From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Saturday, 28 March 2009

No HELMET

Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan saya tentang Liberal. Ini disebabkan perbualan di antara saya dan seorang kawan saya. Kawan saya cakap, "ini liberal tak bertempat". Waktu itu saya senyum jelah..hee. Saya setuju dengan kata-kata beliau. Kuatkuasa memakai helmet di sekitar kampus. Saya rasa ramai yang melanggar peraturan ini. Mana-mana tempat pengajian khususnya, pelajar melanggarnya juga. Di situ persoalan timbul di antara kawan saya dan saya. "Ooo, bab-bab helmet nak pulak dikuatkuasakan, tapi tudung, menutup aurat tak dikuatkuasakan, tak de lak denda, takde lak signboard,. "HELMET ZONE".. " Tuh yg terkeluar ayat "Liberal tak bertempat".

Banyak kali dah perkara seperti ini sy berkongsi/berdiskusi/bercerita tentang konsep liberal ini pada kawan saya itu. Cuba kita fikir-fikirkan. Pernah dahulu saya sahaja dan sengaja bertanya seorang penjaga. Penjaga tudung di masjid Putrajaya. Pada waktu itu saya rasa, orang itu adalah AJK Masjid. Well, foreigner datang nak melawat masjid n nak tengok2 masjid. Saya bertanya kepada beliau...

"Kenapa perlu sediakan jubah??"
"Nak jaga imej masjid."




Dari situ saya fikir. Kenapa penguatkuasaan menutup aurat cuma berada di Masjid aje?? Diluar masjid tidak pula. Apa bezanya mensucikan masjid dan mensucikan agama Allah. Apa bezanya jihad memerangi nafsu dan jihad di jalan Allah. Ya memang benar, jihad memerangi nafsu itu jihad Akhbar. Akan tetapi tidak mengatasi jihad fisabilillah. Begitu juga dengan mensucikan masjid dan mensucikan agama Allah. Wallahulam...

Jika kita tengok maksud Liberal menurut Kamus Dewan, perkataan Liberal didefinisikan sebagai “1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).

Dan inilah cuba diangkat oleh pemimpin sekarang. Dimana Barat sokong Islam Liberal. Islam Liberal itu adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.

Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Islam Liberal? aksudnya penambahan kata 'Liberal' pada Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan,bersifat tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur-unsur tidak memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri.

Apakah yang dimahukan oleh fahaman ini?
Jawapannya dapat kita lihat sendiri pada penambahan perkataan “Liberal” kepada Islam yang sememangnya sudah liberal. Ertinya fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen.

Golongan ini sesuka hati cuba mengubah syariat mengikut selera mereka.Selalunya mereka mempunyai autoriti dalam melakukan kerja kotor ini disebabkan kebanyakan mereka terdiri dari cerdik pandai Islam dan pengamal undang-undang. Cerdik pandai Islam ini nampaknya telah tersesat dari apa yang mereka pelajari ataupun disesatkan oleh pihak-pihak tertentu. Mereka terasa hebat dan ego mereka semakin menjadi-jadi sehingga hukum-hukum agama pun mereka cuba mencabarnya.Para pengamal undang-undang pula (Islam Liberal) sebenarnya golongan yang teramat jumud dan sempit pemikiran mereka apabila menganggap syariat Islam boleh diubah dan dipinda sebagaimana undang-undang manusia.Mereka memandang agama mengikut tempurung akta,peraturan dan pindaan.Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu hukum Tuhan,yang mana satu hukum manusia.Mereka tidak cuba memahami hikmah di setiap suruhan Tuhan tetapi cuba mencabarnya seolah-olah Tuhan itu manusia biasa yang terhad pengetahuannya.

Sesuka hati nak amik yang mana perlu dan bermanfaat. "Liberal tak bertempat" hehehe. Ini adalah ciri-ciri yang terdapat dalam golongan Sekular. Golongan Islam Liberal juga gemar menolak dan menerima ajran-ajaran Islam mengikut selera mereka. Pada mereka agama seperti pilihan makanan di bufet-bufet. Jika mereka setuju mereka akan mengekalkan ajaran Islam tersebut. Jika tidak menepati selera mereka,mereka akan menolak. Namun begitu keceluparan mereka naik satu tahap lagi berbanding golongan Sekular. Mereka tidak menolak begitu sahaja kerana seterusnya mereka cuba meminda dan mengubah ajaran itu sehingga menjadi ajaran baru yang di'rebranded'kan konsepnya dari ajaran asal. Sama ada mereka ini menolak AlQuran tetapi mengambil Hadis,ataupun menolak Hadis tetapi mengambil AlQuran. Ada juga yang menolak separuh isi AlQuran dan Hadis dan mengambil separuh yang selebihnya. Dalam hal ini pangkat mereka sama taraf dengan golongan Islam Sekular.


Setakat ini sahaja yang cross my mind. Itu pun sebab ada orang bertanya nape tak upadate blog??..huhu..

No comments:

Related Posts with Thumbnails