From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Sunday, 6 June 2010

Seruan HTM : Serangan Ke Atas Mavi Marmara

Pada Jumaat lepas (04/06/10), Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengadakan seruan serentak di beberapa masjid di seluruh negara bagi mengutuk kekejaman Israel ke atas misi kemanusiaa yang dihantar ke Gaza. Dalam seruan tersebut, HTM menyeru dan menyedarkan umat Islam bahawa kaum Yahudi laknatullah boleh mengganas dengan sewenang-wenangnya ke atas umat Islam khususnya dan ke atas manusia amnya, kerana tidak adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun. Pemimpin yang ada begitu pengecut dan senantiasa mengkhianati umat Islam dengan tidak pernah berusaha untuk menyelamatkan saudara-saudara kita di Gaza. Mereka memiliki tentera tetapi mereka tidak pernah menghantar tentera ini berjihad melawan Yahudi. Begitu juga para tentera umat Islam, mereka masih tetap tunduk patuh kepada para pemimpin sekular, bukannya tunduk patuh kepada perintah Allah dan Rasul agar keluar berjihad menentang musuh. Kerana itulah, Yahudi boleh mengganas dan melakukan kerosakan di muka bumi dengan begitu mudah kerana langsung tidak ada tentangan dari para tentera Islam dari negara mana sekalipun.

Berikut adalah teks penuh seruan yang telah disampaikan oleh anggota Hizbut Tahrir di seluruh Malaysia, dipaparkan agar para pembaca beroleh manfaat darinya dan digalakkan menyebarkannya dalam apa cara dan bentuk sekalipun demi menyedarkan para pemimpin dan para tentera khususnya dan umat Islam amnya akan tanggungjawab masing-masing dalam hal ini. [Gambar-gambar seruan boleh dilihat di bawah teks tersebut].


~~~~~ooooo~~~~~


Ma’asyiral muslimin rahimakumullah


Sebagaimana yang kita telah ketahui, beberapa hari lepas, tentera Yahudi Zionis la’natullah telah melakukan serangan komando ke atas kapal Mavi Marmara yang merupakan salah sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam misi ’Flotila Pembebasan – Life Line For Gaza (LL4G)’. Serangan tidak berperikemanusiaan itu dilaporkan berlaku pada 31 Mei pukul 7.00 pagi waktu Mekah di perairan antarabangsa dan telah mengorbankan 19 nyawa di samping mencederakan berpuluh yang lain dan ramai telah menjadi tahanan tentera Israel. Semoga Allah melaknat rejim Zionis di atas kejahatan mereka ini1

Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah mengutuk tindakan kejam tentera israel ini. Hizbut Tahrir, sebagai sebuah gerakan Islam, juga mengutuk serangan ganas Zionis yang dilakukan ke atas konvoi kemanusiaan ini. Namun, kami ingin menegaskan dan menyatakan pendirian kami bahawa, semua ini berlaku kerana bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Gaza tidak diiringi oleh bantuan ketenteraan dari pemimpin kaum Muslimin, baik oleh Turki, Mesir, Jordan, Pakistan dan lain-lain termasuk Malaysia. Hizbut Tahrir ingin menyatakan, bahawa sesungguhnya bantuan kemanusiaan tidak akan bererti jika tidak disertakan dengan bantuan ketenteraan. Apa ertinya perut penduduk Gaza berisi, jika peluru Israel terus menembusi perut-perut mereka? Apa ertinya ubat-ubatan yang menyembuhkan luka-luka mereka jika bom-bom Israel terus menghancurkan tubuh-tubuh mereka?. Apa ertinya kain selimut yang dihantar jika ia akhirnya hanya akan menyelimuti jenazah-jenazah mereka? Inilah yang telah berlaku dan sedang berlaku jika hanya misi kemanusiaan dan bukannya misi ketenteraan yang dihantar untuk menyelamatkan Gaza.

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah

Sesungguhnya pemerintah kalian sudah tidak menghiraukan nasib umat Islam. Mereka hanya mempedulikan perut-perut mereka sahaja. Harta, wang ringgit, pangkat, kekayaan dan kuasa – inilah yang mereka peduli dengan sungguh-sungguh. Apabila umat Islam dibunuh, mereka hanya mengecam, mengutuk, mengadakan mesyuarat dan sidang tergempar yang kosong, yang tidak pernah menghasilkan apa-apa. Malah lebih buruk, mereka mengharapkan golongan kuffar untuk menyelamatkan umat Islam. Mereka mengharapkan PBB, sebuah badan kufur untuk menyelamatkan umat Islam. Apakah pemimpin ini begitu jahil sehingga mereka tidak tahu bahawa PBB-lah yang telah melahirkan Israel, dan PBB-lah yang selama ini telah membesarkan dan menjaga Israel!!! Sedarlah wahai kaum Muslimin, bahawa PBB hanyalah sebuah badan kufur yang ditubuhkan untuk menghancurkan Islam.

Selain mengharapkan PBB, pemerintah dan sebahagian dari umat islam juga mengharapkan OIC. Hizbut Tahrir ingin menyedarkan kalian wahai kaum Muslimin, bahawa OIC hanyalah merupakan himpunan negara-negara asobiyah dan wathoniyah yang hanya tahu bersidang! Setiap kali nyawa umat Islam melayang, setiap kali itulah mereka bersidang dan mengeluarkan resolusi kosong tidak bermakna. Dan persidangan mereka dipenuhi dengan kemewahan dan layanan VIP dan mendapat claim yang lumayan pula darinya. Inilah realiti OIC dan pemimpin OIC yang hanya handal bermesyuarat, hakikatnya, mereka ibarat tin kosong yang berkarat.

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah

Israel tidak pernah takut kepada PBB kerana PBB adalah penjaga mereka. Israel juga langsung tidak kecut dengan OIC kerana mereka tahu bahawa pemimpin OIC kesemuanya pengecut dan pengkhianat. Dan Israel langsung tidak gentar dengan badan-badan misi kemanusiaan. Mereka langsung tidak takut dan mereka langsung tidak risau dengan ini semua. Tetapi yakin dan percayalah wahai kaum Muslimin! Israel akan sungguh-sungguh takut dan kecut jika tentera-tentera Islam datang kepada mereka atas nama jihad fi sabilillah!!!

Malangnya wahai saudara-saudaraku, tentera umat Islam hari ini memilih untuk mentaati pemimpin sekular, lebih dari mereka mentaati Allah dan Rasul. Tentera umat Islam hari ini, memilih untuk bergerak di bawah panji PBB, bukannya panji Allah dan Rasul. Tentera umat Islam hari ini, hanya berani menunjukkan ’belang’ mereka pada acara-acara rasmi negara sahaja, dan mereka hanya berpeluk tubuh tatkala menyaksikan saudara-saudara mereka diratah dengan sewenang-wenangnya oleh puak kuffar. Inilah hakikat tentera kaum Muslimin yang tidak lagi mengetahui untuk apakah mereka menjadi tentera. Justeru, marilah kita sama-sama menyedarkan pasukan tentera kita bahawa mereka wajib berjihad fi sabilillah untuk membantu saudara-saudara kita yang sedang diperangi oleh musuh dan mereka hendaklah mengengkari pemerintah sekular yang telah memenjara dan memandulkan mereka selama ini. Sesungguhnya kekuatan ada pada mereka dan apabila mereka berperang, Allah akan pasti membantu mereka.

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah

Rejim Israel sekarang boleh membunuh umat Islam dengan begitu mudah kerana tidak adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun. Sesungguhnya kita sudah tidak mengharapkan pemimpin yang ada hari ini untuk menyelamatkan umat Islam. Mereka bersenang lenang tatkala umat bersusah payah, mereka kaya raya tatkala umat papa-kedana, mereka bahagia-gembira tatkala umat derita-sengsara, mereka berpeluk tubuh tatkala umat Islam dibunuh. Demi Allah! Demi Allah dan Rasulnya, kita perlu membuang pemimpin ini dan kita sekarang benar-benar memerlukan seorang Khalifah untuk menjadi ketua kaum Muslimin yang akan membela umat Islam, yang akan memimpin, melindungi dan menjaga harta, darah dan nyawa kaum Muslimin.

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah

Hizbut tahrir dengan ini menyeru kalian agar berusaha bersama-sama kami untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah ar-rasyidah ala minhaj nubuwwah yang bila tertegaknya institusi politik agung umat Islam ini, Khalifah pasti akan menghantar tentera untuk menyelamatkan saudara-saudara kita dan membebaskan keseluruhan negeri umat Islam dari cengkaman penjajah kuffar. Yakinlah wahai saudara, hanya dengan Khilafah sahajalah, nasib seluruh umat Islam di dunia akan terbela dan hanya dengan Khilafah sahajalah, umat Islam akan kembali menjadi umat yang mulia..

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

No comments:

Related Posts with Thumbnails