Di dalam menegakkan kebenaran. Banyak dugaan harus ditempuhi. Ia akan menjadi mudah apabila matlamat kita adalah kerana Allah. Di sini saya mahu kongsikan apa yang pernah berlaku dalam hidup saya. Saya ada menasihati seorang hamba Allah. Sebab apa saya berbuat demikian, tak perlulah saya jelaskan. Tapi yang mengecewakan saya apabila dia memberitahu bahawa dia tak boleh terima/dengar nasihat saya itu. Atas alasan saya ini sebaya dengannya dan dalam masa yang sama tahap pendidikan(agama) tidak lah tinggi mana pun. Dia mebandingkan saya dengan tokoh-tokoh besar seperti Ustaz, Ustazah, Imam dan lebih kurang pun yang ada lulusan degree.
Puas sudah saya katakan, adakah dengan lulusan2 tersebut mereka2 ini boleh melaksanakan tanggungjawabannya??. Ilmu Allah (al-Quran) takde meletakkan syarat apa lulusan mereka.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban
(TTQ Al-Isra’ : 36)
Juga firman Allah SWT;
Kita sebagai umat yang memiliki peraturan hidup yang unik dan berbeza dengan sistem manapun, sangat memungkinkan kita sebagai pemeluknya untuk berdikari, produktif dan tidak boleh ‘menciplak’ ajaran umat yang lain. Sabda Rasullullah saw.
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka”
HR Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar.
“Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain golongan umat ku (umat Islam)”
HR Tirmidzi dari Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.
“Jangan kalian menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani..”
HR Tirmidzi.
Begitu juga di dalam firmanNya:
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut kangkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”.
[Al-Baqarah:208].
“Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”.
[Thaahaa:124].
Perkara ini telah pun saya beritahu kepada musyrib saya. Dia menasihati saya, "barangkali dia sukar terima nasihat itu sebab dia sebaya dengan wan. Nanti insya-Allah, kalau di kemana-mana dan terjumpa dengan sesiapa yang memberitahu hal yang sama, barulah dia teringat, "eh betullah apa yang wan cakap dulu tue".."
Ya Allah berikanlah kekuatan sepertimana orang-orang yang telah Kau beri nikmat.
Puas sudah saya katakan, adakah dengan lulusan2 tersebut mereka2 ini boleh melaksanakan tanggungjawabannya??. Ilmu Allah (al-Quran) takde meletakkan syarat apa lulusan mereka.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban
(TTQ Al-Isra’ : 36)
Juga firman Allah SWT;
Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepada kamu (keterangan-keterangan), sesungguhnya kalau demikian termasuk golongan orangg-orang yang zalim
(TTQ Al Baqarah : 145)Kita sebagai umat yang memiliki peraturan hidup yang unik dan berbeza dengan sistem manapun, sangat memungkinkan kita sebagai pemeluknya untuk berdikari, produktif dan tidak boleh ‘menciplak’ ajaran umat yang lain. Sabda Rasullullah saw.
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka”
HR Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar.
“Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain golongan umat ku (umat Islam)”
HR Tirmidzi dari Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.
“Jangan kalian menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani..”
HR Tirmidzi.
Begitu juga di dalam firmanNya:
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut kangkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”.
[Al-Baqarah:208].
“Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”.
[Thaahaa:124].
Perkara ini telah pun saya beritahu kepada musyrib saya. Dia menasihati saya, "barangkali dia sukar terima nasihat itu sebab dia sebaya dengan wan. Nanti insya-Allah, kalau di kemana-mana dan terjumpa dengan sesiapa yang memberitahu hal yang sama, barulah dia teringat, "eh betullah apa yang wan cakap dulu tue".."
Ya Allah berikanlah kekuatan sepertimana orang-orang yang telah Kau beri nikmat.
No comments:
Post a Comment