From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Wednesday, 12 November 2008

Forum

Orang-orang yang berhak menerima zakat (para mustahiq zakat) telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala berdasarkan firmanNya, “Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, para amil zakat, mu‘allaf hamba, orang-orang berhutang, jihad fi sabilillah, dan ibnu sabil.” [TMQ At-Taubah (9):103]. Ayat ini membatasi dan mengkhususkan para mustahiq zakat hanya kepada lapan golongan (asnaf) sahaja. Zakat tidak boleh diberikan kepada selain mereka.

Tempoh hari saya pergi suatu forum. Forum tentang Saham Wakaf & Penting Dalam Syariat Islam. Saya dengar forum tu tapi sekejap jelah. Mungkin sebab dah tahu apa itu wakaf. Saya jalan-jalan sekitar ruang masjid. Tengok kaunter-kaunter wakaf dan zakat. Semasa kat ruang legar pintu utama masjid. Ada sekelompok abang-abang dan warga veteren sedang berborak. Lalu saya duduk bersama mereka. Mereka sedang cerita tentang wang zakat. Mungkin ada yang tak kena tentang zakat. Adalah suara-suara berkata. ”Dia orang nie sibuk ’nak’ Saham Wakaf tapi buat meeting kt negara China nun. Ape kes!!. Ini ntah tercapai tidak beli asrama utk pelajar al-azhar.” Pastu ada suara yang cuba cool kn keadaan. ”Cikgu(bekas cikgu), itu tanggungjawab mereka kt akhirat sana.” Di dalam hati saya tertanya gak kemana aliran wang zakat tuh pegi. Di akal saya terfikir. Betul juga kata abang Isa. Tapi hati macam ’tak puas hati’ bila terdengar kata-kata panel: ”Memang pihak zakat mampu membiayai asrama di Al-Azhar Mesir yang nilainya bernilai RM4 juta dan setelah diubahsuai, harganya menjadi RM6 juta lebih. Tapi manfaat(pahala) siapa yang dapat? Pihak zakat yang dapat. Sebab itu Saham Wakaf diwujudkan untuk memberikan peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk merebut bersama dalam wakaf ini. ...”, Saya yang mendengar tuh ketawa kecil, ”taw-taw je dia ni dapat pahala”.

Untuk pengetahuan pembaca. Panel itu memberitahu ini adalah peluang untuk orang-orang yang kurang berkemampuan untuk mewakafkan hartanya. Pendek cerita, wakaf 1 ekar tanah untuk bina masjid, tapak perkuburan dan sebagainya. Tapi dimasa sekarang siapa yang mampu berbuat demikian?? Cuma orang-orang kaya sahaja yang dapat melakukan. Orang kebanyakan, ’susah’ sikit untuk mewakafkan hartanya. Dia juga menyatakan dalil sebagai sumber hukum. Antara yang dalil yang biasa kita dengar ialah:

Dari Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda ”Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali dari 3 perkara: 1) Sedekah jariahnya 2) Ilmu yang bermanfaat. 3) Anak soleh yang mendoakannya”

Dan 1 lagi dalil dari Nabi SAW. Maaf hadith ini saya tak berapa jelas untuk disimpulkan, kerna ia panjang.ehehe(alasan diterima =P) Apa yang diingati, ”Syaidina Omar mendapat sebidang tanah di Khaibar ...”. Ia hadith dari Ibni Omar RA. Jika ada yang mengetahui hadith tersebut, sila beritahu k.

Selepas itu abang Isa ajak saya pergi ke kaunter zakat. Untuk bertanya tentang asnaf zakat. Mereka(pihak zakat) tahu ngolet(collet) duit zakat. Tentu mereka tahu bagaimana wang zakat dialirkan. So saya pun pergi ke kaunter tersebut. Ada dua orang ustaz disitu. Sorang ni nampak muda (1) dan seorang lagi berumur (2). Kami pun bertanya secara berhemah.

Soalan: Nak tanya sikit ust. Ust bahagian zakat kan. Sy nak tanya sikit lah ust.

Ustaz 1 & 2: Ok..silalah..

Soalan: Pihak zakat tugasnya memungut dan mengagihkan wang zakat. Orang yang layak menerima zakat iaitu Asnaf Zakat, siapa aje ustaz??

Ustaz 1: Ada banyak bang. Antaranya untuk orang miskin


Jawapan ustaz 1 teragak-agak..lalu dipotong oleh ustaz 2


Ustaz 2: Aaaaa...ada bapeee..ia ada 8..8 asnaf..

Soalan: Alhamdulillah..betullah apa yang saya ketahui..Ustaz jika seseorang itu berhutang. Adakah dia(pehutang) layak menerima zakat sebagaimana yang difirmankan Allah SWT??

Ustaz 2: Ye, layak.. Kerna termasuk dalam Asnaf Zakat.

Soalan: Adakah seseorang itu layak terima zakat kerna dia berhutang membiayai yuran pengajiannya.


Saya lihat Ustaz (2) dah terkebil-kebil matanya..


Ustaz 2: Kita tengok permasalahannya dahulu..

Soalan: Aikk..ustaz permasalahan pelajar ialah berhutang.

Ustaz 2: Kita tengok keadaan pelajar itu macamna, terdesak atau tak terdesak.

Lalu abang Isa, tanya kepada saya. Wan, kau bagitahu aku ada tak pelajar yang belajar tinggi-tinggi tak terdesak pinjam duit. Dorang nie terpinjam duit agaknya kut.

Saya tersenyum dan mengelengkan kepala. Tanda, pelajar terdesak pinjam duit. Saya berkata kpd ustaz itu. Paling koman cepat dapat pinjam ialah PTPTN. Tapi sekarang PTPTN dah kena syarat baru iaitu skim SSPN sebagai pra syarat utk mendapat PTPTN.

Ust 2: Kamu belajar dimana.?

Dihati saya, alamak dia dah soal aku plak dah..

Saya: Disebuah kolej swasta. Persoalan itu bukanlah saya tujukan diri saya sahaja tetapi adalah umum. Tidak semua yang sanggup membayar faedah yg dicaskan oleh PTPTN. Ada beberapa kenalan saya tidak mengambil PTPTN. Mereka membiayai yuran pengajian mereka menggunakan duit mereka sendiri. Bagaimana mereka dapat?? Kerja part-time, ustaz. Semata-mata nak elakkan diri dari Riba’. Ustaz 1 & Ustaz 2 (sambil menunding jari kepada ustaz tersebut) sendiri lebih arif bukan kerna bekerja di jabatan Agama Islam. Dan sudah sedia maklum mengenai riba’ serta ancaman dari Allah dan Rasul-Nya terhadap orang fasiq. Sudah tahu, tetapi sengaja melakukannya. Ustaz, adakah pelajar yang berhutang belajar layak terima zakat seperti disenarai oleh Syara’.

Ustaz 2: Kamu masih muda..boleh bekerja..boleh bayar hutang..

Ustaz menunding jari kepadaku sebagai isyarat yang saya ini muda dan boleh bekerja.

Saya: Itu bukan jawapan yang saya hendaki. Jika yang lain bagaimana ustaz?

Ustaz 2: Beginilah. Jika PTPTN. PTPTN tidak mengeluarkan surat suruh bayar hutang selagi pelajar itu belum mendapat pekerjaan.

Saya: Kalau dah dapat surat, cammana ustaz.

Ustaz 2: Kamu bawa surat itu dan datang ke pejabat. Dan kami nilaikan layak atau tidak..

Saya: Rase macam tak confrm je ustaz. Timbul plak layak atau tidak.Tahap macamna yg dikatakakan layak ustaz??

Ustaz 2: Kamu datang ke pejabat dan isi form.
Kita tengok macamne nanti.

Saya tersenyum melihat ustaz 2. Terbuka-buka songkongnya untuk terangkan kpd kami.(Haiihh susah sgt ke ust??) Abang Isa pun bertanya, apabila tengok ustaz 2 ’berpeluh’.

Abang Isa: Beginilah ustaz. Cerita tentang orang berhutang tak kan habis. Saya tak dengar ’jawapan’ dari ustaz. Tunggu dan lihat. Ustaz boleh bagi dalil atau nas tak. Orang berhutang akan dinilai dahulu sama ada dari segi materinya ke, terdesak ke, latar belakangnye ke. Apa yg saya ketahui orang berhutang termasuk dalam Asnaf Zakat.

Saya tengok abang Isa dah ’apikan’ suasana. Jem saya waktu tu. Beberapa orang dari pejabat agama mendekati dimeja kami. Saya cepat-cepat tukar topik..Dan abang Isa pun sama juga. Abang Isa bercakap dengan ustaz 1 mengenai zakat pertanian. Saya dengan ustaz 2 bertanya tentang Asnaf Zakat, Muallaf.

Saya bertanya pada ust itu. Saudara baru berhak mendapat Asnaf tersebut. Tak kisah lah mereka ini kaya atau miskin. Mereka berhak menerimanya. Dan terpulang pada mereka untuk menerima atau sebaliknya

Ustaz: ye..betul..

Saya: Tetapi mengapa ada di antara mereka tidak dapat zakat tersebut??

Ustaz: Kita tengok dimana mereka daftarkan diri mereka di kawasan mana. Kalau daftar di Terengganu, di Johor mereka tak dapat zakat. Mereka dapat di tempat mereka daftarkan diri.

Saya: Owh. Begitu. Abeh kalu mereka itu sendiri daftar di negeri johor. Tetapi mereka tidak dapat zakat tersebut. So bagaimana ustaz??

Ustaz: Sebab mereka tak hadirkan kelas yang kami buat.

Saya: Sampai gitu sekali ye ustaz. Setahu saya, mereka wajib(berhak) terima zakat itu. Tak ada nas yang mengatakan tak pegi kelas tak dapat zakat.

Ustaz tu macam bengang je tengok saya.

Saya: Ust.. Itu jelah yg sy nak tahu. Terima kasih berkongsi masa. Insya-Allah saya datang ke pejabat untuk isi form tu..

Mujurlah saya tidak buat PTPTN. Alhamdulillah..

Bersurai..saya & abang Isa beredar dari meja kaunter zakat....

Peristiwa di atas bukanlah untuk ’menghentam’ orang itu. Tetapi ini adalah realiti yang sedang berlaku dan saya sendiri ketahui/nampak. Jika nak dikongsikan permasalahan orang-orang berstatus Asnaf Zakat boleh dikatakan banyak juga. Lebih-lebih lagi semasa saya merantau di Shah Alam. Ada yang mintak duit kat saya atas sebab terputus bekalan, orang sabah nk smbg belajar kt mesir. Saya explain kat mereka. Pergi mintak kat masjid berdekatan,.Kalau mintak kat baitulmal, saya sendiri tak tahu dimana baitulmal berada. Sebab saya juga merantau. So saya suruh mereka pergi ke masjid dan tanya AJK masjid tanya mereka di mana baitulmal berada kut-kut pihak masjid enggan memberi bantuan. (Maybe AJK masjid takut mereka ditipu.) Kasihan orang Ibnu Sabil (orang yang putus bekalan dalam perjalanan). Lagi kasihan bagi orang luar negeri. Orang Islam yang datang kesini. Terputus bekalan sebab diragut. Hilang passpod antarabangsa.

Saya teringat lagi semasa saya on the way pergi Shah Alam dari kampung halaman saya. Semasa saya sampai di Station Pudu Raya. Datang seorang hamba Allah mendekati saya. Dia cerita tentang permasalahan sedang dia alami. Siap dia tunjuk bukti yang dia nie hilang passpod. Ada keterangan polis lagik dia tunjukkan. Saya faham masalah dia. Saya beri sedikit wang yang bolehkan dia renew passpod, insya-Allah. Fikir saya, jika saya suruh dia mintak kat Baitul Mal. Mustahil atau memang mustahil untuk dia dapat bantuan zakat. Sebab dia bukan warganegara Malaysia. Kalau benarlah apa yang difikirkan saya..hohohoho... Aliran zakat itu setempat. Tak seperti dizaman sahabat dahulu. Zakat telah direalisasikan secara nyata dan berjayanya di dalam perjalanan sejarah Islam. Kejayaan gemilang di dalam perlaksanaannya terbukti ketika ada zaman di mana tidak ditemui orang-orang fakir atau miskin yang berhak untuk menerima zakat. Ini dapat dilihat semasa pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, sebagaimana diungkapkan oleh Yahya bin Sa’id, seorang petugas amil zakat pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau berkata, “Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengutusku untuk mengumpulkan zakat orang Afrika. Lalu aku menariknya dan aku minta dikumpulkan orang-orang fakirnya untuk kuberi zakat. Tapi ternyata tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang mengambilnya.” [Ulwan, 1985:2, As-Siba’i, 1981:392]. Zaman pemerintahan Umar Bin Abdul Aziz terkenal dan terabadi sebagai zaman yang penuh kemakmuran sehingga tiada dari rakyatnya yang layak untuk menerima zakat. Jadi, tidak hairanlah jika ada ulama yang menyatakan bahawa Khalifah Umar Bin Abdul Aziz adalah salah seorang dari Khulafa’ur Raasyidin.

Jika kita renung kembali seorang tokoh yang berperwatakan lembut, namun beliau tidak pernah berlembut kepada sesiapa sahaja yang menyeleweng dari hukum Allah.. Syaidina Abu Bakar as-Siddiq telah memerangi golongan yang enggan membayar zakat, walaupun mereka masih mengerjakan solat. Beliau mengisytiharkan perang ke atas golongan yang enggan membayar zakat walaupun jumlah mereka adalah ramai dan mereka mempunyai kekuatan. Kata-kata beliau yang sangat lantang dan tegas terpahat di dalam sejarah umat Islam dan masih segar sehingga ke hari ini.

Kisah Abu Bakar as-Siddiq tidak terhenti disini sahaja. Hukum berkenaan zakat diterangkan di dalam Al-Qur’an dan dirincikan lagi di dalam hadis-hadis Rasulullah

Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Terdapat pelbagai peristiwa di zaman Rasulullah yang menunjukkan dengan jelas bagaimana Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menerap dan melaksanakan rukun Islam yang keempat ini. Ini menunjukkan dengan jelas kepada kita akan kepentingan zakat di dalam Islam sebagai satu hukum Allah yang wajib dijaga.

Persoalan seperti al-anfaal (harta rampasan perang), jizyah (harta yang diambil oleh negara dari warga negara bukan Islam), hukum kharaj (hukum cukai tanah), hukum syirkah (persyarikatan dalam Islam), hukum istisna’ (hukum berkaitan industri pembuatan), hukum milkiyah al-‘ammah (harta milik umum), hukum milkiyah ad-daulah (harta milik negara), ‘usyuur (harta yang diambil oleh negara dari komoditi perniagaan ahlul zimmah/kafir harbi yang melintasi sempadan negara) dan sebagainya langsung tidak disentuh, bahkan lebih buruk, langsung tidak difahami atau dipelajari. Jika dipelajari sekalipun, hanyalah untuk tujuan akademik atau bersifat teori semata-mata, bukannya untuk diterapkan. Sebaliknya sistem ekonomi kapitalis dipelajari dengan bersungguh-sungguh untuk diterapkan. Inilah kondisi terburuk yang melanda umat Islam saat ini, hukum kufur dilaksanakan, hukum Allah dibakul sampahkan! Na’uzubillah min zhalik. Bagi anak Johor dan yang melanjutkan pelajaran agama di peringkat Darjah Khas. Rasanya ada belajar hal ini. Tapi saya ingat-ingat lupa persoalan-persoalan ini berada dikitab mana. Jenayat, Muamalat, Sirah dan sebagainya..

Bagi siapa yang menelaah mengenai sirah-sirah Islam. Bagaimana Zakat & Baitul Mal diuruskan mengikut syara’. Baitul Mal adalah tempat yang dikhususkan bagi kemasukan dan pengeluaran harta yang menjadi hak seluruh kaum Muslimin. Kita tidak pernah mendengar masalah pengagihan zakat timbul semasa pemerintahan Khilafah, walhal Daulah Khilafah ketika itu menjangkau hampir dua pertiga dunia. Apa yang kita dengar adalah Daulah Khilafah merupakan sebuah negara yang kaya yang tidak ada kemiskinan di dalamnya sehingga di masa-masa tertentu tidak ada orang yang layak menerima zakat. Tidak timbul langsung soal batas sempadan negara yang menyekat pengagihan keluar zakat. Ini adalah kerana negara umat Islam itu adalah negara yang satu.

Sekarang bagaimana?? Kita tengok TV 3, Bersamamu. Itu adalah bukti kegagalan Sistem kufur yang diterapkan di Negara ’Islam’. Ini adalah sebutir dari ’kerosakan’ sistem sedia ada.

Wallahualam...

** Geli hati tengok orang-orang parlimen. Bergaduh pasal dinasour. Gelar org dinosour. Dinosour yang matang fikirannya. Cakap lepas, tak akan kena saman.

-Dalam Islam telah ajar kita bagaimana melafazkan tutur kata yang baik. Jaga maruah orang.

** Newcastle Universiti bakal didirikan di Wilayah Iskandar South Johore??

- Siapa yang mengelola universiti tersebut?? Jika bukan kerajaan, terfikir satu perkataan ini. Pertanian asas perniagaan. Maka Pendidikan asas perniagaan. Tak ada duit, tak leh masuk universiti Newcastle..ehehe

Masya-Allah.. Bila lah pemimpin-pemimpin ini memikirkan tentang umat. Tentang pelaksanaan dan penerapan hukum Allah.

1 comment:

mafuzah.mohamed said...

Mungkin hadis ini dapat membantu. Insya-Allah. Sebenarnya termasuk blog ini sebab nak cari dalil pasal hutang kat google.. Minta maaf ye menyibuk...

Dari Qabishah bin Mukhariq Al Hilali r.a, katanya ; "Aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua kabilah yang saling sengketa). Lalu aku datang kepada Rasulullah saw, meminta bantuan kepada beliau untuk membayarnya. Jawab beliau, "Tunggulah sampai orang datang menghantarkan zakat, nanti kusuruh serahkan kepadamu." Kemudian beliau melanjutkan sabdanya, "Hai Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh(tidak halal). Kecuali untuk tiga golongan :
(1)Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta-minta sehingga hutangnya lunas. Apabila hutangnya lunas, maka tidak boleh lagi dia meminta-minta.
(2)Orang yang kena bencana, sehingga harta-bendanya musnah. Orang itu boleh meminta-minta sampai dia memperoleh sumber kehidupan yang layak baginya
(3)Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin. Orang itu boleh meminta-minta, sampai dia memperoleh sumber penghidupan yang layak. Selain tiga golongan itu, haram baginya meminta-minta, dan haram pula baginya memakan hasil meminta-minta itu.
SAHIH MUSLIM

Related Posts with Thumbnails