta orang. Pertama adalah nasionalisme dengan sistem negara bangsa (nation state). Dengan sistem negara bangsa, umat Islam yang tadinya bersatu di bawah naungan negara Khilafah kemudian dipecah-pecah menjadi negara kecil dan lemah.

Dengan ide dan bauan nasionalisme yang menjadi racun yang membunuh persaudaraan dan persatuan umat Islam. Secara logiknya nasionalisme selalu mengatakan persoalan luar negeri seperti Palestine, Iraq, Afghanistan bukan persoalan kita, kita lebih baik memikirkan kepentingan nasional kita saja!

Justeru sikap ini yang membuat kita lemah dan membuat negara-negara kafir penjajah berbuat sesuka hati terhadap umat Islam. Mereka tidak takut secara bergilir-gilir menyerang negeri-negeri Islam kerana mereka tahu negara-negara muslim lainnya akan diam.

Ini tidak akan terjadi kalau negara-negara kafir itu melihat umat Islam bersatu. Kalau umat Islam bersatu, satu negeri Islam diserang, seluruh negeri Islam akan mengirim jutaan tentaranya yang didukung umat Islam yang rindu syahid fi sabilillah untuk membebaskan saudaranya.

Menghadapi Hamas , Hizbullah di Lebnon Selatan, dan mujahidin Iraq dan Afghanistan , saja mereka sudah kepayahan. Apalagi kalau negara-negara penjajah itu menghadapi puluhan juta tentara Islam dengan persenjataan mereka yang tentu lebih canggih. Pastilah musuh-musuh Allah SWT akan ketakutan. Apalagi yang mendorong tentara-tentara Islam itu bukanlah kekuatan materi tapi aqidah Islam. Tentara Islam akan menjadi tentara yang ditakuti oleh lawan.

Penjara besar kedua adalah penguasa-penguasa negeri Islam yang berkhianat pada Allah SWT, Rasulululah SAW dan umat Islam. Penguasa umat Islam sekarang sebahagian besar adalah anjing-anjing Amerika Serikat , kaki tangan penjajah, yang lebih memilih berkhidmat kepada penjajah daripada melindungi dan melayani umat Islam. Padahal Rasulullah SAW telah mengingatkan fungsi utama pemimpin adalah melindungi umatnya. Pemimpin adalah perisai (al junnah).

Israel , Amerika Syarikat, dan negara-negara penjajah lainnya tidak akan sesuka hati membunuh umat Islam, kalau mereka tahu ada penguasa Islam yang menjadi pelindung umat yang akan membela rakyatnya. Pemimpin Negara seperti Rasulullah SAW yang menghukum mati Yahudi Bani Qainuqa yang membunuh seorang rakyatnya dan mengusir keluar mereka keluar Madinah.

Rasulullah SAW juga mengirim pasukan Islam untuk mengepung Yahudi Bani Quraizhah selama 25 hari dan menghukum mati para pengkhianat kerana mereka bersekongkol dengan musuh Daulah Islam dalam perang Ahzab.

Penjara ketiga, adalah sistem antarabangsa saat ini yang dipimpin oleh Amerika Serikat dengan ideologi Kapitalismenya. AS dan sekutunya membuat hukum antarabangsa dan membentuk lembaga-lembaga antarabangsa yang digunakan sebagai alat kepentingan negara-negara penjajah. PBB digunakan untuk melegalisasi penjajahan terhadap Iraq dan Afghanistan.

Jika diperhatikan organisasi ini mengirim tentara dari berbagai negara untuk menduduki Iraq dan Afghanistan. Sebaliknya, tentara-tentara dari negeri Islam berlindung di belakang PBB untuk tidak membantu saudaranya yang dibantai. Alasannya, tidak ada perintah dari PBB. Jadilah PBB 'kepala'..

Penghancuran penjara itu hanya boleh dilakukan dengan membentuk kembali Khilafah Islam, sebuah sistem pemerintahan Islam yang berdasarkan manhaj nubuwah. Dengan tegaknya sistem Islam, penguasa-penguasa pengkhianat itu akan tumbang. Digantikan oleh Khalifah yang adil dan melindungi rakyat. Khilafah akan menyatukan negeri-negeri Islam bukan berdasarkan kebangsaannya tapi atas dasar aqidah Islam. Khilafah juga akan mengimbangi dan menggantikan dominasi negara-negara Kapitalis saat ini yang dipimpin AS. Pimpinan antarabangsa akan dipimpin oleh Khilafah Islam yang akan memberikan kesejahteraan dan keamanan bagi umat manusia seluruh dunia.

Wallahulam



Thursday 10 September 2009

Tugas Pemimpin: Tanggungjawab Dipikul atau Janji Dikota??


BN tetap tunai janji [Sumber: Utusan 08/09/09]


Inilah wajah buruk dunia politik Kapitalisme. Parti politik dalam dunia Kapitalisme melihat “status” sokongan rakyat itu sebagai titik penentu untuk melaksanakan tugas yang sememangnya menjadi tanggungjawab pemerintah itu sendiri. Islam telah menjelaskan persoalan tanggungjawab ini dengan nyata sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggunganjawab atas kepemimpinannya. Imam/Khalifah adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggunganjawab atas kepemimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam rumah tangga, dan akan dimintai pertanggunganjawab atas kepemimpinanya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya, dan akan dimintai pertanggunganjawab atas kepemimpinannya. Pembantu rumah tangga adalah pemimpin dalam menjaga harta kekayaan tuannya, dan akan dimintai per¬tanggungan jawab atas kepemimpinannya. Dan setiap kamu adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya." [HR. Bukhari dan Muslim].

Dalam dunia Kapitalisme bantuan dan projek sering digunakan sebagai ugutan dan umpan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Politik ”ugut” dan ”umpan” ini tidak akan kita jumpai dalam politik Islam. Ini adalah kerana bagi Islam, sudah menjadi kewajiban bagi pihak pemerintah untuk mengurus dan mengatur kehidupan rakyat yang berada di bawah kekuasaannya samada warganegara itu Muslim mahupun kafir zimmi. Amat malang bagi umat Islam apabila kehidupan mereka saat ini dikuasai oleh ahli-ahli politik sekular Kapitalisme. Rakyat sering dipermain-mainkan dengan janji-janji manis oleh ahli-ahli politik sekular Kapitalisme ini bagi mendapatkan undi untuk memastikan politik kotor sekular mereka ini terus bertahan di tengah-tengah kehidupan umat Islam. Bukankan ini suatu pengkhianatan namanya?

Wahai umat Islam! Ketahuilah bahawa sesungguhnya adalah menjadi kewajiban bagi pemerintah yang berkuasa di tengah-tengah kamu saat ini untuk menunaikan kewajiban yang sememangnya menjadi tanggungjawab mereka. Pendidikan, kesihatan dan keamanaan adalah tiga perkara yang menjadi keperluan asas masyarakat yang wajib dijamin oleh pemerintah secara percuma. Untuk itu, wahai umat Islam! Kamu perlu memiliki pemikiran politik Islam yang tinggi agar kamu tidak terus dipergula-gulakan oleh para politikus Kapitalisme ini. Ayuh! Wahai seluruh umat Islam, berpeganglah kamu kepada politik Islam yang mulia dan tinggalkan kebusukan dan segala penipuan dunia politik Kapitaslime.

Wednesday 9 September 2009

Khatam Al-Quran: Khatam Pulut Kuning atau Khatam Pemahaman Quran?

Rosmah mahu amalan bertadarus diamalkan sepanjang tahun [sumber: Utusan 06/09/09]


Memang benar bulan Ramadan adalah bulan turunnya Al-Quran dan sudah menjadi kebiasaan umat Islam memperingatinya dengan bertadarrus dan bersempena bulan yang mulia ini sudah menjadi fitrah umat Islam berlumba-lumba mempertingkatkan amalan yang dapat mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Namun begitu, apakah al-Quran yang suci ini hanya sekadar untuk ditadarruskan sepanjang tahun? Sikap inilah yang terkandung dalam aduan Rasullullah SAW kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Berkatalah Rasul, "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.” [TMQ al-Furqan (25):30].

Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya telah merinci hal-hal yang berkaitan dengan sikap tidak mengacuhkan Al-Qur’an. Di antaranya adalah tidak mengimani dan membenarkannya, tidak mentadabbur (mengkaji) dan memahaminya, tidak mengamalkan dan mematuhi perintah dan larangannya, berpaling darinya dan lebih memilih yang lain, baik berupa syair, ucapan, nyanyian, permainan, mahupun jalan hidup selain yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an.

Tidakkah para pemerintah sedar bahawa dengan tidak mengamalkan perintah dan larangan Al-Quran, baik berupa hukum yang menyentuh soal individu seperti menutup aurat mahupun hukum yang terkait dengan perkara-perkara kenegaraan seperti menerapkan syariah Islam, merupakan suatu penghinaan terhadap Al-Quran?
Related Posts with Thumbnails