(An Nuur, 24:64)
Kali ini saya nak kongsi pendapat/pandangan/pengalaman saya sepanjang tempoh umur 21 tahun ini. Saya memilih tajuk ini bukanlah nak tunjukkan saya ini bagus. Tetapi adalah pemerhatian saya terhadap gelagat manusia yang konon maju.
Semasa zaman saya sek dahulu. Perempuan2 sek bertudung. Nak katakan yang betul2 bertudung memang ada, tetapi bilangannya kecil.(Ok stop). Apabila saya tengok mereka2 ini bertudung, kira ok lah tue. Tetapi apabila di luar sek. Hmmm, ada jugak yang tanggal2kan tudungnya. Tak tahu kenapa. Yang menjadi tanda tanya saya ialah kenapa antuna buat sedemikian?? Bagaimanakah tahap pemikiran antunna terhadap Allah??
Kenapa antunna buat sedemikian??:- Adakah antunna bertudung atas nama antunna budak sek?? atau disebabkan undang2 sek mewajibkan yang perempuan Islam bertudung?? (antunna kena faham undang2 itu siapa yang perintahkan??) Atau pun sekadar ikut-ikutan oleh kawan-kawan antunna??..
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
(An Nuur, 24: 31)
Bagaimanakah tahap pemikiran antunna terhadap Allah??:- Antunna bertudung di tempat belajar/majlis ilmu dan diluar tempat belajar/majlis ilmu tidak pulak antunna bertudung. Bermakna pemikiran antunna terhadap Allah begitu rendah. Adakah antunna lupa bahawanya Allah Maha Mengetahui apa yang keluar dan masuk dibumi. Sepertimana di dalam firmanNya:
Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ´arsy[1453] Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya [1454]. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(Al Hadiid, 57:4)
[1453] Bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dsan kesucian-Nya.
[1454] Yang dimaksud dengan yang naik kepada-Nya antara lain amal-amal dan do´a-do´a hamba.
Ketahuilah bahawa menutup aurat itu WAJIB. Janganlah selalu mengikutkan perasaan/hati sahaja. Gunakanlah akal fikiran yang dikurniakan Allah. Kita manusia istimewa jika dibandingkan dengan makhluk lain. Sebab itulah kita diberi darjat untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini. Jika dibandingkan dengan haiwan. Jasad, nafsu dan hati kita ada sama. Akal kita ada, haiwan tidak ada.
Kenapa ek??
Ok lah. Kita imbas kembali sejarah Islam dahulu. Sewaktu arak belum diwahyukan sebagai haram. Ramai umat2 ketika itu minum arak(ketika belum dikatakan haram). Terdapat suatu hari itu, seorang umat ini mabuk ketika solat. Hinggakan bacaannya tidak difahami oleh orang lain. Lalu turunlah wahyu memberitahu bahawa arak itu adalah haram diminum. Ketika itu arak memang banyak. Apabila mereka mengetahui arak itu haram. Dengan segera mereka musnahkan tempayan2 arak tersebut. Mereka tidaklah menghabiskan arak-arak yang sedia tersimpan di tempayan2 lalu berhenti(mengharamkan bagi diri) minum. (Orang kata, rugi nie kalau tidak dihabiskannya). -Begitulah keadaan orang yang tinggi pemikirannya terhadap Allah dan tunduk hatinya terhadap Allah.
Begitu juga dengan perintah menutup aurat. Tak kan lah nak tunggu seru, baru nak pakai. Sampai bila hah?? Janganlah sampai hati kita diterbalikkan(dikeraskan), semata-mata nak tunggu seru.
- Aurat bukan 1 isu remeh kerana ada ayat alQuran dan hadith menekankan tentang aurat.
- Perbuatan zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami-isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah semuanya bermula dari terdedahnya aurat.
- Tujuan Islam mewajibkan umatnya menutup aurat:
1) Perbezaan dengan binatang
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (Al A'raaf, 7: 26)
Ø Penutupan aurat ditujukan kepada semua anak Adam.
Ø Mereka yang berpaling dari arahan ini, secara tidak langsung sebenarnya telah menjatuhkan maruahnya sama tahap dengan binatang yang tidak berakal.
2) Agar kaum wanita tidak disakiti.
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-Ahzab, 33: 59)
3) Tanda seorang penganut Islam.
4) Tanda profesionalisme Islam dalam sistem pemakaian.
Wallahulam..
Kat sini saya nak kongsi artikel berkenaan dengan Nilai Tudung Wanita.
sumber: Darul Nu'man
Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
3 comments:
nice article..thanks for reminding..
mcm pernah terbaca la certain2 part dlm article tu..translated, isn't it? ^_^
yg atas2 tu merupakan pndpt sy(dr atas smp lah gmbr tudung). Thanks for the comment n sudi baca blog ini.
hari -hari baca... ^_^
berckp ttg aurat..bkn nk mempertikai atau nk memperlekeh niat yg baik, cuma kdg2 terkilan jg..segelintir perempuan (sy ulangi..SEGELINTIR) mnjadikan "lepas kahwin" sbg starting line utk bertudung..taat perintah suami, nak jadi isteri solehah dijadikan alasan utama..
sgt mengecewakan..apa bezanya kalau sebelum kahwin..??kenapa xnk jadi anak yg solehah..taat perintah ibu bapa..?? apatah lagi tuntutan agama yang MEWAJIBKAN menutup aurat??
bagaimana ye..respon yg mcmane patut kita bg..sbb kdg kala, mereka ini di kalangan org2 yg kita syg..
ada cadangan??
Post a Comment