From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Tuesday, 19 August 2008

Hormati Hak Orang Melayu?


Isnin, 18 Ogos 2008 23:21
SEREMBAN: Seminar Islam dan Cabaran Semasa sempena Muktamar Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Ke-37 yang berakhir di sini, kelmarin, meluluskan enam resolusi, termasuk mengingatkan semua pihak agar tidak cuba melunturkan hak istimewa orang Melayu dan pelbagai aspek berkaitan kepentingan bangsa itu.

Resolusi itu meminta supaya angin perubahan yang melanda atas nama globalisasi, liberalisasi dan hak asasi tidak dijadikan alasan untuk melunturkan hak istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai agama rasmi seperti termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

Seminar disertai 800 peserta dari seluruh negara itu juga meluluskan resolusi mengingatkan semua pihak tidak membentuk persepsi baru mengenai pensejarahan Malaysia kerana ia akan mengundang bahaya terhadap kestabilan dan keharmonian masyarakat.

Resolusi ketiga meminta rakyat prihatin dan cintakan keamanan mempertahankan kontrak sosial sebagai asas pembinaan negara serta bangsa dan pembentukan masyarakat majmuk, selain menolak usaha mencetuskan ketidakharmonian hubungan kaum. Seminar juga mendesak kerajaan memperbaharui komitmen dasar utama pendidikan, kebudayaan untuk pembinaan perpaduan nasional.

Sumber: Berita Harian: 18/08/08

Ulasan:

Sedih dan menghairankan! Isu ‘Melayu’ masih lagi mengongkong minda gerakan Islam. Sebagai sebuah gerakan Islam, apakah ABIM masih lagi gagal untuk membezakan perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang berjuang membina Islam dengan meruntuhkan fahaman assobiyyah Arab yang cukup menebal ketika itu dengan perjuangan ‘Melayu’ yang bersikap setempat? Cuba tanya diri sendiri, apakah Rasulullah redha akan perjuangan Melayu yang kita bawa, sedangkan Rasulullah telah mengharamkannya dengan jelas? Apakah kita akan bangkit di akhirat dan memohon syafaat dari Rasulullah atas alasan kita telah memperjuangkan hak-hak keistimewaan orang Melayu?

Sungguh malang dan celaru sekali pemikiran gerakan Islam yang masih lagi dililit dan dibelenggu dengan ikatan dan belitan ashobiyyah Melayu yang diharamkan oleh Rasulullah! Sebagai seorang Muslim, cuba tanyalah diri kita, apakah kita sudah bersedia untuk menghujahkan persoalan ini dihadapan Allah SWT kelak? Sedangkan secara jelas Rasulullah SAW telah mengharamkan ikatan yang keji ini? Siapakah yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu itu? Allah dan RasulNya? Na’uzubillah min zalik! Allah dan RasulNya secara jelas telah meletakkan ukuran ‘keistimewaan’ itu diukur dengan takwallah, bukan dengan bangsa, baik itu bangsa Arab sekalipun. Apa istimewanya nilai kemelayuan itu sekiranya kita menolak dan membelakangkan Islam? Oleh itu sedarlah wahai para pejuang Islam dan pencinta Islam! Buanglah emosi perkauman ini jauh sejauh-jauhnya dan perjuangkanlah Islam itu hanya semata-mata dengan seruan Islam tanpa dibelenggu dengan ikatan ashobiyyah kemelayuan.

Percaya dan yakinlah bahawasanya baik Melayu, Arab, Cina, Afrika, Amerika dan apa jua bangsa manusia itu tidak akan istimewa statusnya jika tidak mengambil Islam sebagai perjuangan. Mulianya Saidina Umar RA adalah kerana Islam, bukan kerana bangsanya, walaupun ia sebangsa dengan Rasulullah. Seperti mana yang dikatakan oleh Saidina Umar sendiri, yang bermaksud,

“Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah”.

Nilailah kata-kata Khalifah agung ini dengan pemikiran yang mustanir (jernih) dan bukannya dengan nilaian emosi semata-mata. Carilah kebenaran di dalam Al-Quran dan As-Sunah, nescaya kalian akan temui kemuliaan dan keistimewaan yang kalian cari selama ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails