From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Monday, 9 February 2009

Hukum Wanita Muslimah Menampakkan Auratnya Di Hadapan Wanita Kafir

Pada dasarnya para ulama berbeza pendapat mengenai kebolehan wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. Jumhur ulama berpendapat, seorang wanita Muslimah dilarang terlihat auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. Sedangkan ulama lain berpendapat sebaliknya, iaitu bolehnya seorang wanita Muslimah terlihat auratnya di depan wanita kafir.[1]

Perbezaan pendapat di antara mereka disebabkan kerana perbezaan pendapat dalam mentafsirkan frasa ”nisaa`i hinna” dalam Surah An Nuur (24):31. Sebahagian ulama mengkhususkan wanita pada konteks ayat tersebut pada wanita-wanita Mukminat saja, atau wanita-wanita yang memiliki hubungan syubhah (persahabatan yang akrab) dan wanita-wanita yang menjadi hamba atau pembantunya. Sedangkan ulama lain mengertikan frasa ”nisaa`i hinna” pada ayat itu secara mutlak, terkena untuk semua wanita, sama ada Mukminat mahupun kaafirah (wanita kafir), tanpa ada pengkhususan.

Imam Ar Raziy di dalam Tafsirnya menyatakan; juz 11, 307

قوله تعالى : { أَوْ نِسَائِهِنَّ } وفيه قولان : أحدهما : المراد والنساء اللاتي هن على دينهن ، وهذا قول أكثر السلف . قال ابن عباس رضي الله عنهما : ليس للمسلمة أن تتجرد بين نساء أهل الذمة ولا تبدي للكافرة إلا ما تبدي للأجانب إلا أن تكون أمة لها لقوله تعالى : { أَوْ مَا مَلَكَتْ أيمانهن } وكتب عمر إلى أبي عبيدة أن يمنع نساء أهل الكتاب من دخول الحمام مع المؤمنات وثانيهما : المراد بنسائهن جميع النساء ، وهذا هو المذهب وقول السلف محمول على الاستحباب والأولى

“Adapun firman Allah Subhanahu wa Taalaau nisaa`i hinna”, ada dua pentafsiran terhadap frasa ini;
Pertama: yang dimaksudkan “wanita-wanita” di sini adalah yang seagama. Ini adalah pendapat majoriti ulama salaf. Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhu berkata, “Seorang wanita Muslimah tidak boleh menyendiri di antara ahlu zimmah, dan ia tidak boleh menampakkan auratnya di hadapan wanita kafir, sebagaimana ia tidak boleh menampakkannya di hadapan laki-laki asing, kecuali wanita kafir itu adalah hamba miliknya; berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala, ”au maa malakat aimaanihinna” [kecuali kepada hamba-hamba yang mereka miliki]. Dan Umar pernah mengirim surat kepada Abu ’Ubaidah radhiallahu anhu untuk melarang wanita-wanita ahlul Kitab masuk ke permandian umum bersama dengan wanita-wanita Mukminat.

Kedua: yang dimaksudkan dengan wanita-wanita di sini adalah semua wanita. Ini adalah pendapat yang terpilih dan pendapat ulama salaf perlu dibawa kepada ”sesuatu yang dipandang baik”. [Imam Abu Abdullah Mohammad bin ’Umar bin al-Hasan bin Husain al-Taimiy al-Raaziy (Imam Fakhrud Diin Ar Raaziy, Mafaatiih al-Ghaib, juz 11, hal. 307]

Imam An Nasafiy dalam Tafsir An Nasafiy menyatakan:

أَوْ نِسَائِهِنَّ } أي الحرائر لأن مطلق هذا اللفظ يتناول الحرائر}

“[Au Nisaa`i hinna], yakni al-haraa’ir (wanita-wanita merdeka), disebabkan kemutlakan lafaz ini mencakup wanita-wanita merdeka”. [Imam An Nasaafiy, Tafsir An Nasafiy, juz 2, hal. 411]

Imam Asy Syaukaniy di dalam Kitab Fath al-Qadir menyatakan:
Makna dari frasa (au nisaa`i hinna): adalah khusus bagi wanita-wanita yang memiliki pergaulan erat dengan wanita tersebut kerana hubungan al-khidmah (pertolongan: menjadi pembantu wanita itu) atau syubhah (persahabatan); termasuk ke dalam pengertian frasa ini adalah al-imaa’ (hamba wanita-wanita). Dan di luar dari makna frasa ini, wanita-wanita kafir dari golongan ahlu zimmah, dan wanita-wanita kafir lainnya. Tidak halal bagi wanita Muslimah menampakkan perhiasannya kepada mereka (wanita-wanita kafir), supaya wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita Muslimah kepada kaum laki-laki. Dalam masalah ini terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli ilmu. Namun, menisbahkan (meng-idhafahkan) kepada ‘ilaihinna’ menunjukkan bahawa hal itu khusus untuk wanita-wanita Mukminat”.[Imam Asy Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 5, hal. 209]

Imam Al Baghawiy di dalam Tafsir al-Baghawiy menyatakan:
Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`i hinna], maksudnya, sesungguhnya Allah membolehkan seorang wanita melihat badan wanita lain, selain antara pusat dan lutut, sebagaimana laki-laki yang menjadi mahram. Ketentuan ini dapat dikenakan jika wanita tersebut Muslimah. Namun jika wanita itu adalah wanita kafir, bolehkah seorang wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan mereka (wanita kafir)? Ahli ilmu berselisih pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berpendapat, boleh sebagaimana bolehnya wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita Muslimah lainnya. Kerana, wanita kafir termasuk wanita (nisaa`i hinna). Sebahagian yang lain berpendapat tidak boleh. Sebab, Allah Subhanahu wa berfirman, ”Nisaa`i hinna” (wanita-wanita kami), sedangkan wanita kafir bukan termasuk wanita-wanita kami; dan selain itu mereka berbeza agama. Oleh kerana itu, wanita kafir justeru lebih jauh dibandingkan laki-laki asing. Umar bin Khaththab ra pernah mengirim surat kepada Abu ’Ubaidah bin Jarah untuk melarang wanita-wanita Ahlul Kitab masuk ke dalam permandian umum bersama wanita-wanita Muslimah”.[Imam Al Baghawi, Tafsir al-Baghawi, juz 6, hal. 35]

Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersabda, ”Janganlah seorang wanita menampakkan auratnya di hadapan wanita lain, yang kemudian dia menceritakannya kepada suaminya, sehingga seakan-akan suaminya melihat aurat wanita itu”.[HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’uud]. [Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48].

Selanjutnya Imam Ibnu Katsir mengetengahkan beberapa riwayat yang menyatakan bahawa Umar bin Khaththab radhiallahu anhu pernah berkirim surat kepada Abu ’Ubaidah radhiallahu anhu melarang wanita-wanita kafir masuk ke permandian-permandian umum bersama wanita Muslimah. Mujahid, dan Ibnu ’Abbas juga melarang wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. [Ibidem, juz 6, hal. 48]

Prof. Mohammad Ali As Saayis di dalam Kitab Tafsiir Ayaat al-Ahkaam menyatakan,

Wanita Muslimah dibolehkan menampakkan sebahagian perhiasannya kepada wanita kafir, sebagaimana dia dibolehkan menampakkannya di hadapan wanita Muslimah. Ini adalah salah satu pendapat dari dua pendapat dari kalangan Hanafiyyah dan Syafi’iyyah. Imam Ghazali membenarkan pendapat ini dari ulama Syafi’iyyah dan Imam Abu Bakar Ibnu al-’Arabiy. Sedangkan ulama-ulama lain berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan ”nisaa`i hinna”, adalah khusus untuk wanita-wanita Mukminat. Oleh kerana ”idhafah” ditujukan untuk mengkhususkan; maksudnya khusus untuk wanita-wanita yang memiliki hubungan syubhah (persahabatan) dan ikhwah (persaudaraan) dalam agama. Dengan demikian, wanita Muslimah tidak boleh menampakkan sebahagian perhiasannya yang tertutup kepada wanita kafir. Pendapat ini disandarkan kepada majoriti ulama Syafi’iyyah. Abu Sa’ud berkata dari ulama Hanafiyyah, bahawa dia mensahihkan (membenarkan) dua pendapat ini di dalam mazhabnya”[Prof Mohammad Ali al-Saayis, Tafsiir Ayaat al-Ahkaam, hal. 164]

Demikianlah, para ulama telah berbeza pendapat mengenai hukum seorang wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita kafir. Lalu, pendapat mana yang rajih (kuat)?

Pendapat Yang Rajih
Pendapat yang rajih dalam masalah ini adalah pendapat yang dinyatakan oleh Imam Ibnu al-’Arabi, Imam Al-Ghazali, menyatakan bahawa seorang wanita Muslimah diperkenankan memperlihatkan atau terlihat auratnya di hadapan wanita kafir.

Ini adalah kerana dhamir (kata ganti) pada ayat ini berfungsi sebagai al ittibaa’ (untuk mengikuti) dan menggantikan kedudukan al-niswah atau al-nisaa’ (wanita). Syaikhul Mufassiriin, Imam Ibnu Al ’Arabiy menyatakan bahawa pada ayat di atas (surat An Nur:31) memiliki lebih dari 25 dhamir (kata ganti) yang di dalam al-Quran tidak diketahui apakah ia punya kesamaan. Oleh kerana itu, dhamir ini disebut kembali untuk tujuan “ittibaa”.

Selain itu, idhaafah pada frasa ”nisaa`i hinna” bukan ditujukan kepada penyeru maknawi (daa’ ma’nawi), akan tetapi ditujukan untuk penyeru lafdziy (daa’ lafdziy) untuk menjamin kefasihannya. Kes ini sama dengan dua dhamir (dua kata ganti) yang di-idhafah-kan kepada dua dhamirnya; seperti firman Allah Subhanahu wa Taala

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya”. [TMQ Asy Syams (91): 8].

Maksud ayat ini adalah; “alhamahaa al-fujuur wa al-taqway” (Allah mengilhamkan kefasikan dan dosa”). Atas dasar itu peng-idhafah-an keduanya kepada dua dhamir untuk mengikuti (ittibaa) dhamir-dhamir yang terdapat di awal surat tersebut, iaitu wasy syamsi wa dhuhahaa”. [TMQ Asy Syams (91):1]. Kes lain yang sama, terdapat dalam firman Allah SWT;
(Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) kerana mereka melampaui batas”. [TMQ Asy Syams (91): 11].

Maksud frasa “bithaghwaahaa” pada ayat ini adalah, ”bi al-thughway” atau ”al-thughyaani”. Oleh kerana itu, penyebutan dhamir Tsamud tidaklah perlu, akan tetapi, ia tetap disebutkan ”li muhsin al-muzaawijah” (memperelokkan pasangannya).

Adapun riwayat-riwayat yang diketengahkan para fuqaha seperti riwayat-riwayat berikut ini;

“Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhu : [au nisaa`ihinna], dia berkata, “Dia adalah wanita-wanita Muslimat yang tidak boleh menampakkan auratnya kepada wanita-wanita Yahudi dan Nasrani, yakni leher, anting-anting, dan, selempang, dan bahagian-bahagian yang tidak boleh dilihat kecuali mahramnya sahaja”.[HR Sa’id bin Manshuur, Ibnu Mundzir, dan Imam Baihaqi di dalam Sunannya]

“Sa’id meriwayatkan, “Jarir telah meriwayatkan kepada kami, dari Laits, dari Mujahid, bahawasanya dia berkata, “Janganlah seorang wanita Muslimah melepaskan tudung kepalanya di hadapan wanita musyrik. Sebab, Allah Subhanahu wa Taala berfirman, “au nisaa`ihinna”, dan wanita musyrik bukanlah termasuk “nisaa`ihinna”.

“Dari Makhuul dan ‘Ubadah bin Nusayyi dituturkan bahawasanya keduanya membenci jika seorang wanita Nasrani, Yahudi, atau Majusi mencium wanita Muslimah”.

“Dari Umar bin Khaththab radhiallahu anhu dituturkan bahawasanya dia pernah mengirim surat kepada Abu ’Ubaidah radhiallahu anhu, ”Amma ba’du. Sesungguhnya, telah sampai khabar kepadaku, bahawasanya ada sebahagian wanita Muslim masuk ke dalam permandian-permandian umum bersama dengan wanita Musyrik, laranglah orang-orang yang ada di bawah tanggungjawab mu dari hal itu. Sesungguhnya, tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhir untuk dilihat auratnya, kecuali oleh wanita yang seagama”.[HR Ibnu Abi Syaibah, dan Ibnu Mundzir];

Sesungguhnya riwayat-riwayat seperti ini tidak absah digunakan sebagai hujah. Ini adalah kerana semua riwayat di atas mauquf tidak marfu’. [Mauquf adalah hadis yang sanadnya tidak sampai kepada Nabi manakala marfu’ adalah hadis yang sanadnya sampai kepada Nabi]. Sedangkan berhujah dengan hadis mauquf adalah tertolak sama-sekali. Ini bukan bermaksud bahawa hadis itu tertolak, tetapi berhujah dengannya (menjadikannya sebagai sumber hukum) adalah tertolak.

Dengan demikian, pendapat rajih dalam masalah ini adalah pendapat yang dinyatakan oleh Imam Ibnu al-’Arabi, dan ulama-ulama lain yang sejalan dengan pendapatnya.

Batasan Aurat Yang Boleh Dilihat
Pada dasarnya, Surah An Nur (24):31 tidak memberikan batasan yang tegas mana aurat wanita yang boleh terlihat di hadapan wanita-wanita kafir. Hanya saja, seorang wanita Muslimah mesti menjaga kehormatan dirinya dengan tidak membuka aurat yang tabu (seperti payudara, kemaluan, paha, dan lain sebagainya) di hadapan wanita-wanita kafir. Hendaklah dia mengenakan pakaian yang sopan dan tidak merendahkan maruah dirinya.

Jika seorang wanita berada dalam kehidupan umum, maka dia wajib menutup auratnya, dan mengenakan jilbab dan memakai tudung (khimar). Ini adalah kerana syariat telah mewajibkan wanita Muslim menutup aurat dan mengenakan pakaian Islami (jilbab dan khimar) di kehidupan umum; tanpa memandang lagi dengan siapa dia berinteraksi. Ketentuan ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala:

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka.” [TMQ an-Nur (24):31]

Ayat ini mengandungi perintah dari Allah Subhanahu wa Taala agar wanita mengenakan khimar (tudung), yang dapat menutup kepala, leher, dan dada.

Imam Ibnu Mandzur di dalam kitab Lisaanal-’Arab menuturkan; al-khimaar li al-mar`ah: al-nashiif (khimar bagi perempuan adalah al-nashiif (penutup kepala). Ada pula yang menyatakan; khimar adalah kain penutup yang digunakan wanita untuk menutup kepalanya. Bentuk plural (jamak)nya adalah akhmirah, khumr atau khumur. [2]

Sedangkan perintah mengenakan jilbab disebutkan dengan sarih melalui firman Allah Subhanahu wa Taala;

Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isteri mu, anak-anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang”. [TMQ al-Ahzab (33):59]

Ayat ini merupakan perintah yang sangat jelas kepada wanita-wanita Mukminat untuk memakai jilbab. Adapun yang dimaksudkan dengan jilbab adalah milhafah (baju terus dari atas ke bawah seakan jubah) dan mula’ah (kain panjang yang tidak berjahit seakan selimut). Di dalam kamus al-Muhith dinyatakan, bahawa ‘jilbab’ itu seperti sirdaab (terowongan) atau sinmaar (lorong), yakni baju atau pakaian longgar bagi wanita selain baju kurung atau kain apa saja yang dapat menutup pakaian sehariannya seperti jubah.[Kamus al-Muhith].

Sedangkan dalam kamus al-Shahhah, al-Jauhari mengatakan, jilbab adalah kain panjang dan longgar (milhafah) yang sering disebut dengan mula’ah (jubah).”[Kamus al-Shahhah, al-Jauhariy]

Selain wajib memakai tudung (khimar) dan jilbab, wanita Muslimah juga dilarang bertabarruj ketika berada di kehidupan umum. Tabarruj adalah bersolek yang berlebihan untuk memperlihatkan kecantikan dirinya. Allah Subhanahu wa Taala telah melarang tabarruj. Allah berfirman;

Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haid dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (luar) mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).” [TMQ an-Nur (24):60]

Jika wanita tua dilarang untuk tabarruj, lebih-lebih lagi wanita yang belum tua dan masih mempunyai keinginan untuk menikah.

Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan, Wa al-tabarruj : idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menaruh perhiasan kepada lelaki-lelaki bukan mahram).”[3]

Inilah batasan-batasan yang mesti difahami oleh wanita Muslimah ketika dia berada dalam kehidupan umum.

Wallahu a’lam bi sawab.

________________________________________
[1] Imam Ibnu ‘Asyuur, al-Tahriir wa al-Tanwiir, juz 9, hal. 471; Imam Asy Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 5, hal. 209; Imam al-Baghawiy, Tafsir al-Baghawiy, juz 6, hal. 35; Imam al-Mawardiy, al-Naktu wa al-‘Uyuun, juz 3, hal. 169; Imam al-Khazin, Lubaab al-Ta’wiil fi Ma’aaniy al-Tanziil, juz 4, hal. 500; dan sebagainya.
[2] Imam Ibnu Mandzur, Lisaan al-’Arab, juz 4/257
[3] Imam Ibnu Mandzur, Lisaan al-’Arab, juz 2/212; Tafsir Qurthubiy, juz 10/9; Imam al-Raaziy, Mukhtaar al-Shihaah, hal.46; Imam Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 3/125; Imam Suyuthiy, Tafsir Jalalain, juz 1/554; al-Jashshash, Ahkaam al-Quran 2, juz 5/230; Imam al-Nasafiy, Tafsir al-Nasafiy, juz 3/305; Ruuh al-Ma’aaniy, juz 22/7-8; dan sebagainya.


p/s: Teringat masa aku praktikal dulu. Aku dan Kak Ilah didatangi 2 orang perempuan cina yang menjadi ejen insurans. nama insurans?? Aku tak igt.. After dorg explain itu dan ini.. Dorg cina nk bersalam tanda dorg nk beredar.. Aku tak sambut salam tangan dorg.. Kak Ilah pun tak sambut. Kat situ aku tertanya-tanya kenapa Kak Ilah tak sambut salam tangan perempuan cina tuh??. Sedangkan dorg tuh perempuan & Kak Ilah juga perempuan.. Kak Ilah pun explain, lebih kurang gini maksudnya. "...batal wudhuk akak if salam dengan perempuan kafir. Like bersalam dengan lelaki. Akak tak sure r dik tentang nie, sbb akak dgr dr mulut org."

No comments:

Related Posts with Thumbnails