From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Sunday, 8 June 2008

Apabila Lelaki Ini Bersendirian

Yang kucari


Macam-macam perkara bermain difikirannya.


Tatkala dia teringat akan gadis yang telah berjaya menarik hatinya. Lalu lelaki itu terus tersenyum. Dia tertarik pada gadis itu bukanlah pada rupa parasnya, walaupun gadis itu mempunyai wajah yang manis. Tidak sekali dia berfikir begitu dan jika orang bertanya kepadanya kenapa dia terpikat pada gadis itu. Yang pasti jawapannya tetap sama iaitu bukan wajahnya yang jadi ukuran. Pada hal ada lagi gadis-gadis yang lawa-lawa yang dia kenali sebelum dan selepas mengenali gadis tersebut.

Itulah pengakuan yang jujur dia lontarkan jika mana-mana orang mahu mengetahui gerangan siapakah yang berjaya mendambat hatinya. Pada mulanya, dia melihat gadis itu buat pertama kalinya. Hatinya mula tersentuh. Hatinya tertawan. Kerana terjumpa gadis yang ciri-ciri didambakannya dimiliki gadis itu. Jadi tidak hairanlah jika dia terjumpa mana-mana gadis yang lain, dia akan mencari lain. Katanya, ini tidak jujur namanya. Walaupun dia dan gadis itu tidak mempunyai ikatan yang sah.

Tetapi itu tidak menjadikan penghalang untuk dia mendambat hati gadis itu. Niatnya ikhlas, mahu memperisterikan gadis itu menjadi isteri yang solehah dan mahu anaknya di didik ibu yang menyayang. Sungguh sukar untuk dekati gadis sepertinya. Bila nak borak-borak, cuma bila ada keperluan sahaja iaitu yang penting-penting sahaja dan kalau boleh tangguh, bawa bersabar.

Gadis ini seorang yang simple sahaja. Dari segi pemakaian, al-Hamdulillah, segala-segalanya tertutup. Tingkah-lakunya yang sopan dan baik. Bila bercakap, nadanya lembut tapi tidaklah dimanjakan. Tegas dalam hal-hal campur-gaul sesama manusia. Bersifat kepimpinan (bukannya Queen Control) dan keibuan.

Melihat wajahnya yang berseri, membuatkan lelaki ini berfikir. Mungkin gadis ini menjaga wudhuknya. Melihat matanya yang bersih bersinar, membuat lelaki ini berfikir lagi, mungkin gadis ini menjaga pandangan yang tidak sepatutnya dilihat. Lelaki ini membuat kesimpulan, hati dan pemikiran gadis ini masih terjaga dari anasir jahat. Lelaki ini diam sebentar, berfikir sejenak. Adakah pandangan-pandangan ini disebabkan mabuk cinta??.. Astagafirullah al'azim, cepat-cepat dia alihkan pemikiran yang dia ini mabuk cinta.

Kehadiran gadis itu, membuatkan dia dalam keadaan teruji. Membuatkannya dia terkeliru. Lelaki ini mahu agar perkenalan yang dilakukan lelaki ini terhadap gadis itu berada dalam keadaan yang selamat dan diredhaiNya.

Bagi lelaki ini hanya gadis itu yang sedang dia dambakan dan berdoa pada Allah agar dijodohkan bersama gadis pilihannya.




6 comments:

Anonymous said...

hurm.....
cerita nie btul2 menarik minat aku.....
tp ia juga telah menimbulkan rs ingin th d dlm diri aku....
cerita ini rekaan atau kebetulan....
cerita ini mcm kisah hidup ko jer....
aku rs sesuatu lah...
ehehehehe.........

wan said...

Tiada rekaan. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stoking kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.

Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

ain said...

hmm...aku suke citer ko ni...
jujur,ikhlas dari hati,bagus,penyusu nan ayat mantap...cume pitching lari cket..haha...
ok2...mood serious....
skarang,aku dah faham la kenapa ko selalu ckap pasal dia...
btw...aku doakan lah agar niat yg suci ko ni diperkenankan oleh DIA...
amiin....

wan said...

Thanks.. :-)

walk_by_faith said...

(comment sebelum2 ni ader error agaknyer..xpe lah, type lg..)

x sangka ye..dalam diam..hehe..
nothing much to say..just wanna share..(peringatan buat diri sendiri juga..)hehe..

"Harapan..
Betapa tinggi pun yang disandarkan..
Jangan pernah kecewa jika penghujungnya tidak seperti yang diimpikan...
Redha lah...dan yakin lah..
Bahawa ALLAH SWT telah menetapkan pasangan yang terbaik untuk setiap hambaNYA..
sama ada untuk menyayangi atau untuk disayangi,
untuk membimbing atau untuk dibimbing.."

wan said...

Thanks... madahnya penuh nasihat...

Related Posts with Thumbnails