From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Thursday 12 February 2009

Selesailah sudah

Salam...

Alhamdulillah syukur kepada Illahi yang mengurniakan kekuatan untuk terus berdiri di bumiNya. Harapan dan doaku agar diri ini terlibat secara langsung dalam perjuangan menerapkan Syariat Islam dimuka bumi ini.

Petang semalam saya hadiri sebuah program talkshow. Alhamdulillah, saya berpeluang berberapa bertanya soalan dan pandangan saya di dalam permasalahan di Palestine. Fokus talkshow itu pada bumi Palestine. Tetapi saya pada sebaliknya iaitu permasalahan umat yang wajib kita terasa kewajipan membantu mereka.



Adakah hanya memboikot dapat menyelesaikan permasalahan umat?? Adakah ia releven? Apakah selari dengan akal apatah lagi Syarak dalam mengatasi permasalahan ini? Berikan dalil dan naqli??

Bilik kuliah ketika itu menjadi riuh seketika tatkala sy berkata seperti di atas. Secara jujurnya peng-talkshow itu tidak dapat memberi jawapan yang baik-pengakuan dari dirinya sendiri-. Maybe dia tidak menyangka atau tak ready. Tapi sy rasa, tak menyangka,kut ,soalan seperti itu boleh keluar. Sbb?? Semasa talkshow tersebut, dia berkata, sepanjang program yg dijalankan dimana2 tempat, kebanyakan orang akan bertanya "kenapa fokus kita pada palestine, kenapa tidak kawasan sekitar, terdekat contoh di Tak Bai, Thailand dan sebagainya??"-dy pun cerita- Tidak salah bukan sy bertanya soalan lain..ehehe

Saya terus 'bergerak'... Saya menyentuh dari sudut ekonomi. "US & System Kapitalis sememangnya diambang kejatuhan tanpa boikot dari sesiapapun. Malah, adakah boikot itu berupaya bila kita masih ada lagi Shell, Caltex, McD, KFC & guna dollar sebagai pertukaran?? Berapa ramai yang kini masih boikot barang Belanda yang dahulunya Geert Wilders menghina Nabi SAW? Se-serious mana boikot kita sebenarnya??. Apakah boikot itu jalan terbaik untuk supaya Nabi SAW kita tidak di hina?."

Jawapan: apa yg sy ingatilah

"Sukar untuk kita melucutkan ekonomi dorg di negara ini. Dari segi makanan insyaAllah kita boleh 'kekal'kan boikot, dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia sudah mengeluarkan sautu list mengenai barang yang boleh kita beli. Contoh ubat gigi Colgate kita tukar dan amek ubat gigi Mukmin, contohnya. Kita bertindak atas kuasa individu seperti kita ini semua untuk boikot"

"Barangan dari Israel wajib kita boikot seperti kurma dan sebagainya. Amerika pula, jika kita tiada pilihan,(technology amerika yg pasarkan) kita boleh amek seperti laptop dimana processornya adalah Intel. Dan apa2 barang yg membantu Yahudi wajib kita boikot. Ada juga barang Yahudi & Amerika tidak support Yahudi itu sendiri. Ini dibenarkan seperti mana Nabi SAW pernah bermuamalat dengan orang Yahudi"


Kemudian saya 'terbang' dari sudut kekuatan. Disini tetamu fokus kepada saya..

Dari segi kekuatan ketenteraan contohnya. Saya amek dari laporan CIA World fact book. Jika kita menghantar tentera-tentera Islam dari negara-negara berpontensi seperti Mesir, Arab Saudi, Iran, Iraq, Turki, dan Indonesia. 6 negara berjumlah 162 juta tentera Islam dan itu adalah tentera sahaja, tidak termasuk rakyat yang sanggup pergi berperang. Berbanding Israel, 1.5 juta lelaki, 1.4 juta perempuan. Firman Allah, Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) kekuatan apa saja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya... (TMQ al-Anfal (8):60].


Jawapan:

Bagus apa yg awk lontarkan itu, dan awk menggunakan fakta. Saya harap kita boleh berjumpa secara personally. Ok, begini jika menghantar tentera. Ia akan membebankan kepada kita.. Aaa, beban yang saya maksudkan ia tentera itu sendiri. Kita tidak biasa dengan suasana sana, cuaca, makanan rutin kita adalah nasi, lapor2 je nk makan nasi-beliau sdg bergurau (penonton ketawa). Cost untuk membawa seorang tentara memerlukan perbelanjaan yang besar. Sorang tentera dihantar, harga tiket kapal terbang bernilai RM 4000, so darab kan lah bape org tentera kita hantar. Kita ada kekuatan ekonomi, kuasa membeli, so kita gunakan lah kekuatan tersebut. Seperti didalam firmanya Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) kekuatan apa saja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya... (TMQ al-Anfal (8):60]. Kita jangan salah faham kekuatan tersebut adalah, kekuatan ketenteraan, ekonomi juga termasuk kekuatan.


apa yang saya fahami dan belum sy ketemui mana2 ulama mengatakan maksud TMQ al-Anfal 8:60 adalah kekuatan ekonomi.-dlm hati sy berkata-

Masa tamat...tak sempat sy nk bertanya lagi dengan pernyataan beliau..Sy bukan nk berdebat atau apa pun..sy juz berkongsi saja..Bukan senang nk berkongsi dihadapan org ramai.. After tat (keluar dari bilik kuliah)..beberapa org bertanya kt sy. Lelaki ada perempuan pun ada..

Mereka tanya sebab apa kau/awk bertanya. Soalan dah lah memecah minda, luaran dari fikiran aku/saya. "Kenapa isu di Gaza kita beri sumbangan wang, perubatan, mkann, pakaian dan sebagainya, ko soal??" Klu korg berada ditempat dorg atau Malaysia ni diserang Yahudi dan Amerika, dengan mayat yang ada dimerata tmpt, yg perempuan dirogol, dipukul, tgk sendiri lah kt video yg dy tayangkn tuh. Yg mana lebih korg perlukan? bantuan ketenteraan umat Islam atau bantuan jutaan ringgit..Sedangkan Tanah Melayu makan pakai cukup, tapi still nk tuntut kemerdekaan..fikir kt situ je..Lagi satu, kes rogol & bunuh yg menimpa kanak2..Ramai akan bersuara berkata, "bunuh si pelaku/pembunuh", Contoh lain, korg pernah nmpk bukan depan mata korg or tgk kt video, bagaimana kita perlakukn ke atas peragut/mat rempit/perogol, kita ganyahnya cukup2.. Sama juga kes kt Gaza tuh, ape bezanya dorg? anak kita dipalestine dan anak kita di Malaysia? Mereka itu seagama, seakidah dgn kita bukan??"

Hope dorg jelas n faham sebab apa sy berdiri di depan...Wallhulam

p/s: perbetulkan apa yg salah..k, nk tid0 jap..kelas start kul 3.00..zzZZZzzz

4 comments:

WanitaMustanir said...

mr fatba,

you have done a great job..

let make them (lelaki & perempuan yang bertanya kat awak)think apa yang awak cakap kat diorang..

Peng'talkshow' tu ada ckp "Cost untuk membawa seorang tentara memerlukan perbelanjaan yang besar. Sorang tentera dihantar, harga tiket kapal terbang bernilai RM 4000, so darab kan lah bape org tentera kita hantar." Dia xde ckp pula pasal pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk tujuan hiburan..

wallahua'lam..

Panglima Kungfu said...

Yup betul tuh..Sy hendak juga sentuh hal itu..Tp tidak berpeluang...

[~CikCt~] said...

giler ah ko..soklan bernas.rugi aku x g smlm ..klu x bleh tgk..hehe

Panglima Kungfu said...

[~CikCt~]
tuh r ko, rugi tak dtg semalam..
soalan2 aku soalan biasa je..=)

Related Posts with Thumbnails