From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.
Showing posts with label sistem pergaulan. Show all posts
Showing posts with label sistem pergaulan. Show all posts

Wednesday, 21 January 2009

pasar malam..pasar bebas..

Ada sesiapa boleh bantu aku?? Jadi sifu aku..hehehe..sebenarnya aku tgh buhsan..baru je balik dari opis MARA..sesampai je di hostel, roomate n coursemate aku ajak g pasar malam..pasar malam tuh depan universiti aku n belakang uiam..tapi aku mlm nk keluar mlm nie sbb kepenatan..uhuhu..

Semester ini.. aku amek subjek; Quran & Sains Moden, Circut Teory I, Electromagnetic Wave, Continuous Signal & Systems, Transmission System, Engineering Mathematics III, and Mandarin I..huuu, agak mantap subjek semester nie.. Quran & Sains Moden, awal2 dah diberi assignment..soalan agak mantap gak..like perbedaan sains islam dan barat..pembuktian didalam al-quran dan sebagainya lah..tajuk??masih dalam perbincangan..kalau dapat tajuk tentang teori Darwin, mudah kut nk patahkan hujah beliau..hehehe..kalau tumbuh-tumbuhan??nak fikir ape ek??..

mencari geng usrah/halaqah??aku masih belum ketemu lagi..bajet/plan nk masuk ko-ku I utk semester nie..my adviser tak benarkan..sbb jadual aku dah penuh..clash dgn mase gik..ko-ku I cuma ada 2 pilihan je..jd rakan masjid or aktiviti masyarakat..aku prefer jd rakan masjid plus roomate ajak aku join..tp apa kan daya..jadual semester kami tidak mengizinkan..jadi rakan masjid nie, leh dikatakan best..sbb kita banyak handle aktiviti dgn pelajar..contoh kita bukak forum hal ehwal islam..ceramah-ceramah itu ini..org kata kasi pemantapan lebih..tak mau lah student cemerlang pd akedemik sahaja..dan byk lagi..

Ape lagik ek aku nk share cerita dgn kalian??..hummm...Mcm nk cite ttg pergaulan lelaki dgn wanita..sejak kebelakangan nie, aku benar2 tak rase selesa dgn 2 orang manusia itu..dorang nie suka kecek/share air..kdg2 makanan..biasanya air minuman..selamba dorg je, sedut air minuman lelaki..air aku??kongsi straw plak tuh...hishh...huh, penah gak dorg sedut air aku(aku tak minum laagik tuh)..aku apa lagi, terus order baru..act. aku benar2 rase tak selesa bila timbul situasi mcm tuh..tak kisahlah awek/tunang yg minum..bukan sebab rase jelek dgn bekas minum awek/tunang..tapiiii...korang sendirilah fikir..ada gak mber aku yg lain, jenis tak kisah..huhuhu..start dari situ klu aku n geng aku mkn bersama dgn mereka, cepat2 aku tarik air aku(ke kwasn yg dorg xleh capai)..malas giler nk layan kerenah dorg..aku n sorg geng aku nie, byk wat hal sendiri bila berjumpa dgn dorg..aku bukan ape..dorg(gurl) selamber je sendeng bahu dy dgn bahu lelaki like kt lab computer..*konon2 share computer n discuss*..ishh..ape nih!!!..

Sunday, 18 January 2009

cabaran ke?? atau masalah??

Dalam minggu nie je..manusia yang aku contact bercerita ttg kahwin..tanya khabar si A,B,C citer psl kawen..D dah nk beranak..si E plak isterinya tgh pragnant 2 bulan tuk kali kedua..Aduhai, aku salah time ka utk bertanya khabar kawan2 aku..ke skg nie tgh musim mengawan??kuikuikuikui..bak kata kawan aku 'walawei'; "hakhak.bese ar 2.umo da nk 22 ni,otak sume kawen je.hahah.anda bl lg?hihi"..bila ditanya tentang hantaran dan majlis..masing-masing memberikan jawapan yg berbeza..ada gak r cite yg 'menjerut' lehar lelaki..aku pun tak tanya lebey2..asalkan kehendak dan pilihan dorg membahagiakan mereka..

pada pendapat aku..nak wat majlis kawen tuh, xpayah lah nk gran2 bangat.memang lah sekali sekala dan nama pun raja sehari, ye tak??tapi sebelum bertindak melakukannya, hendaklah memikirkan perkara dihari mendatang..fikir soal rumah dan anak2..bagaimana?? kereta??kereta rasenya dah settle kut b4 korang berkahwin nnt..pape hal fikir kedua perkara tersebut..

"...bek duit simpan tok kawen. ... aku xnak ada hutang2 ke pe,n aku lagi pentingkan simpan duit utk LEPAS kawen, bkn simpan UNTUK kawen" kata kawanku

betul juga apa yg dia cakapkan..yang muda2 nie kenalah fikir kehadapan..fikir ttg dana pendidikan anak2..kita pun tidak tahu bagaimana nasib mereka kelak..mudah ke, tidak mudah ke untuk dapatkan scholarship dorg..semakin hari semakin mencabar..tempoh hari sempat jugak aku bertanya seorang kawan ttg perbelanjaan sekolah anak dorg..dia kata, dekat rm3500 habes blnja sek utk 4 org anak..aku bertanya lagi..yg sulung darjah bape??yg lelain pula?? kwn aku jawab' "darjah 5, 3,2 n sorg msk tadika..yg tadika nie aku masukkan private"..dalam hati aku berkata; "pergh, ni baru peringkat sek rendah..yg peringkat sekolah menengah mcmna lah"..aku tanya lagi; "nape yg kecil ko msk kn private school?".. "takde sape yg jaga dia..blk dah lah lambat..masing2 keje ikut office time..takleh leka2, kang kena dpt warning berhenti kerja..huhu"
dunia..dunia..

kredit for wazir/i-search: fikir-soal.blogspot.com ; releven juga apa yg ko katakan..

Bagi yang menganggur, bila nak dapat keja ni? "ada yang kata ijazah aku tak releven. Ada yang kata aku tak pandai mandarin, ada yang kata aku malas,ada yang kata aku memilih." Adakah ianya benar? kalau begitu, kenapa aku belajar kalau semuanya tak relevan? kenapa aku dipaksa meminjam, untuk 'membeli' sekeping kertas yang tiada nilai bila datang interview? kenapa pula bila aku dah habis belajar, sibuk pulak suruh semua orang fokus bidang kemahiran? Dulu cakap siapa tak fokus sains dan teknologi, tak dapat keja. Sekarang lain pulak?"

Bagi yang dah bekerja "Aduhai. Dah keja. Nak kawin pulak, kalau tak kawin, kang aku sebat je mana2 yang offer tepi jalan tu.. nak kawin, mana nak cekau duit ni. Kurang2 20k kena ada dalam tangan. Kenduri lagi, hantaran lagi, kereta lagi, rumah lagi. Nanti dah ada anak, anak lagi. Kalau isteri tak bekerja, nk tanggung isteri lagi. Keluarga sendiri lagi, keluarga isteri lagi. Nanti anak dah besar, nak belajar lagi. Harituh kawan aku daftar anak, sekali daftar 4 orang anak, dekat 3ribu habis! macammana ni?! Nak kawin, tapi bila tengok ke depan, macam makin banyak ja beban. Dah nak pinjam duit bank pulak. Kenapa bila pinjam kena bayar faedah? tak boleh ke pinjam 10ribu, byr 10ribu? beban btoi la. Semua benda beli nak kena bayar pakai hutang. Hutang dengan faedah plak tuh. Apa 'faedahnya' pinjaman dengan 'faedah' nih? mana pulak datang cara faedah-faedah nih? takde ke cara beli rumah, keta, blajar anak-anak tak pakai faedah2 nih?orang lain pun tak komplen. boleh pulak terima benda faedah2 nih."

Bagi remaja "pas habis blaja, emm, jadik ape ek? artis pun ok gak. senang dapat duit. tengok orang lain blaja susah-susah, last2 tak dapat keje. dpt hutang. haha. tapi, kalau semua orang jadik artis, macam pelik plak. takkan nak seronok je. dulu2, ramai cerdik pandai. skang, ramai artis plak. cerdik pandai, aku tgk dlm tv, cara cakap pun takdelah pandai mana pun. aku pun leh pikir mcmtuh. apa ek? tengok kawan2 slamber ja rakam adegan panas diaorg dalam handpon. macam dah takde malu.dulu rasa macam mustahil nak tengok adegan panas melayu. skang nih dah bersepah plak. macam dah biasa. nape ek jadi gitu? ramai masuk universiti. ramai yang pandai, tapi.....macam makin tak betul plak keadaan. semua macam jadik robot. pegi keja, tak nampak matahari. balik keja pun, matahari dah turun. ujung minggu, keluar bersesak gi shopping, gi clubbing...tapi....macam kosong je rase...nape ek?"

Friday, 2 January 2009

Ijtima'i: Interaksi Lelaki dan Wanita



Sistem sosial-kemasyarakatan (an-nizam al-ijtima'i) adalah yang mengatur pertemuan lelaki dengan wanita, atau wanita dengan lelaki, mengatur hubungan yang timbul di antara mereka kerana pertemuan tetsebut.

Termasuklah hal-hal yang menjadi natijah daripada adanya hubungan tersebut. Sedangkan hukum-hukum yang berkenaan dengan masalah sosial-kemasyarakatan yang diatur oleh Islam adalah:

Pertama, bahawa hukum asal bagi wanita adalah menjadi dan pengurus rumah. Wanita merupakan kehormatan yang mesti dijaga. Berbeza dengan konsep Kapitalisme ataupun yang lain, bahawa wanita merupakan barangan yang dapat dirasai oleh sesiapa sahaja, sehingga kehormatan mereka tidak dapat dipertahankan, malah dicabuli di mana-mana. Hal ini nampak daripada adanya hukum-hukum, sepeerti kewajiban menutup aurat wanita, berjilbab dan tidak bertabarruj.

Kedua, bahawa hukum asal wanita wajib dipisahkan dengan lelaki. Mereka tidak boleh bertemu kecuali kerana adanya hajat dibenarkan oleh syara'. Seperti haji, dan jual beli. Hal ini juga nampak dari adanya hukum-hukum seperti larangan berkhalwat antara lelaki dengan wanita, perbezaan hukum antara kehidupan am dan khas.

Ketiga, bahawa wanita diberi hak yang sama dengan 1elaki serta mempunyai kewajiban yang sama, kecuali yang dikhususkan kepada lelaki atau dikhususkan kepada wanita berdasarkan dalil syara’.Wanita dan lelaki, sama-sama dibenarkan melakukan urus-niaga pertanian, membuat kilang, serta melakukan akad dan mu'amalah lain. Ia juga dapat memiliki berbagai-bagai jenis pemilikan. ) Juga dibenarkan untuk mengembangkan harta dan membelanjakannya, mengurus semua urusannya sendiri. Wanita juga dibenarkan untuk diangkat menjadi pegawai negara, serta dipilih menjadi anggota majlis ummat ataupun memenuhi haknya untuk memilih dan membai’at khalifah. Akan tetapi, wanita tidak boleh menjadi al-hakim (khalifah wakil dan pembantu khalifah, wali, ketua qadi dan amil) atau memangku tugas-tugas yang berkenaan dengan pemerintahan, seperti menjadi qadhi mazzalim.

Keempat, Wanita hidup dalam kehidupan am (di luar rumah) dan kehidupan khas (di dalam rumah, kenderaan peribadi ataupun yang dengannya). Dalam kehidupan am, ia dibenarkan untuk bersama dengan lelaki mahram, ataupun lelaki asing dengan syarat tidak menampakkan anggota tubuhnya, kecuali wajah dan tapak tangan. Juga berpakaian menjolok mata, menarik perhatian (tabarruj) atau menampakkan bentuk tubuh (mutabazilah). Sedangkan dalam kehidupan khas, ia tidak dibenarkan bersama orang lain, kecuali sesama wanita, mahramnya. Dalam masing-masing kehidupan ini, ia wajib terikat hukum syara' secara mutlak.

Sedangkan yang dimaksudkan dengan tempat khas di sini adalah tempat tertentu yang untuk memasukinya, orang lain memerlukan izin daripada penghuninya. Ini diambil daripada firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu jangan memasuki rumah lain, sehingga kamu mendapatkan izin dan kamu mengucapkan salam penghuninya." (Q.s. An-Nur: 27).

Ayat tersebut menerangkan, bahawa ada rumah yang "kamu mendapatkan izin' untuk memasukinya, dan ini dijadikan sebagai illat untuk menentukan tempat tersebut sebagai tempat khas. Sedangkan tempat am, adalah tempat yang untuk memasukinya, orang lain tidak meminta izin.

Kelima, bahawa wanita juga dilarang berkhalwat dengan lelaki bukan mahramnya, menarik perhatiannya dengan bertabarruj (memakai wangi-wangian, memakai make-up wajah yang menonjolkan kecantikannya dan sebagainya), termasuklah membuka aurat di hadapan orang ramai atau lelaki asing. Berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah, kendaraan, atau tempat-tempat khas sahaja, tetapi berkhalwat juga boleh berlaku di tempat am, seperti berdua-duaan di tempat umum yang kosong, atau tempat am yang lain. Kerana khalwat adalah mengasingkan diri daripada orang ramai dengan cara berduaan, iaitu antara lelaki dan perempuan. Kerana itu, khalwat dapat pula terjadi di dalam tempat khas, seperti rumah, kereta peribadi atau pejabat, atau di tempat am, seperti taman, kampus atau ruang belajar dan sebagainya.

Keenam, bahawa antara lelaki mahupun wanita, sama-sama diharamkan untuk melakukan aktiviti yang dapat secara langsung merosakkan akhlaq atau membawa kerosakan pada masyarakat. Seperti diharamkannya wanita untuk bekerja menjadi pramugari, kerana digunakan sebagai daya tarikan seksual bagi lelaki. Ataupun bekerja di pusat barangan beli-belah, dengan tujuan menarik pelanggan lelaki. Atau bekerja di pub-pub, kelab-kelab malam dan sebagainya. Termasuk. lelaki yang bekerja di salon kecantikan yang dibenakan untuk menatik daya seksual wanita.

Ketujuh, bahawa kehidupan suami-isteri adalah kehidupan yang penuh ketenteraman. Kehidupan suami-isteri adalah kehidupan persahabatan. Bukannya kehidupan dua orang yang berkongsi hidup. Oleh kerana itu, maka suami-isteri wajib saling bantu-membantu dalam pekerjaan rumah, meskipun kewajiban suami adalah bekerja di 1uar rumah. Suami mestilah berusaha untuk mengambil pembantu untuk meringankan beban isterinya. Sedangkan kepemimpinan suami dalam rumah tangga, tidak sama dengan model kepemimpinan seorang penguasa keatas rakyatnya, melainkan kepemimpinan yang bersifat riayah (mengurus). Sebab, hubungan suami-isteri tidak seperti hubungan antara penguasa dengan rakyat. Dan isteri juga diwajibkan untuk ta’at, sedangkan suami diwajibkan untuk memberikan nafkah kepada isteri dengan kadar yang lazim dan wajar sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat.

Kelapan, bahawa mengasuh budak merupakan hak dan kewajiban wanita, apakah muslimah ataupkah bukan. Namun, apabila budak tersebut tidak memerlukan lagi "asuhan" ibu, maka apabila ibunya muslimah, budak tersebut diberi pilihan untuk memilih ayah atau ibunya. Apabila salah seorang daripada orang tuanya bukan muslimah maka budak tersebut wajib diasuh oleh orang tuanya yang beragama Islam. Ini berlaku dalam kes penceraian sahaja.


Kenyataan ini juga diperkuat oleh beberapa nas, antara lain;

“Sesiapa sahaja yang mengambil selain Islam sebagai agama, maka tidak akan pernah diterima.” (Q.s Ali-Imran: 85).

Thursday, 28 August 2008

Sejauh Mana Yang Dikata Zina?? Maksiat??

“Saya tak sangka gambar sebegini boleh dijadikan isu. Saya sedangkan ketika itu suka-suka aje”

“Saya bukannya berzina. Tetapi kami bercumbu sahaja”

”Janganlah menghukum saya. Saya tidak lah sebaik seperti di dalam lakonan itu. Saya adalah saya”

Itulah kata-kata dari seorang pelakon yang baru “naik” dipersada seni tanah air. Amat menyedihkan bagi aku apabila membaca kata-katanya yang disiarkan di hadapan akhbar. Apakah kata-kata dia itu berlandaskan al-Quran dan A-Hadith?? Apakah difinisi zina yang berada di fikiran dia??

Apakah wahyu Illahi ini tidak jelas bagi kita semua?? Di mana Allah SWT berfirman di

dalam surah Al Israa' [17:32], maksudnya:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

Inilah warna-warni di dalam akhbar-akhbar. Yang menuju ke arah kemaksiatan di paparkan, berkaitan dengan ajaran sesat “kuat-kuat” diperhebahkan, tapi tidak sehebat dalam menghapuskannya, begitu juga dengan pergerakan-pergerakan Islam yang ikhlas berjuang di Jalan Allah. Mereka ini tidak dihebahkan, malah dikatakan teroris, pemberontak. Malah mereka ini di tahan, malah diseksa hingga menyebabkan kematian. Kematian berlandas sifat dengki dan dendam. Khuatir kuasa mereka(pemerintah kuffur) jatuh!!

Inilah warna-warni di dalam akhbar-akhbar. Yang menuju ke arah kemaksiatan di paparkan, berkaitan dengan ajaran sesat “kuat-kuat” diperhebahkan, tapi tidak sehebat dalam menghapuskannya, begitu juga dengan pergerakan-pergerakan Islam yang ikhlas berjuang di Jalan Allah. Mereka ini tidak dihebahkan, malah dikatakan teroris, pemberontak. Malah mereka ini di tahan, malah diseksa hingga menyebabkan kematian. Kematian berlandas sifat dengki dan dendam. Khuatir kuasa mereka(pemerintah kuffur) jatuh!!


Tak ketinggalan, orang timur juga kini terjebak dengan wabak tersebut hasil penjajahan barat sejak berabad lama. Prinsip kebebasan (liberalisme) yang ditinggalkan penjajah, diterapkan dalam sebahagian besar dasar pemerintahan kerajaan-kerajaan timur, juga memberi peluang besar untuk penularan budaya haiwani tersebut. Di Malaysia sahaja simtom-simtom gejala itu mudah didapati didada-dada akhbar mahupun buletin berita-berita sensasi media massa setiap masa.

Peringatan untuk diriku dan pembaca yang masih sudi lagi membaca post yang panjang lebar ini.

Majoriti manusia pada hari ini menjalankan kehidupan mereka dengan melakukan tindakan tanpa matlamat yang jelas. Mereka melakukan sesuatu perbuatan tanpa ukuran (miqiyas) tertentu. Akibatnya mereka melabelkan sesuatu yang mereka suka sebagai baik

dan sesuatu yang mereka tidak suka sebagai buruk. Seterusnya, apa-apa yang menghasilkan faedah dilabelkan sebagai baik dan apa-apa yang mendatangkan kemudharatan diistilahkan sebagai buruk. Orang-orang kafir menafsirkan baik dan buruk

dalam istilah keseronokan dan penderitaan yang mereka alami. Yang menyedihkan adalah, oleh kerana ramai orang Islam tidak sedar akan ukuran (miqiyas) yang betul untuk sesuatu tindakan, mereka juga telah melakukan kesilapan yang sama. Akibatnya, mereka melakukan tindakan yang buruk dengan memikirkannya sebagai baik dan meninggalkan perbuatan baik dengan memikirkannya sebagai buruk.

Sebagai contoh, ramai wanita Islam yang menyanyi di hadapan khalayak ramai dalam keadaan tidak menutup auratnya dengan betul (seperti memakai baju kebaya atau baju kurung) dan memperlihatkan kejelitaannya, berkeyakinan bahawa dia telah berpakaian secara sopan. Namun hakikatnya (mengikut pandangan syara’), wanita tersebut telah melakukan dosa kerana memperlihatkan aurat dan kejelitaannya kepada orang yang bukan mahramnya.

Wanita Islam ini melakukan perkara tersebut kerana ia tidak mengambil ukuran (miqiyas) yang betul dalam menilai tindakannya. Sekiranya beliau sedar dan memahami ukuran hakiki dalam melakukan sesuatu perbuatan, sudah tentu ia tidak akan melakuan perbuatan yang bertentangan dengan prinsip yang telah beliau isytiharkan (syahadahkan) dan aqidah yang telah diyakini kebenarannya (Islam).

Oleh yang demikian, miqiyas yang betul bagi setiap perbuatan haruslah difahami oleh setiap individu supaya masing-masing dapat menilai sesuatu tindakan secara hakiki sebelum melakukannya. Islam sebagai ideologi lengkap yang diturunkan Allah kepada umat manusia adalah satu-satunya asas yang wajib dijadikan miqiyas dalam membezakan antara yang baik dan yang buruk secara jelas.

Oleh yang demikian, apa-apa yang dinilai oleh syara’ sebagai baik adalah baik dan apa-apa yang dinilai sebagai buruk adalah buruk secara hakiki. Miqiyas ini adalah suatu yang bersifat tetap/baku. Justru itu, untuk menilai perbuatan seseorang, kita mestilah menghubungkannya kepada apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang oleh syara’. Penilaian terhadap perbuatan yang baik (khair), buruk (sharr), terpuji (hassan) dan tercela (qabih) tidak boleh disandarkan kepada aqal manusia. Bahkan, manusia bergantung keseluruhannya dalam hal ini kepada wahyu.

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah Subhanahu wa Ta’ala maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

[TMQ Al-Baqarah : 216].





Peringatan untuk diriku dan pembaca yang masih sudi lagi membaca post yang panjang lebar ini.

Sesungguhnya nilai sesuatu perbuatan itu haruslah dikembalikan kepada hukum syara’. Hanya Allahlah yang berhak menentukan kriteria baik atau buruk, serta kriteria terpuji atau tercela bagi setiap perbuatan manusia. Dialah Al-Hâkim yang memutuskan semua itu. Kembalilah kepada Islam dalam menentukan nilai setiap perbuatan yang kita lakukan di dalam kehidupan kita. Cukuplah bagi kita mengambil hanya apa yang datang dari Tuhan yang menciptakan kita. Janganlah kita menjadikan nafsu kita sebagai ukuran dalam menentukan kriteria-kriteria tersebut. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan mana yang benar dan Dialah Pemberi keputusan yang paling baik.

[TMQ al-An‘am 57].

Apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul Sallallahu ’alaihi wa Sallam telah menetapkan sesuatu perbuatan itu sebagai baik (khair) atau buruk (syarr), terpuji (hassan) atau tercela (qabih) maka itulah setepat-tepat penilaian.

Maksait wajib dicegah!!

Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka diatur oleh suatu aturan (nizhâm) yang tertentu . Kehidupan bermasyarakat di dalam Islam adalah diumpamakan seperti penumpang yang berada di dalam sebuah kapal. Ini digambarkan oleh Rasulullah Sallallahu ’alaihi wa Sallam dalam hadithnya.

“Perumpamaan orang-orang yang mencegah berbuat maksiat dan yang melarangnya adalah seperti kaum yang menumpang kapal; sebahagian dari mereka berada di bahagian atas dan yang lain berada di bawah. Jika orang-orang yang berada di bawah memerlukan air, mereka mestilah melalui orang-orang yang berada di bahagian atasnya. Lalu mereka berkata andai sahaja kami lubangi kapal pada bahagian kami tentu kami tidak akan menyakiti orang-orang yang berada di atas kami tetapi jika yang demikian dibiarkan oleh orang-orang yang berada di atas (pada hal mereka tidak menghendaki) maka binasalah seluruhnya dan jika dikehendaki dari tangan mereka keselamatan maka akan selamatlah semuanya”

[HR Bukhari].

Inilah gambaran yang diberikan oleh Rasulullah berkenaan dengan tanggunggjawab umat Islam untuk melaksanakan kewajiban amar ma’ruf dan nahi mungkar samada secara individu, masyarakat dan negara. Sekiranya kewajiban ini tidak dilakukan atau diabaikan maka sudah barang pasti akan berlaku kerosakan di dalam struktur kehidupan bermasyarakat sepertimana yang berlaku pada hari ini. Kerosakan ini dapat kita saksikan dalam berbagai aspek kehidupan hari ini - sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Seperti yang telah diperjelaskan, nilai sesuatu perbuatan itu ditentukan oleh hukum syara’. Oleh yang demikian, di dalam konteks hukum Islam, perbuatan yang dilakukan oleh artis tersebut dan pasangannya, bercumbu, dan berpeluk dianggap salah walaupun dia mengatakan ”kami melakukan zina”.

Dalam persoalan ini isunya bukanlah cinta ataupun kebebasan hidup. Bukan juga isu hak individu atau hak asasi manusia mengikut pandangan aqal manusia. Apa yang menjadi persoalan adalah hukum syara’ yang wajib diterapkan oleh negara. Termasuklah juga jika si pelaku adalah orang kafir.

Di dalam Islam, seseorang kafir yang menjadi warga negara Daulah (kafir zimmi) perlu terikat dengan peraturan Daulah dalam hal-hal yang telah ditetapkan oleh negara kecuali dalam masalah aqidah dan ibadah. Justeru itu mana-mana tindakan yang boleh merosakkan kepentingan masyarakat sudah pasti akan dihalang oleh pihak pemerintah yang bertanggungjawab secara penuh untuk menjaga urusan umat ini.

Oleh yang demikian, tidaklah wajar bagi pihak pemerintah untuk hanya mengambil tindakan setelah insiden perbuatan yang melampau berlaku kerana keharaman perbuatan tersebut amatlah jelas. Tindakan yang bersifat pencegahan haruslah diambil. Islam tidak mengenal kebebasan bertingkahlaku secara mutlak seperti yang dilaungkan oleh Barat, yang berarti bahwa setiap orang bebas untuk melepaskan diri dari segala macam ikatan dan dari setiap nilai keruhanian, akhlak dan kemanusiaan.

Dengan kata lain, bebas bertingkahlaku, termasuk melakukan kemaksiatan. Kebebasan ini menetapkan bahawa setiap orang dalam tingkahlakunya dan kehidupan peribadinya berhak untuk berbuat apa saja yang sesuai dengan kehendaknya, sebebas-bebasnya, tanpa boleh ada larangan, baik dari negara atau pihak lain terhadap perilaku yang disukainya.

Pandangan seperti ini amatlah berbeza dengan Islam. Dalam konteks zina, misalnya, Allah berfirman:

“Janganlah kamu mendekati zina”

[TMQ al-Isra 32]

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman:

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat”

[TMQ An-Nûr 2]

Oleh yang demikian, idea kebebasan dengan konotasi kebebasan mutlak tanpa batas bagi setiap individu adalah bertentangan dengan hukum-hukum Islam; seluruhnya merupakan idea-idea, peradaban, peraturan, dan undang-undang kufur. Islam hanya mengenal hukum syara’ dalam menetapkan status dan hukum sesuatu perbuatan.

Persoalan hubungan di antara lelaki dan wanita di dalam kehidupan bermasyarakat adalah menyentuh persoalan sistem sosial di dalam Islam, yang mana Islam sebagai suatu mabda/ideologi yang sempurna telah secara jelas mengatur hubungan ini berdasarkan

kepada tuntutan syara’. Islam telah menentukan hukum-hukum yang bersifat praktikal dan khusus untuk sistem pergaulan/interaksi (an-nizhâm al-ijtimâ’i). Sistem interaksi/ pergaulan adalah sistem yang mengatur interaksi/pergaulan lelaki dan wanita serta mengatur hubungan yang timbul sebagai akibat dari interaksi/pergaulan yang terjadi, termasuk segala sesuatu yang terkait dengan hubungan tersebut.

Sistem interaksi ini mengatur berbagai hubungan antara lelaki dan wanita dan berbagai implikasi yang muncul dari interaksi tersebut. Sebagai contoh, di bawah adalah beberapa ketetapan yang wujud di dalam sistem ini.

1. Islam telah memerintahkan kepada manusia,baik lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan [an-Nur [24]: 30-31].

2. Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna, tudung dan jilbab, iaitu pakaian yang menutupseluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua

telapak tangannya [an Nur [24]: 31] dan [al-Ahzab [33]: 59].

3. Rasulullah bersabda (yang artinya): Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya.

[HR. Bukhari dan Muslim].

4. Rasulullah juga bersabda (yang artinya): Tidak diperbolehkan seorang lelaki dan seorang wanita berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya

[HR. Muslim].

5. Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya.

6. Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jamaah (komuniti) kaum lelaki; begitu juga di tempat umum, seperti masjid, pasar, dan lainnya.

7. Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam masalah muamalah; bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya atau berjalan-jalan bersama.

Dalam sebuah pemerintahan Islam yang hakiki (Daulah Islam/Khilafah), Khalifah memiliki peranan yang jelas dalam menerapkan seluruh hukum yang berkaitan dengan sistem pergaulan lelaki dan wanita. Ini dibangunkan dengan:

1. Sikap tegas pemerintah yang tidak pandang bulu dalam menegakkan hukuman ke atas

perbuatan perlanggaran hukum yang didahului dengan tindakan pencegahan (berupa pendidikan dan amar ma’ruf nahi mungkar). (Lihat, misalnya, surah an-Nur [24]: 2).

2. Seluruh hukuman di dalam Islam wajib diterapkan oleh negara sehingga hukum

tentang pergaulan ini menjadi satu bahagian yang sepadu dengan sistem hukuman yang

berlaku. Perlaksanaan hukuman Islam ini akan mewujudkan dua fungsi:

(a) jawabir (penebus dosa di akhirat);

(b) zawajir (pencegahan bagi orang lain untuk berbuat yang serupa).

Ini tidak kita dapati di dalam sistem hukuman kapitalisme-sekular seperti yang wujud pada hari ini.

Sejarah kegemilangan Islam telah membuktikan kepada kita bahawa penerapan Islam secara kaffah (termasuk sistem pergaulan di dalam Islam) secara berindividu, bermasyarakat dan bernegara [al-Baqarah:208] telah berjaya melahirkan individu-individu/tokoh-tokoh yang mempunyai syakhsiah Islamiyyah yang cukup unggul walaupun sebelum itu mereka merupakan individu yang kufur kepada Allah.

Mereka menjadi hebat kerana mereka berpegang teguh kepada Islam dan menjaga penerapannya. Namun hari ini, dengan dominasi sistem kapitalisme ke atas kita, ’hero-hero’ yang dilahirkan hanyalah ’hero-hero’ yang masyhur dengan kemaksiatan dan kelalaian..

Oleh itu, tidak hairanlah apabila laporan dari kajian yang dilakukan oleh Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) mencatatkan jumlah anak luar nikah di Malaysia sebanyak 68,000 di sepanjang tahun 2005 dan kebanyakannya terdiri dari umat Islam [KOSMO 19/04/06].

Wahai umat Islam yang dirahmati Allah, sesungguhnya hanya dengan menegakkan Daulah Khilafahlah hukum Islam yang suci akan dapat dilaksanakan secara sepenuhnya.

Definisi yang jelas, membezakan apa yang baik dan buruk dapat di realisasikan melalui penerapan Islam yang kaffah ini. Dan dengannyalah kehidupan mulia yang diredhai Allah dapat dikembalikan secara hakiki.

wallahua’lam

p/s:

- i am under construction

- moga post ini membantu kita dalam menilai yang baik dan buruk.

Wednesday, 23 July 2008

Dibenarkan...

Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tata susila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya
(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas
(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram
(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian
(4) menjaga pandangan mata dan
(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.

Dalam keadaan ini cinta dibenarkan.

Friday, 23 May 2008

Posisi Akhlak Dalam Sistem Islam



Islam telah didefinisikan sebagai agama yang diwahyukan Allah kepada utusan-Nya (Muhammad saw.), untuk mengatur hubungan antara manusia ke Penciptanya, ke dirinya sendiri, dan ke manusia lain. Hubungan antara manusia ke Penciptanya meliputi dasar-dasar keyakinan (aqidah) dan ibadah ritual (rukun Islam). Hubungan manusia ke dirinya sendiri meliputi akhlaq, makanan dan pakaian. Sedang hubungan manusia dengan manusia lain meliputi transaksi (muamalat) dan sanksi.


Islam memperhatikan seluruh masalah manusia seutuhnya. Konsekuensinya, Islam juga menjawab masalah-masalah manusia secara utuh. Islam membangun sistemnya di atas landasan spiritual, yakni keyakinan dasar (aqidah). Di atas landasan kesaksian bahwa "Tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah utusan-Nya" inilah dibangun seluruh zivilisasinya, negaranya, dan hukum-hukumnya.


Meskipun syari'ah Islam menjelaskan secara rinci berbagai sistem Islam (sistem ibadah, mu'amalah, hingga sistem sanksi), namun Islam tidak memberikan bahasan yang rinci tentang "sistem akhlaq". Islam justru menganggap aturan-aturan akhlaq sebagai perintah dan larangan Allah, tanpa menganggap bahwa persoalan akhlaq ini harus mendapat perhatian yang lebih besar daripada aspek lainnya dalam kehidupan. Pembahasan norma-norma akhlaq bahkan tidak sejauh persoalan kehidupan yang lain, bahkan di kitab-kitab fiqh tidak kita jumpai suatu bab tentang akhlaq. Dan para fuqaha serta mujtahidin tidak pernah menggeluti persoalan akhlaq dalam riset dan ijtihad mereka secara mendalam.


Akhlaq tidaklah mempengaruhi bangunan suatu masyarakat dalam bentuk apapun, karena suatu masyarakat dibangun di atas suatu sistem kehidupan, dan sistem ini dipengaruhi oleh pemikiran dan perasaan, yang kembali ditentukan oleh keyakinan dasar. Akhlaq tidak berpengaruh pada pendirian suatu masyarakat, dan bahkan tidak menentukan kebangkitan atau kehancuran masyarakat tersebut. Faktor yang menentukan pada masyarakat bukanlah akhlaq namun kodex masyarakat (al-'Urf) yang lahir dari pandangan hidup masyarakat itu. Dan fakta yang menentukan bangkit atau hancur suatu masyarakat bukanlah akhlaq, namun sistem yang diaplikasikan dan pemikiran serta perasaan yang dibawa masyarakatnya. Sesungguhnya, akhlaq adalah hasil dari pemikiran, perasaan, dan aplikasi suatu sistem.


Karena akhlaq adalah hasil dari aturan-aturan Allah, dan dia akan tumbuh dari dakwah atas aqidah serta aplikasi Islam secara utuh, maka adalah tidak cukup untuk menyerukan akhlaq kepada masyarakat. Menyerukan akhlaq justru menjungkirbalikkan konsep hidup Islam, menjauhkan manusia dari kenyataan dan dari unsur-unsur prinsip suatu masyarakat. Seruan atas akhlaq ini akan memberikan kepuasan batin yang semu atas kesalihan diri pribadi, namun memungkiri makna sesungguhnya dari kemajuan dalam kehidupan. Karena

itu jelaslah, bahwa pemutarbalikan seruan Islam menjadi seruan akhlaq, akan membuat orang-orang percaya, bahwa risalah Islam sekedar risalah akhlaq, sehingga sifat intelektual Islam terhapus, dan menjauhkan manusia dari satu-satunya jalan untuk mempraktekkan Islam, yakni dalam suatu bangunan masyarakat dan negara yang islami.


Ketika syari'ah Islam mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendiri, yakni tentang akhlaq, ia tidak memformulasikan suatu sistem, seperti yang ada pada ibadah ritual atau muamalah. Namun Islam memusatkan pada pemenuhan suatu nilai-nilai, yang Allah memerintahkannya, seperti kejujuran, ketulusan, rendah hati, menjauhi dengki, dsb. Sifat-sifat ini akan dicapai dengan perintah Allah. Kejujuran adalah perintah etis dari Allah, dan begitulah nilai etisnya akan diukur, sehingga ia bisa disebut sebagai etika. Jika sifat ini adalah hasil dari perbuatan atau interaksi, seperti kesucian dari shalat, atau kejujuran pada saat jual beli, maka nilai akhlaqnya sendiri tidak diwujudkan, karena niat perbuatan itu memang tidak untuk mencapai nilai akhlaq. Shalat dilakukan oleh seorang muslim dengan niat untuk mencapai nilai spiritual, dan dalam jual beli, dia ingin mencapai nilai material; namun dalam hal ini, sekaligus dia mencapai kualitas akhlaq.


Syari'ah telah menetapkan kebiasaan-kebiasaan, yang pelakunya akan dianggap memiliki akhlaq terpuji atau tercela. Orang akan didorong untuk mendapatkan akhlaq terpuji seperti kejujuran, keramahan, kegembiraan, hormat dan patuh pada orang tua, menjaga hubungan keluarga, menolong manusia dari marabahaya, menginginkan kebaikan pada orang lain apa yang juga kita inginkan pada kita dst. Syari'ah menganggap bahwa mendorong hal-hal di atas adalah melaksanakan perintah Allah. Syari'ah juga melarang sifat-sifat tercela seperti berdusta, tidak jujur, dengki, tidak adil, dan sebagainya; dan menyebut hal ini sebagai larangan, apa yang Allah telah melarangnya.


Akhlaq adalah bagian dari syari'ah ini, dan merupakan cabang dari perintah dan larangan, yang harus direalisasikan oleh setiap muslim, untuk menunjukkan ketaatannya pada Islam atau pada perintah-perintah Allah. Seluruh masyarakat akan mendapatkan akhlaq ini dengan realisasi pikiran-pikiran dan perasaan-perasaan Islami. Bila sekali hal ini diraih oleh masyarakat, maka individu di dalam masyarakat itu, mau tidak mau akan menyesuaikan diri pada akhlaq islami tersebut. Yang pasti, akhlaq pada masyarakat tidak bisa diraih hanya dengan seruan padanya, namun dengan realisasi pemikiran dan perasaan. Namun proses tersebut membutuhkan suatu persiapan melalui suatu jama'ah Islam - yang mengadaptasi dalam bentuknya yang lengkap, di mana individu merupakan bagian dari jama'ah dan bukan pribadi-pribadi yang merdeka - untuk menyerukan dakwah Islam yang lengkap kepada masyarakat, serta untuk merealisasikan pemikiran dan perasaan Islam kepada masyarakat. Hasil dari proses

ini adalah, bahwa orang-orang akan ber-Islam secara massal dan mereka juga akan mengambil akhlaq Islami secara massal pula. Jelaslah bahwa akhlaq tidak bisa dipisahkan dari perintah-perintah Allah serta aplikasi Islam, dan menunjukkan pentingnya kaum muslimin untuk mendapatkan akhlaq yang terpuji.

Allah swt. telah menjelaskan di banyak surat di Qur'an sifat-sifat yang selayaknya dicapai oleh manusia. Sifat-sifat ini terdiri dari keyakinan dasar (aqidah), pemujaan (ibadah), transaksi (mu'amalah) dan akhlaq. Empat hal ini adalah satu kesatuan dan harus ada bersama-sama.


Dalam surat Makiyyah: Luqman(31): 13-19


{13} Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
(QS. 31:13)


{14} Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
(QS. 31:14)


{15} Dan jika keduanya memaksamu mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
(QS. 31:15)


{16} Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
(QS. 31:16)


{17} Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan.
(QS. 31:17)


{18} Dan janganlah memalingkan muka dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(QS. 31:18)


{19} Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.
(QS. 31:19)


Dalam surat Makkiyah: Furqan(25): 63-76

{63} Dan hamba-hamba yang baik dari Rabb Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.
(QS. 25:63)


{64} Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka.
(QS. 25:64)


{65} Dan orang-orang yang berkata: "Ya Rabb kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal".
(QS. 25:65)


{66} Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.
(QS. 25:66)


{67} Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.
(QS. 25:67)


{68} Dan orang-orang yang tidak menyembah ilah selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya),
(QS. 25:68)


{69} (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina,
(QS. 25:69)


{70} kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS. 25:70)


{71} Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.
(QS. 25:71)


{72} Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.
(QS. 25:72)


{73} Dan orang-orang yang bila diberi peringatan dengan ayat-ayat Rabb mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.

(QS. 25:73)


{74} Dan orang-orang yang berkata: "Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.
(QS. 25:74)


{75} Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam surga) karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
(QS. 25:75)


{76} mereka kekal di dalamnya. Surga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.
(QS. 25:76)


Dalam surat Makkiyah: Al-Israa'(17): 23-38


{23} Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
(QS. 17:23)


{24} Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh sayang dan ucapkanlah: "Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidikku waktu kecil".
(QS. 17:24)


{25} Rabbmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
(QS. 17:25)


{26} Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan:dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.
(QS. 17:26)


{27} Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Rabbnya.
(QS. 17:27)


{28} Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Rabbmu yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka ucapan yang pantas.
(QS. 17:28)


{29} Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu dan janganlah terlalu mengulurkannya karena itu kamu menjadi tercela dan menyesal.
(QS. 17:29)


{30} Sesungguhnya Rabbmu melapangkan rezki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha melihat akan hamba-hambanya.
(QS. 17:30)


{31} Dan janganlah kamu bunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.
(QS. 17:31)


{32} Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
(QS. 17:32)


{33} Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah, melainkan dengan (alasan) yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan".
(QS. 17:33)


{34} Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfa'at) sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya.
(QS. 17:34)


{35} Dan sempurnakan takaran apabila kamu menakar, dan timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama dan lebih baik akibatnya.
(QS. 17:35)


{36} Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.
(QS. 17:36)


{37} Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
(QS. 17:37)


{38} Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Rabbmu.
(QS. 17:38)


Ayat-ayat ini menunjukkan kesatuan yang lengkap dan menyebutkan berbagai hal, serta menjelaskan sifat-sifat seorang muslim, menunjukkan kepribadian Islam dalam identitasnya yang unik dan luar biasa. Perlu dicatat bahwa ayat-ayat ini, merupakan perintah dan larangan Allah swt., yang menghubungkan suatu hal dengan ibadah dan lainnya dengan muamalah ataupun akhlaq. Ayat-ayat ini tidak cuma membatasi diri pada nilai-nilai akhlaq, melainkan meliputi seluruhnya. Inilah hal-hal yang membentuk kepribadian Islam. Karena itu, membatasi suatu urusan hanya pada akhlaq adalah tidak mungkin membentuk suatu manusia seutuhnya atau suatu kepribadian Islam. Namun akhlaq harus dibangun di atas landasan spiritual, yakni di atas keyakinan dasar (aqidah Islamiyah), bila ia ingin mencapai tujuan existensinya. Karena itu, seorang muslim jujur tidak karena semata-mata ingin jujur, namun karena Allah telah memerintahkannya. Akhlaq tidak dilakukan semata-mata karena akhlaq, namun karena Allah menetapkannya.

Karena itu, seorang muslim yang berserah diri kepada Allah mestinya otomatis memiliki akhlaq yang terpuji.

Mendapatkan akhlaq terpuji tidaklah dengan harapan mendapatkan keuntungan atau manfaat darinya. Karena itu, asas manfaat harus dipisahkan dari akhlaq. Kita harus memisahkan nilai material atau human dari akhlaq dan tidak mencampuradukkan.



Kesimpulan

Secara singkat bisa disimpulkan bahwa akhlaq bukanlah unsur dasar bagi suatu masyarakat, melainkan lebih ke soal pribadi. Suatu masyarakat tidak bisa diperbaiki dengan akhlaq, namun hanya dengan pemikiran dan perasaan Islami serta dengan aplikasi sistem Islam. Bahkan jika akhlaq merupakan aspek pribadi, ia bukan satu-satunya aspek. Akhlaq harus didampingi dengan aqidah, ibadah dan realisasi seluruh hukum-hukum Islam dalam segala bidang. Karena itu akhlaq yang baik yang dimiliki oleh seseorang yang tidak memiliki aqidah Islam, tidaklah ada harganya, karena orang ini kafir, sedangkan tidak ada dosa yang lebih besar daripada kekafiran. Bahkan jika seseorang memiliki akhlaq yang baik namun tidak melaksanakan ibadah atau mengerjakan mu'amalah sesuai dengan aturan-aturan Islam, ia tidak berhak untuk mendapatkan penghargaan. Karena itu adalah penting, untuk memperhatikan aqidah, ibadah, mu'amalah dan akhlaq secara bersama-sama dalam merubah seorang individu. Adalah sama sekali tidak islami untuk melihat akhlaq secara terpisah dari nilai-nilai yang lain. Bahkan haram hukumnya memperhatikan sesuatu sebelum seseorang meyakini aqidah.



Related Posts with Thumbnails