From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Tuesday, 10 February 2009

Dunia Kesabaran...

Lihatlah sekeliling, anda akan menemui satu dunia yang dibina atas kesabaran. Pernahkah anda terfikir bagaimana proses pertukaran siang dan malam boleh berlaku dengan penuh teratur sekiranya bulan dan matahari saling berebut untuk mendahului antara satu sama lain? Tetapi masing-masing bersabar dan mengikut edaran yang ditetapkan.

Jauh di penghujung bumi, di benua antartika, kelihatan sekumpulan penguin. Berpuluh ekor penguin jantan itu sedang menunggu ketibaan pasangan masing-masing yang pergi memburu, sementara mereka ditugaskan menjaga anak masing-masing. Tempoh penantian mereka bukannya beberapa jam, atau sehari dua, tetapi beberapa minggu lamanya.

Mereka telah menunggu selama sebulan tanpa makan dan minum, dan mereka akan terus menunggu, dengan penuh kesabaran sehingga sembilan minggu lamanya.

Sedar tak sedar, inilah dunia yang kita sedang hidup di dalamnya. Semua penghuninya menjalani hidup dan peranan masing-masing dengan penuh kesabaran, untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan alam.


Makhluk yang tidak sabar.

Namun di sana ada satu makhluk yang menggugat ketenteraman dan keharmonian alam ini. Makhluk yang bernama manusia. Manusia yang merupakan sebaik-baik ciptaan inilah yang paling kurang kesabarannya. Kita semua mempunyai cita-cita yang tinggi dan semangat yang membara untuk mencapai matlamat masing-masing, tetapi mengapa ramai yang tersungkur di tengah jalan dan akhirnya gagal dalam perjuangan masing-masing? Semuanya disebabkan kegagalan kita dalam aspek kesabaran.

Dari sekecil-kecil perkara seperti pergi kuliah, hingga sebesar-besar perkara seperti amar makruf nahi mungkar, “malaslah, jauh, bas sesak……ishh, lecehlah bukannya diorang makan saman,” kita memberi alasan.

Kesabaran rahsia kejayaan.

Kesabaran adalah rahsia kejayaan manusia dari dulu sehingga sekarang. Thomas Edison, pencipta mentol telah melakukan 3000 uji kaji sebelum menemui bahan paling sesui untuk dijadikan filamen mentol. Beliau tidak pernah hilang kesabaran setiap kali uji kaji beliau gagal, bahkan berkata, “aku telah mempelajari bagaimana untuk tidak membuat mentol”.

Inilah sunnah alam yang ditetapkan oleh Penciptanya, Allah (swt). Tidak kira siapa, islam atau kafir, pandai atau tidak, barangsiapa berusaha dan bersabar, Allah akan mengurniakannya kejayaan dalam perjuangannya. Hakikat inilah yang kita,umat Islam, lupa. Akhirnya kekuasaan dan kejayaan diserahkan kepada orang kafir, kerana merekalah yang lebih layak untuk mendapatnya.

Kesabaran dalam Islam.

Sabar adalah sifat terpuji yang sangat dituntut oleh Islam.

Bagi mereka yang bersabar, dijanjikan ganjaran yang besar…

dan Allah bersama orang yang bersabar.

Para sahabat dan para tabi’in (ra) memahami hakikat ini dengan sepenuhnya. Mereka mempunyai cita-cita yang tinggi, dan mereka lengkapkan usaha mereka dengan kesabaran dan tawakkal. Akhirnya Allah mengiktiraf mereka dan menjadikan mereka generasi terbaik sepanjang sejarah manusia. Tidak pernah muncul begitu ramai tokoh-tokoh dalam satu ketika, yang kalau hendak dicari pada zaman sekarang, mungkin seorang dua sahaja yang akan ditemui. Tidak pernah berlaku perkembangan ilmu yang begitu pesat dan luas. Dan dunia tidak pernah merasai kemakmuran dan keadilan sebagaimana yang dikecapi dibawah pemerintahan generasi tersebut.

Kisah Nabi Yusuf (as).

Nabi Yusuf (as) telah diuji dengan dua ujian besar. Yang pertama, ialah apabila beliau dicampakkan ke dalam perigi oleh abang-abang beliau sendiri. Dan yang kedua, adalah ujian berupa godaan oleh isteri tuannya, Zulaikha untuk melakukan maksiat. Dalam kedua-dua peristiwa tersebut, Nabi Yusuf (as) telah menunjukkan kesabaran yang tinggi, dan akhirnya Allah memelihara beliau, dan memberi kejayaan kepada beliau. Dari kisah tersebut, kita dapat membahagi kesabaran kepada dua jenis;

1) Sabar apabila ditimpa musibah.

2) Sabar dalam melakukan ketaatan dan menjauhi maksiat.

Kebanyakan dari kita mampu untuk bersabar apabila ditimpa musibah, tapi ramai dari kita yang tewas berdepan maksiat. Dan sebenarnya bersabar dari melakukan maksiat lebih susah dan lebih tinggi nilainya, kerana apabila kita ditimpa musibah, dengan jelas ianya dilihat sebagai ujian dan tiada pilihan untuk kita melainkan bersabar, manakala dalam melakukan maksiat, pilihannya ditangan kita, samada nak buat atau tidak, dan jarang kita sedar bahawa maksiat ini juga adalah salah satu bentuk ujian dari Allah (swt).

Oleh itu, kesabaran Nabi Yusuf (as) ketika digoda oleh Zulaikha, dalam keadaan beliau adalah seorang remaja, ditambah dengan kecantikan Zulaikha yang juga merupakan tuannya, adalah lebih susah dan lebih tinggi, daripada kesabaran beliau ketika dalam perigi, di mana tiada pilihan untuk beliau kecuali bersabar dan menunggu.

Sekarang kita.

Generasi yang lalu mempunyai azam yang kuat dan kesabaran yang tinggi. Inilah rahsia kejayaan mereka. Rahsia yang telah hilang pada umat kini, dan yang membezakan antara kita dengan mereka. Seandainya kita mampu untuk memperbaiki dua aspek ini apa lagi yang menghalang kita dari mencapai kejayaan? Sejarah kita yang gemilang sedang menanti untuk diulangi. Generasi yang lalu telah membuktikan, dan kini tibalah giliran kita.

Sabarlah dalam melakukan ketaatan, moga-moga mendapat istiqomah dan kelazatan ibadah.
Sabarlah dalam melawan nafsu, mudah-mudahan mendapat kejayaan dan kelazatan iman.

No comments:

Related Posts with Thumbnails