Kebebasan bersuara merupakan salah satu komponen demokrasi. Kebebasan ini dipromosikan tanpa batasan tertentu yang jelas kerana menurut pahaman ideologi kapitalisme-demokrasi, asas yang membentuk seluruh ideanya adalah sekularisme(pemisahan agama dengan kehidupan). Natijahnya, kewujudan tuhan diketahui sekadar teori yang berfungsi menciptakan seluruh alam. Tetapi tuhan tidak berperanan menciptakan peraturan untuk manusia menyebabkan manusia mampu dan bebas memilih peraturan hidup yang diingini. Antaranya adalah kebebasan bersuara yang digembar-gemburkan dalam demokrasi. Inilah kebebasan asasi manusia yang patut ada.
Jika kebebasan ini dicemari, maka tindakan undang-undang boleh dikenakan. Justeru, berdasarkan prinsip ini, memang tidak menjadi masalah jika isu perkauman dibangkitkan. Sedangkan isu agama boleh diperlecehkan seperti penghinaan terhadap rasulullah dan al-quran inikan pula isu perkauman. Hal ini tidak menjadi masalah dalam demokrasi. Inilah intipati demokrasi yang diseru-serukan ke seluruh dunia. Kebebasan tanpa batasBaru-baru ini, Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera menyebut kaum Cina cuma menumpang di negara ini semasa melakukan ceramah politik dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Hal ini telah menimbulkan isu yang mana kata-katanya itu telah membangkitkan isu sensitif. Mengulas kenyataan itu, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa itu adalah manipulasi media yang menjadikan kenyataan itu nampak ‘jahat’. Yang lebih menarik, beliau menyatakan "Kita mesti berhati-hati dalam perkara ini kerana perkara yang berkait dengan sensitiviti agama dan kaum adalah amat penting bagi kita, untuk keselamatan negara pada masa depan,"[BHarian.com.my-070908].
Secara dasarnya, jika dinilai dengan erti demokrasi, kalaupun kenyataan Datuk Ahmad Ismail adalah bertujuan untuk menimbulkan isu perkauman, maka hal itu tidak menjadi satu kesalahan kerana ia sejajar dengan apa yang diajarkan demokrasi. Tetapi kebimbangan Perdana Menteri sendiri mengiktiraf bahawa mengikut kebebasan bersuara secara total boleh menimbulkan masalah untuk keselamatan Negara. Secara ringkasnya, demokrasi membawa malapetaka kepada masyarakat. Inilah bala yang berlaku apabila hukum yang diterapkan bukan hukum Islam.
Dalam Islam, kaedah syara’ yang menjadi sandaran kita adalah:
اَلأَصْلُ فِيْ الأَفْعَالِ التَّقَيُّدُ بِالْحُكْمِ الشَّرْعِ
“Hukum asal perbuatan terikat dengan hukum syara’”
Jadi, umat Islam memang tidak pernah mengenal erti kebebasa(hurriyah) dalam melakukan perbuatan. Semuanya perlu berdasarkan tolok ukur “sama ada hukum syara’ membenarkan atau tidak”. Oleh itu, dalam berkata-kata, maka manusia wajib terikat dengan hukum syara’. Diharamkan melakukan fitnah, ghibah, mencela dan menghina kecuali dalam hal yang diperbolehkan. Dengan batasan ini, Islam menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Inilah solusi untuk umat manusia yang inginkan keharmonian. Perlu diingati bahawa hukum Islam cuma dapat diterapkan secara total dalam Khilafah Islam.

No comments:
Post a Comment