Tatkala saya berjalan-jalan di blog rakan maya. Saya telah membaca entrinya sudah agak lama untuk saya bacai. Ermmm, sudah ke-5 post entri ini berlegar di dunia tanpa sempadan. Agak ketinggalan bukan?? Sebenarnya, saya dah baca pun entrinya masa di awal-awal waktu. Cuma saya membacanya seketika sahaja sebab ada urusan yang perlu saya uruskan dahulu dan saya copy-paste ceritanya ke dalam notepad. Hal ini kerana, apa yang diceritakan dalam entri tersebut bertentangan apa yang ketahui/fahami selama ini.
Di dalam entri tersebut, si penulis memberitahu saya [saya yang membacanya, maka penulis memberitahu saya..:p], bahawa senario kehidupannya semasa berada di luar negara dan di Malaysia amat berbeza sekali. Penulis menjelaskan lagi, dalam aspek pergaulan khususnya. Mereka (yang mengikuti usrah) amat menekankan tentang pergaulan di antara lelaki & perempuan. Penulis itu berkata, segelintir daripada mereka tertib dalam hal ini. Hatta untuk berdiskusi tentang pembelajaran dan projek semesta, mereka tekankan. Di sini saya hendak hightlightkan tentang apa yang dikatakan oleh rakan penulis mengenai pergaulan di antara lelaki & perempuan. Perkara ii yang dilafazkan oleh rakan penulis tersebut bertentangan apa yang saya ketahui. Saya pun tidak mengerti mengapa hal ini berlaku. Adakah lafaz itu hadir dari pandangan peribadi atau dari usrah yang mereka ikuti?? Wallahulam.
Membuat saya tertarik akan dua point ini. Mengapa point ii ada?? Saya pun tidak mengerti mengapa...
i) Anda sama ada baik atau jahat. Tiada antara dua
ii) Perbualan antara muslimin dan muslimat tidak dibenarkan hatta memandang. Tetapi dibolehkan terhadap mereka yang berlainan jantina dan bukan Islam.
Di dalam entri saya pula, saya sertakan sedikit informasi mengenai pergaulan di antara lelaki & wanita dalam pandangan Islam. Moga entri kali ini mencernakan pemikiran yang jernih (al-fikrul mustanir) dalam memahami peraturan hidup dalam Islam (Nizam al-Islam).
Sistem sosial-kemasyarakatan (an-nizam al-ijtima'i) adalah yang mengatur pertemuan lelaki dengan wanita, atau wanita dengan lelaki, mengatur hubungan yang timbul di antara mereka kerana pertemuan tetsebut.
Termasuklah hal-hal yang menjadi natijah daripada adanya hubungan tersebut. Sedangkan hukum-hukum yang berkenaan dengan masalah sosial-kemasyarakatan yang diatur oleh Islam adalah:
Pertama, bahawa hukum asal bagi wanita adalah menjadi dan pengurus rumah. Wanita merupakan kehormatan yang mesti dijaga. Berbeza dengan konsep Kapitalisme ataupun yang lain, bahawa wanita merupakan barangan yang dapat dirasai oleh sesiapa sahaja, sehingga kehormatan mereka tidak dapat dipertahankan, malah dicabuli di mana-mana. Hal ini nampak daripada adanya hukum-hukum, sepeerti kewajiban menutup aurat wanita, berjilbab dan tidak bertabarruj.
Kedua, bahawa hukum asal wanita wajib dipisahkan dengan lelaki. Mereka tidak boleh bertemu kecuali kerana adanya hajat dibenarkan oleh syara'. Seperti haji, dan jual beli. Hal ini juga nampak dari adanya hukum-hukum seperti larangan berkhalwat antara lelaki dengan wanita, perbezaan hukum antara kehidupan am dan khas.
Ketiga, bahawa wanita diberi hak yang sama dengan 1elaki serta mempunyai kewajiban yang sama, kecuali yang dikhususkan kepada lelaki atau dikhususkan kepada wanita berdasarkan dalil syara’.Wanita dan lelaki, sama-sama dibenarkan melakukan urus-niaga pertanian, membuat kilang, serta melakukan akad dan mu'amalah lain. Ia juga dapat memiliki berbagai-bagai jenis pemilikan. ) Juga dibenarkan untuk mengembangkan harta dan membelanjakannya, mengurus semua urusannya sendiri. Wanita juga dibenarkan untuk diangkat menjadi pegawai negara, serta dipilih menjadi anggota majlis ummat ataupun memenuhi haknya untuk memilih dan membai’at khalifah. Akan tetapi, wanita tidak boleh menjadi al-hakim (khalifah wakil dan pembantu khalifah, wali, ketua qadi dan amil) atau memangku tugas-tugas yang berkenaan dengan pemerintahan, seperti menjadi qadhi mazzalim.
Keempat, Wanita hidup dalam kehidupan am (di luar rumah) dan kehidupan khas (di dalam rumah, kenderaan peribadi ataupun yang dengannya). Dalam kehidupan am, ia dibenarkan untuk bersama dengan lelaki mahram, ataupun lelaki asing dengan syarat tidak menampakkan anggota tubuhnya, kecuali wajah dan tapak tangan. Juga berpakaian menjolok mata, menarik perhatian (tabarruj) atau menampakkan bentuk tubuh (mutabazilah). Sedangkan dalam kehidupan khas, ia tidak dibenarkan bersama orang lain, kecuali sesama wanita, mahramnya. Dalam masing-masing kehidupan ini, ia wajib terikat hukum syara' secara mutlak.
Sedangkan yang dimaksudkan dengan tempat khas di sini adalah tempat tertentu yang untuk memasukinya, orang lain memerlukan izin daripada penghuninya. Ini diambil daripada firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu jangan memasuki rumah lain, sehingga kamu mendapatkan izin dan kamu mengucapkan salam penghuninya."
[Q.s. An-Nur: 27]
Ayat tersebut menerangkan, bahawa ada rumah yang "kamu mendapatkan izin' untuk memasukinya, dan ini dijadikan sebagai illat untuk menentukan tempat tersebut sebagai tempat khas. Sedangkan tempat am, adalah tempat yang untuk memasukinya, orang lain tidak meminta izin.
Kelima, bahawa wanita juga dilarang berkhalwat dengan lelaki bukan mahramnya, menarik perhatiannya dengan bertabarruj (memakai wangi-wangian, memakai make-up wajah yang menonjolkan kecantikannya dan sebagainya), termasuklah membuka aurat di hadapan orang ramai atau lelaki asing. Berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah, kendaraan, atau tempat-tempat khas sahaja, tetapi berkhalwat juga boleh berlaku di tempat am, seperti berdua-duaan di tempat umum yang kosong, atau tempat am yang lain. Kerana khalwat adalah mengasingkan diri daripada orang ramai dengan cara berduaan, iaitu antara lelaki dan perempuan. Kerana itu, khalwat dapat pula terjadi di dalam tempat khas, seperti rumah, kereta peribadi atau pejabat, atau di tempat am, seperti taman, kampus atau ruang belajar dan sebagainya.
Keenam, bahawa antara lelaki mahupun wanita, sama-sama diharamkan untuk melakukan aktiviti yang dapat secara langsung merosakkan akhlaq atau membawa kerosakan pada masyarakat. Seperti diharamkannya wanita untuk bekerja menjadi pramugari, kerana digunakan sebagai daya tarikan seksual bagi lelaki. Ataupun bekerja di pusat barangan beli-belah, dengan tujuan menarik pelanggan lelaki. Atau bekerja di pub-pub, kelab-kelab malam dan sebagainya. Termasuk. lelaki yang bekerja di salon kecantikan yang dibenakan untuk menatik daya seksual wanita.
Ketujuh, bahawa kehidupan suami-isteri adalah kehidupan yang penuh ketenteraman. Kehidupan suami-isteri adalah kehidupan persahabatan. Bukannya kehidupan dua orang yang berkongsi hidup. Oleh kerana itu, maka suami-isteri wajib saling bantu-membantu dalam pekerjaan rumah, meskipun kewajiban suami adalah bekerja di 1uar rumah. Suami mestilah berusaha untuk mengambil pembantu untuk meringankan beban isterinya. Sedangkan kepemimpinan suami dalam rumah tangga, tidak sama dengan model kepemimpinan seorang penguasa keatas rakyatnya, melainkan kepemimpinan yang bersifat riayah (mengurus). Sebab, hubungan suami-isteri tidak seperti hubungan antara penguasa dengan rakyat. Dan isteri juga diwajibkan untuk ta’at, sedangkan suami diwajibkan untuk memberikan nafkah kepada isteri dengan kadar yang lazim dan wajar sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat.
Kelapan, bahawa mengasuh budak merupakan hak dan kewajiban wanita, apakah muslimah ataupkah bukan. Namun, apabila budak tersebut tidak memerlukan lagi "asuhan" ibu, maka apabila ibunya muslimah, budak tersebut diberi pilihan untuk memilih ayah atau ibunya. Apabila salah seorang daripada orang tuanya bukan muslimah maka budak tersebut wajib diasuh oleh orang tuanya yang beragama Islam. Ini berlaku dalam kes penceraian sahaja.
Kenyataan ini juga diperkuat oleh beberapa nas, antara lain;
“Sesiapa sahaja yang mengambil selain Islam sebagai agama, maka tidak akan pernah diterima.”
[TQM Ali-Imran: 85]
2 comments:
artikel yang menarik.. keep up the good job
salam. couldnt have agreed more. good writing!
Post a Comment