From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Thursday 28 May 2009

Kahwin Sukarkah??

Bismillahirahmanirahim...

Tidak lama lagi cuti penggal sekolah bermula. Berapa lama cuti? Saya tidak pasti, rasa macam 2 minggu kut. Kebiasaannya di kala cuti-cuti seperti ini, akan adanya majlis perkahwinan. Masa cuti-cuti ini lah hendak digunakan kekuatan ketenteraan saudara-saudara terdekat; ramai yang boleh hadir dan tolong. Berbahagialah dan tahniahlah kepada mereka yang akan mendirikan rumah tangga. :)

Saya terpanggil untuk menulis tentang 'perkahwinan' kerana beberapa faktor antaranya; seorang kawan sekolah menengah saya menelefon saya. Perbualannya menyentuh tentang perkahwinan. Padanlah tak sambung belajar di peringkat Ijazah. Keduanya adalah seorang dari kawan saya semasa dibangku sekolah agama. Bercerita benda yang sama tetapi situasi tidak sama seperti kawan pertama tadi. Situasinya akan saya jelaskan secara ilmiah (yang saya ketahui dari hasil bacaan-bacaan saya). Saya cuba. Kepada kedua-dua rakan saya yang terperasan ini ada sedikit sebanyak persamaan dari perbualan kita, maaf banyak-banyak, sebab korang lah buat aku berfikir dan mintak pandangan dari aku..hehehe...

Tak lupa juga kepada seorang cikgu. Chest!! tak sangka engko 'bahan' aku untuk mengisi masa di malam kelmarin. Pat kan je aku tak ada point nak kenakan ko balik. :P

Allah SWT telah menciptakan manusia yang di dalam diri manusia telah diciptakan pula berbagai gharizah (naluri) serta keperluan jasmani seperti gharizatun nau' yang bermaksud gharizah mempertahankan dan melestarikan keturunan. Bagaimana hendak melunaskan gharizatun nau' ini?? yang dikehendaki Islam??. Melunaskan gharzatun nau' melalui pernikahan. Pernikahan yang disyorkan oleh Islam dan telah ditunjuki oleh Rasulullah SAW.

Pernikahan adalah Sunnah Nabi dan merupakan antara fitrah manusia yang memerlukan kepada pasangan. Setiap makhluk Allah diciptakan berpasangan termasuklah manusia. Oleh kerana itu manusia perlukan kepada pasangan masing-masing untuk saling melengkapi. Jika tidak, hidupnya masih tidak lengkap, tidak teratur dan banyak kekurangan.

Dan pernikahan merupakan salah satu tanda kebesaran Allah sepertimana yang difirmankan olehNya yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” [Ar-Ruum, 030:021]

Di dalam pernikahan muncul Mawaddah dan Rahmah kerana ada faktor-faktor yang dapat menumbuhkan dua perasaan tersebut. Dengan adanya seorang isteri, suami dapat merasakan kesenangan dan kenikmatan, serta mendapatkan manfaat dengan adanya anak dan mendidik mereka. Di samping itu, ia merasakan ketenangan, kedekatan dan kecenderungan kepada isterinya. Sehingga secara umum tidak didapatkan mawaddah dan rahmah di antara sesama manusia sebagaimana mawaddah dan rahmah yang ada di antara suami isteri.

Kata Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, “Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah iaitu perkahwinan, maka ia akan mencari jalan-jalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam.”

Rasulullah S.a.w bersabda yang mafhumnya, “Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. [HR Thabrani dan Hakim].

Berbalik semula kepada situasi yang di alami oleh kawan-kawan saya. Ada yang bermasalah pada wang hantaran, untuk majlis perkahwinan lagi, perspektif bakal ibu bapa mertua (nak hebat-hebat belaka) tak semua yang ada, tetapi ada terdetik berperasaan seperti itu, dan lain-lain lagi yang mendorong kebahagian kepada keharmonian (luaran) sahaja. Itu pra syarat dari pihak mempelai keluarga belum lagi dengan syarat perkahwinan di Malaysia.


Perkahwinan itu sukar kah?

Sejak British datang ke Malaysia dulu, Hukum Allah pun telah mula dibuang dan digantikan dengan undang-undang yang dirangka oleh Lord Reid. Dan sistem birokrasi mula bertapak di Malaysia yang menyebabkan semakin banyak kesulitan dialami, bukan semakin menyenangkan. Apa yang saya lihat sekarang, nikah kahwin di Malaysia ini semakin sukar. Rakyat semakin sukar untuk mendapatkan mawaddah dan rahmah yang ada dalam pernikahan. Sukar oleh kerana beberapa faktor utama antaranya;

1- Undang-undang yang semakin cerewet yang membikin semakin banyak prosedur. Ambil sijil itu ambil sijil ini, kena bayar itu kena bayar ini (orang nak kahwin pun masih sempat mereka nak cari keuntungan), bukan semakin untuk menyenangkan tetapi semakin menyusahkan rakyat.

2- Pemikiran ibu bapa yang berorientasikan kepada mahukan menantu yang hebat, terutamanya dari segi keduniaan. Seperti mahukan menantu yang berkerjaya besar, berpangkat, ada nama hebat dan seumpamanya. Secara ringkasnya ialah terlalu cerewet dalam memilih.

3- Masyarakat sendiri yang telah statik fikirannya yang suka mengata itu ini. Orang nak nikah secara halal baik menikah di dalam ataupu di luar negara pun dikomen yang tidak membina. Orang nak nikah dengan janda pun bermacam-macam tuduhan dilemparkan.

4- Tiada usaha oleh pihak-pihak atasan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan, yang masih tidak kahwin-kahwin itu.

Kita perlu tahu, keadaan di malaysia kini semakin berleluasa dengan zina, berdua-duaan bersama bukan muhrim, gejala bohsia, dating di mana-mana antara bukan muhrim dan sebagainya. Maka mengapa saya lihat pemimpin-pemimpin kita hanya memandang remeh perkara ini. Tiada yang prihatin kepada nasib manusia-manusia yang hendak sangat kahwin tetapi masih tidak dapat kahwin-kahwin. Maka saya nak beritahu kepada penguat kuasa undang-undang, bahawa itu semua tanggungjawab anda. Jika sekiranya anda makin menyulitkan lagi proses pernikahan, maka segala gejala2 maksiat itu adalah disebabkan oleh anda juga.


Terselesaikah masalah??

Islam ini mudah tetapi dipersulitkan dengan bermacam prosedur sekarang. Apa yang saya tengok, masalah tidak juga selesai, malah semakin membuatkan orang sukar untuk kahwin, semakin membuatkan orang melanggar batas-batas agama, semakin membuat rakyat tertekan dan seumpamanya. Apa gunanya membuat semakin banyak prosedur tetapi rakyat semakin ramai buat maksiat?

Pemimpin sepatutnya berusaha keras menyahut hadith ini , “Nikahilah perempuan yang ramai anak dan penyayang. Kerana aku akan berbangga dengan banyaknya umatku dihadapan para Nabi kelak di hari kiamat”. (HR Ahmad dan di shahihkan oleh Ibnu Hibban). Nabi amat berbangga dengan umatnya yang ramai, maka jika kerajaan kita betul-betul prihatin masalah ini, kerajaan akan menumpukan agar rakyatnya yang beragama Islam dapat kahwin semuanya. Tidak mahukah kita membantu untuk meramaikan umat nabi kita?

Kata Syaikh Hussain Muhammad Yusuf: “Hidup membujang adalah suatu kehidupan yang kering dan gersang, hidup yang tidak mempunyai makna dan tujuan. Suatu kehidupan yang hampa dari berbagai keutamaan insani yang pada umumnya ditegakkan atas dasar egoisme dan mementingkan diri sendiri serta ingin terlepas dari semua tanggungjawab”. Maka tidak mahukah kita cuba menggalakkan (bukan sahaja galak tapi bantu lah) rakyat agar berkahwin?


Prosedur ada tetapi masalah penceraian tetap berlaku.

Saya lihat pihak-pihak bertanggungjawab berusaha mengatasi masalah ini. Tahniah saya ucapkan. Tetapi janganlah fokus pada kes penceraian sahaja:- anak nak siapa jaga?? Nafkah siapa mahu beri?? Tempat tinggal dan sebagainya. Permasalahan-permasalahan seperti ini sering diguna pakaikan. Kenapa ye rakyat di telunjuki??

Buatlah prosedur yang terkini mana pun. Apa yang saya tengok tidak juga, kerana masih banyak rumahtangga yang menemui jalan buntu yang akhirnya bercerai. Itu semua adalah soal jodoh, apa pun langkah yang kita usaha, kalau dah jodohnya panjang tetap panjang, kalau dah jodoh pendek tetap pendek, ada hikmah semuanya. Cuma apa yang saya harap, jangan pula pihak atasan semakin menyulitkan proses untuk berkahwin itu.

Mana lebih baik? Berikan kemudahan kepada mereka yang mahu berkahwin dan cuba membantu mereka ataupun membiarkan sahaja maksiat semakin berleluasa? Ini dalam keadaan rakyat tertekan pun kerajaan masih sibuk dengan pembangunan pembangunan pembangunan. Naluri rakyat yang memerlukan kepada pasangan yang halal terpinggir pun masih sibuk dengan pembangunan pembangunan pembangunan. Apa guna nya pembangunan jika jiwa rakyat kamu menderita? Apa gunanya pembangunan jika sekiranya keperluan asasi rakyat kamu tidak dipenuhi?

Nasib banyak kaum wanita yang masih tidak dapat berkahwin pun tiada siapa yang peduli. kita mesti tahu MANUSIA MEMERLUKAN KEPADA PASANGAN MASING-MASING. Tanpa pasangan, sudah tentu lah jiwa terasa kekosongan, kesepian, keseorangan dan bermacam-macam perasaan negatif lagi. Kamu berusaha keras untuk membuat pembangunan, tetapi mengapa kamu tidak berusaha keras untuk menyenang dan mengisi kekosongan hati rakyatmu? Di sini lah terlihatnya betapa kamu hanya mementingkan pembangunan material dari pembangunan rohani rakyat kamu. Maksiat terus berleluasa kerana prosedur dan bekalann iman yang tidak di isi.

Mana usaha kamu untuk membantu rakyat untuk memenuhi firman Allah ini, “Dialah yang menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan Dia jadikan dari jiwa yang satu itu pasangannya agar ia merasa tenang kepadanya…” [Al-A’raaf, 007:189]


Dan kepada para ibubapa pula, jangan lah terlalu cerewet untuk memilih bakal menantu. Cukup lah kamu kaji serba sedikit tentang latar belakangnya menurut apa yang diberitahu dalam hadith, “Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. [Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175].

Jika kamu sudah pasti orang itu agamanya elok, takutkan Allah, dan anak kamu sudah saling sayang menyayang dengannya, maka nikahkan lah mereka. Jangan tunggu sampai mereka ada rumah banglo, kereta besar, duit bertambun-tambun dulu baru nak kahwinkan mereka. Ingatlah, Saidina Ali r.a dan Saidatina Fatimah a.s hanya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi mereka tetap bahagia. Apa lagi yang bagus melainkan melihat hidup anak kamu bahagia? Saya tegaskan , bahagia bukan diukur dengan wang ringgit yaa, saya ulangi lagi, bahagia bukan diukur dengan wang ringgit yaaa. Haa ini diulang-ulang lebih sikit kepada mereka yang gila ke duit sangat tuuu!!

Hayatilah firman Allah ini dan jangan hanya pandai baca sahaja, “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. [An-Nur, 024:032].

Dan yakinilah juga dengan pesan Nabi Muhammad S.aw ini , “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. [HR Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu].

Dan saya kuatkan lagi hujjah dengan kata-kata sahabat ini, Ibnu Mas’ud radliyallahu ‘anhu pernah berkata: “Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka menikah daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang bujangan”. (Ihya Ulumuddin dan Tuhfatul ‘Arus hal. 20).

Jangan tunggu menantu kamu kaya atau banyak duit dahulu baru nak nikahkan mereka dengan anak kamu. Yakinlah , Allah akan bantu untuk cukupkan mereka jika mereka ikhlas berkahwin kerana Allah. Ketahuilah, apa yang penting dari sebuah rumahtangga adalah kebahagiaan. Kebahagiaan itu bukan diukur dari wang ringgit, pangkat dan seumpamanya, tetapi adalah kebahagiaan yang dirasai dalam hati seorang manusia itu. Maka jika hatinya sudah saling sayang menyayang, senang dan serasi bersama, maka nikahkan lah mereka. Semoga dengan cepat-cepat dinikahkan akan dapat mengelakkan dari berlakunya bermacam maksiat dan noda.


Dan bagi para lelaki yang mahu memilih wanita, hayatilah maksud ayat ini, “Wanita yang shalihah ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri bila suami tidak ada, sebagaimana Allah telah memelihara (mereka)”. [An-Nisaa, 004:034].


jika ada pasangan-pasangan yang sedang bercinta mahu berkahwin dan mereka sudah sanggup untuk hadapi apa sahaja, maka kahwinkan sahaja mereka. Tak perlu kita pula yang menjadi penghalangnya. Apa yang penting pernikahan itu pertamanya mesti berdasarkan kepada kerana ALLAH. Maka jika mereka sudah sanggup untuk berkahwin, maka apa tunggu lagi, aturkan pernikahan untuk mereka. Soal jodoh kekal atau atau tidak, bahagia atau tidak mereka itu adalah soal mereka sendiri.

Jangan kita pula yang jadi batu penghalang orang mahu bina masjid. Akibat melarang mereka berkahwin, nanti mereka buat maksiat dan dosa siapa yang nak tanggung? Anak-anak kamu juga wahai pak-pak mertua. Tak kasihankah kamu kepada anak-anak kamu? Gara-gara kamu mementingkan diri kamu untuk mendapat menantu yang hebat, agar orang semua memandang hebat kepada kamu (macam kamu sendiri pulak yang nak kahwin), akhirnya anak kamu yang jatuh ke lembah maksiat.

Adakah selama ini mereka yang banyak harta itu semua bahagia setelah berkahwin? Adakah mereka yang pergi kursus kahwin itu bahagia belaka selepas berkahwin? Adakah mereka yang berpangkat, berkerjaya besar dan segala yang gah-gah bahagia belaka selepas kahwin? Maka tepuk dada tanya iman anda.

Dan jangan menetapkan hantaran yang besar-besar bagi mereka yang tidak mampu. Ikut sahaja kemampuan mereka, jangan menyiksa dan membebankan bakal menantu anda. Yang penting mereka dapat bina masjid yang baik dan sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Dan jika anda adalah ibu bapa yang baik, maka bantulah sama anak anda untuk mengeluarkan belanja bagi pernikahannya. Semoga diredhai dan diberkati Allah pernikahan mereka. Yang penting kita buat jalan HALAL yang diredhai oleh ALLAH S.W.T, insyaAllah berkat.

Pernikahan yang sepatutnya mudah sahaja di dalam Islam dan amat digalakkan oleh Nabi Muhammad S.a.w tetapi semakin sukar dan payah untuk dilakukan sekarang ini kerana sikap dan suasana hari ini sendiri. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan lah bersama. Wallahu a’lam :)


Wallahulam...

p/s: perbetulkan yang silap. kita hidup bukan hanya mencari ketenangan sahaja tetapi mencari kebeneran.

Tuesday 19 May 2009

Kembali Kepada Cara Berfikir, Bersikap & Bertindak Yang Islamik

Bismillahirahmanirahim…

Assalammualaikum wbt…

Sejak perlantikkan kerusi nombor satu (1) negara, Perdana Mentari. Banyak perubahan singkat yang pemimpin itu lakukan. Antaranya pembebasan tahanan ISA, motto kepimpinan beliau dan sebagainya. Saya disini bukanlah hendak menyentuh kesemuanya dan juga 2 perkara yang telah disebutkan tadi tetapi ingin berkongsi apa yang difikirkan oleh saya sepanjang tempoh ini iaitu pendidikan. Seperti yang dimaklumkan, bahawa Universiti Kuala Lumpur akan bertukar statusnya dari Institut Pengajian Tinggi MARA (IPTMa) kepada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kes beberapa buah Institusi Pengajian di naik tarafkan statusnya dan sesuai standard keberhasilan yang dikeluarkan oleh institusi tersebut; Kolej Universiti kini menjadi Universiti, Institusi menjadi Kolej dan sebagainya.

Perkembangan dan kemajuan ini yang kita lihat dewasa ini, banyak universiti dan kolej universiti - satu perkembangan yang sihat dan pesat yang berlaku terutamanya selepas era 1990-an. Pastinya, ini memangkinkan jumlah mahasiswa dan pemimpin mahasiswa yang dilahirkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi. Ini satu perkembangan yang menarik, ditambah pula dengan hakikat bahawa ianya bukan hanya dari aspek disiplin ilmu yang diceburi, malahan komposisi etnik, ideologi, wilayah tempat asal mereka serta pelbagai aspek lain juga semakin rencam dan bervariasi. Secara tidak langsung, ia membuka satu lembaran baru yang penuh mencabar pada para mahasiswa hari ini.

Dalam kita membicarakan peranan pemimpin mahasiswa hari ini, satu perkara yang amat penting yang tidak boleh kita ketepikan ialah bagaimana pemimpin mahasiswa hari ini dapat memenuhi cabaran yang dikehendaki dan telah digariskan oleh Islam untuk membangunkan Malaysia menjadi pemangkin, kemajuan sebagai negara maju mengikut acuannya sendiri (sesuai dengan budaya tempatan) tanpa mengetepikan dan menolak sedikit pun walau satu peratus dari pandangan Islam. Supaya matlamat tidak menghalalkan cara dijadikan amalan dan yang terpenting sekali penerapan hukum Syariah dan penyebaran risalah Islam seperti mana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah, Khulafah ar-Rasyiddin dan seterus yang terakhir tapi bukan berakhir kepimpinan Islam iaitu zaman Uthmaniyah di Turkey. Dalam meneliti persoalan ini dan bagaimana barisan pemimpin mahasiswa khususnya dan mahasiswa sendiri amnya dapat memainkan peranan masing-masing, kita perlu meluaskan pandangan, membuka horizon pemikiran, memerhati dan menganalisa situasi dunia dan serantau yang begitu kompleks dewasa ini, terutamanya setelah kita menjengah abad ke 21. Dan ini lah di fikirkan oleh saya, ”Kembali kepada cara berfikir, bersikap dan bertindak yang Islamik”


Persoalan-persoalan

Ini adalah persoalan yang pernah berlegar di fikiran saya.

Masalah, Kemudahan atau Bebanan
Siapakah yang dididik oleh sistem ini? Adakah pendidikan disalurkan secara samarata oleh semua anggota masyarakat ataupun ia hanyalah hak istimewa untuk sebilangan kecil orang? Memang benar anak-anak muda di negara ini mudah untuk mengakses pendidikan, namun ramai anak-anak muda tergugur disebabkan mereka dari golongan miskin yang terpaksa gugur akibat tidak berkemampuan, walaupun kita mempunyai sistem pendidikan yang kononny ”percuma” di peringkat rendah dan menengah. Berbalik pada soalan tadi, bagaimana pula terhadap anak-anak muda dari golongan kelas pekerja ke pendidikan tinggi, adalah begitu sukar sekali, bukan?

Penswastaan institusi pengajian tinggi akan memburukkan lagi keadaan sehinggakan beban anak-anak muda dari golongan bawahan untuk melanjutkan pelajaran menjadi semakin berat. Memandangkan pendidikan menjadi semakin penting untuk menjamin ekonomo pada masa hadapan, pengecualian golongan minoriti (pekerja dan pelajar) untuk memasuki universiti, akan memburukkan lagi pengkelasan (pertama,kedua dan ketiga) dan ketidaksamarataan kaum dalam masyarakat kita.


Islam,
Di dalam Islam, menuntut ilmu adalah wajib dan tidak boleh diabaikan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ”Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim.” [HR Ibnu Adi dan Baihaqi]. Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan setiap Muslim untuk menuntut ilmu dan mendapatkan berbagai ilmu yang diperlukannya dalam kehidupan. Ilmu dianggap sebagai sesuatu yang wajib dan termasuk keperluan serta hak asas setiap individu. Berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, baginda telah mengarahkan tawanan Perang Badar untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum Muslimin sebagai syarat penebusan mereka. Dengan tindakan ini, yakni membebaskan para tawanan dengan cara menyuruh mereka mengajar anak-anak kaum Muslimin, bererti Rasulullah telah menjadikan biaya pendidikan setara dengan barang tebusan. Maksudnya, Rasulullah (seperti) telah memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal.

Rasulullah juga bersabda, “Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” [HR Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar]. Hadis ini dengan jelas meletakkan tanggungjawab pemeliharaan atau penjagaan ke atas bahu para pemimpin. Justeru, di dalam bidang pendidikan, memberi pendidikan dan menyediakan segala kemudahan yang berkaitan dengannya adalah wajib ke atas setiap pemimpin dan semuanya mesti disediakan secara percuma kepada rakyat. Dia wajib menjaga rakyatnya, bukan membebankan rakyatnya. Bebanan yang diletakkan ke atas bahu rakyat adalah satu bentuk penindasan dan kezaliman oleh sang pemimpin. Maka, haram ke atas pemimpin melakukan maksiat ini dan mereka pasti akan disoal oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas kezaliman dan dosa yang mereka lakukan.


Masalah, Pengaruh Pendidikan
Pelajar dididik untuk buat apa? Adakah kita dilatih untuk membentuk satu masyarakat yang lebih baik ataupun lebih sempurna? Kesempurnaan apa? Didalam Islam kesempurnaan individu didalam fikrah Islam dan syariat Islam. Malangnya sekali. Pelajar-pelajar diajar tentang nilai-nilai dan kemahiran yang menjadikan kita sebagai pekerja yang produktif dan berupaya menjana keuntungan untuk koporat besar. Sistem dan ilmu.

Sistem pendidikan pula direka supaya kebanyakan kita berusaha tanpa keraguan memperkukuhkan lagi ideologi golongan pemerintah yang hegemonik. Sebagai guru, penyelidik, ahli politik, pengiklan, penulis atau ahli sains pada masa yang akan datang, kebanyakan kita akan menunjukkan sokongan kita terhadap dominasi manusia ke atas alam sekitar, dan menyanjung tinggi pasaran bebas yang tiada rintangan sebagai sistem ekonomi yang terbaik. Inilah berlakunya pengasingan antara agama dan kehidupan.

** Tidak mengapa, diri ini tidak jemu-jemu memperjelaskan tentang ’Sistem dan Ilmu adalah berbeza’ walaupun sering dianggap menghentam dan mengondem orang. Mempelajarinya tidak salah, jangan mengamalkan pula.


Islam,
Pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting di dalam kehidupan. Dari sinilah bermulanya satu cara hidup (the way of life) yang seterusnya akan memandu dan membezakan umat Islam dengan umat yang lain. Dari sini jugalah akidah dan intelektual seorang muslim itu dibina. Jika sistem yang mendidik/membina itu datangnya dari Islam, maka akidah dan sistem Islamlah yang akan menjadi pegangan hidup seseorang dan jika sistem yang membina itu berasal dari Ideologi Kapitalis atau Sosialis, maka sistem kufurlah yang akan menjadi pegangan seseorang itu.

Dalam hal ini, sistemlah yang membina syakhsiyah seseorang. Ia akan mempengaruhi cara berfikir, menilai sesuatu, bertingkah-laku, keintelektualan hatta aqidah seseorang itu sekalipun. Oleh kerana yang menerapkan sistem itu adalah Negara (Pemerintah), maka Negaralah yang harus menjaga sistem itu. Justeru, kita menyaksikan bagaimana negara Sosialis, Soviet Union (dahulu) membina rakyatnya dengan syakhsiyah Komunis, bagi memastikan ia berjaya melahirkan individu-individu yang berpemikiran Komunis. Soviet Union telah memastikan agar tiada langsung unsur-unsur Kapitalis mahupun Islam yang wujud dalam sistem pendidikan mahupun kehidupan mereka. Begitu juga dengan Barat, mereka mendidik generasi mereka dengan Ideologi Kapitalis yang berteraskan pemisahan agama dari kehidupan (faslu din anil hayah). Barat membina pelajar-pelajar mereka di atas asas ini dan memastikan agar langsung tiada unsur-unsur Komunis mahupun Islam terdapat di dalam sistem pendidikan mahupun kehidupan mereka. Malah mereka membina generasi mereka dengan memberikan gambaran yang cukup buruk tentang Islam.


Islam VS Kapitalis dan seangkatannya
Golongan kapitalis tidak terhenti-henti untuk mempromosikan kemahiran-kemahiran seperti pengurusan, komputer, perubatan, sains, undang-undang dan kejuruteraan, yang kesemuanya melatih kita untuk melicinkan lagi keberkesanan jentera koporat. Akibatnya, hanya sebilangan kecil pelajar yang berlajar ilmu-ilmu kemanusiaan, satu bidang di mana lebih berkecenderungan untuk pelajar dididik untuk berfikir secara kritikal dan menjadi pembangkang kepada kuasa koporat dan institusi yang didominasi oleh golongan elit. Namun, pelajar-pelajar ilmu kemanusia hari ini pun sukar menunjukkan sifat-sifat kritis ini, kemungkinan besar kualiti pensyarah yang semakin merosot dan juga sikap dingin pelajar terhadap masalah sosial dan alam sekitar. Dalam sistem yang semakin berorientasikan keuntungan perniagaan, pelajar akan diambil sebagai pelatih di koporat tanpa bayaran, di mana menunjukkan pengekploitasian yang jelas. Dan walaupun untuk pelatih yang berbayar, mereka telah disuntik nilai-nilai koporat, untuk memperkukuhkan lagi sistem koporat ataupun secara umumnya sistem kapitalis.

Universiti kita sendiri telah berfungsi bermotifkan keuntungan, selain menjadi jentera pemprosesan pengikut setia golongan pemerintah. Koporat dan golongan kapitalis ingin sistem pendidikan melatih anak-anak muda supaya menjadi tenaga kerja mereka dan, koporat mahu universiti menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan barangan yang dapat dijual oleh mereka demi mengaut lebih keuntungan. Jika kita tidak ingin bekerja untuk koporat atau mencipta barangan baru untuk mereka, maka kita perlu menentang habis-habisan agenda mereka.

Dikala ini universiti bukan sahaja menjalankan penyelidikan untuk golongan kapitalis, malah universiti juga menghasilkan ideologi. Universiti bersuhabat dengan sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab untuk membiakkan ideologi hegemonik golongan pemerintah, yang menjustifikasikan amalan kita terkini yang membawa kehancuran kepada alam sekitar, meletakkan keuntungan di atas rakyat, seksisme, perkauman, heteroseksisme dan imperialisme.


Bagi Islam pula, Polisi Pendidikan di dalam Sistem Kilafah
Allah SWT mengurniakan manusia kemampuan berfikir, yang dengannya ia meletakkan manusia itu di atas segala makhlukNya yang lain, Allah SWT juga menjadikan akal manusia khasiat untuk membuat pertimbangan atas sesuatu fakta, jadi kaedah pengajaran wajib menyerlahkan kemampuan berfikir manusia itu. Kaedah pengajaran yang tepat adalah melalui proses berfikir yang disampaikan oleh guru dan dicerna oleh daya intelektual pelajar. Seorang pendidik yang ingin menyampaikan suatu pemikiran kepada pihak lain, ia akan menyampaikannya melalui penyataan-pernyataan yang secara asasnya melalui bahasa. Jika pelajar yang menerimanya dapat mengaitkan dengan maklumat lepas yang dapat cerapnya, pemikiran ini akan menjadi konsep (mafahim) yang dapat menjadi asas berfikir. Sebaliknya jika ianya diterima tanpa mengaitkan dengan maklumat lepas maka pemikiran yang disampaikan itu kekal menjadi sekadar maklumat. Dalam hal ini, Islam hendaklah dijadikan kayu ukur atau sandaran kepada segala pemikiran.

Jika kita tidak menjadikan Islam sebagai asas di dalam berfikir, maka kita sekadar akan menghasilkan seorang yang berpelajaran tetapi bukan seorang yang berfikir. Dan sudah pasti standard (miqyas) yang salah akan digunakan. Contohnya, kita akan dapat melahirkan pelajar yang tahu dengan tepat bilakah British menjajah Tanah Melayu (kerana diajar fakta-faktanya), tetapi kita gagal melahirkan pelajar yang berfikir bahawa kedatangan British (golongan kuffar) itu adalah untuk menjajah tanah umat Islam, seterusnya menancapkan Ideologi kufur mereka untuk diamalkan oleh umat Islam. Pelajar juga mungkin diajar maklumat bahawa Jepun telah menjajah Tanah Melayu (setelah British) dengan segala bentuk kekejaman, tetapi pelajar tidak diajar berfikir bahawa penjajahan Jepun berakhir dengan kekalahan Jepun, sebaliknya penjajahan British tidak pernah berakhir hingga sekarang. Pelajar tidak diajar berfikir bahawa walaupun British telah meninggalkan Tanah Melayu, tetapi sistem yang British tinggalkan ini dipegang kukuh oleh Negara dan pelajar tidak diajar berfikir bahawa sistem ini adalah sistem kufur yang bertentangan dengan Islam dan wajib dibuang, seterusnya digantikan dengan Sistem Islam.

Pelajar harus ditanam dengan pemikiran bahawa mereka wajib menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir, justeru jika suatu pemikiran itu bukan dari Islam, maka perkara ini perlu dijauhi. Method ini mesti digunakan untuk menyampaikan suatu pemikiran samada ianya suatu pemikiran yang terkait dengan pandangan hidup (hadharah) mahupun ilmu-ilmu yang bersifat empirikal seperti sains dan matematik.

Bagi kategori pertama, ilmu-ilmu ini lahir daripada pandangan hidup tentang manusia, alam dan kehidupan, ilmu ini wajib dikaitkan dengan aqidah Islam. Pendidik perlu mengaitkan pemikiran dan perasaan pelajar tentang apa yang ada sebelum dan selepas alam ini dan kaitan keduanya dengan kehidupan di dunia sekarang. Seterusnya membentuk satu konsep yang terpahat dalam diri pelajar dan menjadikan mereka sedar tentang tujuan hidup mereka didunia. Adalah suatu kesalahan yang fatal apabila aqidah itu sekadar dihafal tanpa melalui pembuktian aqliyah dan naqliyah dan tanpa mengaitkannya dengan pandangan hidup tentang manusia, alam dan kehidupan. Aqidah adalah pegangan hidup yang wajib diyakini, bukan dihafal. Dari sini barulah terlahir pelajar yang tahu akan tujuan ia diciptakan dan ke mana ia akan tuju selepas alam ini. Oleh itu, mereka akan memahami bahawa hidup di dunia ini hanyalah untuk tunduk patuh kepada perintah dan larangan Allah semata-mata.

Bagi ketegori kedua, ilmu-ilmu ini tidak terkait dengan mana-mana pandangan hidup atau aqidah. Ilmu-ilmu ini diajar untuk menyiapkan pelajar bagi menghadapi kehidupan yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala amanahkan ke atas manusia. Ini sesuai dengan firman Allah, “dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripadaNya” [TMQ Al-Jaatsiyah (45):13]. Juga firmanNya, “dan Dia menundukkan untukmu malam dan siang, matahari dan bulan. Dan bintang bintang itu itu ditundukkan dengan perintahNya. [TMQ An-Nahl (16):12] dan juga firmanNya, “dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi” [TMQ Al-Qashash (28):77].


Kesimpulan
Jika kita Kembali kepada cara berfikir, bersikap dan bertindak yang Islamik. Nescaya ’mudah’ (moga Allah membantu) tugas membentuk pemimpin dan rakyat dalam memahami, menghayati, dan mengaplikasikan agenda khilafah Islamiyyah. Dan dapat dilaksanakan sebab kesediaan semua pihak dalam Pembentukan khilafah Islamiyyah berkait rapat dengan fikrah Islam yang ada pada pemimpin dan rakyat dalam sesebuah negara. Sejauh mana cemerlangnya pembangunan pemimpin dan rakyat, sejauh itu kecemerlangan sesebuah negara dapat dicapai.

Semoga diri ini terus diberi dan memberi kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab mereka sama ada sebagai pemimpin atau rakyat agar mereka lebih bijaksana, dinamik dan berwawasan dalam perjuangan menegakkan khilafah Islamiyyah.

Sunday 10 May 2009

Islam Mengatasi Masalah Kemiskinan

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah... Cuti semestar sudah, hee...


Pada petang semalam (jumaat), saya di 'minta' memberikan sedikit pandangan maklumat untuk presentation seseorang. Terima kasih banyak-banyak kerna mengajukan soalan ini, saya kira itu adalah soalan cepu emas anda terhadap saya. Pertanyaan beliau telah mengingatkan saya tentang kemiskinan yang dilihat dimata saya sendiri. Pernah pada suatu hari itu, saya dan seorang rakan saya pulang dari ibu kota. Kami menaiki bas. Dan ketika itu kawan saya mahu tunjukkan saya jalan pintas ke universiti saya. Perjalanan jalan pintas ke universiti hendaklah melalui lereng bukit. Siapa sangka dilereng bukit itu ada 3,4 buah rumah. Rumah yang boleh dikatakan sebagai pondok. Saya dan rakan itu berjalan yang melalui hadapan rumah tersebut. Tika itu saya sempat melihat isian rumah itu kerana pintu rumah itu terbuka. Saya tidak menyangka rumah itu berlantaikan tanah.

Peristiwa iu juga mengingatkan saya tentang perbualan saya dengan seorang sahabat, dimana kami membicarakan tentang perananan seorang pemimpin. Dia kata menjadi pemimpin itu bukan mudah. Kata-kata beliau mengingatkan saya tentang Khalifah Umar al-Khattab tentang peranan dan kewibawaan beliau tatkala menjadi Khalifah.


Kemana peranan pemimpin dan penguasa pergi??

Kenapa kemiskinan mesti ditunding kepada yang lemah?? Masalah pengangguran disebab bidang yang diambil tidak menepati kehendak semasa.. Click DISINI. Pihak pelabur pula mencari keuntungan lebih; mahukan pekerja yang mahir 10 in 1, mengambil tenaga pekerja murah serendah RM18 sehari dikala ekonomi kapitalis menjerut leher rakyat. Click DISINI . Ekonomi merundum disebabkan pengaruh ekonomi kapitalis yang global menyebabkan harga barang meninggi. Click DISINI. Click DISINI.


Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus...??
Macam mana aku tak kurus rumput panjang sangat...

Rumput oh rumput, kenapa engkau panjang sangat...??
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku...

2 rankap lagu sudah memadai :-). Lagu yang biasa kita dengar dan menjadi siulan semasa dibangku sekolah rupanya mengajar kita iaitu saling tuduh menuduh, menuding jari, menyalahkan orang lain tetapi tidak pada diri sendiri.

Islam memandang bahwa masalah kemiskinan adalah masalah tidak terpenuhinya keperluan primer secara menyeluruh. Syariat Islam telah menentukan keperluan primer itu (vital) berupa tiga hal, iaitu tempat tinggal, pakaian, dan makanan. Allah Swt. berfirman:

]وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ[

“Kewajiban ayah adalah memberikan makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf” (QS al-Baqarah [2]:233).

]أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُمْ مِنْ وُجْدِكُمْ[

“Tempatkanlah mereka (para istri) di mana kamu bertempat tinggal, sesuai dengan kemmpuanmu” (QS ath-Thalaaq [65]:6).

Rasulullah saw. bersabda:

“Ingatlah, bahwa hak mereka atas kalian adalah agar kalian berbuat baik kepada mereka dalam (memberikan) pakaian dan makanan” (HR Ibnu Majah).


Dalam mengatasi masalah kemiskinan ini, terlebih dulu diperlukan landasan politik penanggulangannnya. Landasan tersebut berupa misi untuk memecahkan persoalan ekonomi. Misinya adalah menjamin dan memenuhi keperluan pokok masyarakat dengan cara menghasilkan barang dan jasa langsung hingga ke sasaran individu rakyat, sekaligus memberikan peluang kepada mereka untuk dapat memenuhi keperluan sekunder dan lainnya. Hal ini lahir dari akar penyebab persoalan ekonomi.

Setelah itu, diperlukan langkah-langkah strategik, diantaranya menghentikan hutang. Hutang hukumnya mubah, baik bagi individu maupun negara. Namun, negara boleh berutang dengan syarat:

1. Di Baitul Mal tidak ada wang sama sekali;
2. Untuk memenuhi keperluan pokok masyarakat. Bukan untuk keperluan sekunder;
3. Tidak mendatangkan bahaya (dharar) bagi masyarakat, baik jangka panjang maupun pendek;
4. Tidak mengandung riba'.


Jika salah satu dari syarat tersebut tidak dipenuhi maka negara dilarang berhutang, baik dari dalam mahupun luar negeri. Hutang yang saat ini dilakukan oleh negara dan negara muslim lainnya bukan untuk memenuhi keperluan pokok rakyat, mengandungi riba, dan bahayanya - baik yang sudah terlihat maupun belum tampak – Kalian sendiri nampak bukan-

Begitu juga penjualan aset-aset harta milik umum, aset-aset individu. Justeru penjualan aset negara tersebut hanya berlegar-legar di para kroni untuk mendapatkan keuntungan peribadi.

Kewujudan idea bijak ini mewujudkan bank bertopengkan Islam tetapi mempunyai konsep riba bukan atas dasar pertimbangan demi kebaikan masyarakat.

Jika 'idea' ini terus berlanjut, pada akhirnya kekayaan negara akan terus habis. Sementara jumlah hutang tidak pernah berkurang. Di sisi lain, pihak asing dan swasta akan menguasai dan mengendalikan perekonomian negara; termasuk sektor-sektor yang sangat berhubung dengan keperluan untuk hidup (vital) bagi masyarakat seperti air, elektrik, bahan bakar (minyak), telekomunikasi, serta pelabuhan udara dan laut. Rakyat kian menderita. Seharusnya, pemilikan umum milik rakyat untuk mengelolanya bukannya dijadikan aset peribadi.

Sepatutnya pemimpin harus,

1. Mengatur masalah pengagihan;
2. Menjamin keperluan pokok setiap individu rakyat dan keperluan vital;
3. Menggerakan ekonomi: menyediakan peluang pekerjaan dan modal:
4. Menghentikan kelemahan wang negara iaitu bertukar kepada Dinar;

dan wajib menggali kembali dari sumber-sumber yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sumber-sumber tersebut ada 12:

1. anf'l, ghanimah, fai, dan khumus;
2. kharaj
3. jizyah;
4. harta milik umum;
5. harta negara berupa tanah, bangunan, sarana umum dan pendapatnya;
6. harta ‘usyr ;
7. harta tidak sah penguasa;
8. khumus barang temuan dan barang tambang;
9. kelebihan warisan yang tidak ahli warisnya;
10. harta yang murtad;
11. dharibah pada saat kesulitan;
12. zakat


Pendapatan negara yang demikian besar itu baru akan diperoleh bila syariat islam diterapkan. Andai saja negara menerapkan syariat islam, nescaya pengelolaan kekayaan yang demikian melimpah ini akan dapat menyelesaikan persoalan kemiskinan. Belum lagi disatukan, nescaya dunia Islam tidak lagi menjadi negara yang bergantung pada negara asing dalam keadaan rakyatnya banyak orang miskin.

Di sinilah sangat jelas, Khilafah Islamiyah bukan sekadar kewajiban, melainkan juga merupakan keperluan.


**kadang-kadang menjadi tanda tanya saya; apakah Daulah Islam akan mengambil sumber-sumber diatas mengikut keutamaan teratas seperti senarai diatas?? atau mana-mana sahaja?? Maksud saya begini; Dalam menerapkan sesuatu hukum dan ada persilihan faham dikalangan umat islam, sumber rujukan utama mereka ialah Al-Quran, right?? Didalam kemiskinan pula, bagaimana?? Sebab tika ini terfikir pengagihan kepada orang muslim dan non-muslim. Adakah Daulah sememangnya telah mengasingkan hasil pendapatan dari 12 sumber tersebut yakni tidak mencampurkannya?? Pada siapa yang ada pandangan untuk menerangkan tentang 12 sumber ini dan sebagainya, dipersilakan beri komen..=)

Thursday 7 May 2009

Selesailah sudah

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... Akhirnya selesai jugak final exam saya... Jika disuruh bersoal jawab tentang subjek yang telah diambil(jawab) oleh saya pada minggu ini. Pasti saya masih boleh menjawab ini. Terlalu banyak maklumat yang masuk dalam otak. Sampai suatu ketika tidak tahu, kemana ia patut di apply kan. hmmm, pagi tadi adalah paper terakhir saya CSS. Lanjutan peperiksaan yang berturut2 kecuali hari selasa pada minggu ini telah meletihkan tubuh badan saya.

Pada peperiksaan terakhir pada pagi tadi. Ramai yang mengeluh, tidak dapat jawab. Kalau dapat jawab pun, belum tentu boleh jawab sepenuhnya. Kalau dapat jawab habih bagi satu soalan, belum tentu perngiraan dan cara penyelesaian adalah betul dan tepat. Kalau dapat jawab sikit pun, kira ok lah tuh daripada dibiarkan kosong.

Hope dengan izin Allah. Semoga saya dan rakan2 mendapat keputusan yang cemerlang, dapat 3.00 utuk setiap subjek, kira syukur Allahamdulillah. Hope takde yang fail subjek. Ameen...

Sunday 3 May 2009

Take 5: Jawapan Soalan

Otakku sedang tepu...


Kawan coursemate 'sibuk' bertanya kepada ku tentang soalan exam Quran & Science Modern.


ery_hackery87 : have you finished your readings of those 6 topics...?I guess that we've to discuss on the last sem paper tonight.then we'll continue with Transmission tonight or even tomorrow...i guess that will make quicker rather than oneself study right???
ery_hackery87 : so, enjoy your reading this evening...
ery_hackery87 : then see ya tonight...
Wan : aaa, ok.
ery_hackery87 : could you please forward this to others??
ery_hackery87 : khai n amru...
Wan : insyaAllah
ery_hackery87 : or we've 2 start it now...?
ery_hackery87 : any idea..?
Wan : :-?
ery_hackery87 : confuse...u re wan@apek..?
ery_hackery87 : passwrd please...?
Wan : nano2...
ery_hackery87 : aowh..dat was good...


Actually saya belum habis study sepenuhnya. Ntah rasa paper Quran & Science Modern ini 'mudah'. Macam dah tahu kesemuanya(Bila balek2 notes lah, semua dah tahu). Tapi still study gik. Ayooo...


ery_hackery87: xXxXXxxx
ery_hackery87: 5 ciri sains berteraskn sains islam???
ery_hackery87: ko jwb per????
Wan: aku baru study bab 3..
ery_hackery87: lowh....
Wan: nota 3
ery_hackery87: xsiap g soklan sem lepas?
Wan: dok..

Tengah ingat balik...Padahal saya baru baca nota 3 ada 2 nota lagi tak disentuh(agak parah, sebab tak sentuh :p)

Wan: 1)Mengimani wahyu
Wan: 2)Sains hanyalah sebagai alat untuk mencari keredaan Allah; satu bentuk pengabdian yang ada fungsi rohani dan sosialnya.
Wan: 3)Terdapat banyak kaedah yang berasaskan kepada penaakulan dan juga wahyu baik objektif ataupun subjektif. Semuanya sah.
Wan: 4)Emosi perlu untuk meningkatkan pengetahuan sains dari segi rohani dan sosial.
Wan: 5)Memihak kepada kebenaran; jika sains suatu bentuk pengabdian, ahli sains mesti mengambil kira akibat-akibat yang timbul daripada penemuan-penemuannya. Ibadat ialah amalan dan natijahnya mestilah sesuatu yang baik. Jika tidak, ahli sains hanyalah agen yang tidak bermoral.
Wan: ok x?
Wan: 1)Mendekat dan menghampirkan diri seseorang dengan khaliqnya, Allah S.W.T. Sains berkembang di atas prinsip cuba jaya (trial and error). Kegagalan yang dialami dalam percubaan untuk mencapai kejayaan dalam proses eksperimen menimbulkan kesedaran dan keinsafan. Ini akan mendekatkan diri seseorang kepada Allah S.W.T.
Wan: 2)Membentuk dan membina muslim soleh dan muslimah solehah. (pandai2 goreng ...)
Wan: 3)Membolehkan manusia mencapai matlamat kesempurnaan tujuan kewujudannya. (pandai2 goreng ...)
ery_hackery87: soklan mn nih?

(Tak sabar dak nie..hehehe)

Wan: 5 ciri ...
Wan: 4) Mewujudkan kemakmuran dan membawa kesenangan hidup. (pandai2 goreng ...)
Wan: 5) Memperoleh dan mencapai kecemerlangan hidup dalam semua bidang dan aspek kehidupan.
Wan: 5 pertama td itu adalah ciri2...
Wan: 5 kedua td itu adalah matlamat
Wan: faham?
Wan: k ea..
Wan: aku nk smbg study aku gik..hikhikhik
ery_hackery87: xpela,sok ak salin ngan ko...
Wan: erkk..
ery_hackery87: kertas ak kt idrus
Wan: owh..
Wan: baik lah..
ery_hackery87: ok pown da confuse,mn 1....
Wan: kalau dy ciri2..
ery_hackery87: bnyk sngt

(Adehh...laju plak dia membalas)
*Dia pengguna Pidgin. Saya pengguna Yahoo Messenger!. Pidgin lebih ringan daripadaYM.

Wan: kalau dy nk ciri2..
ery_hackery87: xtersusun...
Wan: jwpnnya yg 5 terawal

(Tak abeh typing gik nie.huhuhu)
*Last2 saya terpaksa paste lagik sekali...


Wan: 1)Mengimani wahyu
2)Sains hanyalah sebagai alat untuk mencari keredaan Allah; satu bentuk pengabdian yang ada fungsi rohani dan sosialnya.
3)Terdapat banyak kaedah yang berasaskan kepada penaakulan dan juga wahyu baik objektif ataupun subjektif. Semuanya sah.
4)Emosi perlu untuk meningkatkan pengetahuan sains dari segi rohani dan sosial.
5)Memihak kepada kebenaran; jika sains suatu bentuk pengabdian, ahli sains mesti mengambil kira akibat-akibat yang timbul daripada penemuan-penemuannya. Ibadat ialah amalan dan natijahnya mestilah sesuatu yang baik. Jika tidak, ahli sains hanyalah agen yang tidak bermoral.
ery_hackery87: >:D< (faham pulak..manja sangat nie..hehehe) ery_hackery87: ok.......... Wan: ;) ery_hackery87: I-)

Friday 1 May 2009

Mengapa Hukum Islam Terabai


Sabda nabi yang bermaksud, “Allah itu indah dan Dia suka kepada yang indah2″. Agama Islam pun adalah satu agama yang indah, asalkan keindahan itu tidak melanggar syariat dan berada di batasan (hudud) nya. Samalah dengan kehidupan manusia ini, mestilah mengikut hudud yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Tetapi kita terutama nya di Malaysia ni, masih tidak mengikut hudud Allah tetapi mengikut hudud British yang telah mempusakainya pada kita sejak merdeka dahulu. Bayangkanlah, negara2 lain mendapat kemerdekaan dengan titisan darah, tetapi Malaysia mendapat kemerdekaan dengan secara rundingan iaitu Tunku Abd Rahman pergi berunding sendiri ke Britain. Penjajah tidak sekali2 akan memberikan kemerdekaan percuma begitu sahaja, tetapi ada udang di sebalik batu karang :-) . Mustahil kemerdekaan diraihkan begitu mudah, cuma di atas kertas sahaja.


“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya),nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(Surah at-Talaaq, ayat 2-3)

“(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad), Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah, (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.”
(Surah al-A’raaf, ayat 3)

“Mereka suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepada kamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”
(Surah al-Maa’idah, 42)

Penjajah British yang telah menghabiskan banyak wang, masa, nyawa askar2 mereka dan sebagainya tidak akan dengan mudah memberikan Malaysia kemerdekaan melainkan akan ada manfaat yang diperolehi oleh mereka selepas Malaysia melaungkan merdeka, fikir-fikirkanlah wahai saudaraku semua!! Allah dah berfirman “Dan tidak akan redha orang2 yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan mereka”. Dan ketahuilah bahawa dalam agama Kristian adalah wajib hukumnya untuk mengajak orang lain untuk masuk Kristian ataupun sekurang-kurangnya ikut jalan mereka.

Kita memakai undang-undang yang dirangka oleh Lord Reid, yang sudah pastinya bukan nya seorang Islam, apalagi untuk mengikut undang-undang Islam. Undang-undang sebelum merdeka dulu kita masih pakai hingga ke hari ini walaupun ada beberapa pindaan yang telah dibuat. Perasankah kita semua wahai saudara-saudaraku yang ku kasihi bahawa kita mengikut hukum yang dibuat oleh orang yang kufur kepada Allah?

Siapa-siapa pun boleh membuat undang2 kalau begitu, budak-budak pun boleh buat undang2, tetapi adakah undang2 itu adil untuk semua? Siapa kita ini untuk pepandai nak hukumkan orang lain? Adakah kita ini pembuat orang lain itu? Adakah kita memahami setiap jiwa dan raga orang lain itu? Sudah tentulah Allah S.W.T yang mencipta manusia dan faham hati2 semua makhluknya. Dia Maha memahami apa yang baik dan apa yang buruk bagi manusia. Sebab itu lah Dia telah gariskan panduan2 serta law untuk diikuti agar mendatangkan keamanan, kesejahteraan semua orang dan bukan kepada orang2 atau golongan tertentu sahaja. Islam adalah untuk semua agar semua orang akan senang dan aman dengannya. Jika hukum Allah terlaksana maka insyaAllah tidak akan timbul lah persoalan perbezaan darjat, jurang ekonomi, jenayah2 berat, perbalahan sesama sendiri dsbnya. Tetapi kerana iman (keyakinan) kurang maka Hukum Allah dianggap sebagai kuno, ketinggalan zaman, x relevan dsbnya, astaghfirullah :-( .

British telah banyak brainwash pemikiran umat islam terutamanya di Malaysia ini. Dengan menapis sistem pendidikan Islam di Malaysia yang hanya belajar perkara-perkara tertentu dan tidak menyeluruh ilmu fardhu ainnya. Pengajian kitab-kitab lama tidak ditekan kan secara umum agar semua orang faham fikrah Islamiyyah tetapi hanya segelintir sahaja mendalami ilmu agama dan akhirnya membuatkan ilmu-ilmu lain terpisah dengan agama.

British telah berjaya membuatkan pemikiran orang Islam sekarang takut kepada hukum Islam sendiri. Takut untuk mengamalkan undang-undang yang sudah pasti akan menjamin keamanan dan kesejahteraan untuk semua dan tidak terpesong akidah umat Islam. Maka wujudlah sekarang ini mat dan minah2 rempit, gian, rock, bohisia, bohjan dan sebagainya, astaghfirullah.

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:


1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.

H.R Ibnu Majah
Penyebab disegerakan bala Allah yang ke 5 di atas adalah seperti mana yang berlaku lama dah kat Malaysia sekarang. Iaitu ketidak-laksanaan Hukum Islam yang berasaskan kepada 4 sumber hukum dalam Islam iaitu Al Quran, As Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias. Sama-samalah kita ingat bahawa Bosnia, Iraq, Lubnan dsbnya dulu adalah negara yang makmur dan mewah seperti Malaysia sekarang ini juga. Dan adalah tidak mustahil Malaysia akan menuruti jejak langkah mereka jika keadaan seperti sekarang masih dimaintain, iaitu hukum Islam terabai. Perlu diingat pada sejarah, bahawa Hukum Islam telah terlaksana pada zaman dahulu kala iaitu ketika Empayar Kerajaan Melaka tersebar luas di Asia Tenggara. Pada masa itu, Tanah Melayu ini rata2 memakai Hukum Islam, cuma kalau di Melaka dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka dsbnya.

Tetapi sekarang, Malaysia sudah lama mengabaikan Hukum Allah itu dan adalah tidak mustahil bumi Malaysia ini akan begitu mudah dimamah oleh musuh2 Islam kelak, na’uzubillah. Kedatangan penjajah dulu mempunyai seribu makna sebenarnya, kerana ia adalah agenda musuh-musuh Islam untuk melemahkan Islam dan merupakan arahan dari orang2 atasan mereka yang berpusat di kerajaan Dajjal dan Iblis!

Kemerdekaan yang kita capai sekarang ini bukan kemerdekaan yang sebenar2nya. Malaysia sebenarnya tidak merdeka tetapi hanya diberi dan disogok dengan kemewahan oleh British agar umat Islam semua akan hanyut dalam arus dunia yang hanya menipu semata2 ini.

Firman Allah swt dalam al-Qur’an:

Maksudnya : “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”

Dengan itu akan wujudlah jurang perbezaan darjat, kaya terlampau miskin terlampau, sombong, hasad dengki, khianat dsbnya. Jika semua org ingin hidup sederhana dan balance antara satu sama lain, tidak akan berlaku semua ni. Jika semua orang hidup sederhana dan balance antara satu sama lain, baru lah akan wujud ketenangan dan kedamaian yang sebenarnya dan dapat mengabdikan diri pada Allah dengan sebaik mungkin tanpa ada pergaduhan, iri hati, hasad dengki dsbnya. Akan tetapi manusia angkuh, merasa diri sudah pandai tanpa berharap pada Allah, bersifat tamak dsbnya , hingga tidak mahu mengikuti kesederhanaan dan keseimbangan yang dianjurkan dalam Islam.

Firman Allah swt dalam al-Qur’an:

“Sebenarnya hukum hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Yuusuf, ayat 40)

“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.”
(Surah al-Maa’idah, ayat 44)

“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(Surah al-Maa’idah, ayat 45)

“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”
(Surah al-Maa’idah, ayat 47)



Wallahulam

Muga Kehidupan Ini Diberkati Allah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, syukur nikmat diatas IzinNya dapatlah saya 'menyambut' (merasai) umur 22 tahun ini dan seterusnya, insyaAllah. Semoga diri ini dipanjangkan umur dan dilanjutkan usia dalam terus menghadapi liku-liku kehidupan ini di bawah payung rahmat dan redha Allah Azawajallah.

"Umurku sudah 22 tahun, apa yang ku sudah bikin dan manfaatkan pada tempoh tersebut di Jalan Allah??." Sesunguhnya bertambahnya usia kita ini mengingatkan pertemuan kita dengan KEKASIH kita Allah Azawajallah. Sesungguhnya kita tidak tahu bila kita akan bertemu denganNya. Oleh itu tidak ada masa untuk kita mencuba tetapi kita perlu bersedia menghadapinya.

Susah senang adalah ujian dariNya. Ingatlah sesungguhnya kesusahan dan kesenangan yang kita perolehi ini semuanya datang daripada Allah Azawajal. Setiapnya adalah nikmat dan ujian kepada kita. Adakah kita dikatakan beriman jika kita tidak diuji oleh Allah Azawajallah. Maka terimalah setiap ujian itu sebagai satu hikmah dalam membimbing dan mentarbiyah diri kita.

Thanks kepada mereka meng'wish' ulangtahun kali ini.

Mesej pertamaku yang ku terima dari seseorang. Terima kasih ya...

Ya ALLAH, bentuklah dirinya menjadi hamba yang kuat menyedari tatkala ia lemah, berani menghadapi diri sendiri tatkala dia takut. Jadikan dia hamba yang memiliki rasa bangga dan keteguhan dalam kekalahan, rendah hati, dan jujur dalam kemenangan. Bentuk ia menjadi hamba yang kuat dan kenal. Janganlah dirinya dibimbing atas jalan yang mudah dan lemah. Bimbinglah supaya teguh berdiri di tengah badai. AmeenYa Allah.. HePi BeSDaY..sweet 22nd..


Thanks juga kat kawan coursemate, Amru & Khai.
Thanks Amru aka RuFa(bukan nama sebenarnya) atas sms beliau, apa yang kau mesej aku mlm td, mudah-mudahan untuk aku, kau & khai..hehehe..

Thanks Khai atas entri di blog beliau click disini. Owhh, baru aku faham mksd mesej ym ko mlm td. Ko memang creative tahap speaker Amru..heee..

p/s: Best tak malam tadi??hehe.. Leh tido awal? Mase tido ada ditemani sesapa tak?? Aku rasa bilik Amru kut dia stay(katil sebelah kosong). Apalahh, boleh lak sambung-sambung cite pasal kain dan tali(hantu pocong). Ceritanya dari cafe bawah sampai ke bilik aku. Ingat dah abeh dah cite tuh, kt YM pun smbung gak. Seb bek tak de sape yang menegur aku kt luar tingkap(bilik tingkat 3)


Thanks to my ex-schoolmate & others mate.
Terima kasih bebanyak sebab korang tahu birthday aku. Tak lupa juga kat kawan aku yang sorang ni, yang rajin bagi chocolate tiap kali dia pergi jejalan kat luar, thanks call!!


Hidup ini kena diteruskan seiring dengan ujian Allah SWT untuk menguji hambaNya. Kepada siapakah dia (hamba Allah) bergantung pengharapan kepadaNya baik ketika senang mahupun susah??

Sabarlah dan teruslah berdoa moga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah akan sampai jua 1 hari yang amat bermakna buat kita. Hari yang ditunggu-tunggu dimana tertautnya ikatan Filah abadan-abada, Amin. Dalam firman Allah :

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al-Baqarah, 1:186]
Related Posts with Thumbnails