From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Saturday, 18 April 2009

Sekufu' = Sefikrah

Ini cuma sekadar pandangan. Pandangan saya di entri ini adalah di'cedok' dari mana-mana artikel yang saya rasa sesuai dan gaya bahasanya untuk menyampaikan mesej saya. Tapi yang penting ialah maklumat/pandangan yang ingin saya kongsikan.



Ramai pemuda yang ada kesedaran Islam berfikir. Perlukah kita cari pasangan dari kalangan yg telah ditarbiah (diusrahkan) dan sefikrah ?

Allah SWT berfirman dalam al-Quran (Surah al-Nur: 26):
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
(Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik)

Rasulullah SAW bersabda (Riwayat Ibn Majah dan al-Dar Qatni: dhaif):
( تخيروا لنطفكم فانكحوا الأكفاء وانكحوا إليهم )
(Pilihlah untuk benih kamu (tempat yg baik) dan nikahilah yg sekufu’ dan bernikahlah dgn mereka)

Konsep sekufu’ yang biasa di bicarakan oleh ulama melibatkan pelbagai kategori dan yang paling utama ialah aspek ‘agama dan akhlak’. Aspek agama melibatkan kefahaman terhadap agama, perlaksanaannya dan memperjuangkannya (faham, amal dan dakwah).

Adakah sukar mencari mereka(pasangan) yang sekufu' atau sefikrah?. Cerita tentang mencari sekufu' atau sefikrah ini pernah saya borakkan dengan seorang sahabat saya. Dalam-dalam borak itu terselit juga nasihat-nasihat yang boleh dijadikan panduan untuk saya pada suatu hari nanti. Masih terngiang kata-kata sahabat saya yang sudah bertunang, "Nak cari calon tuh, cari yang sefikrah, 'mudah' sikit kerja kau nanti. Dah kahwin, senang. Masing-masing faham tanggungjawab masing-masing. Lain pula, kalau belum ada fikrah. Dah kahwin, 'susah'. Takut isteri tak tahan & tak faham..."


Di saat kejatuhan empayar Islam Uthmanniah, 3 Mac 1924, sudah bermula ketandusan anasir-anasir agama, kepincangan dan keruntuhan moral masyarakat khususnya. Iya, nak kata sukar atau tidak, itu adalah atas usaha sendiri mencari mereka dan lebih baik jika kita yang mendidik mereka. Lebih-lebih lagi lelakinya.

Insya-Allah masih ada jejaka dan wanita yang baik. Selagi mereka rajin dan amalkan ilmu mereka tuntuti seperti program usrah, halaqah, dan pelbagai istilah lain (ini yang terlintas difikiran saya hehe…) Semuanya bertujuan melahirkan individu-individu muslim yang memiliki kualiti yang mampu mengerakkan Islam ini semula. Mereka disuntik dengan kefahaman Islam bersilibus, dipertingkatkan tahap kerohanian melalui ibadah khususiah dan diperjelaskan tentang halatuju dakwah, manhaj hidup dan peranan sebagai seorang muslim.

Bagi sudah terkahwin kerana dah tak jumpa yang setarbiah(cross my mind gik hehe...) dan sefikrah. Kena salahkan diri sendiri dulu sebab jodoh itu pilihan diri bukan takdir semata-mata. Takde cara kalau nak jadikan rumahtangga tu bersifat dakwah kecuali dengan mentarbiah pasangan sesuai dengan citarasa diri. Selalunya lelakilah yang akan menang bila bertembung 2 perjuangan. Sebab tu payah tarbiah akhawwat walau mereka paling ramai berkesedaran. Selalunya dakwah akan kehilangan bayang mereka bila dah berumahtangga khususnya dengan lelaki yang kosong halatuju. Kalau tarbiah itu bisnes; ia umpama pelaburan bertahun-tahun yang tak menguntungkan. Kalau balik modal tu okey gak…Orang kata dunia tempat berdagang(Erkk, terkaitankah penyata itu dengan cite diatas...alamak jam sudah pukul 1.31, sok kena conduct student yang g book fair kt pwtc, sabtu pagi)

Cuma kadang saya sedikit hairan. Ada pemuda/pemudi yang yakin bahawa perjuangan yang diikutinya itu benar, syumul, dekat dengan sirah Rasul. Tapi bila pilih pasangan cari yang berlainan. Padahal kat depan mata ada pun pilihan yang memenuhi perjuangannya? Mungkin ia pun dah jadi macam orang lain mementingkan ukuran duniawi sebelum ukhrawi? Was-was dibuatnya, adakah dia hidup mendahulukan perjuangan atau mendahulukan pasangan?. Entahlah, cuma kat akhirat pasti akan dipersoalkan. Apatah lagi kalau gagal menjadikan rumahtangga kubu perjuangan.

Bagi yang tak ikut usrah. Saya tak kata kalian 2nd class. Tapi pastinya kefahaman tak sama dengan yang berusrah. Allah pun menyebut dalam al-Quran bahawa tak sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu. Saya juga tak berani nak kata orang yang berusrah itu confirm masuk syurga atau perfect sebagai muslim sejati. Cuma yang hebatnya, mereka miliki keinginan untuk berubah dan ada kesedaran untuk berjuang berbanding kalian. (Kalau tak percaya pergi berdamping atau berkawan dengan mereka, pasti dia cuba menarik kamu.) Cuma kalau yang dibentuk dalam usrahpun tak menjadi? Bagaimana yang langsung tak dibentuk? Kecuali mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang cukup soleh, nafsu syahwat pun tak berapa berfungsi dan kebal dari godaan duniawi atau lahir sebagai malaikat. Kerana itu kalau rasa hidup ini ada peranan dan rasa sukar nak jadi baik atau teringin nak masuk syurga yang terlalu mahal harga dan nilainya…(kerana Allah jual ia hanya dengan perjuangan dan kesanggupan mengorbankan nyawa dan harta). Eloklah cari-cari usrah & halaqah untuk diikuti (Bagi yang masih belajar mudah untuk jumpa usrah & halaqah. Follow lah mana-mana, insyaAllah mereka akan ajar kalian jadi baik dan berjuang. Sebab saya tak jumpa lagi mereka ajar bunuh orang atau bom bangunan…kah kah). Mana yang terbaik..saya takde jawapan… Lu pikir la sendiri(iklan bersama Nabil hehe)


Bagi yang merasakan ingin memberi output maksimum untuk dakwah setelah penat orang mentarbiah kita. Bincanglah dengan naqibah/naqib sebelum membuat pilihan, disamping bincang dengan mak bapa. Cuma bezanya ibubapa selalu lihat pada aspek keharmonian berkeluarga anaknya, tapi naqib/naqibah melihat pada keutuhan perjuangan dan dakwah dalam rumahtangga. Kalau tak…seakan tidak menghargai sumbangan naqib/naqibah yang sanggup sedarkan kita selama ini dengan percuma berbanding bertahun kita duduk dengan mak bapa.

Kecualilah mereka yang ditarbiah dan diusrahkan sendiri oleh mak bapa mereka macam seseorang yang saya kenal (^.^)…he he..mereka takde pilihan. Harap anak-anak kalian pun sama suatu hari nanti…

Wallahulam

2 comments:

WanitaMustanir said...

Salam,

saya rasa apa yang awak postkan ini banyak benarnya..

perjuangan dan pasangan adalah dua perkara yang perlu dibuat pertimbangan sewajarnya..

ini kerana, kalau tersilap memilih pasangan (teman hidup), perjuangan kita akan tergendala...
terutama sekalai jika perjuangan yang ingin kita perjuangkan adalah dakwah Islam, untuk menerapkan Islam kaffah..

Saya rasa susah sgt kalau mendapat suami atau isteri yang tidak memahami perjuangan kita..tetapi tanpa pasangan juga, terasa macam ada yang tak kena sebab fitrah manusia kan memang memerlukan seorang teman sbg pendampingnya..Kalau dapat yang sefikrah, saya rasa adalah yang terbaik sebab mesti suami atau isteri kita itu akan memahami perjuangan kita dan seterusnya bersama2 untuk berjuang mencari keredhaan Allah swt.

tertarik dengan ayat yang awak taip ni "adakah dia hidup mendahulukan perjuangan atau mendahulukan pasangan?"

Pernah someone menghantar msg kat saya.Dia mengatakan, "Hidup jika berjuangkan agama, kekayaan pasti tidak diraih..Mendapatkan syurga yang tiada nilainya jika pengorbanan jiwa & raga dijadikan taruhan." Saya rasa dia "cedok" kot ayat2 ni..hehe..tapi tak pelah. apa yang diberitahu di sini bahawa, perjuangan harus didahulukan kerana jodoh itu telah Allah tentukan..walau di mana kita berada.

Jadi kesimpulannya, berjuanglah selagi masih sempat..

Wallahua'lam..

Panglima Kungfu said...

W'salam, Wanita Mustanir...

[Perenggan ke1&2]Tentang benar atau tidak itu terpulang perspektif seseorang itu bagaimana. Apa yang saya post kan itu adalah dari pandangan, perasaan, dan pemerhatian(mengambil contoh pada tiap sesuatu) saya tentang fenomena berpasangan di masa kini.

[Perenggan ke4]Masakan tidak kesunyian seseorang itu tanpa seorang teman. Sedangkan Nabi Adam AS tinggal di Syurga yang serba indah, masih terasa kesunyian. Nabi tercinta kita, Nabi Muhammad SAW bersedih tatkala isterinya Siti Khadijah yang bersama-sama perjuangkan Islam, wafat. Ini kan pula kita, orang biasa.

[Perenggan ke5]Tertarikkah? :) Mendahulukan perjuangan itu perlu. Siapalah kita untuk sengaja menolak kecintaan kita kepada-Nya. Perkahwinan itu merupakan ibadah. Dan seharusnya kita cari sefikrah dengan kita, agar perjuangan Deen Allah terus diperjuangan selama-lamanya. (Tengok pada gambar di atas)

[Perenggan ke6]Memang benar apa yang dia sms kan kepada kamu. Ketaatan kita kepada Allah pasti teruji tatkala bumi dikuasai pemerintah kufur yang bersistem Sekular di masa kini. Masa kan tidak, ekonomi yang digengggam itu merupakan keperluan hidup umat. Bagi yang ada fikrah Islam, sudah pasti berjaga-jaga dengan kemelut ekonomi yang terus mencengkam kehidupan umat. Riba' contohnya. Antara lain, berani kerana benar, khuatir periuk nasi ditutup.

Wallahulam

Related Posts with Thumbnails