Memahami Bala, Musibah dan Azab
Secara harfiah, al-bala’ bermakna al-ikhtibar (ujian). Istilah bala’ sendiri digunakan untuk menggambarkan ujian yang baik mahupun yang buruk [Imam ar-Razi, Mukhtâr al-Shihâh, hal. 65]. Dalam kitab al-Tibyân fi Tafsîr Gharîb al-Qur’an dinyatakan, bahawa bala’ itu memiliki tiga bentuk; nikmat (kenikmatan), ikhtibar (cubaan atau ujian), dan makruh (sesuatu yang dibenci) [Syihâb al-Dîn Ahmad, al-Tibyân fi Tafsîr Gharîb al-Qur’an, juz 1, hal. 85].
Di dalam al-Quran, kata bala’ disebutkan di enam tempat, dengan makna yang berbeza-beza; (TQS. al-Baqarah [2]: 49; TQS. al-A’râf [7]: 141; TQS. al-Anfâl [8]: 17; TQS. Ibrahim [14]: 6; TQS. ash-Shafât [37]: 106; TQS. ad-Dukhân [44]: 33). Ada yang bermakna cubaan dan ujian yang dibenci manusia. Ada pula yang bererti kemenangan atau kenikmatan (bala’ hasanan). Bala’ dalam konteks ujian yang buruk, misalnya terdapat di dalam firman Allah Subhanahu wa Taala berikut ini: “Dan pada yang demikian itu terdapat cubaan-cubaan yang besar dari Tuhanmu.” [TMQ al-Baqarah (2): 49].
Ayat ini bercerita tentang Bani Israel yang diselamatkan dari penyembelihan dan kekejaman Fir’aun. Menurut Ali ash-Shabuni, bala’ dalam ayat ini adalah al-mihnah wa al-ikhtibâr (ujian dan cubaan) yang ditimpakan oleh Fir’aun kepada Bani Israil; yakni penyembelihan anak laki-laki [Ali ash-Shabuni, Shafwât at-Tafâsîr, juz 1, hal. 57].
Adapun bala’ dalam konteks ujian yang baik terdapat dalam firman Allah Subhanahu wa Taala: “Maka sebenarnya, bukan kamu yang membunuh mereka. Akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allahlah yang melempar. Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik (bala’an hasanan). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [TMQ al-Anfâl (8): 17].
Menurut Imam al-Baidhawi dalam Tafsir al-Baidhawi, perkataan bala’ pada ayat di atas adalah kenikmatan yang diberikan Allah kepada orang-orang beriman, dalam bentuk pertolongan Allah (al-nashr), al-ghanimah (harta rampasan perang), dan al-musyahadah (mati syahid) [Imam al-Baidhawi, Tafsir al-Baidhawi, juz 3, hal. 97].
Musibah adalah al-baliyyah (ujian) dan semua perkara yang dibenci oleh manusia. Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisân al-‘Arab menyatakan, bahawa musibah adalah al-dahr (kemalangan, musibah dan bencana) [Imam Ibnu Mandzur, Lisân al-‘Arab, juz 1, hal. 535]. Menurut Imam al-Baidhawi, musibah adalah semua kemalangan yang dibenci dan menimpa umat manusia. Ini didasarkan pada sabda Rasulullah Sallallahu alaihi Wa Sallam, “Setiap perkara yang menyakiti manusia adalah musibah.” [Imam al-Baidhawi, Tafsir al-Baidhawi, juz 1, hal. 431].
Perkataan musibah disebut dalam sepuluh ayat dan semuanya bermakna kemalangan, musibah dan bencana yang dibenci manusia. Namun demikian, Allah Subhanahu wa Taala memerintahkan kaum Muslim untuk meyakini bahawa semua musibah itu datang dari Allah Subhanahu wa Taala, dan atas izinnya. Allah Subhanahu wa Taala berfirman: “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada qalbunya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [TQS. al-Taghâbun (64): 11].
‘Azab secara harfiah adalah al-nakâl wa al-‘uqûbah (peringatan bagi yang lain, dan seksaan (hukuman) [Imam Ibnu Mandzur, Lisân al-‘Arab, juz 1, hal. 585]. Al-nakâl adalah peringatan yang berupa seksaan atau hukuman kepada yang lain. Perkataan al-‘azab biasanya digunakan untuk merujuk kepada hukuman atau seksaan di hari akhirat kelak. Allah Subhanahu wa Taala berfirman: “Allah telah mengunci mati qalbu dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat berat.” [TMQ al-Baqarah (2): 7].
“Sesungguhnya, orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih.” [TMQ al-Isrâ’ (17): 10], dan lain sebagainya. Namun demikian, kata ‘azab juga digunakan dalam konteks hukuman di kehidupan dunia.
Allah Subhanahu wa Taala juga berfirman: “Tidak ada suatu negeri pun yang derhaka penduduknya, melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab Lauh al-Mahfuz.” [TMQ al-Isrâ’ (17): 58].
Menurut Ali ash-Shabuni, jika penduduk suatu kota ingkar atau bermaksiat kepada perintah Allah Subhanahu wa Taala, mendustakan Rasul-rasulNya, nescaya Allah akan menghancurkan mereka, sama ada dengan kehancuran secara total (pemusnahan), mahupun ditimpa dengan hukuman yang amat keras [Ali ash-Shabuni, Shafwât at-Tafâsîr, juz 2, hal. 165]. Di ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Taala berfirman: “Sekiranya mereka tidak bercampur baur, tentulah Kami akan mengazab orang-orang kafir di antara mereka dengan azab yang pedih.” [TMQ al-Fath (48): 25].
Tatkala mentafsirkan ayat ini, Ali ash-Shabuni mengatakan, “Seandainya orang-orang kafir itu dipisahkan satu dengan yang lain, kemudian dipisahkan antara yang mukmin dengan yang kafir, tentulah Allah akan mengazab orang-orang kafir dengan azab yang sangat keras, berupa pembunuhan, penawanan, mahupun pengusiran dari negeri-negeri mereka.” [Ali ash-Shabuni, Shafwât at-Tafâsîr, juz 3, hal. 48]. Keterangan ini diperkuat dengan firman Allah Subhanahu wa Taala yang lain, yakni: “Dan jikalau tidaklah kerana Allah telah menetapkan pengusiran terhadap mereka, benar-benar Allah mengazab mereka di dunia. Dan bagi mereka di akhirat azab neraka.” [TMQ al-Hasyr (59): 3].
Ayat ini bercerita tentang pengusiran Bani Nadir, sekali gus mengisahkan, bahawa jikalau Allah Subhanahu wa Taala tidak menetapkan hukuman pengusiran terhadap Bani Nadir, nescaya mereka akan diazab dengan pembunuhan (al-qatl). Hukuman bagi mereka cukup dengan pengusiran, bukan pembunuhan seperti halnya hukuman bagi Yahudi Bani Quraizah. Ayat di atas juga menunjukkan, bahawa ‘azab tidak hanya berasal dari Allah Subhanahu wa Taala saja, akan tetapi juga bersumber dari manusia sendiri, yakni berupa hukuman atau sanksi di kehidupan dunia.
Penyebab Datangnya ‘Azab Allah
Pada dasarnya, penyebab datangnya ‘azab Allah Subhanahu wa Taala adalah kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Allah Subhanahu wa Taala telah menyatakan hal ini di beberapa ayat; di antaranya adalah firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” [TMQ al-Qashash (28): 59].
“Maka tidak dibinasakan kecuali kaum yang fasik.” [TMQ al-Ahqâf (46): 35].
“Kami telah membinasakan mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa (al-mujrimun).” [TMQ ad-Dukhân (44): 37].
Ayat-ayat di atas menunjukkan, bahawa ‘azab Allah hanya akan dijatuhkan kepada penduduk negeri yang melakukan kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Dengan kata lain, ‘azab Allah hanya akan dijatuhkan, tatkala peringatan-peringatan Allah Subhanahu wa Taala melalui lisan RasulNya telah diabaikan dan didustakan.
Akan tetapi, ada beberapa riwayat yang menunjukkan, bahawa ‘azab Allah boleh menimpa orang-orang Mukmin tatkala mereka enggan mencegah kemungkaran padahal mereka mampu melakukannya. Dari Adi bin Umairah dituturkan, bahawasanya ia pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab orang-orang secara keseluruhan akibat perbuatan mungkar yang dilakukan oleh seseorang, kecuali mereka melihat kemungkaran itu di depannya, dan mereka sanggup menolaknya, akan tetapi mereka tidak menolaknya. Apabila mereka melakukannya, nescaya Allah akan mengazab orang yang melakukan kemungkaran tadi dan semua orang secara menyeluruh.” [HR. Imam Ahmad].
Muslimah yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya dari dalil-dalil yang dikemukakan di atas, kita melihat bahawasanya musibah yang menimpa manusia tidak lain adalah sebagai peringatan dari Allah Subhanahu wa Taala. Pada masa kini kita menyaksikan Islam tidak menjadi ikutan dan panduan hidup kecuali dalam juzuk tertentu seperti ibadah khusus. Dewasa ini kita menyaksikan wanita-wanita Islam bebas membuka aurat mereka di khalayak ramai tanpa dikenakan hukuman. Wanita Islam tidak mengendahkan perintah Allah untuk menutup aurat dan tidak bertabarruj. Wanita-wanita Islam terlibat dalam gejala sosial seperti pelacuran. Hubungan luar nikah hingga memaksa mereka membuang bayi yang dilahirkan atau digugurkan telah menjadi fenomena biasa. Adakah senario yang menyakitkan ini boleh diubah atau kita hanya mampu berdoa supaya segala bentuk maksiat akan segera lenyap?
Justeru, marilah kita berusaha dengan lebih gigih untuk menggiatkan aktiviti dakwah untuk melanjutkan kehidupan Islam (isti’naf al-hayat al-Islam) sesuai dengan status umat Islam selaku khaira ummah. Telah terbukti di hadapan mata kita bahawasanya musibah melanda manusia disebabkan keengganan mereka mematuhi perintah Allah sedangkan Dia Subhanahu wa Taala telah berfirman dalam surah Thaha ayat 124 : “Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” Janganlah kita menanti datangnya bala dan musibah untuk kita insaf seterusnya memperjuangkan agama ini kerana dikhuatiri dosa-dosa umat Islam ini akansemakin menghancurkan umat yang mulia ini.
Umar bin Khattab berwasiat ketika melepaskan tenteranya berperang: ”Dosa yang dilakukan tentera (Islam) lebih aku takuti dari musuh mereka. Sesungguhnya umat Islam dimenangkan kerana maksiat musuh mereka kepada Allah. Kalau tidak demikian kita tidak mempunyai kekuatan, kerana jumlah kita tidak sepadan dengan jumlah mereka, kelengkapan kita tidaklah dapat menandingi dengan kelengkapan mereka. Jika kita sama dalam berbuat maksiat, maka mereka lebih memiliki kekuatan. Jika kita tidak dimenangkan dengan keutamaan kita, maka kita tidak dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita."
Wallahu a’lam bisshabawab.

2 comments:
salam..
topik lebih kurang..hurm..tiru eyh? :P hehe
btw, nice artikel! keep it up!
w'salam
yeke sama?? isi tak bkn?? :P hehe
thanks for da comment
Post a Comment