Telah datang seorang manusia kepada Abu Tha’labah Al Khasyni seraya bertanya: Bagaimanakah awak bertindak terhadap ayat ini Tanya Abu Tha’labah: ‘Ayat yang mana satu?’ Jawabnya ‘QauluLlah Ta’ãlã yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiada lah orang-orang yang sesat itu akan memudharatkan kamu apabila kamu telah mendapat petunjuk.”
(Surah Al-Ma’idah: Ayat 105 )
Kata Abu Tha’labah: Sesungguhnya aku telah bertanya orang yang lebih mengetahui iaitu aku bertanya RasuluLlah SaLlah lahu ‘alaihi Wasallam yang telah dijawab oleh Baginda dengan sabdanya: “Malahan, hendaklah kamu menyuruh dengan ma’ruf dan melarang daripada mungkar sehingga bila kamu melihat bathil yang ditaa’ti, hawa nafsu yang diikuti, dunia yang diutamakan dan ‘ujub seorang dengan pendapatnya, maka hendaklah engkau berpegang dengan dengan darimu dan tinggalkanlah orang awam kerana di hadapanmu hari-hari yang panjang di mana orang yang sabar adalah ibarat seorang memegang bara api, pekerja di hari itu menyamai balasan lima puluh orang lalaki yang bekerja seperti kamu. Di tanya RasuluLlah:Apakah balasan limapuluh lelaki di antara kami atau di antara mereka?, maka jawab Baginda : Malahan balasan limapuluh daripada kamu.”
(Hadith riwayat Tirmizi dan katanya hadith ini hasan sahih)

No comments:
Post a Comment