Try bagi menjawab persoalan “macam mana negera Islam nak maju??”
Kemusykilan yang perlu ditanya:
Persoalan di mana zakat? ( 9:103 )
“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Di mana Jizyah (9:29)
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah] dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.”
Jizyah bermaksud pajak per kepala yang dipungut oleh pemerintah Islam dari orang-orang yang bukan Islam, sebagai imbangan bagi keamanan diri mereka.
Kan kalau kita perangi orang kafir. Kita kena seru mereka masuk Islam. Kalu mereka tak nak,. Hendaklah mereka membayar jizyah kepada Khalifah. Jika mereka ingkar, bunuhlah mereka. Ini termaktub Sabda Nabi SAW. Aaa, harap korng dah tahu jenis-jenis kafir. Kafir Zimmie nie, tak boleh diganggu kerana mereka 100% follow rules of Islam.
Bagaimana ekonomi Islam berdiri?? Ekonomi Islam berdiri atas dasar; Tidak mengambil riba’, tidak ada perjudian, tidak ada penipuan, tidak boros dan berjimat, dan terakhir ialah zakat alat fiskal dalam SEI. So apa yang tak kena dengan SEI ini???
Sedikit perkara yang saya mahu kongsi kan mengenai peranan negara. Yang pertama.
Peranan negara (perkapita)
Negara wajib menjaga keperluan asas rakyat. Hal ini pernah disabdakan oleh Nabi SAW; Makanan, Pakaian, Tempat Tinggal. Negara menjamin keatas ketiga-tiga perkara tersebut, dan ia perlu diberi percuma!. Semasa zaman Umar Abd Aziz ra tidak ada orang yang layak terima zakat. Waaa~ hebat seh SEI ini. Pernah terdengar juga ttg Khalifah Umar Abd Aziz, dy terasa sedey bila tiada yang layak terima zaman dan khuatir mereka hanyut dengan kekayaan duniawi
Keperluan sekunder pula. Negara mendorong peningkatan taraf hidup untuk setiap insan. Menyediakan peluang perkerjaan. Zaman Umar dan Abu Bakar ra harta diagihkan kepada rakyat.
Peranan negara(milik negara)
Bagaimana peranan negara(milik negara) dalam menguruskan pendapatan antaranya; Kharaj, Usyur, Jizyah, Fai’, Ghanimah ,Rikaz – zakat 1/5 daripada barang yang dijumpai. Industri besi dan keluli. Industri-industri lain yang dimiliki daulah.
Bagaimana pulak pendapatan ini dibelanjakan?? Harta ini dibelanjakan untuk kemaslahatan kaum muslimin mengikut pandangan Khalifah. Ia boleh dibelanjakan untuk membina hospital, sekolah, jalan raya, jambatan, pertanian dan lain-lain.
Seterusnya..
Peranan Negara menguruskan zakat.
Zakat terdiri dari Zakat tanaman, Zakat ternakan, Zakat emas dan perak, Zakat barang perniagaan. Kalau dlm sistem kapitalis; cukai jalan, cukai pintu ada..makanan pun kena cukai!!hahaha..(fikirlah sendiri)..
Agihan/pembelanjaan wang zakat
Fakir, Miskin, Amil, Pembebasan Hamba, Berjihad di jalan Allah, Ibnu Sabil – orang yang putus bekalan dalam perjalanan, Gharimin – orang yang berhutang, Muallafah qulubu-hum – orang yang hatinya hendak dipujuk masuk Islam.
**waaa, nie sape berstatus Ibnu Sabil, korang bleh lah mintak kt masjid2 atau baitulmal. ;)
**borak2..
A: Nnt bila tertegaknya daulah. Selesailah hutang ptptn aku, bank aku.(Daulah akan membayar pokoknya sahaja)
B: Abeh bunganya cmne??
A: Daulah tak akan membantu yang bentuknya jelas haram. Kan bunga/riba’ tuh haram.
B: Abeh klu diserang si peminjam cmne??
A: Serang??Hahaha berani lah serang, serang umat negara daulah.
B: Aah ek..Itu kan tanggungjawab imam menjaga anak buahnya.
A: Tahu tak pe
B: Betul gak ek. Nie kalau daulah nak tertegak dua-tiga hari lagi. Cepat-cepat aku p pinjam duit bank banyak2. Pastu, daulah naek. Tak yah bayar riba’/xkena riba’. Uhuhu..
A: Banyak lah ko. Ko saje je kasik halal diri ko p neraka jahanam. Terang-terang ko dah tahu riba’ itu haram. Then kalau khalifah tahu hal ini. Habeh ko, kena hukum.
B: Hahahaha..saje je borak bro.
p/s: Syara’ telah mengharamkan penimbunan emas dan perak, meskipun zakatnya tetap dikeluarkan.
Peranan Harta Awam
Antaranya ialah Petroleum, Harta kekayaan dari hasil galian, Bayaran elektrik, Keuntungan landasan keretapi, Keuntungan saluran telekomunikasi, Dan harta milik awam yang lain .
Perbelanjaan ini adalah milik negara. Negara akan membelanjakan untuk sesuatu aktiviti yang boleh memberikan manfaat kepada semua rakyat. Harta kekayaan ini juga boleh diberikan kepada rakyat secara sama rata untuk menaikkan taraf hidup rakyat.
Kat atas, part2 yang aku fahami..kat bawah nie penerangan tentang Sistem Ekonomi Islam. Banyak skop/partition yang diterang antaranya; Asas Sistem Ekonomi, Pandangan Islam terhadap ekonomi, Politik ekonomi Islam, Kaidah umum perekonomian dan banyak lagik . Kali ini aku amek skop pandangan Islam terhadap ekonomi. Selamat membaca.
Pandangan Islam terhadap masalah kekayaan berbeza dengan pandangan Islam terhadap masalah pemanfaatan kekayaan. Menurut Islam, sarana-sarana yang memberikan kegunaan (utility) adalah masalah tersendiri, sedangkan perolehan kegunaan (utility) adalah masalah lain. Kerana itu, kekayaan dan tenaga manusia dua-duanya merupakan kekayaan, sekaligus sarana yang boleh memberkan kegunaan (utility) atau manfaat. Sehingga, kedudukan kedua-duanya dalam pandangan Islam dari segi keberadaan dan produknya dalam kehidupan berbeza dengan kedudukan pemanfaatan serta tata cara perolehan manfaatnya.
Kerana itu, Islam juga iktu campur tangan dalam masalah pemanfaatan kekayaan dengan cara yang jelas. Islam misalnya mengharamkan pemanfaatan beberapa bentuk harta kekayaan semisal khamer dan bangkai. Sebagaimana Islam juga mengharamkan pemanfaatan beberapa tenaga manusia seperti dansa (tari-tarian) dan pelacuran Islam juga serta mengharamkan menyewa tenaga untuk melakukan sesuatu yang haram dilakukan ini dari segi pemanfaatan harta kekayaan dan pemanfaatan tenaga manusia. Sedangkan dari segi tata cara perolehannya Islam telah mensyariatkan hukum-hukum tertentu dalam rangka memperolehi kekayaan seperti hukum-hukum berburu menghidupkan tanah mati hukum-hukum kontrak jasa, industri serta hukum-hukum waris, hibbah dan wasiat
Ini berkaitan dengan pemanfaatan kekayaan dan mekanisme perolehannya.sedangkan yang berkaitan dengan kekayaan itu sendiri dari segi memproduksinya Islam telah mendorong dan memacu agar memproduksi sebanyak-banyaknya, sebagaimana ketika Islam memacu agar bekerja. Sementara itu, Islam sama sekali tidak ikut campur dalam menjelaskan tatacara untuk meningkatkan produk termasuk kemampuan produknya justeru Islam telah membiarkan manusia untuk melaksanakannya dengan sesuka hatinya.
Sedangkan dari segi keberadaannya harta kekayaan tersebut sebenarnya terdapat dalam kehidupan ini secara alamiah di mana Allah swt. telah menciptakannya untuk diberikan kepada manusia. Allah swt berfirman:
“Dialah yang menciptakan untuk kalian semua, apa saja yang ada dibumi.”
(Q.s. Al-Baqarah: 29)
“Allahlah yang telah menundukkan untuk kalian lautan, agar bahtera bisa berjalan di atasnya dengan kehendak-Nya, juga agar kalian bisa mengambil kebaikannya.”
(Q.s. Al-Jatsiyat: 12)
“Dan(Dialah) yang menundukkan untuk kalian apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.”
(Q.s. Al-Jatsiyat: 13)
“Maka, hendaknya manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya, kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, Anggut dan sayur-sayuran, Zaitun dan pohon Kurma, kebun-kebun yang lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan untuk kesenangan dan untuk binatang-binatang ternakmu.”
(Q.s. Abasa: 24-32)
“Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu.”
(Q.s. Al-Anbiya: 80)
“Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia (supaya mereka mempergunakan besi itu).”
(Q.s. Al-Hadid: 25)
Di dalam ayat-ayat ini serta ayat-ayat lain yang serupa, Allah telah menjelaskan bahawa Dia-lah yang mencitpakan harta kekayaan dan tenaga manusia dan sama sekali tidak ada hubungannya dengan hal-hal lain. Semuanya ini menunjukkan bahawa Allah swt tidak ikut campur dalam masalah harta kekayaan termasuk dalam masalah tenaga manusia, selain menjelaskan bahawa Dia-lah Yang telah menciptakannya agar boleh dimanfaatkan oleh manusia. Begitu pula, Allah tidak ikut campur dalam menentukan masalah bagaiman memproduknya. Bahkan, tidak ada satu nash syara’ pun yang menjelaskan bahawa Islam ikut campur dalam menentukan masalah bagaimana memproduk kekayaan tersebut, justeru sebaliknya, kita malah menemukan banyak nash syara’ menjelaskan bahawa syara’ telah menyerahkan masalah tersebut kepada manusia agar menggali harta kekayaan tersebut juga agar memperbaharui tenaga manusia. Telah diriwayatkan bahawa Nabi saw pernah bersabda dalam masalah penyerbukan kurma:
“Kalianlah yang lebih tahu tentang (urusan) dunia kalian”.
Juga terdapat riwayat hadis, bahawa Nabi saw, telah mengutus dua kaum muslimin untuk berangkat ke pandai besi Yaman, untuk mempelajari industri persenjataan. Semuanya in menunjukkan bahawa syara’ telah menyerahkan masalah memproduk harta kekayaan tersebut kepada manusia agar mereka memproduknya sesuai dengan keahlian dan pengetahuan mereka.
Oleh kerana itu, amatlah jelas bahawa Islam telah memberikan pandangan (konsep) tentang sistem ekonomi, sementara tentang ilmu ekonomi tidak dan Islam telah menjadikan pemanfaatan kekayaan serta mekanisme perolehan manfaat (utility) tersebut sebagai masalah yang dibahas di dalam sistem ekonomi. Sementara, secara mutlak Islam tidak menyinggung masalah bagaiman cara memproduk kekayaan dan faktor yang boleh menghasilkan kekayaan.
From Qur'an || From Hadith
None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.
No comments:
Post a Comment