Allahamdulillah...
Selesai sudah Jalasah yang bertempat di Benut. Aku & Syabab Benut disini mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan atas kepercayaan menjadi tuan rumah untuk Jalasah kali ini di bulan ini.
Di majlis tersebut, beberapa aktiviti dijalankan dengan kerjasama Surau Nurul Ehsan & Yayasan Amal Maaruf Malaysia; Bacaan Tadarus & Khatam Al-Quran dari wakil masjid Jamek Benut dan lainnya, dan pelajar jurusan agama dan tahfiz dari Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Tampok, Benut dan Sekolah Menengah Agama An-Nur Benut dan juga Tazkirah Syabab Hizbut Tahrir yang disampaikan oleh Ust Hj Abbas.
Di dalam tazkirah tersebut, beliau menceritakan tentang Nuzul Al-Quran dimana turunnya Al-Quran bukan untuk dibaca semata-mata malah jauh sekali untuk dijadikan perhiasan-hiasan rumah mahupun "penarik" rezeki kepada empunya rumah dan juga "pendinding"
Al-Quran merupakan petunjuk umat Islam sepanjang zaman. Perintah-Nya dan larangan-Nya WAJIB diterapkan secara kaffah (menyeluruh) di tengah-tengah kehidupan masyarakat agar kita ini benar-benar menjadi hamba yang diredhai-Nya.
"Sesungguhnya perkataan (jawapan) yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim(mengadili) memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan."
(TQS. an-Nur [24]: 51-52)
Beliau juga mencerita bagaimana Khalifah menjaga umatnya. Pengkhianatan yang dilakukan oleh pihak Barat; dahulunya penghinaan kalikatur Nabi SAW, dan yang terbaharu ialah kemunculan sebuah novel mengenai Nabi SAW dan isterinya, The Jewel of Madena, karangan Sherry Jones.Tangan-tangan kotor ini tidak habis-habis cuba menghina Nabi Muhamad dan Isteri baginda yang menjadi Ibu kepada seluruh kaum Muslimin. Khalifah tiada, lagi penghina Nabi berani muncul
Siapakah yang akan menjadi pembela agama Allah ini? Menjaga maruah Nabi SAW yang juga kekasih Allah SWT?
Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan. Kesemua sumbangan dapat diberikan mengikut waktu yang dijadualkan. Untuk tatapan umum, silah lihat gambar dibawah:
Syabab-syabab sekalian teruskan perjuangan kita. Kita adalah amanah Allah untuk menjaga kaum wanita, orang-orang tua, dan kanak-kanak. Semoga mereka-mereka ini terpelihara dibawah satu pimpinan Khalifah dibawah payungan atas nama Al-Khilafah. Allahu Akhbar~

2 comments:
alhamdulillah, majlis yang dirancang berjalan dgn lancar.. semoga selepas ini banyak lagi program2 seumpamanya dapat dianjurkan di kawasan benut khususnya. jadi anta kena approach ajk2 masjid benut lak pas ni. hehe..
allahuakbar!!!
Terima kasih dani. insya-Allah, mudah-mudahan menjadi. Harap2 dapat buat forum/seminar & galeri di masjid jamek benut.
Post a Comment