From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Friday, 2 January 2009

Palestin Perlukan Pembelaan Khilafah


Tertarik dengan khutbah hari ini. Beza dengan khutbah yang sebelum-belumnya. Lain dari yang lain. Khutbah tersebut menyentuh tentang Khilafah. Dimana saya mendengarnya, di sebuah masjid kawasan Salak Tinggi. Terfikir oleh saya, pertama kali saya mendengar khutbah ala2 itu..Saya fikir sedalam-dalamnya.."Owh, maybe disebabkan perbezaan tampuk pemerintahan kut.."

Disaat saya membaca blog2 rakan. Kesemua mereka meluahkan perasaan tidak puas hati. Ada sorang itu berkata, "kita boikot" dan sebagainya lah. Teringat akan kata-kata Imam yang membaca khutbah; "Kamu jangan rasa pelik.." Imam berkata lagi; "apalah imam nie, merepek je, ekonomi tgh down, dia lak sibuk khabar tentang jihad"..boleh dikatakan semua jemaah 'tercengah' apabila imam berkata demikian. Ketika itu hendak memasuki khutbah kedua..Khutbah kedua menyentuh tentang jihad. Dia ada pesan gak, *lebih kurang begini bunyi* "akan mati dalam kejahilan jika mereka itu tidak berjihad menegakkan syariat Allah.."..tentang maal hijrah ada jugak beliau sentuh..hijrah iaitu pemindahan dari kota mekah ke kota madinah cuma berlaku pada zaman nabi sahaja. zaman sekarang jihad menukar Sistem Kapitalisme ke Sistem Khilafah

Ini sedikit artikel yang saya mahu kongsikan. Sumber ini dipeti dari mykhilafah.com :

http://mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=755:palestin-perlukan-pembelaan-khilafah&catid=48:analisis&Itemid=30


Kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini sukar untuk dibayangkan. Dunia yang luas seolah-olah menjadi sempit bagi mereka. Hampir semua jalan-jalan masuk ditutup oleh rejim Israel. Bekalan makanan dan ubat-ubatan semakin berkurangan. Lebih memilukan apabila mendengar khabar anak-anak kecil yang terpaksa menanggung kesakitan dan kelaparan sehingga ada sebahagiannya yang dilaporkan telah meninggal dunia. Jelaslah, kekejaman Israel dan Barat tiada batas kemanusiaan. Rakyat Palestin dilihat seperti sedang dihukum oleh Barat kerana memilih Hamas di dalam pilihanraya yang lalu. Akibatnya, Parti Fatah, yang dianggap gagal untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin telah dipaksa untuk duduk di bawah pemerintahan Hamas. Amerika kemudiannya telah mengambil keputusan untuk menghentikan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Hamas sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat Palestin. Tindakan yang jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi yang mereka laungkan itu kemudiannya telah diikuti oleh negara-negara Eropah.

Kaum muslimin tidak berdiam diri, di sana-sini mereka bangkit untuk membalas sekatan tersebut dengan menghulurkan bantuan kewangan. Arab Saudi, Iran, Mesir dan Indonesia termasuklah Malaysia telah berjanji dan ada juga yang telah menghulurkan bantuan. Sikap kaum muslimin ini dengan jelas membuktikan bahawa wujudnya pertentangan di antara Islam dan Barat. Ia tidak dapat diselindung lagi. Ia telah berlaku sejak Islam diutus kepada Nabi Muhammad SAW. Kali ini, yang sedang menjadi mangsa adalah rakyat Palestin.

Walaupun kaum muslimin bangkit melahirkan penentangan secara spiritual dan material terhadap kuasa-kuasa Barat ini, usaha mereka masih jauh menampakkan hasil yang diharapkan. Selagi kaum muslimin masih dikongkong oleh sistem Kapitalis-Barat, mereka akan terus dipermainkan oleh boneka-boneka Barat. Dan dengan sistem itulah juga yang telah menghalang semua bantuan daripada sampai kepada rakyat Palestin. Sejumlah wang yang disumbangkan masih tersekat di bank-bank. Bank-bank di Iran, bahkan yang di Lebanon juga tidak dapat memindahkan dana sumbangan kepada PA. Hanya sejumlah dana yang terhad berjaya dipindahkan melalui pemegang-pemegang akaun individu. Wakil Hamas di Lebanon, Osama Hamdan berkata pada minggu lepas, sebanyak US347 juta yang didermakan oleh rakyat Arab dan institusi-institusi lain kepada PA telah dibekukan di bank-bank Arab, ini termasuklah US90 juta di Jordan, yang mana kerajaannya juga telah menghalang sebarang kutipan derma di adakan untuk Hamas. Segala sumbangan yang dihulurkan oleh setiap kaum muslimin, tidak kiralah berapa jumlahnya, samada sedikit mahupun banyak akan akhirnya menghadapi kesukaran untuk sampai kepada rakyat Palestin. Daripada laporan media antarabangsa, Hamas ketika ini sedang memperlengkapkan pasukan keselamatan yang baru ditubuhkan untuk menghadapi tentangan daripada musuh-musuhnya. Dari manakah mereka mendapatkan sumber kewangan jika tidak daripada sumbangan yang disalurkan kepada mereka. Jadi, adakah sumbangan yang disalurkan untuk rakyat Palestin itu benar-benar dapat dimanfaatkan? Berapa lamakah bantuan tersebut dapat bertahan?

Setiap kebaikan yang dihulurkan, pasti akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Tetapi, tidak ada ganjaran yang lebih besar daripada ganjaran memperjuangkan penubuhan sistem khilafah. Kerana dengan tertegaknya Sistem Khilafah, bukan sahaja rakyat Palestin, tetapi seluruh umat Islam di dunia ini akan mendapat pembelaan darinya.

Sumber : mykhilafah.com


No comments:

Related Posts with Thumbnails