From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Sunday, 6 June 2010

Seruan HTM : Serangan Ke Atas Mavi Marmara

Pada Jumaat lepas (04/06/10), Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengadakan seruan serentak di beberapa masjid di seluruh negara bagi mengutuk kekejaman Israel ke atas misi kemanusiaa yang dihantar ke Gaza. Dalam seruan tersebut, HTM menyeru dan menyedarkan umat Islam bahawa kaum Yahudi laknatullah boleh mengganas dengan sewenang-wenangnya ke atas umat Islam khususnya dan ke atas manusia amnya, kerana tidak adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun. Pemimpin yang ada begitu pengecut dan senantiasa mengkhianati umat Islam dengan tidak pernah berusaha untuk menyelamatkan saudara-saudara kita di Gaza. Mereka memiliki tentera tetapi mereka tidak pernah menghantar tentera ini berjihad melawan Yahudi. Begitu juga para tentera umat Islam, mereka masih tetap tunduk patuh kepada para pemimpin sekular, bukannya tunduk patuh kepada perintah Allah dan Rasul agar keluar berjihad menentang musuh. Kerana itulah, Yahudi boleh mengganas dan melakukan kerosakan di muka bumi dengan begitu mudah kerana langsung tidak ada tentangan dari para tentera Islam dari negara mana sekalipun.

Berikut adalah teks penuh seruan yang telah disampaikan oleh anggota Hizbut Tahrir di seluruh Malaysia, dipaparkan agar para pembaca beroleh manfaat darinya dan digalakkan menyebarkannya dalam apa cara dan bentuk sekalipun demi menyedarkan para pemimpin dan para tentera khususnya dan umat Islam amnya akan tanggungjawab masing-masing dalam hal ini. [Gambar-gambar seruan boleh dilihat di bawah teks tersebut].


~~~~~ooooo~~~~~


Ma’asyiral muslimin rahimakumullah


Sebagaimana yang kita telah ketahui, beberapa hari lepas, tentera Yahudi Zionis la’natullah telah melakukan serangan komando ke atas kapal Mavi Marmara yang merupakan salah sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam misi ’Flotila Pembebasan – Life Line For Gaza (LL4G)’. Serangan tidak berperikemanusiaan itu dilaporkan berlaku pada 31 Mei pukul 7.00 pagi waktu Mekah di perairan antarabangsa dan telah mengorbankan 19 nyawa di samping mencederakan berpuluh yang lain dan ramai telah menjadi tahanan tentera Israel. Semoga Allah melaknat rejim Zionis di atas kejahatan mereka ini1

Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah mengutuk tindakan kejam tentera israel ini. Hizbut Tahrir, sebagai sebuah gerakan Islam, juga mengutuk serangan ganas Zionis yang dilakukan ke atas konvoi kemanusiaan ini. Namun, kami ingin menegaskan dan menyatakan pendirian kami bahawa, semua ini berlaku kerana bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Gaza tidak diiringi oleh bantuan ketenteraan dari pemimpin kaum Muslimin, baik oleh Turki, Mesir, Jordan, Pakistan dan lain-lain termasuk Malaysia. Hizbut Tahrir ingin menyatakan, bahawa sesungguhnya bantuan kemanusiaan tidak akan bererti jika tidak disertakan dengan bantuan ketenteraan. Apa ertinya perut penduduk Gaza berisi, jika peluru Israel terus menembusi perut-perut mereka? Apa ertinya ubat-ubatan yang menyembuhkan luka-luka mereka jika bom-bom Israel terus menghancurkan tubuh-tubuh mereka?. Apa ertinya kain selimut yang dihantar jika ia akhirnya hanya akan menyelimuti jenazah-jenazah mereka? Inilah yang telah berlaku dan sedang berlaku jika hanya misi kemanusiaan dan bukannya misi ketenteraan yang dihantar untuk menyelamatkan Gaza.

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah

Sesungguhnya pemerintah kalian sudah tidak menghiraukan nasib umat Islam. Mereka hanya mempedulikan perut-perut mereka sahaja. Harta, wang ringgit, pangkat, kekayaan dan kuasa – inilah yang mereka peduli dengan sungguh-sungguh. Apabila umat Islam dibunuh, mereka hanya mengecam, mengutuk, mengadakan mesyuarat dan sidang tergempar yang kosong, yang tidak pernah menghasilkan apa-apa. Malah lebih buruk, mereka mengharapkan golongan kuffar untuk menyelamatkan umat Islam. Mereka mengharapkan PBB, sebuah badan kufur untuk menyelamatkan umat Islam. Apakah pemimpin ini begitu jahil sehingga mereka tidak tahu bahawa PBB-lah yang telah melahirkan Israel, dan PBB-lah yang selama ini telah membesarkan dan menjaga Israel!!! Sedarlah wahai kaum Muslimin, bahawa PBB hanyalah sebuah badan kufur yang ditubuhkan untuk menghancurkan Islam.

Selain mengharapkan PBB, pemerintah dan sebahagian dari umat islam juga mengharapkan OIC. Hizbut Tahrir ingin menyedarkan kalian wahai kaum Muslimin, bahawa OIC hanyalah merupakan himpunan negara-negara asobiyah dan wathoniyah yang hanya tahu bersidang! Setiap kali nyawa umat Islam melayang, setiap kali itulah mereka bersidang dan mengeluarkan resolusi kosong tidak bermakna. Dan persidangan mereka dipenuhi dengan kemewahan dan layanan VIP dan mendapat claim yang lumayan pula darinya. Inilah realiti OIC dan pemimpin OIC yang hanya handal bermesyuarat, hakikatnya, mereka ibarat tin kosong yang berkarat.

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah

Israel tidak pernah takut kepada PBB kerana PBB adalah penjaga mereka. Israel juga langsung tidak kecut dengan OIC kerana mereka tahu bahawa pemimpin OIC kesemuanya pengecut dan pengkhianat. Dan Israel langsung tidak gentar dengan badan-badan misi kemanusiaan. Mereka langsung tidak takut dan mereka langsung tidak risau dengan ini semua. Tetapi yakin dan percayalah wahai kaum Muslimin! Israel akan sungguh-sungguh takut dan kecut jika tentera-tentera Islam datang kepada mereka atas nama jihad fi sabilillah!!!

Malangnya wahai saudara-saudaraku, tentera umat Islam hari ini memilih untuk mentaati pemimpin sekular, lebih dari mereka mentaati Allah dan Rasul. Tentera umat Islam hari ini, memilih untuk bergerak di bawah panji PBB, bukannya panji Allah dan Rasul. Tentera umat Islam hari ini, hanya berani menunjukkan ’belang’ mereka pada acara-acara rasmi negara sahaja, dan mereka hanya berpeluk tubuh tatkala menyaksikan saudara-saudara mereka diratah dengan sewenang-wenangnya oleh puak kuffar. Inilah hakikat tentera kaum Muslimin yang tidak lagi mengetahui untuk apakah mereka menjadi tentera. Justeru, marilah kita sama-sama menyedarkan pasukan tentera kita bahawa mereka wajib berjihad fi sabilillah untuk membantu saudara-saudara kita yang sedang diperangi oleh musuh dan mereka hendaklah mengengkari pemerintah sekular yang telah memenjara dan memandulkan mereka selama ini. Sesungguhnya kekuatan ada pada mereka dan apabila mereka berperang, Allah akan pasti membantu mereka.

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah

Rejim Israel sekarang boleh membunuh umat Islam dengan begitu mudah kerana tidak adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun. Sesungguhnya kita sudah tidak mengharapkan pemimpin yang ada hari ini untuk menyelamatkan umat Islam. Mereka bersenang lenang tatkala umat bersusah payah, mereka kaya raya tatkala umat papa-kedana, mereka bahagia-gembira tatkala umat derita-sengsara, mereka berpeluk tubuh tatkala umat Islam dibunuh. Demi Allah! Demi Allah dan Rasulnya, kita perlu membuang pemimpin ini dan kita sekarang benar-benar memerlukan seorang Khalifah untuk menjadi ketua kaum Muslimin yang akan membela umat Islam, yang akan memimpin, melindungi dan menjaga harta, darah dan nyawa kaum Muslimin.

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah

Hizbut tahrir dengan ini menyeru kalian agar berusaha bersama-sama kami untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah ar-rasyidah ala minhaj nubuwwah yang bila tertegaknya institusi politik agung umat Islam ini, Khalifah pasti akan menghantar tentera untuk menyelamatkan saudara-saudara kita dan membebaskan keseluruhan negeri umat Islam dari cengkaman penjajah kuffar. Yakinlah wahai saudara, hanya dengan Khilafah sahajalah, nasib seluruh umat Islam di dunia akan terbela dan hanya dengan Khilafah sahajalah, umat Islam akan kembali menjadi umat yang mulia..

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Sunday, 2 May 2010

Menjadi Sahabat Yang Menyenangkan

Secara fitrah, menikah akan memberikan ketenangan (ithmi'nân / Thuma'ninah) bagi setiap manusia, asalkan pernikahannya dilakukan sesuai dengan aturan Allah Swt., Zat Yang mencurahkan cinta dan kasih-sayang kepada manusia.

Hampir setiap Mukmin mempunyai harapan yang sama tentang keluarganya, iaitu ingin bahagia; sakinah mawaddah warahmah. Namun, sebahagian orang menganggap bahawa mencipta keluarga yang sakinah mawaddah warahmah serta langgeng adalah hal yang tidak gampang. Fakta-fakta buruk kehidupan rumahtangga yang terjadi di masyarakat seolah makin mengokohkan asumsi sulitnya menjalani kehidupan rumahtangga. Bahkan, tidak jarang, sebagian orang menjadi enggan berkahwin atau menunda-nunda pernikahannya.

Menikahlah, Kerana Itu Ibadat

Sesungguhnya berkahwin itu bukanlah sesuatu yang menakutkan, hanya memerlukan perhitungan cermat dan persiapan matang saja, agar tidak menimbulkan penyesalan. Sebagai risalah yang syamil (menyeluruh) dan kamil (sempurna), Islam telah memberikan tuntunan tentang tujuan pernikahan yang harus difahami oleh kaum Muslim. Tujuannya adalah agar pernikahan itu berkat dan bernilai ibadah serta benar-benar memberikan ketenangan bagi suami-isteri. Dengan itu akan terwujud keluarga yang bahagia dan langgeng. Hal ini bisa diraih jika perkahwinan itu dibina atas dasar pemahaman Islam yang benar.

Menikah hendaklah diniatkan untuk mengikuti sunnah Rasullullah saw., Meneruskan keturunan, dan menjaga kehormatan. Menikah juga hendaklah ditujukan sebagai sarana dakwah, meneguhkan iman, dan menjaga kehormatan. Pernikahan merupakan sarana dakwah suami terhadap isteri atau sebaliknya, juga dakwah terhadap keluarga keduanya, kerana perkahwinan bererti pula mempertautkan hubungan dua keluarga. Dengan begitu, rangkaian persaudaraan dan kerabat pun semakin luas. Ini bermakna, sarana dakwah juga bertambah. Pada skala yang lebih luas, pernikahan islami yang berjaya tentu akan menjadi tiang penopang dan pengokoh perjuangan dakwah Islam, sekaligus tempat bersemainya kader-kader perjuangan dakwah masa depan.

Inilah tujuan pernikahan yang seharusnya menjadi pijakan setiap Muslim saat akan berkahwin. Oleh itu, sesiapa pun yang akan berkahwin hendaklah betul-betul mempersiapkan segala hal yang diperlukan untuk meraih tujuan pernikahan seperti yang telah digariskan Islam. Setidaknya, setiap Muslim, laki-laki dan perempuan, harus memahami konsep-konsep pernikahan islami seperti: Peraturan Islam tentang kedudukan dan peranan suami dan isteri dalam keluarga, hak-hak dan kewajipan suami-isteri, serta kewajipan ibubapa dan hak-hak anak; undang-undang seputar kehamilan, nasab, penyusuan, penjagaan anak, serta pendidikan anak dalam Islam; ketentuan Islam tentang peranan Muslimah sebagai isteri, ibu, dan pengurus rumahtangga, juga peranannya sebagai sebahagian daripada umat Islam secara keseluruhan, serta bagaimana jika kewajipan-kewajipan itu berbenturan pada masa yang sama; undang-undang seputar nafkah, waris, talak (cerai), rujuk, gugat cerai, hubungan dengan orangtua dan mertua, dan sebagainya. Semua itu memerlukan penguasaan undang-undang-undang-undang Islam secara menyeluruh oleh pasangan yang akan berkahwin. Artinya, berkahwin itu harus didasarkan pada ilmu.

Jadi Sahabat yang Menyenangkan

Pernikahan pada dasarnya merupakan akad antara laki-laki dan perempuan untuk membina rumahtangga sebagai suami-isteri sesuai dengan ketentuan syariat Islam. Sesungguhnya kehidupan rumahtangga dalam Islam adalah kehidupan persahabatan. Suami adalah sahabat karib bagi isterinya, begitu juga sebaliknya.

Keduanya benar-benar seperti dua sahabat karib yang bersedia berkongsi suka dan duka bersama dalam menjalani kehidupan pernikahan mereka demi meraih tujuan yang diredhai Allah SWT. Isteri bukanlah sekadar patner kerja bagi suami, apalagi bawahan atau pegawai yang bekerja pada suami. Isteri adalah sahabat, belahan jiwa, dan tempat curahan hati suaminya.

Islam telah menjadikan isteri sebagai tempat yang penuh ketenteraman bagi suaminya. Allah Swt. berfirman:
ومن ءاياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها

Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. (TQS. ar-Rum [30]: 21).

Maka dari itu, sudah selayaknya suami akan merasa tenteram dan damai jika ada di sisi isterinya, demikian juga sebaliknya. Suami akan selalu cenderung dan ingin berdekatan dengan isterinya. Di sisi isterinya, suami akan selalu mendapat semangat baru untuk terus menapaki jalan dakwah, demikian juga sebaliknya. Keduanya akan saling tertarik dan cenderung kepada pasangannya, bukan saling menjauh. Keduanya akan saling menasihati, bukan mencela; saling menguatkan, bukan melemahkan; saling membantu, bukan bersaing.

Keduanya pun selalu siap berproses bersama meningkatkan high ketakwaannya demi meraih kemulian di sisi-Nya. Mereka berdua berharap, Allah Swt. berkenan mengumpulkan keduanya di syurga kelak. Ini bermakna, tabiat asli kehidupan rumahtangga dalam Islam adalah ithmi'nân / tuma'ninah (ketenangan dan ketenteraman). Walhasil, kehidupan pernikahan yang ideal adalah terjalinnya kehidupan persahabatan antara suami dan isteri yang mampu memberikan ketenangan dan ketenteraman bagi keduanya.

Untuk menjamin teraihnya ketengan dan ketenteraman tersebut, Islam telah menetapkan serangkaian aturan tentang hak dan kewajipan suami-isteri. Jika semua hak-hak dan kewajipan itu dijalankan secara benar, terwujudnya keluarga yang sakinah mawaddah warahmah adalah suatu keniscayaan.

Bersabar atas Kekurangan Pasangan

Kerap terjadi, kenyataan hidup tidak seindah harapan. Begitu juga dengan kehidupan rumahtangga, tidak selamanya berlangsung tenang. Adakalanya kehidupan suami-isteri itu dihadapkan pada berbagai problem baik kecil ataupun besar, yang boleh mengusik ketenangan keluarga. Penyebabnya sangat beragam; bisa karena kurangnya komunikasi antara suami-isteri, suami kurang baik terhadap isteri, atau suami kurang perhatian kepada isteri dan anak-anak; isteri yang kurang pandai dan kurang kreatif menjalankan fungsinya sebagai isteri, ibu, dan pengurus rumahtangga; kerana adanya salah faham dengan mertua; atau suami yang 'kurang serius' atau 'kurang ulet' mencari nafkah. Penyebab lain adalah kerana tahap pemahaman agama yang tidak seimbang antara suami-isteri; tidak jarang pula karena dipicu oleh suami atau isteri yang selingkuh, dan lain-lain.

Sesungguhnya Islam tidak menafikan adanya kemungkinan terusiknya ketenteraman dalam kehidupan rumahtangga. Sebab, secara alami, setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti dihadapkan pada berbagai persoalan. Hanya saja, seorang Muslim yang kukuh imannya akan sentiasa yakin bahawa Islam pasti mampu menyelesaikan semua problem kehidupannya. Oleh kerana itu, dia akan sentiasa bersedia menghadapi problem tersebut, dengan menyempurnakan ikhtiar untuk mencari solusinya dari Islam, seiring dengan doa-doanya kepada Allah Swt. Sembari berharap, Allah memudahkan penyelesaian segala urusannya.

Keluarga yang sakinah mawaddah warahmah bukan bererti tidak pernah menghadapi masalah. Apa yang dimaksudkan adalah keluarga yang dibina atas landasan Islam, dengan suami-isteri sama-sama menyedari bahawa mereka berkahwin adalah untuk ibadah dan untuk menjadi tiang yang mengukuhkan perjuangan Islam. Mereka siap menghadapi masalah apapun yang menimpa rumahtangga mereka. Sebab, mereka tahu jalan keluar apa yang harus ditempuh dengan bimbingan Islam.

Islam telah mengajar bahawa manusia bukanlah malaikat yang selalu taat kepada Allah, tidak pula Ma'shum (terpelihara dari melakukan maksiat) seperti halnya para nabi dan para Rasul. Manusia adalah hamba Allah yang mempunyai peluang untuk melakukan kesalahan dan menjadi tempat berkumpulnya banyak kekurangan. Pasangan kita (suami atau isteri) pun demikian, memiliki banyak kekurangan. Oleh itu, kadangkala apa yang dilakukan dan ditampakkan oleh pasangan kita tidak seperti gambaran ideal yang kita harapkan. Dalam keadaan demikian, maka sikap yang harus diambil adalah bersabar!

Sabar adalah salah satu penampakan akhlak yang mulia, iaitu wujud ketaatan hamba terhadap perintah dan larangan Allah SWT. Sabar adalah sebahagian undang-undang syariat yang diperintahkan oleh Islam. (Lihat: QS al-Baqarah [2]: 153; QS az-Zumar [39]: 10).

Makna kesabaran yang dimaksudkan adalah kesabaran seorang Mukmin dalam rangka ketaatan kepada Allah; dalam menjalankan semua perintah-Nya; dalam usaha menjauhi semua larangan-Nya; serta dalam menghadapi ujian dan cubaan, termasuk pula saat kita dihadapkan pada 'kekurangan' pasangan (suami atau isteri ) kita.

Namun demikian, kesabaran dalam menghadapi 'kekurangan' pasangan kita harus dicermati dulu faktanya. Pertama: Jika kekurangan itu berkaitan dengan maksiat yang menunjukkan adanya pelalaian terhadap kewajipan atau justeru melanggar larangan Allah SWT. Dalam hal ini, wujud kesabaran kita adalah dengan menasihatinya secara makruf serta mengingatkannya untuk tidak melalaikan kewajibannya dan supaya segera meninggalkan larangan-Nya. Contoh pada suami: suami tidak berlaku makruf kepada isterinya, tidak menghargai isterinya, bukannya memuji tetapi justeru suka mencela, tidak menafkahi isteri dan anak-anaknya, enggan melaksanakan solat fardhu, enggan menuntut ilmu, atau malas-malasan dalam berdakwah. Contoh pada isteri: isteri tidak taat pada suami, melalaikan pengasuhan anaknya, melalaikan tugasnya sebagai pengurus rumahtangga (rabb al-bayt), sibuk berkarier, atau mengabaikan usaha menuntut ilmu dan aktiviti amar makruf nahi mungkar. Sabar dalam hal ini tidak cukup dengan berdiam diri saja atau nrimo dengan apa yang dilakukan oleh pasangan kita, tetapi harus ada usaha maksimum menasihatinya dan mendakwahinya. Satu hal yang tidak boleh dilupakan, kita sentiasa mendoakan pasangan kita kepada Allah SWT.

Kedua: Jika kekurangan itu berkaitan dengan hal-hal yang mubah, maka hendaklah dikomunikasikan secara makruf di antara suami-isteri. Contoh: suami tidak terlalu romantis, bahkan cenderung cuwek; miskin akan pujian terhadap isteri, padahal sang isteri mengharapkan itu; isteri kurang pandai menata rumah, walaupun sudah berusaha maksimum tetapi tetap saja kurang estetikanya, sementara sang suami adalah orang yang apik dan rapi; isteri kurang boleh memasak walaupun dia sudah berusaha maksimal menghasilkan yang terbaik; suami "cara bicaranya" kurang lembut dan cenderung bernada Arahan sehingga kerap menyinggung perasaan isteri; isteri tidak boleh berdandan untuk suami, model rambutnya kurang bagus, hasil kumbahan dan setrikaannya kurang rapi; dan sebagainya. Dalam hal ini kita dituntut bersabar untuk mengkomunikasikannya, memberikan masukkan, serta mencari jalan keluar bersama-sama pasangan kita. Jika usaha sudah maksimal, tetapi belum juga ada perubahan, maka terimalah itu dengan lapang dada sambil terus mendoakannya kepada Allah Swt. (Lihat: QS an-Nisa '[4]: 19).

Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang suami membenci isterinya. Jika dia tidak menyukai satu perangainya maka dia akan menyenangi perangainya yang lain. [HR Muslim].


Sumber: syabab.com

Monday, 26 April 2010

Politik Ekonomi Islam

Pos kali ini menerangkan serba sedikit mengenai politik ekonomi Islam yang wajib dijadikan aturan hidup yang berlandaskan hukum-hukum Allah. Aturan ini wajib dipikul oleh negara, kerana negara yang mampu menegakan Syariah Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

"Siapa saja mencari dunia dengan cara halal, semata-mata dengan tetap menjaga dari kehinaan, maka dia akan menemui Allah SWT (sedangkan) wajahnya bagai bulan pada malam bulan purnama. Dan siapa saja yang mencari dunia sebagai suatu kebanggaan dan perlumbaan, maka dia akan menemui Allah (sementara) dia dalam keadaan marah."

Sabda Baginda lagi:

"Wahai anak Adam, apakah ada kepemilikan yang kau miliki kecuali apa yang engkau makan kemudian engkau habiskan, atau apa yang engkai pakai kemudian engkau lusuhkan, atau apa yang engkau sedekahkan kemudian engkau kekalkan"

Tujuan mencari kekayaan yang diperintahkan oleh Islam itu bukan semata-mata untuk menjadi alat pemuas keperluan, serta unut suatu kebanggaan, melainkan untuk menjalankan roda perekonomian secara menyeluruh sesuai dengan perintah dan larangan Allah. Islam juga telah memerintahkan kepada setiap Muslim agar mencari kehidupan akhirat dengan tidak melupakan kehidupan dunia

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan."
[TMQ Al-Qashash, 28:77]

Berdasarkan Firman di atas. Islam telah menjadikan falsafah ekonominya berpijak pada upaya untuk menjalankan aktiviti perekonomian dengan berpegang kepada perintah dan larangan Allah yang didasarkan pada kesadaran adanya hubungan manusia dengan Allah SWT.

Islam menjadikan idea ini untuk membangun "pengaturan urusan kaum Muslimin" dalam suatu masyarakat, dalam kehidupan, yang menjadikan aktiviti perekonomian tersebut sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh hukum-hukum syara'.

Jika dibandingkan dengan sistem sekarang, beza amat, macam langit dengan bumi. Sebagai contoh yang pernah Panglima Kungfu baca (sedikit) tentang sosio-ekonomi negara. Panglima Kungfu berpendapat bahawa sosio-ekonomi mengalami kemerosotan dari pelbagai aspek baik pada kemasyarakatan, ekosistem, pasaran dan sebagainya. Usaha-usaha murni dalam memperbetulkan sosio-ekonomi masih mengalami kegagalan. Menyentuh hal kemasyarakatan yang disebutkan oleh Panglima Kungfu tadi. Masyarakat masih tidak terikat dengan syara' dalam aktiviti muamalat mereka. Pernindasan, penipuan, pinjaman peniagaan yang berlandaskan riba' dan sebagainya adalah contoh kegagalan yang ada dalam sistem ekonomi masa kini. Walhal pinjaman Mikro itu nampak macam membantu dari pinjaman bank, kesemua itu adalah penipuan belaka. Dan sebagainya.

Dalam Negara Daulah sendiri mempunyai peranan dalam menjaga hal-hal syara'. Dimana hukum-hukum syara' yang diperintahkan Allah SWT dijadikan sebagai suatu aturan agama. Mereka yang memiliki kewarganegaraan, atau menjadikan aktiviti perekonomian tersebut, terikat dengan hukum-hukum syara' sebagai suatu perundangan. Sehingga mereka diberi kebolehan sesuai dengan apa yang telah diperbolehkan oleh Islam kepadanya. Dimana, mereka juga terikat dengan ketentuan (baca:aturan) yang mengikat mereka.

"...Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya."
[TMQ Al-Hasyr, 59:7]

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. "
[TMQ Yunus, 10:57]

"Maka, hendaklah berhati-hati orang-orang yang menyimpang dari jalanNya, terhadap fitnah yang akan ditimpakan kepada mereka atau mereka akan ditimpakan azab yang pedih"
[TMQ An-Nuur, 24:63]

"Dan hendaknya engkau hukumi di antara mereka dengan apa yang Allah turunkan"
[TMQ Al-Maidah, 5:48]

Keterikatan kaum Muslimin dan semua orang kepada hukum-hukum ini boleh dijamin dengan adanya pembinaan, sehingga seorang Muslim boleh melaksanakan politik ekonomi tersebut kerana terdorong oleh ketaqwaan kepada Allah serta hukum syara' yang diterapkan oleh negara kepada seluruh manusia.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. "
[TMQ Al-Baqarah, 2:278]


"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian berhutang dengan tempoh tentu, maka catatlah hutang tersebut"
[TMQ Al-Baqarah, 2:282]
hingga,

"Kecuali jika muamalah itu merupakan perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagimu (jika) kamu tidak menulisnya"
[TMQ Al-Baqarah, 2:282]

Oleh itu, syara' telah menjelaskan mekanisme yang dipergunakan untuk menerapkan hukum-hukum ini, sekaligus menjelaskan tentang mekanisme yang boleh menjamin keterikatan mereka kepada hukum-hukum tersebut.

Dengan demikian nampaklah, bahwa politik ekonomi Islam di atas telah dibangun dengan berpijak kepada asas terpenuhinya keperluan setiap orang sebagai individu yang hidup dalam suatu masyarakat tertentu, serta asa kerja untuk mendapatkan kekayaan dalam rangka memenuhi apa saja yang boleh memuaskan keperluannya. Oleh kerana itu, politik ekonomi Islam tersebut sebenarnya berdiri di atas satu konsep, iaitu menjalankan aktiviti ekonomi berdasarkan hukum syara' yang diterapkan oleh setiap orang dengan dorongan ketaqwaan kepada Allah serta dilaksanakan oleh negara, melalui pembinaan dan perundangan hukum syara'.

Wallahulam...


Saturday, 24 April 2010

Membangun Sistem Ekonomi #1

Sebenarnya, sebelum pos ini, ada sebuah pos yang dalam pembikinannya 47% siap. Selebihnya itu, tertangguh. Sebab ia mememerlukan idea(baca: kefahaman) untuk dicurahkan. Agak sukar (baca: kadang-kadang), untuk menyampaikan sesuatu yang kita ketahui dan fahami. Apa yang kita fahami tidak sama cara yang orang lain untuk memahaminya.

Tadi semasa sedang menulis pos yang tajuknya (dirahsiakan). Saya mengusha beberapa blog yang saya kenali. Ramai yang update, bagus-bagus...hehehe... Dalam banyak-banyak pos yang saya baca. Ada satu pos yang membuatkan saya hendak menulis pos terbaru. Pos (rahsia) ditangguhkan seketika.

Dalam pos tersebut memberitahu, "kalaulah...kalau nak kata DEB ni tak berjaya utk mengurangkan gap kemiskinan..sbb nampak berlambak org Melayu yg masih miskin lagi dan org cina dan india terus menerus kaya raya...adakah persoalannya, 1. DEB yg tidak berkesan? atau, 2. Melayu tu sendiri yg malas? "

DEB tidak akan berjaya selagi mana sistem DEB itu tidak berpandukan syara'. Begitu juga dasar-dasar lain yang bersangkutan dengan ekonomi yang tidak berlandaskan syara'.

Secara umumnya, DEB itu yang kita pelajari di buku teks Sejarah di sekolah menengah adalah, hendak mengurangkan jurang ekonomi antara 3 bangsa. DEB berperanan menghapuskan dasar kepemilikan oleh 3 bangsa tersebut. Baik di ladang getah, kampung-kampung, lombong bijih.

Dalam permasalahan ini. Islam telah memberi aturan hidup yang cukup sempurna. Cukup bernas penyelesaiannya dengan manusia yang pelbagai ragam, ras, bangsa dan sebagainya.

Sebelum diteruskan dengan panjang lebar. Perlulah kita tahu apa itu ekonomi. "Ekonomi" diambil dari bahasa Yunani kuno (baca: Greek), yang maknanya adalah "mengatur urusan rumah tangga", dimana anggota keluarga yang mampu, ikut terlibat dalam menghasilkan barang-barang berharga dan membantu memberikan jasa, lalu seluruh anggota keluarga yang adam ikut menikmati apa yang mereka peroleh. Kemudian populasinya semakin banyak dalam rumah, lalu menjadi suatu komuniti yang diperintah oleh satu negara.

Pendek kata, istilah ekonomi ialah, kegiatan mengatur urusan harta kekayaan. Mudah difahami bukan? (Ok, selesai sudah pos saya ini..hehehe)

Berbalik pada cerita tadi. Dalam mengatasi masalah tersebut, hendaklah kita menggunakan asas untuk membangun sistem ekonomi; kepemilikan, tasharruf (pengelolaan) kepemilikan, dan pengagihan kekayaan di tengah-tengah manusia.

Pandangan Islam terhadap masalah kekayaan berbeza dengan pandangan Islam terhadap masalah pemanfaatan kekayaan.(hah, macamana tuh??). Menuru Islam, sarana-sarana yang memberikan kegunaan adalah masalah tersendiri, sedangkan perolehan kegunaan adalah masalah lain. Kerana itu, kekayaan dan tenaga manusia, dua-duanya merupakan kekayaan, sekaligus sarana yang boleh memberikan kegunaan atau manfaat. Sehingga. kedudukan kedua-duanya dalam pandangan Islam, dari segi keberadaan dan produknya dalam kehidupan, berbeza dengan kedudukan pemanfaatan serta tatacara perolehan manfaatnya.

Dari segi pemanfaatan harta kekayaan dan pemanfaatan tenaga manusia. ISlam juga ikut campur tangan dalam masalah pemanfaatan kekayaan dengan cara yang jelas. Islam, misalnya, mengharamkan pemanfaatan beberapa bentuk harta kekayaan; arak. Sebagaimana Islam juga mengharamkan pemanfaatan beberapa tenaga manusia; berdansa dan pelacuran. Begitu juga, mengharamkan menjual harta kekayaan yang haram untuk dimakan, serta menyewakan tenaga untuk melakukan sesuatu yang haram dilakukan.

Manakala, tatacara perolehannya, Islam telah mensyariatkan hukum-hukum tertentu dalam memperoleh kekayaan; hukum-hukum berburu, menghidupkan tanah mati, hukum-hukum kontrak jasa, industri, serta hukum-hukum waris.

Ini berkaitan denan pemanfaatan kekayaan dan mekanisme perolehannya. Sedangkan yang berkaitan dengan kekayaan itu sendiri, dari segi memproduksinya, Islam telah mendorong dan memacu agar memproduksi sebanyak-banyaknya, sebagaimana Islam memacu agar bekerja. Sementara itu, Islam sama sekali tidak ikut campur tangan dalam hal untuk meningkatkan produk, termasuk kemampuan produk tersebut. Justeru itu, Islam membiarkan (baca:membenarkan) manusia untuk melaksanakannya.

Sedangkan dari segi keberadaannya, harta kekayaan tersebut sebenarnya terdapat dalam kehidupan ini secara alamiah, dimana Allah SWT telah menciptakannya untuk diberikan kepada manusia.

"Dialah yang menciptakan unutk kalian semua, apa saja yang ada di bumi"
[TMQ Al-Baqarah, 1:29]

"Allahlah yang telah menundukkan untuk kalian lautan, agar bahtera boleh berjalan di atasnya dengan kehendakNya, juga agar kalian boleh mengambil kebaikannya"
[TMQ Al-Jatsiyah, 45:12]

"Dan (Dialah) yang menundukkan untuk kalian apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi"
[TMQ Al-Jatsiyah, 45:13]

"maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma, kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu."
[TMQ 'Abasa, 80:24-32]


"Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah). "
[TMQ Al-Anbiyaa', 21:80]

"...Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu)..."
[TMQ Al-Hadiid, 57:25]

Di dalam ayat-ayat ini serta ayat-ayat lain yang serupa, Allah telah menjelaskan, bahwa Dia-lah yang menciptakan harta kekayaan dan tenaga manusia, dan sama sekali tidak ada hubungannya dengan hal-hal lain. Semuanya ini menunjukkan, bahwa Allah SWT tidak ikut campur dalam masalah harta kekayaan, termasuk dalam masalah tenaga manusia, selain menjelaskan bahwa Dia-lah yang telah menciptakannnya agar boleh memanfaatkan oleh manusia. Begitu pula, Allah tidak ikut campur dalam menentukan masalah bagaimana memproduksinya. Bahkan, tidak ada satu nash syara' pun yang menjelaskan bahwa Islam ikut campur dalam menentukan masalah bagaimana memproduksi kekayaan tersebut, dan sebaliknya. Kita malah menemukan banyak nash syara' menjelaskan, bahwa syara' telah menyerahkan masalah tersebut kepada manusa agar menggali harta kekayaan tersebut, juga agar memperbaharui tenaga manusia.

Telah diriwayatkan, bahwa Nabi SAW pernah bersabda dalam masalah penyuburan(pembenihan) kurma:

"Kalianlah yang lebih tahu tentang (urusan) dunia kalian"

Juga terdapat riwayat hadis, bahwa Nabi SAW telah mengutus dia kaum Muslimin unutk berangkat ke pandai besi Yaman, untuk mempelajari industri persenjataan. Semuanya ini menunjukkan, bahwa syara' telah menyerahkan masalah memproduksi harta kekayaan tersebut kepada manusia, agar mereka memproduksinya sesuai dengan keahlian dan pengetahuan meraka.

Oleh kerana itu, amatlah jelas bahwa Islam telah memberikan konsep tentang sistem ekonomi, sementara tentang ilmu ekonomi tidak. Dan Islam telah menjadikan pemanfaatan kekayaan serta mekanisme perolehan manfaat tersebut sebagai masalah yang dibahas --- di dalam sistem ekonomi. Sementara, secara mutlak Islam tidak menyinggung masalah bagaimana cara memproduksi kekayaan dan faktor produksi yang boleh menghasilkn kekayaan.

Wallahulam....

p/s: Setakat ini sahaja dulu. InsyaAllah, akan dikongsikan lagi pada pos akan datang yang menyentuh tentang kaedah perekonomian. Yang dimana, pos ini menjelaskan tentang kepemilikan individu, umum dan negara. InsyaAllah, ia dapat memecahkan pemahaman yang membelenggungi dalam akal manusia tentang pelbagai konsep ekonomi yang sedia ada dan digunakan masa kini kononnya dapat menyelesaikan masalahnya.

Friday, 16 April 2010

Munaaqashah April 2010



Anda dijemput ke

MUNAAQASHAH :

'KHILAFAH - SISTEM YANG SEMPURNA'

Tarikh: 18 APRIL 2010

Hari: Ahad 8.30pagi-1200tgh

Tempat: Khilafah Centre,
47-1 Jalan 7/7A, Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi


Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

Saturday, 13 March 2010

Munaaqashah Mac 2010


Jemputan Ke

MUNAQASHAH :'KEMBALINYA ISLAM SEBAGAI KUASA BESAR'

Tarikh
: 21 MAC 2010
Hari: Ahad 8.30pagi-1200tgh

Tempat: Khilafah Centre, 47-1 Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir




Wednesday, 17 February 2010

Perzinaan Berterusan Ada Dengan Sistem Kapitalisme!



Saban hari dunia dihimpunkan dengan permasalahan-masalahan manusia yang mana masalah tersebut bertambah dan bertambah teruk. Inilah akibatnya apabila permasalahan kehidupan manusia tidak dihukumi dengan hukum Islam yang sebenar. Yang lahir dari aqidah Islam.

Pos kali ini Panglima Kungfu cuma berkongsi apa yang dirasa oleh Panglima Kungfu sendiri. Semasa menonton berita Buletin Utama di TV3, pelbagai permasalahan di dunia sedang berlaku baik pada politik, ekonomi, alam semesta dan juga manusia itu sendiri.

Menyentuh tentang manusia itu sendiri. Panglima Kungfu merasa sedih atas apa telah berlaku sekarang ini. Dimana kes penzinaan dan pembuangan bayi masih tidak dapat dibendung lagi.

Persoalan yang Panglima Kungfu ingin kongsikan. Apakah si penzina-penzina ini lemah pada pegangan agama mereka?? Memang benar sekiranya jika mereka mengatakan bahawa orang kurang pegangan agama mudah terjerus ke lembah kemaksiatan. Tetapi mereka harus sedar, bahawa tanggungjawab negara menyediakan pendidikan kepada rakyat.

Memang perbuatan manusia itu melakukan perbuatan itu disebabkan 3 Ghariza yang ada pada manusia, iaitu Gharizatul Tadayyun(naluri beragama), Gharizatul Baqa'(naluri mempertahankan diri),dan Gharizatul Nau'(naluri melestarikan keturunan). Dan ketiga-tiga Gharizatul itu bergantung kepada perbuatan. Manakala Gharizatul Nau' yang terdorong dengan keseronokan dan tidak dikawal akan melahirkan hubungan terlarang.

Dalam perkara ini kita mestikan kaitkan dengan 3 lingkaran iaitu masalah negara, masyarakat dan individu itu sendiri. Di mana negara itu sendiri tidak melaksanakan tanggunjawabnya menerapkan hukum Allah sebagai negara yang mampu mengatur institusi pendidikan dan ia juga mempunyai kemudahan-kemudahan, bangunan-bangunan, guru-guru untuk mendidik rakyat itu sendiri. Manakala masyarakat pula, mengamalkan sikap individualistik yang mengamalkan sikap tegur tidak menegur, pantau dan tidak memantau dan sebagainya. Dan ketiganya, individu itu sendiri. Individu itu sendiri tidak mahu dibenarkan diatur oleh Wahyu itu sendiri, tidak mahu dibina dan dipimpin dengan aqidah benar.

Disini Panglima Kungfu memperincikan lagi tentang 3 lingkungan yang disebutkan seperti di atas.

Dalam lingkungan yang kedua ini. Apa yang Panglima Kungfu ingin katakan adalah masyarakat di mana seseorang individu itu berinteraksi. Masyarakat yang berfahaman materialis cenderung untuk bersifat individualistik, tanpa mempedulikan kepentingan orang lain. Rasulullah SAW mengumpamakan masyarakat sebagai sekelompok orang yang mengharungi lautan dengan kapal. Jika ada seorang yang hendak mengambil air dengan menebuk dasar kapal dan tidak ada orang lain yang mencegahnya nescaya yang akan tenggelam adalah seluruh penumpang kapal. Hal ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh anggota masyarakat terhadap kehidupan masyarakat secara umum. Oleh sebab itu, agar masyarakat memiliki daya tahan dalam menghadapi masalah penzinaan dan masalah-masalah yang berpunca daripadanya haruslah ada usaha untuk menumbuhkan kesedaran dan keprihatinan sosial; menciptakan nuansa keimanan; serta mengembang dakwah amar ma’ruf nahi munkar.

Manakala lingkungan ketiga pula tentang individu. Penentu corak lingkungan utama di mana individu dan masyarakat hidup tentu saja adalah negara. Banyak dari masalah yang berpunca daripada perzinaan dan anak luar nikah yang wujud di tengah masyarakat tidak terlepas daripada faktor kesulitan ekonomi, rendahnya pendidikan dan beban kehidupan yang semakin tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, keadaan sosial masyarakat yang sihat perlu dicipta. Keadaan sosial yang sihat hanya dapat dibentuk sekiranya keperluan asas masyarakat dapat dipenuhi - pakaian, makanan, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Disinilah letaknya peranan para penguasa negara. Mereka memiliki peranan yang cukup besar untuk mengatasi masalah tersebut. Apa tidaknya, ditangan merekalah letaknya kuasa untuk mengurus rakyat. Baiknya manusia bergantung pada baiknya ulama dan umara (penguasa), sebaliknya, rosaknya manusia bergantung pada rusaknya ulama dan umara. Itulah yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Selain dari itu negara juga wajib membina masyarakat dengan akidah Islam melalui sistem pendidikan Islam yang murni, mengawal media massa sehingga tidak menyebarkan pelbagai budaya hedonis dan materialis, menerapkan hukum-hukum Islam secara kaffah serta mencampakkan akidah dan sistem hidup yang materialistik dan sekular sejauh-jauhnya. Hanya dengan sikap tegas dari penguasa untuk melakukan hal tersebutlah masalah penzinaan dan masalah-masalah lain di dalam kehidupan manusia hari ini dapat dicegah dengan efektif dan efisien.

Penyelesian masalah dalam sistem kapitalisme hanya bersifat sementara malah justru menimbulkan kemudharatan dalam jangka masa panjang. Ini dilihat, sebagai contoh dengan bertambahnya masalah perzinaan dan rumah kebajikan bagi menempatkan penzina mengandung dan anak yang tidak berbapa ini. Segala idea dan pandangan dari mereka (sistem kapitalisme ini) mungkin dapat menyelesaikannya masalah peningkataan gejala zina sementara waktu. Namun hakikatnya, masalah tetap akan kembali, mungkin dalam bentuk-bentuk yang lebih membimbangkan. Ada juga yang menggunakan pendekatan ritual keagamaan bagi mengalihkan masalah ini. Seperti shaum di siang hari. Sekiranya disiang hari dia dapat mengekang nafsunya, adakah dia mampu mengekang nafsunya pada malam waktu?? Bagaimana pula bagi mereka yang mempunyai penyakit gastrik umpamanya yang tidak membolehkan dia berpuasa disiang hari??

Apa yang perlu ada adalah penyelesaian yang menyeluruh dan bersistematik bagi menangani masalah perzinaan ini dan lain-lain masalah kehidupan manusia. Semua ini sewajarnya dimulai dari corak kehidupan yang seharusnya diasaskan kepada ketauhidan kepada Allah, struktur keluarga yang bahagia (sakinah) dan sistem kehidupan yang kondusif bagi melahirkan keadaan ini, yakni sistem yang dilandaskan kepada nilai-nilai yang agung. Ini hanya boleh diperolehi melalui penerapan sistem Islam yang akan melahirkan tata ekonomi, politik, sosial, budaya dan pendidikan yang tinggi.

Oleh itu, peranan lingkaran masyarakat dan negara, yang didasari oleh kewujudan individu, pemikiran, perasaan dan sistem yang agung seperti Islam, adalah tolok ukur pembentukan lingkaran kekeluargaan dan sikap individu yag mulia didalam sesebuah kehidupan. Cukuplah dengan sistem kapitalis yang telah terlalu lama merosakkan kehidupan dan kemuliaan umat manusia – melalui kesesatan dan kehancuran yang ditimpakan keatas sifat kemanusiaan. Sistem inilah yang melahirkan lingkaran yang rosak yang menghancurkan individu, keluarga dan masyarakat didalam kancah kemaksiatan kepada Allah, Sang Pencipta manusia. Marilah kita kembali memeluk erat ideologi yang menjadikan kita manusia yang mulia dan mendapat keredhaan Allah SWT di bumi yang fana’ ini dan di akhirat yang kekal abadi. Tegakkanlah Khilafah ‘ala Minhaj Nubuwwa sebagai satu-satunya tariqah untuk menerapkan sistem Islam yang agung ini!!

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.” [TMQ 6:153]

Wallahulam...
Related Posts with Thumbnails