Sebagai seorang Muslim ia harus terikat dengan Syariat Islam. Pandangan hidup muslim adalah pandangan hidup Islam, yaitu cara pandang terhadap kehidupan menurut sudut pandang Islam. Ini terwujud dalam persepsi-persepsi (mafahim) Islam yang berupa pemikiran-pemikiran (afkar) dan hukum-hukum (ahkam) Islam, yang terlahir dari Aqidah Islamiyah. Pandangan hidup ini menjadi standard untuk menilai berbagai fakta kehidupan dan menjadi pedoman bagi segala perilakunya dalam kehidupan.
Apabila ditanya apakah peranan kita sebagai mahasiswa. Tak kisahlah student yg amek Biotecnology, Engineering Technology, dan sebagainya. Apa pandangan korg tentang peranan seorang mahasiswa muslim? Cuba revise2 kembali..tnya pada diri..masa kita interview utk dpt kan scholarship..ape je yg kita bagitaw kt org yg meng-interview kita..Ada tak kita kaitkan dengan nas-nas dan dahlil2 utk sebab apa kita belajar dan sebagainya lah..
Menuntut ilmu itu adalah fardhu sebgaimana Nabi Muhammad SAW bersabda : ”Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim”
Xkisahlah ilmu apa pun(asalkan ia benar) seperti ulumul Qur’an, ulumul hadith, ushul fiqh, mahupun ilmu-ilmu tidak syar’i, seperti ilmu alam dan ilmu-ilmu profesional (saintis) lainya.
Berbalik pada peranan mahasisawa muslim. Bagi seorang mahasiswa muslim, tugas utama yang wajib diembannya setidaknya ada 3. Yang pertama hendaklah dia menuntut ilmu-ilmu yang diperlukan dlm kehidupan bermasyarakat. Yang pertama td itu berkaitan dengan kedudukannya sebagai mahasiswa. Dimana aktivitinya adalah belajar. Perkara kedua, mengkaji Tsaqofah Islamiyah (ilmu-ilmu keislaman). Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai seorang muslim yang dengan sendirinya harus berpikir dan berperilaku secara Islamik. Dan terakhir tp bukan berakhir ialah membawa dakwah Islam. Tugas ini berkaitan dgn kedudukannya sebagai seorang muslim sebagai bagian dari keseluruhan umat Islam, yg harus mempunyai kepedulian(amek tahu hal) terhadap keadaan umat dan harus berjuang untuk mengubah keadaan umat menuju keadaan yang lebih baik. Bagi yg mengambil biotechnolgy-farmasi, makanan dan sebagainya-, hendaklah perlu lebih peka. Orang-orang sebegini harus teliti dengan setiap keputusan yg bakal mereka lakukan. Sebab sesungguhnya makanan dan ubat-ubatan akan mejadi darah daging umat. Islam amat menitikan tentang halal haram, baik buruk sesuatu makanan/ubat itu. Begitu juga dengan mahasiswa yg mengambil jurusan engineering dan engineering technolgy. Masing-masing wajib mengambil seperti 3 perkara diatas.
Janganlah jadi orang yang tiada pandangan hidup Islam. Sebab, adanya pandangan hidup menunjukkan adanya proses berpikir, mengingat pandangan hidup itu diperoleh melalui jalan berpikir. Dengan kata lain, orang yg tidak punya pandangan hidup bererti x menggunakan akalnya. Kita lihat dengan sistem kapitalisme dan sosialisme. Segala-galanya boleh dimanfaatkan. Memanfaatkan segala yang ada untuk memenuhi keperluan materi. Menyalahgunakan kuasa. Banyak boleh diceritakan disini antarannya siling runtuh, bangunanan runtuh dan sebagainya. Nak untung cepat. Gara-gara mahu untung. Segala makanan di’segera’kan. Tidak jaga kualiti pemakanan dan sebagainya bakal mengundang kemudaratan kepada umat -keracunan susu tepung-.
Jangan jadikan keuntungan materi sebagai agenda utama hingga melupakan hal hukum2 Allah. Hukum Allah dicampak-campakkannya. Mereka ini telah kehilangan ciri utama kemanusiaannya dan darjatnya menjadi setara dengan binatang, x ubahnya seperti binatang yg tidak berakal, yang hidup hanya memperturutkan hawa nafsunya untuk memuaskan naluri dan tuntutan kebutuhan jasmaninya. Manusia seperti ini akan menjalani kehidupannya tanpa arah dan sikap yang jelas. Allah SWT berfirman:
“Terangkanlah kepadaku tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).” (Qs. al-Furqaan [25]: 43-44).
Pandangan hidup yg dimiliki harus berupa pandangan hidup yang benar. Bagi seorang muslim, pandangan hidup yg benar hanyalah pandangan hidup Islam semata, karena agama yg diredhai di sisi Allah hanyalah Islam saja. Agama-agama selain Islam seperti Yahudi dan Nashrani adalah agama kafir, sebagaimana ideologi-ideologi selain Islam seperti Kapitalisme dan Sosialisme adalah ideologi kafir. Semua agama dan ideologi selain Islam tidak akan diterima oleh Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT:
“Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Qs. Ali ‘Imraan [3]: 19).
“Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Qs. Ali ‘Imraan [3]: 185).
Dalam sibuk-sibuk beri/berkongsi pandangan peranan mahasiswa muslim. Mahu juga sy untuk kongsi knowledge ttg sistem pendidikan. Kita sibuk-sibuk belajar kena tahu jugalah sistem apakah diguna pakai dan keberkesanannya.
Sesungguhnya Islam telah menetapkan tujuan dalam sebuah proses pendidikan, yang hanya boleh dicapai bila sebuah sistem pendidikan didasarkan pada ideologi Islam, bukan ideologi kapitalisme seperti yang ada saat ini. Tujuan pendidikan dalam Islam adalah terbentuknya kepribadian Islam (Syakhshiyyah Islamiyyah) yang dibekali dengan berbagai ilmu dan pengetahuan yang diperlukan dalam kehidupan (Lihat Muqaddimah Dustur, Taqiyyuddin An Nabhani, hal. 414).
Saya tidaklah menelaah habis-habisan ttg kitab Dustur =p terfikir di benak fikiran saya. Mengapa disaat ini kita gagal melahirkan atau melestarikan orang berkebolehan berijtahad khususnya di Malaysia. Lihatlah dalam masa 40 tahun lebih Malaysia selepas zaman penjajah, berapa ramaikah mujtahid keluaran tempatan yg dihasilkan? Tiada! Kenapa sistem pendidikan Malaysia tidak mampun melahirkan tokoh sehebat Al-Kharizmi, Ibnu Sina *haha, nama je kelas sy dulu IS,tp xdelah seperti beliau..=p* dan Imam Syafi’e? Atau Ibnu Rusyd dan al-Battani. Anda tahu jawapannya? Mengapa-mengapa? Maybe disebabkan bahasa penghantar adalah inggeris plus kita gagal kuasai bahse tersebut, dan berorentasikan peperiksaan.
Jawapan paling tepat ialah Sistem kapitalisme lah yg gagal melahirkan golongan intelektual, mujtahid dan sebagainya. Soal dunia dan akhirat dipisahkan. Sebagai contoh, zaman sekarang, kita bljr bahawa Islam adalah kaffah tetapi hakikatnya kita berdepan dgn situasi yg brlainan iaitu Islam Cuma diterapkan dlm beberapa hal shj. Kita juga mengetahui asabiyah dan fanatisme itu fahaman yg rosak tetapi itulah perkara yg ditonjolkan dlm msyrkat.
Tidaklah perlu takut untuk kita berpandangan Islam. Siapa tahu mungkin kalian menjadi percikan api bagi umat. Ingat setiap umat ada tanggungjawab masing-masing. Buat mahasiswa muslim sekelian. Berjuanglah kamu sebelum kamu diperjuangkan. Eh, bukan2. Berjuanglah kamu sebelum kamu tidak berpeluang berjuang. Moga kita yang bergelar mahasiswa muslim tidak diperdagangkan; yg halal jd haram, hilang nilai2 hak dan bathil. Buat yg mengenali diri ini, setakat di sini sahaja. Tak lama lagi sy smbg belajar, Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada mereka yg mendoakan sy. Jazakallah Khairan. Wallahulam
No comments:
Post a Comment