From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Friday, 15 January 2010

Sahaja

Sekadar Cerita..Untuk mencukupkan 'syarat', blog ini tak berabuk..hik3..Kepada rakan-rakan yang meninggalkan pesanan, mintak maaf tidak membalas di blog antum.iA, akan dibalas jua...

Status di laman sosial facebook Panglima Kungfu telah diletakkan. Ini gara-gara kerana usikkan dari dua orang kawan Panglima Kungfu. Rakan-rakan itu sudah pun berumah tangga. Anak pun dah banyak(rasanya lah). Yang paling tua, usia berapa tahun, Panglima Kungfu tidak mengetahuinya. Sombongkah Panglima Kungfu ini? Sombong sebab tak menanyakannya? Kalau ada abg Safar, tentu telinga ini mendengar, "haaa, jangan sombong..kalau tak tahu, tanya..kita ini saudara seagama". Tiap kali bersua dengannya (abg S) pasti 'ternampak' kotak dialog di atas kepalanya, "haaa, jangan sombong..kalau tak tahu, tanya..kita ini saudara seagama"..hehehe

Tentang dua orang kawan Panglima Kungfu itu. G bertanya; "sudah kawin?? sudah ketemu calonnya??". Setelah menjawab dengan baik. G saja(memang sengaja pun) mengapikan keadaan. Mana tidaknya, di dalam kereta( 3 orang), semuanya sudah berkahwin. N? Beliau diamkan diri, sebab tengah pandu kereta di Lebuhraya Utara Selatan. Si K pula, tambah rempah dengan mengajukan soalan berikut; Umur kau yang sekarang neh. Masa abg, abg dah anak dua..eh bukan-bukan..satu anak setengah..setengah tuh sebab dalam kandungan. Calon orang mana??masih belajar??. Satu persatu Panglima Kungfu menjawabnya. Bayangkan, perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat mengambil masa dalam 30 minit. Dan 30 minit itu lah, mereka memberikan soalan-soalan cepu emas. Kata meraka, Panglima Kungfu dah boleh-boleh kawin dah..nak ketawa pun ada,hahaha.. Persoalan cepu emas itu diselang-selikan dengan perkara-perkara keluarga. Ia menyentuh tentang menjaga silaturahimi dalam Islam.

Semasa menaip entri ini, Panglima Kungfu sempat menjenggah weblog rakan Panglima Kungfu. Sudah lama tak mengikuti perkembangan seorang rakan Panglima Kungfu. Dalam banyak-banyak pos di dalam weblognya, Panglima Kungfu hendak sentuh posnya mengenai facebook nya disekat(block) oleh kawannya. Panglima Kungfu juga pernah kena sekat oleh rakan lain di facebook dan pihak lain. Ada masalahkah orang-orang itu? Kenapa sekat?.

Macam umum pula kata-kata diatas. Tapi tak apa. Apa yang ditulis seringkasnya itu, telah membuatkan Panglima Kungfu terfikirkan perkara lain. Sila baca. Selamat membaca.

Hubungan Keluarga Mendatangkan Keberkatan Rezeki Dan Usia. Rasullullah bersabda: "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". [HR Bukhari dan Muslim]

Dalam riwayat lain, Ali Karramallahu wajhahu berkata, bahawa Nabi SAW bersabda, "Siapa yang suka usianya dipanjangkan, rezekinya dilapangkan, dan dicegah dari kematian yang buruk, hendaklah bertakwa kepada Allah dan memelihara hubungan kekeluargaan". [HR Abdullah bin Al-Imam Ahmad]

Daripada Abu Ayub bahawa seorang badui menahan Rasullullah SAW ketika baginda dalam perjalanan, lalu memegangi tali unta baginda, seraya berkata, "Ya Rasullullah, beritahukan kepada saya hal-hal yang dapat mendekatkan saya ke syurga, dan menjauhkan saya dari neraka!" Nabi SAW terdiam sejenak. Kemudian baginda melihat kepada para sahabatnya, lalu bersabda, "Orang ini mendapat petunjuk!" Lalu baginda menoleh kepada orang itu dan berkata, "Apa yang engkau tanyakan?" Si badui itu mengulangi lagi pertanyaanya. Maka sabda Nabi SAW menjelaskan, "Engkau mengabdi kepada Allah dan jangan menyekutukanNya dengan apapun, menegakkan solat, mengeluarkan zakat dan menyambungkan tali silaturrahim. Kini lepaskan unta itu!" Sesudah orang itu berlalu Rasullullah bersabda, "Kalau orang itu melaksanakan apa-apa yang saya perintahkan, ia akan masuk syurga". [HR Bukhari dan Muslim]

Rasullullah bersabda: "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". [HR Bukhari dan Muslim]

Dalam riwayat lain, Ali Karramallahu wajhahu berkata, bahawa Nabi SAW bersabda, "Siapa yang suka usianya dipanjangkan, rezekinya dilapangkan, dan dicegah dari kematian yang buruk, hendaklah bertakwa kepada Allah dan memelihara hubungan kekeluargaan". [HR Abdullah bin Al-Imam Ahmad]

3 comments:

aira said...

ya..ya..
block and block..

Rasullullah bersabda: "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". (HR Bukhari dan Muslim)

mengapa sgt complicated utk pelihara silaturrahim?

kurang belajo ilmu sincere????

Anonymous said...

Assalamualaikum, akhi..

Kiranya topik kali ini lebih kepada menjaga silaturahmi.. Ana tertanya-tanya, kebanyakan hadis yang anta berikan mempunyai keterikatannya dengan rezeki..

Dalam HR Bukhari dan Muslim,HR Abdullah bin Al-Imam Ahmad menyatakan sedemikan..

Jadi persoalan ana, apakah keterikatan antara menjaga hubungan silatuhrahmi dengan dilapangkan rezeki?

Mohon pencerahan..

Wallahu'alam..

(mawar biru)

Anonymous said...

Ralat:

keterikatan= keterkaitan

Related Posts with Thumbnails