Inilah masanya...Jika kau ingin menyintai ibu.Cintalah ibu sekarang supaya ibu tahu.Keindahan dan kelembutan kasih.Yang mengalir kudus daripada sanubarimu. Cintalah ibu sekarang.Semasa ibu masih hidupUsah tunggu sehingga ibu telah pergi.Kemudian barulah diukir di batu nisan.Dengan kata kata indah pada sekujur batu yang sepi. Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu.Tunjukkanlah pada ibu sekarang.Jika kau tunggu sehingga ibu mati.Sudah pasti ibu tidak dapat mendengar.Kerana kita dibatasi kelemahan. Oleh itu, jika kau menyintai ibu.Walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu.Lafazkan dan buktikan sekarang.Sementara ibu masih hidup.Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya
Salam di pagi Ahad. Hari ni birthday emak yang ke 59, 25 Jan. Selamat hari jadi Mak. Selamat hari lahir mak.
Semuga mak dipanjangkan umur, pintu keberkatan terbuka luas utk emak dan abah, dimurahkan rezeki yang berkat, dipelihara di dalam urusan agama, dikurniakan kesihatan yang baik, diluaskan ilmu pengetahuan yang baik lagi dan benar, dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat, dan ceria selalu.
Insya Allah, anak-anak emak semua dah besar panjang, dah boleh bawa haluan sendiri. Kami sedar, anak-anak mak semuanya lelaki. insyaAllah kami pelihara diri kami. Terima kasih kerna mendidik kami.
Yang penting emak sentiasa doakan kesejahteraan kami.
We love you emak, more than anything else in the world!
Ikutkan hati nak jer balik kampung hari ni, nak celebrate birthday sama-sama. Tapi apa nak buat, kena tunggu awal March nanti lah.
Diri ini pening memikir apa nak hadiahkan emak tahun ini. Kalau suruh emak pilih sendiri, mesti emak tak hendak, mesti emak akan kata simpanlah duit tu untuk jalan jauh nanti. Emak selalu macam tu… mendahulukan kami dalam apa jua keadaan. Masalahnya emak, anak-anak emak pun teringin nak tengok emak gembira dengan cenderahati kecil kami yang kami tahu tak akan setimpal pun dengan susah payah emak selama ini membesarkan kami.
Rindu plak masakan emak..ehehe..
Emak... word yang kite takkan boleh gantikan dengan siapa2 pun kat dunia ni. ..Terima kasih mak.. sebab jaga dan asuh Wan dengan baik sekali, since hari pertama Wan dilahirkan.. Masih bersabar melayan kerenah anak emak yang nakal ini.. Wan tahu emak sayangkan Wan begitu juga dengan Abah..
"Emak.. Wan sayang emak sangat sangat sangat (sayang abah jugak).. ampunkan dosa2 Wan, halalkan susu dan makan minum Wan.. doakan Wan agar jadi seorang lelaki yang baik bertanggungjawab, dikurniakan isteri yang solehah dan ... *Mak tahu bukan taste wan mcmne..ehehe* dan anak-anak serta zuriat yang soleh dan solehah.
Tiada kata yang mampu memberi sejuta penghargaan. Hanya doa supaya mak dan abah diberi kesihatan yang baik, diberkati Allah dan tergolong di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
2 comments:
yeay! ep bday kat mak ko jugak
ehehe
same same mak kiter bddayy
ehehe
ya ya ya..
sama sama juga kita bdday
huhu
Post a Comment