Sebuah Puisi: Road To Glory - Daulah Islamiyyah
On 13.05.2006 (1500-1700 hrs)
Pensyarah di universiti tertua itu beritahu
Akimu Daulah Islamiyyah fii nafsika..
Tegakkan daulah dalam diri kamu dulu
Nescaya daulah akan tertegak dalam Negara.
Negara Islam, Khilafah, Daulah Islamiyyah
Tiba-tiba menjadi perbualan hangat di sana-sini
Sang Kafir di Parlimen juga tahu mencelah
Ini negara bukan Islam tetapi Negara Islam Hadhari.
Malangnya akidah umat Islam sangat lemah
Hanyut dibuai Cuti-cuti Malaysia
Kurang sedar kewajipan mendirikan semula Khilafah
Mengejar perut kenyang dan hidup selesa
Ibnu Hazm dalam Al Fashl fil Milal WalAhwa' Wan Nihal juz 4 hal. 87 mengatakan :
"Telah sepakat seluruh Ahlus Sunnah, seluruh Murji'ah, seluruh Syi'ah, dan seluruh Khawarij, mengenai wajibnya Imamah (Khilafah) "
Wahai Perwira dan Serikandi,
Bangunlah, lalu berilah peringatan!" [QS al-Muddatstsir:2)
Teruskan dakwah tanpa henti
Biarlah umat Islam hari ini tahu
Sesungguhnya perintah
- Kutiba 'alaykum as-siyam (Surah Al-Baqarah 2:283)
Perlu dilaksana serentak dengan titah
- Kutiba 'alaykum al-qisas (Surah Al-Baqarah 2:178)
Sesuatu yang tak mungkin berlaku
Hanya dengan niat yang ikhlas
Tanpa adanya kuasa, authority, sulthan
Bak kata sahabat Baginda
- Manusia yang tidak boleh diubah dengan pendidikan
Perlu diajar dengan hukuman
Aduhai perwira dan serikandi,
Perjuangan ini adalah sebuah perjalanan
It's a journey, not a destiny
Matlamat akhir bukan menjadi sprinter
Tetapi pelari yang istiqamah
Berhenti hingga hujung nyawa
The man who wins the race
Does not always the swiftest
But the one who keeps on running!
ILP Kuala Langat
12-14 Mei 2006
No comments:
Post a Comment