From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Wednesday 17 February 2010

Perzinaan Berterusan Ada Dengan Sistem Kapitalisme!



Saban hari dunia dihimpunkan dengan permasalahan-masalahan manusia yang mana masalah tersebut bertambah dan bertambah teruk. Inilah akibatnya apabila permasalahan kehidupan manusia tidak dihukumi dengan hukum Islam yang sebenar. Yang lahir dari aqidah Islam.

Pos kali ini Panglima Kungfu cuma berkongsi apa yang dirasa oleh Panglima Kungfu sendiri. Semasa menonton berita Buletin Utama di TV3, pelbagai permasalahan di dunia sedang berlaku baik pada politik, ekonomi, alam semesta dan juga manusia itu sendiri.

Menyentuh tentang manusia itu sendiri. Panglima Kungfu merasa sedih atas apa telah berlaku sekarang ini. Dimana kes penzinaan dan pembuangan bayi masih tidak dapat dibendung lagi.

Persoalan yang Panglima Kungfu ingin kongsikan. Apakah si penzina-penzina ini lemah pada pegangan agama mereka?? Memang benar sekiranya jika mereka mengatakan bahawa orang kurang pegangan agama mudah terjerus ke lembah kemaksiatan. Tetapi mereka harus sedar, bahawa tanggungjawab negara menyediakan pendidikan kepada rakyat.

Memang perbuatan manusia itu melakukan perbuatan itu disebabkan 3 Ghariza yang ada pada manusia, iaitu Gharizatul Tadayyun(naluri beragama), Gharizatul Baqa'(naluri mempertahankan diri),dan Gharizatul Nau'(naluri melestarikan keturunan). Dan ketiga-tiga Gharizatul itu bergantung kepada perbuatan. Manakala Gharizatul Nau' yang terdorong dengan keseronokan dan tidak dikawal akan melahirkan hubungan terlarang.

Dalam perkara ini kita mestikan kaitkan dengan 3 lingkaran iaitu masalah negara, masyarakat dan individu itu sendiri. Di mana negara itu sendiri tidak melaksanakan tanggunjawabnya menerapkan hukum Allah sebagai negara yang mampu mengatur institusi pendidikan dan ia juga mempunyai kemudahan-kemudahan, bangunan-bangunan, guru-guru untuk mendidik rakyat itu sendiri. Manakala masyarakat pula, mengamalkan sikap individualistik yang mengamalkan sikap tegur tidak menegur, pantau dan tidak memantau dan sebagainya. Dan ketiganya, individu itu sendiri. Individu itu sendiri tidak mahu dibenarkan diatur oleh Wahyu itu sendiri, tidak mahu dibina dan dipimpin dengan aqidah benar.

Disini Panglima Kungfu memperincikan lagi tentang 3 lingkungan yang disebutkan seperti di atas.

Dalam lingkungan yang kedua ini. Apa yang Panglima Kungfu ingin katakan adalah masyarakat di mana seseorang individu itu berinteraksi. Masyarakat yang berfahaman materialis cenderung untuk bersifat individualistik, tanpa mempedulikan kepentingan orang lain. Rasulullah SAW mengumpamakan masyarakat sebagai sekelompok orang yang mengharungi lautan dengan kapal. Jika ada seorang yang hendak mengambil air dengan menebuk dasar kapal dan tidak ada orang lain yang mencegahnya nescaya yang akan tenggelam adalah seluruh penumpang kapal. Hal ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh anggota masyarakat terhadap kehidupan masyarakat secara umum. Oleh sebab itu, agar masyarakat memiliki daya tahan dalam menghadapi masalah penzinaan dan masalah-masalah yang berpunca daripadanya haruslah ada usaha untuk menumbuhkan kesedaran dan keprihatinan sosial; menciptakan nuansa keimanan; serta mengembang dakwah amar ma’ruf nahi munkar.

Manakala lingkungan ketiga pula tentang individu. Penentu corak lingkungan utama di mana individu dan masyarakat hidup tentu saja adalah negara. Banyak dari masalah yang berpunca daripada perzinaan dan anak luar nikah yang wujud di tengah masyarakat tidak terlepas daripada faktor kesulitan ekonomi, rendahnya pendidikan dan beban kehidupan yang semakin tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, keadaan sosial masyarakat yang sihat perlu dicipta. Keadaan sosial yang sihat hanya dapat dibentuk sekiranya keperluan asas masyarakat dapat dipenuhi - pakaian, makanan, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Disinilah letaknya peranan para penguasa negara. Mereka memiliki peranan yang cukup besar untuk mengatasi masalah tersebut. Apa tidaknya, ditangan merekalah letaknya kuasa untuk mengurus rakyat. Baiknya manusia bergantung pada baiknya ulama dan umara (penguasa), sebaliknya, rosaknya manusia bergantung pada rusaknya ulama dan umara. Itulah yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Selain dari itu negara juga wajib membina masyarakat dengan akidah Islam melalui sistem pendidikan Islam yang murni, mengawal media massa sehingga tidak menyebarkan pelbagai budaya hedonis dan materialis, menerapkan hukum-hukum Islam secara kaffah serta mencampakkan akidah dan sistem hidup yang materialistik dan sekular sejauh-jauhnya. Hanya dengan sikap tegas dari penguasa untuk melakukan hal tersebutlah masalah penzinaan dan masalah-masalah lain di dalam kehidupan manusia hari ini dapat dicegah dengan efektif dan efisien.

Penyelesian masalah dalam sistem kapitalisme hanya bersifat sementara malah justru menimbulkan kemudharatan dalam jangka masa panjang. Ini dilihat, sebagai contoh dengan bertambahnya masalah perzinaan dan rumah kebajikan bagi menempatkan penzina mengandung dan anak yang tidak berbapa ini. Segala idea dan pandangan dari mereka (sistem kapitalisme ini) mungkin dapat menyelesaikannya masalah peningkataan gejala zina sementara waktu. Namun hakikatnya, masalah tetap akan kembali, mungkin dalam bentuk-bentuk yang lebih membimbangkan. Ada juga yang menggunakan pendekatan ritual keagamaan bagi mengalihkan masalah ini. Seperti shaum di siang hari. Sekiranya disiang hari dia dapat mengekang nafsunya, adakah dia mampu mengekang nafsunya pada malam waktu?? Bagaimana pula bagi mereka yang mempunyai penyakit gastrik umpamanya yang tidak membolehkan dia berpuasa disiang hari??

Apa yang perlu ada adalah penyelesaian yang menyeluruh dan bersistematik bagi menangani masalah perzinaan ini dan lain-lain masalah kehidupan manusia. Semua ini sewajarnya dimulai dari corak kehidupan yang seharusnya diasaskan kepada ketauhidan kepada Allah, struktur keluarga yang bahagia (sakinah) dan sistem kehidupan yang kondusif bagi melahirkan keadaan ini, yakni sistem yang dilandaskan kepada nilai-nilai yang agung. Ini hanya boleh diperolehi melalui penerapan sistem Islam yang akan melahirkan tata ekonomi, politik, sosial, budaya dan pendidikan yang tinggi.

Oleh itu, peranan lingkaran masyarakat dan negara, yang didasari oleh kewujudan individu, pemikiran, perasaan dan sistem yang agung seperti Islam, adalah tolok ukur pembentukan lingkaran kekeluargaan dan sikap individu yag mulia didalam sesebuah kehidupan. Cukuplah dengan sistem kapitalis yang telah terlalu lama merosakkan kehidupan dan kemuliaan umat manusia – melalui kesesatan dan kehancuran yang ditimpakan keatas sifat kemanusiaan. Sistem inilah yang melahirkan lingkaran yang rosak yang menghancurkan individu, keluarga dan masyarakat didalam kancah kemaksiatan kepada Allah, Sang Pencipta manusia. Marilah kita kembali memeluk erat ideologi yang menjadikan kita manusia yang mulia dan mendapat keredhaan Allah SWT di bumi yang fana’ ini dan di akhirat yang kekal abadi. Tegakkanlah Khilafah ‘ala Minhaj Nubuwwa sebagai satu-satunya tariqah untuk menerapkan sistem Islam yang agung ini!!

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.” [TMQ 6:153]

Wallahulam...

2 comments:

joegrimjow said...

tgok tv3
terkejut jugak la
sbb kes buang anak da smakin menjadi2
da macam 'budaya' pulak

Anonymous said...

salam.

gaya penulisan semakin mantap.dah boleh mengorak lngkah lebih jauh.

Related Posts with Thumbnails