From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Monday, 16 June 2008

"Hey orang muda..."

13 Jun...

Alhamdulillah. Maghrib & Isyak aku telah diberikan kelapangan utk bersolat di rumahNya..(Kebiasaannya aku blk lmbt)..

Alhamduillah... Aku diberi ruang masa bersolat di Masjid Darul Iman Telok Gadong... Seperti biasa, selepas solat fardhu dan bacaan wirik & doa akan diadakan pula majlis ilmu. Tajuk pada kuliah hari ini ialah Tafsir, menceritakan tentang surah Al-Khafirun yang diceramahkan oleh bekas Imam Masjid Negeri Selangor, Tuan Hj Mohyi Omar.

Disini aku nak kongsi apa yang terdapat di dalam tafsir tersebut:

Surat Al Kaafiruun terdiri atas 6 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah, diturunkan sesudah surat Al Maa'uun. Dinamai Al Kaafiruun (orang-orang kafir), diambil dari perkataan Al Kaafiruun yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Pokok-pokok isinya:
Pernyataan Tuhan yang disembah Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut-pengikutnya bukanlah apa yang disembah oleh orang-orang kafir, dan Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan menyembah apa yang disembah oleh orang-orang kafir.

1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."

Surat Al Kaafiruun mengisyaratkan tentang habisnya semua harapan orang-orang kafir dalam usaha mereka agar Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan da'wahnya. HUBUNGAN SURAT AL KAAFIRUUN DENGAN SURAT AN NASHR Surat Al Kaafiruun menerangkan bahwa Rasulullah s.a.w. tidak akan mengikuti agama orang-orang kafir, sedang dalam surat An Nashr diterangkan bahwa agama yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. akan berkembang dan menang.

Semasa kelas tafsir berjalan. Pak Imam mengira kehadiran jemaah yang ada disitu. (Watak pak imam ini lucu orangnya. Kekadang terhibur juga dengan wataknya itu.) Setelah dikira, cuma 21 jemaah sahaja yang hadir. Dia kata berbaloi juga lah dia datang jauh2 (dr Shah Alam) sebab nak sampaikan ilmu. Dan dalam ramai2 jemaah itu, memuji dan berpesan kt 3 orang anak muda datang bersembahyang dan pelajari ilmu agama.

Katanya, cukuplah anak-anak muda. Kamu dikala pagi dan petang pergi mencari nafka zahir. Pada sebelah malam pula kamu mencari nafkah batin kamu. Di mana kamu tidak dapat lihat hasil didunia tetapi hasilnya diakhirat. Bersabarlah kamu dengan nikmat dunia. Biarlah rakan2 kamu berkata kamu ini ketinggalan zaman dan sebagainya. Usahlah kamu khuatir & bangga penilaian dr manusia, khuatir & bangga lah pernilaian dr Allah SWT. Kuncilah hatimu dengan mengingati Allah dan rajin2lah datang ke masjid (moga kata2 itu menjadi doa yang dimakbulkan, ameen...)

Pak imam juga menerangkan bagaimana keadaan dengan dunia sekarang, hiburan yang sah2 nampak kemaksiatannya disiarkan di media masa, sumbang mahram, perlaksanaan hukum yang tidak menyeluruh(Al-Quran dan Hadith)

Dan Kami tetapkan bagi mereka teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka[1333] dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jinn dan manusia, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi.

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Quran ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan mereka."

(41. Fushshilat, 41:25-26)

[1333]. Yang dimaksud dengan yang ada di hadapan ialah nafsu dan kelezatan di dunia yang sedang dicapai, sedang yang dimaksud dengan di belakang mereka ialah angan-angan dan cita-cita yang tidak dapat dicapai.

Bagiku tiada toleransi dalam hal keimanan dan peribadatan. Aku harap, sepanjang kehidupan aku dan yang akan datang berjalan mengikut syariat Islam. Nikmat Islam yang menyelubungi diriku. Aku tidaklah mahu jadi agamaku itu agama yang diwarisi(keturunan). Aku tahu hukum itu hukum ini, yang halal dan yang haram. Jika aku terus tinggalkan(belajar & melaksanakan) ilmu yang aku pelajari. Terang-terangan aku melanggar perintahMu. O Tuhan, Kau pun tahu bukan punca permasalahan umat datang dari tangan manusia itu sendiri. Walaupun aku dilahirkan selepas kejatuhan Islam 1924. Aku terasa keperitan itu dan aku terasa juga bahang(semangat) umat Islam masih belum terpadam, bilangan mereka ini kecil aje. Aku tahu, hanya dengan sistem Khilafah Islam sahaja yang dpt menyelamat umat. Baik dari segi aqidah, akhlak, ekonomi dan sebagainya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails