From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Saturday, 4 April 2009

Kahwin

Topik sepantas gaban saya letak.hehe

Seketika tadi, saya dan beberapa kawan saya pergi makan malam di cafe. Pelbagai perkara kami borakkan sepanjang dicafe. Suasana di cafe ketika itu lengang, tak ramai melepak & bersantai di cafe(mungkin dorg balik kampung kut). Di pendekkan cerita, kami bercerita bab kahwin. Asal cerita itu sebenarnya pasal isu couple & dating kat cafe. Kami tak tahulah apa yang dorang merendekkan(bahasa johorean) iaitu dating lelame kt cafe ini.

Dari situlah, mula topik kawen. Ada yang berkata, "baik kawen je, daripada wat keje2 mcm nie". "Klu tunang, ape lah sgt, masih belum dipanggil 'ikatan'." "kalau aku lah, kahwin jee. Tp masalahnya protokol yg diletakkn oleh ibu bapa telah menghalang budak2 nk kawen. Budak UIA ade je kahwin smbl belajar. Tak sama dgn budak yg tak faham ttg agama, mereka buat belajar sambil 'kawen'..tuh yg Ust Kamal 'hangin', budak2 couple g pasar malam mcm g bukit safar dan marwa, ke hulu ke hilir" "itulah pasal, antara sebabnya ada konsep habih belajar & kawen.aku rase, ramai je nk kawen dulu.tapi tuh r, sbb ada protokol." "Klu aku pun kawin gak, kt cafe leh makan suap2. hujung minggu leh dating2 n jejalan.mesti seronok giler."

Kursus Pra-Perkhawinan nampaknya mendapat sambutan hangat. Ramai sangat yang mahu sertai kursus tersebut. Hinggakan pihak penganjur membuat sedikit peraturan. Siapa bayar dulu, dia leh join. -Pendaftaran nama yg telah melebihi had capacity.



Pendapat saya, perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t

“ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”



Bagi saya jugak, perkahwinan ini jugak bukan disebabkan atas dasar suka sama suka semata-mata. Tetepi atas dasar untuk membimbing wanita itu. Jika hati saya berkata(memberi getaran) yang saya berkeinginan dan boleh memimpin, mendidik, dan membimbing dia, saya akan fokus kepadanya dan berdoa kepadaNya. Saya menganggap kepimpinan, atau menjadi pemimpin itu bukanlah satu anugerah yg boleh dibangga-banggakan. Tetapi ia adalah anugerah tanggungjawab yg wajib saya galas(pikul).

Dengan itu carilah dan pilihlah wanita yg anta rasa anta boleh pimpin dia. Anta rasa boleh menyenangkan anta, menjadi penyokong, motivator dan pendengar terbaik anda. Dan yang terpenting sekali memahami kerja anta sebagai Daie Allah yang sememangnya fardhu ain ke atas semua umat Islam didunia ini. Wallahualam.

2 comments:

SiC.CiL said...

Salam,

semoga enta dapat menikahi wanita pilihan enta..

Semoga Allah meredhai apa yang enta inginkan..hee

Ameen..

Panglima Kungfu said...

Ameen..insya-Allah, Allah merestuinya.

Related Posts with Thumbnails