Dah sepatutnya kena tegur… Bila lagi kalau tak sekarang…
Dah sepatutnya kena sedar... Bila lagi kalau tak sekarang...
Dah sepatutnya kena bertindak... Bila lagi kalau tak sekarang...
Apabila kau ditegur tentang kebaikan oleh rakan sebayamu. Anggaplah mereka ini kasihkan kamu, bukannya tunjuk baik. Apabila kau ditegur oleh orang muda dari kamu. Anggaplah itu kata-kata orang yang masih sedikit dosanya berbanding kamu. Apabila kau ditegur oleh yang lebih dari kamu. Anggaplah mereka ini telah banyak beramal daripada kamu.
Aku cuma mahu berkongsi apa yang berlegar di kepala aku sendiri. Bersiap sedia bertindak apabila seru diperintahkan. Diperintahkan oleh Khalifah yang dibait oleh umat manusia.
Aku lihat…
Anak-anak muda apabila bergaul. Ntah apa-apa tah. Yang perempuannya free hair. Yang lelaki berseluar katok. Lemahnya Islam apabila pemuda-pemudanya berkelakuan begini.
Disaat ummat memerlukan kita. Memerlukan tenaga kita. Kita sibuk terkinja-kinja disana-sini. Masih mementingkan diri sendiri. Masih memikirkan bagaimana hendak menambah periuk nasi. Lebih cemerlang lagi membuat target yang telah dijadualkan.
Kita hanya cakap kata-kata kesat kepada pihak kafir; “Bodoh, cilaka, lahnat, siap ko, boikot barang ko, bakar bendara ko”.. Tapi apakah tindakan susulan kita wahai pemuda Allah? Sebelum kita dilahirkan dimuka bumi ini. Kita telah bersumpah mahu menjadi Khalifah dibumiNya. Makhluk-makhluk lain tidak punya upaya untuk memikul tanggungjawab ini. Cuma manusia yang angkuh ini yang berkata sanggup, kemudia kita diberikan jasad untuk memudahkan urusan-urusan dibumiNya.
Tetapi sekarang bagaimana?? Adakah dengan menderma wang ringgit kepada saudara kita dan solat hajat. Kita merasakan mereka ini selamat/selesa?? Sesekali tidak. Mereka mahukan tenaga kita. Di mana tenaga-tenaga pemuda Islam!! Di mana kalian!! Situasi yang bagaimanakah yang menyebabkan korang bertindak membela agama Allah. Mengorbankan tenaga kalian untuk berkhidmat di jalan Allah??
HUhhh… Kalian masih terkinja-kinja dengan maksiat. Sanggup berdiri lama-lama dan juga di tengah hari semata-mata mahukan hiburan maksiat.
Dalam Al Quran terdapat banyak kisah pemuda dalam menegakkan kebenaran.
” Mereka berkata:Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim”.
Ibrahim sememangnya menentang keras kebiasaan kaumnya yang menyembah sesuatu selain Allah. Ia mencela patung-patung sembahan mereka yang sama sekali tidak memberi manfaat dan hanya mendatangkan mudharat. Dalam surah Asy Syu’ara ayat 72, diceritakan bagaimana pemuda Ibrahim berdebat mengenai cara
kaumnya berfikir.
“Berkata Ibrahim : “ Apakah berhala-berhala itu mendengar sewaktu kamu berdoa kepadanya?Atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?” Mereka menjawab, Sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian”.
Jelaslah bahawa mereka menyembah berhala-berhala itu kerana taqlid buta semata-mata, tanpa ilmu. Ibrahim lantas menjelaskan siapa yang sesungguhnya berhak disembah.
Berkata Ibrahim, (mulai ayat 77),
“Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan semesta alam. Yang telah menciptakan aku , maka Dialah yang menunjukkan aku dan Tuhanku yang Dialah memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkanku”.
Bukan hanya berdebat, malahan Ibrahim juga bertindak. Ayat dari surah Al Anbiya menceritakan,
” Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar dari patung-patung yang lain, agar mereka (kaum itu) kembali bertanya kepadanya”.
Ketika mereka menangkap Ibrahim dan menuduhnya merosakkan berhala itu, Ibrahim meminta mereka untuk bertanya kepada berhala besar yang masih tertegak itu. Sudah tentu meraka tidak mahu melakukan kerana mereka tahu bahawa berhala itu tidak dapat berbicara.
”Kemudian mereka tertunduk (lalu berkata), “Sesungguhnya kamu Ibrahim telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara” (ayat 65). Akan tetapi mengapa masih disembah? “Ibrahim berkata,Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu?
Al-Quran juga menceritakan tentang ketabahan Yukabid yang melahirkan Nabi Musa AS dengan penuh ketakutan dan kebimbangan, Bidan yang membantunya terbuka hatinya dan mengasihinya sehingga sanggup berjanji untuk merahsiakan perkara tersebut dari tentera Firaun yang kejam lagi zalim. Hari terus berlalu, Yukabid semakin risau sedangkan anaknya semakin besar, takut-takut dia dirampas dan disembelih sebagaimana yang berlaku ke atas puluhan ribu anak-anak yang lain. Turun wahyu Allah SWT
“Masukkanlah dia ke dalam peti, dan buangkanlah dia ke dalam sungai, nanti akan diambil musuhKu dan musuhnya”.
Yukabid merasa lapang sedikit kerana menerima wahyu dan tanpa teragak-agak dia terus melaksanakannya. Dia membuat satu peti yang dicat dengan minyak tar, lalu diletakkannya anaknya dalam peti lalu dihanyutkan ke dalam Sungai Nil. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya, hati Yukabid amat pedih melihatkan peti tadi dibawa arus, entah hidup atau tidak anaknya dibawa arus, umpama menyelamatkan Nabi Musa dari pedang Firaun tapi diserahkan pula ke mulut ikan, atau dibawa arus bergelora tanpa arah
yang diketahui. Yukabid tiada berdaya, dia pasrah kepada Allah SWT. Dia pasti Allahlah
yang akan menyelamatkannya.
Peti itu sampai ke taman istana Firaun dan ditemui oleh dayang-dayang lalu dibawakan
kepada Asiah, isteri Firaun yang soleh. Asiah terharu dan merasakan anak itu adalah anaknya sendiri tambahan pula dia tidak mempunyai anak. Dia merayu kepada Firaun agar anak ini tidak dibunuh.Surah Al-Qashash, ayat 9:
“Cahaya mata untuk aku dan engkau! Janganlah bunuh dia! Semoga dia berguna kepada kita, ataupun kita dapat jadikan dia anak kita!”.
Akhirnya Firaun mengalah dan Asiah amat gembira menjadikan anak ini sebagai anak angkat, lalu mencari ibu yang boleh menyusukannya. Yang menghairankan , anak kecil itu tidak mahu disusukan walaupun telah banyak para penyusu dipanggil satu demi satu. Maryam, seorang lagi anak perempuan Yukabid, telah menawarkan diri untuk menunjukkan seorang penyusu, lalu bersama pengawal telah pergi menemui Yukabid, anak kecil itu disambutnya dan disusui sehingga kenyang. Atas permintaan Asiah , Yukabid bersetuju menjadi penyusu anak kecil itu.Yukabid hamper tidak percaya peristiwa itu benar-benar berlaku bahawa dia dapat bertemu kembali dengan anaknya itu, tetapi itulah janji dan rahmat Allah kepadanya dan anaknya.
“Maka Kami kembalikan dia(Musa) kepada ibunya, supaya dia bersenang hati, dan tiada berdukacita, dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah itu adalah benar, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”.
Dia yakin dengan Allah SWT dan tabah menjalani ujian besar itu untuk menyelamatkan anaknya yang akan memikul salah satu perutusan dari Allah SWT.
Pemuda-pemudi di Awal Dakwah Islam.
Nabi Muhammad SAW ketika diangkat menjadi Rasul berumur empat puluh tahun. Pengikut beliau yang merupakan generasi pertama, kebanyakan merupakan golongan
pemuda-pemudi malahan ada yang masih kanak-kanak. Mereka dibina oleh Rasullullah setiap hari di Darul Arqam. Diantaranya adalah Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam, yang paling muda, kedua-duanya berumur 8 tahun, Thalhah bin Ubaidillah (11), al-Arqam bin Abi Al-Arqam (12) Abdullah bin Mas’ud (14), yang akhirnya menjadi salah seorang ahli tafsir terkemuka, Saad bin Abi Waqqash (17), yang kemudiannya menjadi panglima perang Al-Qhadhisiah melawan kuasa besar Persia, Jaafar bin Abi Thalib (18), Zaid bin Haritsah (20), Mush’ab bin Umair (24), Umar bin Khattab (26), Abu Bakar ash Siddiq (37), Hamzah bin Abdul Muthalib (42), Ubaidah bin Al Harits yang paling tua diantara para sahabat, berusia 50 tahun.
Dan masih terdapat puluhan ribu pemuda-pemudi lain yang terlibat aktif dalam dakwah menegakkan panji-panji Islam Al-Rayah di masa hidup Rasullullah. Umumnya, mereka adalah pemuda-pemudi, bahkan remaja yang baru meningkat dewasa. Dan tidak sedikit diantara mereka telah berperanan penting di usia mudanya. Usamah bin Zaid, ketika berusia 18 tahun, diangkat Nabi sebagai komandar pasukan Islam ketika menyerbu Syam. Padahal diantara pasukan Islam masih terdapat sahabat-sahabat seperti Abu Bakar Umar al- Khatab yang lebih tua darinya. Begitu juga Abdullah bin Umar. Jiwa perjuangan Islam telah menguasainya sejak umur 13 tahun. Suatu ketika Rasulullah ketika menyiapkan pasukan untuk perang Badar, datang kepada Rasulullah dua remaja Islam, Abdullah ibnu Umar dan Al-Baraq meminta agar diterima sebagai anggota pasukan Islam tetapi Rasulullah menolak kerana mereka masih kanak-kanak. Tahun berikutnya menjelang perang Uhud, mereka datang sekali lagi kepada Rasulullah untuk tujuan yang sama. Hanya Al-Baraq yang diterima. pada perang Ahzab barulah Ibnu Umar diterima sebagai anggota pasukan Islam (Shahih Bukhari).
Banyak juga dikalangan pemudi yang menjadi teras dalam perjuangan di peringkat awal dakwah Rasulullah SAW seperti Siti Khadijah binti Khuwailid, Siti Aisyah binti Abu Bakar – isteri Nabi Muhammad SAW, Fatimah - adik kepada Umar al - Khattab, Sumaiyah binti Khayyat, dan ramai lagi.
Pemuda-pemudi gagah berani, yang hidupnya semata-mata hanya bagi kejayaan dan kemuliaan Islam dan pemuda-pemudi seperti itulah yang sanggup memikul beban da’wah dan bersedia berkorban menghadapi berbagai ujian dan siksaan dengan penuh kesabaran. Mereka mendapat kebaikan, keampunan dari Allah dan syurga yang tak terkira nikmatnya. Mereka itulah yang disebut sebagai orang-orang muflih(beruntung).
“Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang memperolehi bermacam-macam kebaikan dan mereka itulah orang-orang yang beruntung” ( TMQ At-Taubah : 88).
“Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalanku (kerana mengebang da’wah Islam) yang berperang dan yang dibunuh, pasti akan Aku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pasti Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Sebagai pahala di sisih Allah. Dan di sisi Allahlah terdapat pahala yang baik”
(TMQ Ali-Imran: 195)
MASA DEPAN DI TANGAN ISLAM
Berdasarkan dalil-dalil yang kuat, diyakini Islam akan melingkupi seluruh dunia dimasa
depan.
“Dialah yang mengutuskan rasulnya (dengan membawa ) petunjuk yang benar dan agama yang hak untuk dimenangkanNya diatas seluruh agama walaupun orang-orang musyrik membencinya “
(TMQ At-Taubah: 33)
“Sesungguhnya Allah telah memberikan bagiku dunia ini, baik ufuk Timur maupun
Barat. dan kekuasaan umatku akan sampai kepada apa yang telah diberikan kepadaku
dari dunia ini”
(HR. Muslim)
“Perkara ini (agama Islam) akan merebak ke segenap penjuru yang ditembusi malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun baik gedung maupun gubuk melainkan melainkan Islam akan memasukinya sehingga dapat memuliakan agama yang mulia dan menghinakan agama yang hina. yang dimuliakan adalah Islam dan yang dihinakan adalah kekufuran”
(HR Ibnu Hibban)
Bila kejayaan Islam masa lalu muncul akibat da’wah Islam yang banyak ditunjangi oleh
para pemuda pemudi Islam yang memiliki sifat dan sikap perjuangan yang gigih yang sanggup tanpa mengira siang dan malam demi kepentingan Islam. Maka demikian juga masa depan Islam. Sunnahtullah tidak pernah berubah. Siapa yang unggul dialah pemimpin ummat Islam masa lalu, terutamanya para pemuda-pemudi unggul kerana mereka benar-benar memeluk Islam secara Kaffah, lurus aqidahnya dan penuh ketaatannya pada syariatnya. bagaimana dengan pemuda-pemudi Islam sekarang?
Pemuda-pemudi Islam sekarang hidup dalam lingkungan jahiliah disekitarnya berlaku tentangan kehidupan tidak Islam dalam hamper semua aspek kehidupan, disertai dengan proses melenyapkan islam melalui media
Di bidang politik, penyebaran nasionalisme yang menyebabkan kaum muslimin terpecah belah. Bila tidak waspada, pemuda-pemudi Islam masa kini akan dengan mudah terasing dari deennya. Ajaran- ajaran Islam tentang pakaian , makanan politik dan sebagainya, ditanggapinya sebagai pikiran dan seruan yang asing. Bila demikian keadaan pemuda-pemudi Islam sekarang, bagaimana akan dapat diharapkan kejayaan Islamdi masa depan sebagaimana telah dijanjikan Allah?
Dulu, (Imam) Syafii telah hafal Al Quran pada usia sekitar 9 tahun dan mulai diminta ijtihadnya pada usia kira-kira 13 tahun., sebelum akhirnya ia menjadi mujtahid, imam madzhab yang terkemuka.Hassan Al Banna mendirikan gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun. Usamah bin Zaid pada usia 18 tahun telah memimpin pasukan perang Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam pada usia 8 tahun telah terlibat dalam perjuangan.
Kini, apakah yang sedang dilakukan dan dipikirkan oleh remaja berusia 8 hingga 18 tahun dan pemuda-pemudi berusia 23 tahunan? Remaja dan pemuda-pemudi sekarang lebih banyak aktif untuk memuaskan nafsu remaja semata-mata.
Lihatlah cara berpakaian mereka, cara bergaul, kreativiti dan sejenisnya. Gambaran remaja dan pemuda-pemudi yang tampil di berbagai media, tak ada bezanya antara mereka (yang mengaku Muslim) dengan artis-artis yang jelas menyebarkan kekufuran dan kesesatannya, reality inilah yang terpampang di depan mata dan telinga kita.
Jelas, dan sangatlah jelas, perlunya kebangkitan umat, khususnya dari kaum mudanya, bila kita semua menginginkan kejayaan Islam kembali. Diperlukan pemuda-pemudi Islam sekualiti para sahabat yang memiliki komitmen tauhid yang lurus, keberanian menegak
Wallahua’lam
1 comment:
mau ikutan belajar tentang islam nee
Post a Comment