Assalammualaikum…
Cuma mahu berkongsi pandangan atas apa yang berlaku dalam tempoh 2 minggu ini.
Dalam Islam, Allah tidak pernah menilai sesuatu berdasarkan hati atau niat, tetapi berdasarkan perbuatan atau apa yang telah dilaksanakan. Sememangnya niat itu sebahagian elemen penting dalam melaksanakan sesuatu perkara. ‘aku nak pegi tengok wayang la’, tapi kalau tak keluar rumah, tak jadi jugak tengok wayangnya. ‘aku nak mencuri la’, tapi kalau tak curi, tak jadi jugak. Takkan dihisab dosa atas kita jika kita tidak melakukannya. Begitu jugak solat. Jika hanya dengan niat, atau perasaan yang timbul dari hati, adakah terlaksana solat? Jika hanya niat sahaja, adakah akan terangkat wudhuk untuk solat? Niat hanyalah sebagai penetapan nawaitu dan pembuka perlaksanaan. Akan dikira pahala setelah niat, kemudian dilaksana solatnya. Akan dikira pahala setelah niat, dan dilaksana haji, puasa, pemberian zakat-sebagai perbuatan.
Satu lagi tentang konsep ‘Tuhan tak tengok apa yang kita buat, tapi tgk hati kita’. Pernyataan ini bukanlah datang dari pemikiran yang cemerlang (al fikru al mustanir) tentang Islam, tetapi hanyalah berdasarkan pemerhatian dan logik akal semata-mata,sedangkan harus difahami bahawa Islam bukanlah timbul dari pemikiran yang logik, tetapi berdasarkan wahyu dan sunnah Rasulullah.. Jika berdasarkan logik akal, pinjam duit kat bank, ok je. Padahal hukumnya riba. Logik akal, MLM bagus, ada untung, jual barang-barang halal, tapi dalam Islam, haram sebab akadnya melebihi dari yang ditetapkan Rasulullah SAW. Dalam Islam, Rasulullah SAW tetapkan akad dalam bermuamalat hanyalah 1 akad didalam 1 masa. Contohnya kalau berjual, jual ajalah. Takde nak beli barang, kena join dulu, dah join jadi ahli, kena maintain PV dan macam-macam. Dalam Islam, ‘saya beli dan saya jual.’ Tamat setakat itu. Banyak benda yang kita buat hari ini, tidak berdasarkan nas dan apa yang diperintahkan, tapi berdasarkan logik akal.
Kadang-kadang kalau pikir logik akal, nampaknya macam bertepatan dengan syarak, tetapi sebenarnya salah/haram. Jadi sebolehnya sebelum menerima sesuatu bentuk pemikiran, nilai pmikiran/pernyataan tersebut dari sudut pemikiran Islam.
Berbalik kepada perbincangan tadi, ‘Tuhan tak tengok apa yang kita buat, tapi tengok hati kita’. Pernyataan ini sama dengan apa yang dibawa oleh tokoh sekular zaman Renaissance - Nicolo Machiavelli- matlamat menghalalkan cara (the ends justify the needs). Macam apa Ummu Hadhari (Dr masyitah) cakap, melacur untuk membela anak, jika terpaksa, boleh. Merompak dari orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada orang miskin macam robin hood, boleh. Sedangkan dalam Islam matlamat tak pernah halalkan cara, sebab apa? Islam adalah mabda’ (ideologi) yang lengkap. Islam membawa penyelesaian bagi seluruh permasalahan/persoalan kehidupan.
Dalam sistem pemerintahan Islam, yang miskin dibantu. Diberi makan, pakai dan rumah. Jadi bila dah ada semua tuh, perlu ka melacur diri untuk bela anak? Perlu ka rompak dari orang kaya dan bagi kat orang miskin? Idea-idea ‘matlamat halalkan cara’ dan ‘don’t judge the book by its cover’ dan seumpamanya, dicipta untuk mereka yang berfikiran sekular. Nicolo Macchiaveli buat idea matlamat halalkan cara sebab dia antara pendokong ideology kapitalis.
Dalam Negara/Sistem Kapitalis, lantak kau lah nak hidup macammana, asalkan hidup/kaya. Melacur ka, gigolo ka, apapun, asalkan tak ganggu manfaat orang lain, dibolehkan. Dalam Islam, lain. Kita dah ada mekanisma yang menyelesaikan masalah dari seluruh aspek kehidupan. Islam sebagai mabda telah mengatur urusan manusia baik dari segi muamalat, uqubat, pemerintahan, politik, social dan pendidikan. Memang takkan ada error.
Jadi dalam Islam, yang haram tetap haram, walaupun niatnya baik. Sebab, jika berniat ‘aku melacur diri ni untuk bagi anak-anak aku makan’, lalu si ibu melacur diri, adakah dikira niatnya yang baik? Jawapannya tidak. Yang dihisab adalah perbuatannya melacur diri. Semestinya dosa. Takde orang zina dapat pahala. Manusia dinilai dari apa yang dia buat. Jika dasarnya orang tu tak pakai tudung, walau hatinya baik, dia tetap ingkar pada Allah. Adakah orang tu baik kalau dia ingkar pada Allah?
Macam jugak kita kadang2 cakap ‘dia tu ok, cuma tak solat je’. Dalam Islam, kalau dah tak solat, tak ok la tu. Apa hukumnya orang yang tak melaksanakan perintah Allah, seperti solat? Hukumnya dosa, pelaku dosa disebut fasiq. Lebih teruk lagi pada yang bertudung tapi beromen/berzina. Berlakon baik tapi jahat. Tapi hakikatnya manusia itu, Allah dan Rasul nilai dari perbuatan, bukan hati. Manusia pun macamtu. Kita marah ka kat orang yang tiap2 hari niatnya nak mencuri, tapi tak curi apapun. Ataupun kita marah kat orang yang betul2 mencuri barang2 kita? Maknanya apa? Kita tak heranlah orang niat apapun, tapi bila sesuatu niat tu dilaksana, baru masa tu kita berfikir tindakan apa yang sesuai untuk pelaku. Kalau orang tuh selalu solat, kita akan kata bagus, dia slalu solat, walaupun dalam hati, kita tak tahu.
Menilai hati, bukan kerja manusia. Itu kerja Allah. Pernah terjadi dalam suatu sirah, ketika perang, Khalid Al-Walid (pedang Allah) bertempur. Ketika bertempur, ada seorang kafir mengucap syahadah dihadapannya. Lalu tanpa sebarang soal, Khalid memancung si kafir yang telah mengucap syahadah tadi. Apabila pulang, diceritakan pada Rasulullah. Khalid memberikan alasan bahawa si kafir tadi mengucap kerana ingin menyelamatkan diri, bukan kerana betul-betul nak masuk Islam. Lalu Rasulullah bersabda ‘Ya Allah, aku minta dilepaskan dari apa yang telah dilakukan oleh Khalid, kemudian Rasulullah mmandang pada Khalid, apakah kau telah membelah hatinya?’ maknanya apa? Kalau orang tuh tak ikhlas ka, suka zina ka, tapi bertudung labuh, pandang apa yang kita nampak, bukan hatinya. ‘apakah kau telah membelah hatinya?’.
Kalau awek tu pakai seluar pendek, tapi belanja kita beli juadah berbuka puasa, dia tetap orang yang ingkar pada Allah dari segi menutup aurat. Apapun, nilai seseorang itu dari segi perlaksanaan tanggungjawabnya pada Allah. Kalau dia taat pada Allah, orang itu, insyaAllah baik. Tapi kalau dengan Allah pun wat donno je, masakan dengan manusia boleh wat baik? Dan, biasanyala, kalau orang tuh jenis hipokrit, munafiq, luar baik, dalam jahat, biasanya benda tuh takkan tahan lama. Lama kelamaan akan terzahir jugak kemunafikkannya tuh. Dah hatinya busuk, nak berlakon baik, lama mana boleh tahan?
Situasi ‘ada jugak orang tak pakai tudung baik, tak tinggal solat, atau ada orang tudung labuh, tapi mulut macam bontot ayam, keje mengata orang je’ ini sebenarnya adalah situasi yang jarang berlaku. Kalaupun ada yang bertudung labuh tapi mulut kuat mengata, adakah semua yang bertudung labuh begitu? Biasanya memang yang bertudung labuh tuh baik-baik la. Kalau dah kepala rugged, takkannya nak pakai tudung labuh yang padanya macam makcik-makcik atau memanaskan. Dan kalau adapun yang tak pakai tudung tapi tak pernah tinggal solat, adakah semua yang tak pakai tudung, tak pernah tinggal solat? Tudung, solat, puasa, zakat, haji, sama ja kewajipannya. Takde yang lebih berat atau yang lebih ringan. Tak pakai tudung ka, tak solat, tak puasa, tak bayar zakat, tak tunai haji (bagi yang mampu), sama ja dosanya. Kalau dalam sistem pemerintahan Islam atau pada masa kekhilafahan dulu, tak pakai tudung ada hukumannya, tak puasa, tak solat, tak bayar zakat, semua ada hukumannya.
Jadi, ingin ditegaskan bahawa dalam Islam tak penah ada konsep matlamat halalkan cara, jangan nilai buku dari kulitnya. Islam menilai dari perbuatan. Semoga perbincangan ini memberikan manfaat bagi yang membaca. Wassalam.
Wallahualam..

p/s:
- I am under construction
- Minta syabab2, sahabat2, dan kaum muslimin sekalian. Perbetulkan jika terdapat kilaf(kesalahan) dari segi hujah, pendapat, mahupun tafsiran nas-nas al-quran dan al-hadith..

No comments:
Post a Comment