Ini adalah ramadhan ke2 bagi sy bersama HT. Banyak telah sy pelajari darinya. Dan yang penting sekali ialah, mendidik diri sy sebagai muslim yang sejati. Semoga atrikel dibawah memberi erti perjuangan kita terhadap agama Islam yang tercinta. Diharap ramadhan ini juga adalah Ramadhan terakhir buat umat Islam daripada terus ditindas dan berakhirnya sistem sekular dimuka bumi ini.. Allahu akbar!!! sumber rujukan: www.mykhilafah.com Rejab 1428-1429 – Jenin, Palestin Laporan dari saksi kejadian | | | |
Sabtu, 23 Ogos 2008 13:08 | |
A.R. Palestine Khamis, 18 Sya'ban 1429 Apabila Mustafa Kamal Laknatullah menubuhkan Republik Turki dan menghapuskan Daulah Khilafah, beliau telah mengistiharkan apa-apa perbincangan mengenai khilafah adalah satu jenayah dan pengkhianatan. Warisan beliau ini masih segar kukuh di dunia Muslim dan pada Ulangtahun Rejab dua tahun berturut-turut telah memberi peluang untuk saya merasai sendiri percubaan pasukan keselamatan Palestin untuk mendiamkan seruan-seruan mengembalikan Daulah Khilafah. Ketika saya sedang berjalan dengan seorang teman ke sebuah masjid di Jenin untuk menunaikan solat Maghrib, kami menyaksikan sebaris lebih kurang 20 buah kenderaan land rover baru polis melintas dengan pantas. Setiap satunya mempunyai nombor di tingkap dan bangku penumpangnya masih dibaluti plastik, yang mana kami merasakan ini adalah sesuatu yang ‘elok’ kerana keesokan harinya adalah Konferens 30 Rejab yang telah kami rancangkan dan sudah tentu kami akan berpeluang menduduki bangku-bangku penumpang yang masih baru itu. Tetapi sebaliknya berlaku adalah pasukan polis Palestin berusaha keras untuk memastikan kenderaan-kenderaan baru mereka tidak dinaiki oleh kami dan syabab-syabab lain dengan mengadakan kawalan keselamatan yang sangat ketat pada hari yang dinanti itu. Ramai syabab yang ditangkap ketika memasuki Jenin dan sebahagiannya dihalang terus dari memasuki Jenin. Pada ketika hampir tiba waktu Zuhur yang mana selepas itu akan diikuti oleh konferens Rejab, padang tempat konferens berdekatan dengan pusat Bandar itu telah bertukar menjadi markas kuat pasukan keselamatan di mana polis dan tentera berkeliaran di sepanjang jalanraya menunjukkan kegagahan mereka. Ketika saya sedang duduk dengan seorang kawan di kedainya lewat pagi itu, kami menyaksikan pengintip yang asyik memandang kami dari seberang jalan dan tidak lama selepas itu sekumpulan tentera memasuki kedai dan menangkap kawan saya itu. Saya berjalan keluar dengan perlahan-lahan dan berpura-pura seperti sedang bersiar-siar sebelum terus masuk ke sebuah gerai minuman berdekatan dengan masjid di mana kami merancangkan untuk memulakan demonstrasi atau berjalan dalam barisan dan bukan meneruskan konferens yang dirancang sebelumnya. Saya menghirup jus buahan sambil menunggu azan zuhur dan tidak bercadang untuk pergi lebih awal ke masjid untuk mengelakkan dari ditangkap oleh pihak keselamatan. Sebaik sahaja azan berkumandang, saya segera berdiri dan menyusun langkah melintasi pasukan tentera Kalashnikov yang sedang berkawal di pintu masuk masjid tanpa sebab munasabah. Selepas selesai solat, para syabab di dalam masjid telah diberitahu tentang satu tempat baru yang dirahsiakan untuk kami berkumpul dan tanpa berlengah saya terus berjalan keluar dari masjid sambil bertanyakan harga sayur-sayuran pada peniaga-peniaga di jalanan untuk tidak menarik perhatian pasukan keselamatan. Saya selamat tiba di tempat yang dinyatakan tanpa diekori oleh mata-mata; di situ kelihatan segerombolan umat berkumpul di depan pintu masuk masjid kira-kira 300 meter jarak dari tempat permulaan dan semangat saya berkobar-kobar menyaksikan kumpulan yang besar dan penuh bersemangat mengeluarkan panji-panji hitam yang disembunyikan di dalam baju mereka. Panji-panji kalimah Allah itu dijulang ke udara dan kami mula mengorak langkah dengan adrenalin yang tinggi mengepam ke seluruh tubuh, juga memikirkan adakah kami akan berdepan dengan peluru-peluru pasukan keselamatan atau kayu-kayu cota elektrik mereka dan perisai-perisai anti rusuhan yang telah dibekal kepada pengaman Palestin dan dilatih oleh pasukan polis British. Kami meneruskan langkah satu persatu dengan setiap langkah umpama akan terus kekal menapak walau di hati kami terdetik adakah langkah ini langkah yang terakhir atau langkah ini akan terus hingga ke penamat. Kami terus melaungkan Khilafah di sepanjang laluan dan para hadirin memerhati dengan penuh harapan dan kekaguman- sebahagian dari mereka turut menyertai kami dan tidak kurang juga yang terus terpaku kehairanan melihat barisan kami melintasi mereka. Kenangan Rejab 1428 bermain di fikiran saya. Rejab yang lalu telah menyaksikan syahidnya Hisham Baradi’ di Perhimpunan Hebron; beliau telah ditembak mati dan rumah sakit pada hari itu telah dipenuhi oleh para peserta perbarisan yang berjalan mengharungi peluru-peluru, batu-batu dan pukulan-pukulan yang ingin menghalang perbarisan penuh menakjubkan bagi memperingati hari kejatuhan Daulah Khilafah. Saya tidak sempat menyertai perbarisan itu tetapi berpeluang menghadiri pengkebumian para syuhada’ kita sehari selepas pembunuhan itu. Majlis pengkebumian itu telah diganggu oleh tindakan kejam pihak tentera yang melepaskan tembakan bertubi-tubi peluru hidup ke udara di hadapan muka kami. Di hadapan kaki saya sendiri hanya satu meter jaraknya, peluru jatuh ke tanah menghempas kerikil yang berterbangan di udara dan jatuh seperti hujan mencurah ke bumi hanya kerana saya enggan berundur apabila disuruh berbuat demikian. Kenapa mesti berundur? Kenapa mesti takut? Pembinaan Hizb ut Tahrir telah mengajar kita semua dengan jelas bahawa ajal-maut akan tiba hanya pada detik yang telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wata’lla dan samada kita berdepan dengan peluru atau berdiri di taman yang dipenuhi bunga-bungaan, tidak ada apa yang boleh mempercepatkan atau melengahkan detik kematian yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita. Hari itu bukanlah hari ajal saya dipanggil. Tidak ada di antara kami yang terbunuh pada hari pengkebumian itu, tetapi banyak pertumpahan darah berlaku akibat kekejaman pasukan tentera terhadap individu-individu tidak bersenjata yang berkumpul.. Kembali ke Rejab 1429 dan kami meneruskan kemaraan dalam satu barisan. Pihak keselamatan Palestin telah diperintahkan-oleh Amerika; Kami juga telah diperintahkan-oleh Parti, yang dibina atas asas kepatuhan terhadap perintah Allah untuk menegakkan semula Daulah Khilafah. Ingatan yang panjang terhadap kejadian tahun lepas menyebabkan saya tertanya-tanya, bilakah agaknya pasukan keselamatan akan sampai kali ini. Pasukan perisikan yang menggelabah sedang memenuhi bandar dan menjerit-jerit di radio dan telefon bimbit mereka tentang kehadiran segerombolan perbarisan di suatu tempat yang diluar jangkaan mereka dan saat yang saya nantikan telah tiba. “Berundur!! Berundur!!”, jerit sekumpulan pasukan polis berwajah ganas yang penuh bersedia sambil melambai-lambaikan tangan mereka ke udara sebagai isyarat mengarahkan kami mengundur. Berundur? Berani mereka melaungkannya, sudah tentu kami bukan jenis yang akan menurut kehendak mereka and mereka juga sudah memakluminya.Mereka terus menjerit dengan lebih kuat terhadap kami yang seolah-olah tidak mendengari jeritan itu. Mereka menjerit lebih kuat lagi menggunakan radio-radio yang dipegang mereka. Tiba-tiba, mereka hilang dari penglihatan dan 20 meter di hadapan kami, mereka telah membina benteng pertahanan sebanyak tiga barisan padat anggota keselamatan berbaris merintangi jalan yang bakal kami lalui. Mereka berdiri senyap dengan kelengkapan penuh anti rusuhan, perisai segiempat mereka yang panjang mirip pasukan tentera Rome. Kami terus mara tanpa segan silu, panji-panji di julang semakin tinggi ke udara sambil melaungkan berkali-kali “Oh khilafah, oh khilafah, ayuhlah wahai tentera kaum muslimin”. Kami melaungkan keinginan dan perjuangan kami, mengajak seluruh dunia dihadapan Tuhan dan Pencipta kami yang Maha Agung. Barisan keselamatan yang dari tadinya berdiam diri di hadapan kami kini mendapat arahan untuk mara kehadapan dan mula memukul salah seorang dari kami dengan kayu pemukul mereka – sebagai satu taktik yang diajar oleh tuan mereka untuk meniupkan rasa gentar dan takut ke dalam hati para pembantah. Tetapi kami terus mara dengan panji-panji yang semakin dijulang tinggi ke udara dan tangan kami bersama-sama di lambai ke udara seiring dengan dentuman gendang seperti riuh rendah di celah-celah barisan pasukan keselamatan yang sudah mula mara kearah kami. Kedua-dua kumpulan yang bertentangan terus mara kearah satu sama lain, semakin lama semakin rapat sehinggakan tiada jurang lagi di antara kami dan kami dapat melihat apa yang ada di dalam mata mereka begitu juga sebaliknya. Tiada apa yang dapat dilihat di dalam mata mereka, hanya kerisauan dan kecurigaan. Kami melihat satu benturan di hadapan kami tetapi lebih jauh kami hanya terpandang satu harapan, mengatasi benturan fizikal ini, kearah kemenangan politik untuk satu kaum Muslimin di dunia ini dan satu tujuan yang benar bagi kaum muslimin di akhirat nanti. Kemudian kami berdakapan satu sama lain untuk memperkukuhkan barisan. Perisai-perisai anti rusuhan yang keras itu di tolak ke arah kami dan kami mencuba sedaya upaya mengekalkan barisan dengan melawan semula. Kemudian bermulalah aksi penangkapan dan pemukulan. Pada saat saya bersandar pada perisai-perisai anti rusuhan itu, cuba menggunakan tubuh untuk mengurangkan beban hentakan, tiba-tiba saya dirangkul oleh satu lengan dari celahan barisan pertahanan polis ditarik melepasi kepala mereka dan saya di pegang erat di leher dan di tarik melalui barisan pertama polis dan di heret keluar ke belakang. Dikelilingi oleh polis yang datang dari segala arah dengan perisai-perisai mereka, saya merasakan seperti badan saya melantun-lantun seperti bola billiard yang bertindak terhadap satu daya tenaga yang pernah di ceritakan oleh Newton satu ketika dahulu, dan saya melambung-lambung tidak ketentuan arah dan di tolak kesana- kemari sehingga saya terasa seperti badan saya di tolak ke atas dan dipaksa masuk kedalam sebuah kereta. Keadaan menjadi sepi seketika dan kedengaran gelak ketawa beberapa anggota polis yang memberitahu kawannya agar berhati-hati dan tidak mencalarkan kereta baru mereka. Akhirnya, saya di sumbat ke dalam salah sebuah kenderaan baru yang bersinar-sinar yang saya lihat petang semalam! Hanya seketika kereta itu dipenuhi dan sebuah kereta lagi dan lagi. Saya tidak cedera teruk jika di bandingkan dengan yang lain. Selepas disoal siasat secara ringkas, anggota-anggota polis bertindak ganas terhadap para syabab yang menyuruh mereka mengingati Allah dan mempersoalkan kekuasaan mereka. Kami dibebaskan pada waktu yang berbeza-beza, saya sendiri segera dibebaskan selepas perhimpunan itu, yang lainnya pada petang yang sama dan sebahagian lagi dibebaskan beberapa hari kemudian. Beginilah bagaimana penguasa Palestin memperlakukan terhadap usaha mengembalikan Khilafah dan semasa saya menulis ini, penangkapan dan penahanan masih berterusan, tetapi kerja-kerja untuk Islam berkembang biak dan semakin utuh setiap hari, para syabab semakin bersemangat dan umat juga semakin terus menyokong dan sedar tentang agenda politik dakwah Hizb ut Tahrir. Semoga Allah memberikan kejayaan yang segera kepada hamba-hambanya dengan satu kesatuan dari Lautan Atlantik di Barat hingga ke lautan Pasifik di Timur, dan untuk para penguasa muslim yang memegang kepimpinan memberikan sokongan. Allah Maha Agung dan umat akan berlindung di belakang pemimpin sebagai perisainya: Oh khilafah, oh khilafah, ayuhlah wahai tentera kaum muslimin. Sumber: AR - Palestine. Awaiting liberation |
No comments:
Post a Comment