Maybe ada kaitan..sbb musryib aku tahu ada dikalangan kitaorg tgh berdarah "manis".. kO faham tak berdarah "manis" yang di maksudkan..maksud dia, orang yang akan mendirikan rumah tangga. ada sorg tue, lagi 2 minggu nk kawen..sorg gik, baru je bertunang..sO kitaorg pun mendengarnya..musryib aku siap bagi "note" gik, yang sape belum bertunang atau dalam mencari pasangan(katanya sambil ketawa kecil; orangnya lucu bila berbicara) sila dgr betul2 k..
"Apakah matlamat antum dalam mencari pasangan hidup?? sepertimana antum tahu, ia seperti melengkapkan kehidupan dalam Islam"
"Bagaimana pula hendak mencari pasangan yang baik bagi antum??..Nasihat ana, carilah pasangan yang mempunyai pemikiran Islam yang jelas. Jangan cari pasangan seperti mencari pekerja dan menilainya melalui resume. Maksud ana, jangan cari apa yang dia miliki. Seperti hartanya,rupa parasnya dan sebagainya. Supaya segala tindaknya adalah secara Islam. Contoh, bertudung. Dia bertudung kerana trend skg?? atau ikut-ikutan?? atau kerana perintahNya??"
"Sebab..satu hari nanti pasangan antum tak dapat terima apa yang antum didikan. Ana percaya, antum adalah pemuda yang berpemikiran Islam.."
"Didiklah pasangan antum dengan pemikiran Islam. Jelaskan kepada dia. Kenapa antum bertindak sedemikan. Kenapa anda menolaknya(bukan dirinya). Antum sendiri sudah nampak nas-nas dan hadith yang meriwayatkan kehidupan seorang muslim. Baik dalam ibadat, mualamat, fiqg dan sebagainya. Lihatlah bagaimana Rasulullah menerima pinangan dari Khalifah Ali Abi talib untuk anaknya Fatimah. Ini kerana agamanya dan pemikiran Islam yang kuat didalam Khalifah Ali Abi Talib. Begitu juga dengan Fatimah, menerima Khalifah Ali Abi Talib seadanya."
"Adalah lebih baik jika antum mendidiknya sebelum mendirikan rumah tangga. Aaaaa, apa yang antum selalu sebut2kan..kasi 'mantap'..haaaa, mcm tuelah kasi mantap.."
Terima kasih atas nasihat itu. Aku mengerti apa yang musryib aku katakan. Terima kasih juga, atas didik-didikan itu dan sebelumnya dengan penjelasan yang dibuktikan melalui al-quran dan hadith. Semoga aku berjaya mendidik pasangan hidupku. Ameen~
Pesanan untuk antum/antuna dan diri ini sendiri. Janganlah pula kita menetapkan atau memilih atau mengukur “Standard” seseorang dengan kekayaan yang mereka miliki, bukan lagi berdasarkan syakhsiyyah (keperibadian) yang mulia yang ada padanya.
No comments:
Post a Comment