From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Thursday, 17 July 2008

Empunya Impian...

Setiap Manusia sering mengimpikan sesuatu yang indah untuk masa depannya, namun, sesetengah impian yang menggunung seringkali diperlekeh dengan meletakkannya sebagai angan-angan mat jenin, bermimpilah, beranganlah, kerana impian itu sebenarnya yang menolak kekuatan diri untuk bertindak, tanpa impian, saya sebenarnya, tak sanggup pun nak bertindak setelah gagal dalam sesuatu perkara, kerana itulah, saya menekankan bahawa membina impian itu penting, dan amat penting. Percayalah, kebanyakkan dari usaha saya sering diperlekeh, walau diperkecil-kecilkan, saya punya impian mengunung, kerana itulah saya mampu dan berani bertindak walau air mata dan hati kecil yang sering menemani dalam setiap tindakan saya. Tak salah berangan, asalkan setiap angan itu diiringi usaha, dan bukan sekadar bermimpi disiang hari. Biar diperlekeh, biar segala usaha kita yang kecil itu dipandang sebelah mata. Namun, jika kita tahu dan yakin akan hasilnya,lakukanlah!

saya punya impian untuk:-

~melibatkan diri mendirikan Khilafah secara langsung
~menjadikan urusan jual beli tidak terlibat dengan riba'
~bantu saudara saya dalam kewangan khususnya atas urusan penting, supaya saudara saya ini tidak terlibat dengan riba'
~menjadi seorang jurutera
~mendirikan sebuah syarikat
~menjadi pemilik kedai buku, pharmacy & restoran
~menjadi pendakwah & pejuang
~menjadi sukarelawan & dermawan dalam badan amal
~mendirikan sebuah sekolah menengah berasaskan agama di ikuti sains & teknologi(hanya mahu membantu bukannya cari untung)
~menyediakan dana perubatan & pendidikan untuk umat Islam
~membawa ibu dan ayah saya menunaikan haji dengan duit gaji saya sendiri

dan pebagai lagi impian saya. Tapi walaupun ada sesetengah impian itu dikira remeh, saya tetap mencatatkannya di kotak pemikiran saya! Dan saya sebenarnya puas digelak! Puas di perlekehkan. Terasa di "ludah" pun ya juga! Tapi saya sangat teringin mengajak manusia-manusia yang menggelakkan saya itu menikmati dan berkongsi apa yang saya miliki saya suatu hari nanti~

Salah satu impian yang tak pernah benarkan untuk minda dan hati saya untuk melupakannya adalah untuk ke Palestin dan membantu kanak-kanak dan wanita disana sedaya mampu saya. Begitu juga dengan bangsa Melayu(saya tak berniat bermain Assaybiah/perkauman), terutama sekali dengan keluarga terdekat. Bahkan jika saya layak untuk dipilih sebagai syuhada',-itulah sebenarnya impian tertinggi saya! Gelaklah, ketawalah, kerana anda sebenarnya yang sedang berangan-angan ala mat jenin, kerana anda hanya mampu tergelak-gelak ala beruk,tanpa usaha sedikit pun.




Buat semua sahabat, saya menulis kali ini kerana sedih melihat sahabat-sahabat yang cepat benar berputus asa, malah malu-malu untuk bertindak walaupun hanya pernah diperlekehkan sekali, malu sebenarnya biarlah bertempat,(jangan sampai tak tahu malu pula). Saya sangat 'menyampah' melihat saudari-saudari saya malu-malu kucing untuk tampil kehadapan untuk menegakkan kebenaran sesuatu isu, apatah lagi yang malu untuk membentangkan sesuatu dihadapan, simpanlah idea-idea dalam fikiran anda sampai berkulat jika anda fikir itulah yang terbaik!

Tak salah menyatakn atau berkongsi impian anda dengan orang lain, jangan malu kerana orang yang tergelak-gelak mendengar impian anda sebenarnya cemburu dengan impian itu,yang penting adalah usaha anda untuk mencapai sesuatu impain tu.
renung dan fikirlah~

No comments:

Related Posts with Thumbnails