Salam semua & selamat pagi..
Mimpi..sampai bila anda merasakan ia indah..adakah ia baik ketika di dalam buaian mimpi atau anda melaksanakan secara realiti dan istiqamah..pasti ada diantara kita merasakan mimpi yg indah itu nikmat..tetapi sekadar melalui mimpi sahaja adakah ia baik?..mengapa tidak dilaksanakan secara realiti??..
Tak kisahlah kalian mimpikan apa pun. Sama ada dalam keadaan tidor atau berjaga. Berjaga?? pelikkan..hihihi.."Jangan nak mimpi di siang hari lah kalau kau nak ... sedangkan yang ini ... kau tak buat"..Tersenyum saya tatkala melihat jenis manusia ini..Solat tatkala dia merasakan 'perlu'..Time exam dah dekat, time itulah mereka hendak solat..Ketika buntu, baru nak mengaji..Tak ada duit, baru lah nak puasa..Yang lagi syahdunya, buat puasa sunat sebab nak save bajet..Yang tak boleh tahan, clash dengan awek..Di minta ajar solat Hajat bagaimana..Ajar jugak lah bagaimana hendak solat Hajat plus bagi khutbah, "Yang fardhu kau tak laksanakan. Yang sunat kau nak buat. Buat pun sebab ada musibah..Better kau laksanakan yang fardhu, barulah kau buat yang sunat-sunat nieh"..Lucu melihat gelagat mereka tetapi sedih melihat keadaan mereka..Mereka masih muda, masih bertenaga..
Pernah juga dikongsikan cerita mereka tentang cita-cita. Ada yang sudah buat time-line sendiri...Pergi haji pada umur sekian-sekian..kawen umur sekian-sekian..tatkala menyentuh perihal pasangan, rata-rata mereka mahukan isteri yang solehah..Ya, semua lelaki mahukan isteri yang solehah..Even penyanyi rock lelaki pun mahukan isteri yang solehah.Tak percaya pergi tanya mereka..Isteri solehah yang bagaimana??Apa definisi sang lelaki tersebut dan lelaki lain??Jelas lagi bersuluh, mereka mahukan isteri yang dijelaskan di dalam al-Quran..Akan tetapi, buat mereka(lelaki) yang sedar berpacaran, pasangan mereka tidaklah kearah wanita solehah..Masih lagi berpegangan tangan..Bila ditanya pada lelaki tersebut, "Awek mana ko bawak jalan tuh??Hepi semacam..".."itu kawan je bro..bukan nak buat bini pun..itu yang hepi semacam tuh"..Erkk..kata nak dapatkan isteri solehah..tapi buat perangai macam tuh..ish..ish..ish..
Itu bab hal peribadi/urusan diri. Bagaimana pula dengan urusan masyarakat?? Kita mahukan umat masuk Islam secara kaffar..dan kita didik dengan pendidikan yang Islami..Tetapi diluar lingkungan itu atau dalam masa yang sama kita diajar semangat Assabiyah/perkauman..Kita mahu generasi muda ini mempertahankan negara dari pelbagai penjajahan..Tapi kita tengok sekarang, hiburan yang keterlaluan banyak dimerata-rata tempat..Apabila generasi muda menyerang pentadbiran negara, mereka ditahan sebab melanggar dan mencemarkan perlembagaan negara. Sedangkan generasi muda itu, mempertahankan negara dari segi bentuk sistem pemerintahan. Mereka tidak mahu dijajah dengan sistem pemerintahan tidak islami walaupun mereka dipimpin orang Islam..Dan banyak lagi perkara yang boleh diperkatakan, "Jangan nak mimpi di siang hari lah kalau kau nak ... sedangkan yang ini ... kau tak buat"..
Begitu juga masalah suadara kita di Palestine..Anda masih mengharapkan penguasa PBB utk solve kan kita..sedangkan PBB yang melahirkan negara Israel..Semoga kita berada dikalangan orang-orang yang berpegang di taliNya..semoga diri ini dan kalian terlibat secara langsung dalam menegakkan kembali sistem pemerintahan Islam yang mengikut Minhaj Kenabian; "...selepas itu, akan kembali Khilafah Ala Minhaj An-Nubuwwah" [HR Ahmad]
Wallahulam
From Qur'an || From Hadith
None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.
No comments:
Post a Comment