From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Tuesday 17 June 2008

Takdir atau hanya kebetulan..???

Cerpen: Ini adalah rekaan semata-mata. Ia tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang meninggal duni.. ahaks.. :))

Jam menunjukkan pukul 8.25 malam. Bermakna lagi 5 minit bas ekspress aku tiba di Hentian Puduraya (Sambil melihat tiket basnya itu untuk kepastian). Sewaktu aku tengah tunggu di platform bas. Aku ternampak seorang gadis berpakaian labuh berwarna biru. (Pada pendapatku, pandai benar dia memadankan warna-warna tudung, baju dan seluar. Ala-ala Waheeda katakan…ehehe..) Wanita itu berpaling dari aku kerana di sedang menyandar di penjuru tiang.

Hmmm… Jam dah menunjukkan pukul 8.30 bas masih belum ku lihat. Dalam saat-saat inilah perasaan mahu buang air kecil itu ada. Mungkin tunggu lama sangat kut. Sebelum aku pergi Hentian Puduraya, aku pergi makan besama seorang sahabatku, Razi yang sudi menghantarku ke Station LRT Masjed Jamek.

Satu minit telah berlalu. Aku mengambil keputusan untuk membuang air kecil dan memerhatikan bas ekspress dari tingkat atas. Aku nampak bas aku itu, lalu pergi membuang hajat…ehehe..

Semasa aku menaiki tangga, aku cuba-cuba melihat gadis tersebut. Tetapi tidak juga kelihatan wajahnya. Setelah keluar dari tandas, aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 8.42 malam.

“Ahlamak!!! Kena tinggallah aku nie”

Aku gagahkan diri dan pantaskan langkahku ke platform basku berada. Mujurlah sempat. Orang-orang berpusu-pusu masuk ke bas itu. Semasa menuruni tangga, aku sekali lagi melihat tiang dimana gadis itu berada. Tetapi gadis itu dah menghilangkan diri. “Tak tahulah gadia itu naik bas mana, sama ada di depan atau satu bas dengan aku” ujarku bersendirian.

Aku menunggu diluar sebentar sementara tunggu manusia-manusia ini masuk ke dalam bas. Setelah aku masuk, aku mencari tempat dudukku. Sedang mencari-cari nombor tempat duduk yang terletak diatas. Aku ternampak gadis tersebut. Tetapi wajahnya tidak ku lihat lagi. Dia menundukkan kepalanya sambil memeluk tubuhnya sendiri. Fikirku dia sedang tidor.

Setelah jumpa tempat dudukku. Aku terkejut, tempat dudukku bersebelahan dengan gadis tersebut. Pada mulanya, aku enggan duduk disitu. Yelah, duduk bersebelahan dengan gadis yang bergelar muslimah. Berbaur perasaan muncul di dalam dadaku. Apa boleh buat, dah itu ketentuan Allah dan lagi pun tiada tempat duduk kosong, semuanya penuh.

Bas mula bertolak. Aku berdoa semoga perjalanan kami selamat. Aku mendiamkan diri. Tak tahu perkara nak dibuat di dalam bas itu. Nak ajak berborak/bertegur sapa dengan teman sebelah rasa segan pun ada. Dan melihat keadaan yang dia sedang tidur lagilah aku tak mahu kacau. Walaupun duduk bersebelahan dengannya, wajah gadis itu masih tidak dapat ku lihat.

Hmmm… Tak ada kerja dibuat, tidurlah aku jawabnya… zzzZZZZzzzZZZ

Aku pun tak tahu berapa lama aku tidur dan dimana aku berada sekarang. Sesekali aku terjaga juga dengan keadaan tidak selesa, tidur secara duduk. Letihlah badan, baru balik kerja, dah kena rush balik kampong. Tiba-tiba je orang tuaku menelifonku pagi, menyuruh aku balik kampong sekarang juga. Aku tak tahu kenapa, kenapa dorang suruh balik. Mujurlah sahabat aku itu yang tolong belikan tiket bas. Kalau tidak tak menang tangan aku nak kerjakannya.

Bas aku telah pun keluar dari Highway PLUS. Ini bermakna lagi 2 jam 30 minit aku sampai ke kampong. Seronok gak balik kampong naik bas. Kebiasaannya naik kereta dan aku tak lalu pun kampung-kampung nie. Boleh juga aku tengok-tengok kampong orang. (Dah malam nak tengok apa nyer. ehehehe...)

Bas aku telah berhenti disebuah station bas untuk menurunkan penumpang. Ini bermakna lagi 2 jam aku sampai kampong dan aku perlu tempuhi 1 daerah lagi untuk sampai kampungku. Uhuhuhu… Tak sabar rasanya nak sampai rumah. Boleh jumpa kawan-kawan aku. Itu pun kalau dorg ada balik kampong sekali.

Bas aku mula bergerak. Kini menuju ke satu daerah yang perlu aku tempuhi. Uhuhuhu.. Tak sabar dah nie. Di kala aku bermonolog, aku biarkan gadis itu, aku tak dapat melihat wajahnya lagi kerana kegelapan malam menyelebungi bas. Ketika sedang memikirkan kenapa orang tuaku menyuruhku balik kampong.

Tiba-tiba terdengar esakan dari gadis di sebelahku. Aku terasa serba-salah dan kerana simpati aku beranikan diri untuk bertanya kepada dirinya. Hmmm… Rupa-rupanya keluarga si gadis itu telah mengaturkan pertunangan untuknya


"Tahniah.. tapi mengapa perlu bersedih, sepatutnya saudari merasa gembira dengan berita pertunangan ini atau mungkin saudari sudah ada pilihan lain agaknya".. ujarku sambil menduga gadis tersebut.


Gadis itu menyeka air matanya.."Saya sedih kerana khuatir calon yg dipilih oleh keluarga saya itu bukannya seorang muslimin, iaitu seorang lelaki yg betul-betul berpegang dengan tali-tali Allah. Saya hanya mengharapkan seorang lelaki yg dapat membimbing saya ke arah kebaikan".

"Erm.. saudari dah pernah berjumpa ke dengan calon suami saudari tu? InsyaAllah.. ana pasti si dia tu adalah lelaki yg soleh".. aku cuba menenangkan gadis berkenaan.

"Belum lagi. Jika benar dia seperti apa yg anta katakan tu.. syukur ana pada Ilahi. Anta tahukan.. tiada yg lebih berharga bagi seorang muslimah melainkan dapat bersuamikan mereka yg beriman. Ana bukanlah bercita2 tinggi utk mencari lelaki yg wara’ tapi cukuplah jika kehadirannya dalam hidup ana ini akan membuatkan ana lebih hampir kepada Al-Khaliq.”

Aku tersenyum.. beruntung bagi lelaki yg akan memperisterikan gadis ini.. Dia bukan saja beriman malah bijak juga berkata2.. “InsyaAllah..ibubapa anti tentu arif dengan kehendak anaknya dan ingatlah anti, tiada ibubapa yg ingin anaknya hidup susah”. Aku cuba mengerling wajah gadis di sebelahku namun wajah itu tersembunyi dalam kegelapan malam dan dari tadi wajah itu asyik memandang ke luar tingkap di sebelahnya.

“Jika anti sangsi tentang keimanan lelaki tersebut, ujilah dia dengan kebijaksanaan anti. Islam juga membenarkan gadis membuat pilihan… ia tidak tertakluk pada kaum adam sahaja. Dan yang penting jangan sesekali anti lupa mengerjakan solat istikharah meskipun anti telah bertunang dengannya. Kerana jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan, selagi belum diijabkabulkan..selagi itulah anti perlu tekun dgn solat sunat tersebut, moga anti diberikan petunjuk.. insyaAllah..” ujarku dengan panjang lebar.


Tersenyum gadis di sebelahku…”Terima kasih atas kata-kata nasihat itu, insyaAllah akan ana jadikan azimat utk meneruskan hidup ini”, ujarnya dengan penuh bersemangat. Tiada lagi esakan darinya dan kupasti hanya senyuman manis menghiasi bibir.


Selepas itu keadaan menjadi sepi. Kubiarkan gadis itu melayan perasaannya. Fikiranku juga melayang mengingatkan keluarga di kampung. Tanpa kusedar, perjalanan yang hampir 1 jam itu telah sampai ke destinasi gadis itu. Dimana bas kami berhenti disebuah station bas.


Sebelum turun dari bas, sempat ku berpesan kepada gadis tersebut, “Saudariku… Andai saudari menerima pinangan tersebut, ikhlaskan cinta itu semata-semata untuk mendapat keredhaan Illahi. Moga saudari berjaya membina Baitul Muslim yg diidamkan..”


“Terima kasih. Alangkah indahnya andai bakal tunangan ana mempunyai peribadi seperti anta. Assalamua'laikum..” ujar gadis itu perlahan.


“Waalaikumussalam… insya-Allah, berdoalah pada Illahi.” Mataku sempat menatap sebujur wajah lembut di hadapanku itu… “MasyaAllah… Ayunya gadis di hadapanku ini”, ujarku di dalam hati. Keayuaan itu seakan terserlah di sebalik tudung labuh berwarna biru muda yg dipakainya.



**********************

“Erm… ada masalah apa mak dan ayah suruh Man pulang ke kampung dengan segera ni” tanyaku kepada kedua ibubapaku. Kepenatan yg terasa ketika dalam perjalanan tadi hilang apabila dapat menatap wajah mereka berdua. Ibu bapaku hanya tersenyum. Aku memandang mereka dengan seribu persoalan.


Rupanya mereka telah memilihkan seorang calon isteri buatku. Terkesima aku dibuatnya. Patutlah beria-beria benar suruh aku pulang, mujur cutiku masih banyak lagi. Ibu mengatakan bakal tunanganku itu seorang gadis yang baik akhlaknya dan tempat tinggalnya tidak jauh dengan kita. Lantas ibu menghulurkan sekeping gambar.



Sebaik menatap gambar tersebut, terngiang-ngiang kata-kata gadis yangg ku jumpa dalam bas tadi … “Alangkah indahnya andai bakal tunangan ana mempunyai peribadi seperti anta…”



“Ibu, siapa nama gadis ni bu…?” ujarku dengan nada gembira. Alahai..kenapalah aku lupa untuk bertanya nama gadis yg duduk di sisiku dalam bas tadi.



Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian

Penentu jodoh pertemuan

Seandai dirinya tercipta untukku

Relaku menjadi miliknya.



Kurniakan daku serikandi

Penyejuk di mata penawar di hati

Di dunia dialah penyeri

Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi

Kasihnya bukan keterpaksaan

Bukan jua kerana dunia

Mekar hidup ini disiram Nur Kasih



Lagu kegemaranku.. "Nur Kasih".. nyanyian kumpulan In-Team... berkumandang dicorong radio.

6 comments:

Anonymous said...

syukur...alhamdulillah....selepas ana membaca cerpen anta..ana rasa cerpen ini bagaikan bukan rekaan sahaja.... =)
ana mendoakan agar anta memperolehi gadis yang anta idam-idamkan...

Panglima Kungfu said...

haihh... ini cerita rekaan aje...
thanks krna mendoakan ana...
anta/anti juga begitu ana doakan..

Anonymous said...

A happy ending story..^_^
rekaan ke berangan..oops! hehe..

KEBETULAN..
i keep questioning myself..does COINCIDENCE really exist? bukankah setiap jodoh dan pertemuan itu telah direncanakan oleh ALLAH SWT?
hurmmmmmmmm??????

Panglima Kungfu said...

haishh...rekaan jelah

ok lah,pasal rekaan. Itu cuma adalah rekaan semata-semata... psl berangan itu susah nk dinafikan, ia juga boleh dimaksudkan cita2(ada usaha mendapatkannya)...

sy bg contoh keadaan berangan+cita2 yg sy maksudkan td. Anta/i pernah melihat sebuah rumah cantik bukan?. Anta/i mungkin juga berangan utk memiliki dan mendiami kediaman seperti itu bukan?. Asbab anta/iberbuat demikian ialah benda itu realiti(wujud). Apabila perasaan itu ada dan benda itu wujud. Tidak mustahil kita ada cita-cita utk mendapatkannya.

Begitu juga dengan gadis dan pemuda yang baik. Sejak dizaman Rasulullah dan sahabat lagi, mereka-mereka itu telah muncul. Dan telah pun dicatatkan dalam sejarah Islam.

Sy rasa, berangan+cita2 itu tak akan muncul jika sesuatu itu tidak wujud.

Macam syurga dan neraka. Dlm al-Quran telah pun mengambarkan keadaan tempat itu. So apakah tindakan anta/i sekalian??


Berkenaan nama tajuk, mase tue tataw nk bubuh ape...so tulis je lah, takdir atau kebetulan...lg 1 satu, baru teringat nie...sepatutnya sy bubuh suratan atau kebetulan..mcm nama lagu..ehehe

Yup. Jodoh, ajal maut dan rezeki telah pun ditulis untuk hambaNya.. =))

Anonymous said...

eh...x salah berangan..
kerana...
dari berangan itulah datangnya harapan..
dari harapan timbulnya matlamat..
dari matlamat wujudnya iltizam..
dari iltizam membuahkan usaha..
dari usaha menggandakan doa,
dari doa meningkatkan tawakal..
tawakal kepada ALLAH SWT..

hurmm..sekurang2nya..
berangan membuka jalan untuk bertawakal kepadaNYA..
wallahualam..

p/s: jgn berangan lebih2 dah la ek..nt tumbuh jerawat..hehehe..

Panglima Kungfu said...

acah melayu je tue..berangan, tumbuh jerawat..ehehehe

Related Posts with Thumbnails