Tanpa disedari masa begitu pantas berlari, sepantas halilintar meninggalkan kita jauh terkebelakang tanpa memberi peluang untuk kita mengulangi detik-detik waktu yang telah berlalu. Amatlah besar kerugian bagi tiap insan yang tidak berusaha bersungguh-sungguh mengambil kesempatan di tiap RAMADHAN untuk bertaqarrub illallah dan meningkatkan ketaqwaan serta kesedaran akan kekhuatiran atas perbuatan kita meninggalkan suruhan dan melanggar larangan ilahi yang akan mengheret kita pada seksaan ALLAH swt.
Salah satu yang dikhuatirkan rasullulah saw dari puasa umatnya adalah apabila ibadah puasa hanya menjadi sekadar menahan diri dari makan dan minum serta pada perkara2 yang membatalkanya atau ibadah puasa hanya menjadi majlis pesta makanan sedunia yang diraikan setahun sekali hingga umatnya lalai melaksanakan bersama-sama peribadatan yang paling utama iaitu menegakan KHILAFAH & syariat islam sebagaimana yang dilakukan oleh baginda rasullah saw. Dalam hal ini tercatit hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Abu Hurairah dan Ath-Thabrani dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah saw bersabda "Berapa banyak orang yang berpuasa ,Hasil yang diperolehi dari puasanya hanyalah lapar dan dahaga sahaja"
Marilah kita di bulan Ramadhan ini,Kita lebih memperkukuh lagi perjuangan menegakkan Syariat & Khilafah. Para sahabat telah menjadi bukti akan kesungguhan mereka dalam perjuangan ini, Wallahu a lam bi ash-shawab.

No comments:
Post a Comment