From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Wednesday, 11 March 2009

Menghindari Ketaksuban, Kefanatikan & Seterusnya Kebodohan




Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu kepada Islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." [Al-Baqarah:208]

Dalam menafsirkan ayat ini, Imam Ibnu Katsir menyatakan: "Allah swt telah memerintahkan hamba-hambaNya yang mukmin dan mempercayai RasulNya agar menggunapakai sistem keyakinan Islam (`aqidah) dan syari'at Islam, mengerjakan seluruh perintahNya dan meninggalkan seluruh laranganNya selagi mereka mampu."[Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu
Katsir I/247]

Imam Thabariy menyatakan : "Ayat di atas merupakan perintah kepada orang-orang beriman untuk menolak selain hukum Islam; perintah untuk menjalankan syari'at Islam secara menyeluruh; dan larangan mengingkari satupun hukum yang merupakan bagian dari hukum Islam."[Imam Thabariy, Tafsir Thabariy, II/337]

Syariat Islam termasuk urusan peribadatan khusus mahupun yang berkaitan urusan dunia seharian.Pensyariatan tersebut dalilnya ada yang berbentuk rinci seperti cara solat, puasa dan ada juga dalam bentuk garis kasar seperti sistem ekonomi. Dan fungsi mujtahid melakukan ijtihad untuk menggali nas2 syara untuk digunakan oleh umat terutama mereka yang tidak mampu melakukan ijtihad.

Maka, lahir ramai para mujtahid yang telah menunjuk jalan istinbat hukum sehingga mampu mengeluarkan hukum iaitu ijtihad.. kemudian dari sini lahirnya mazhab. Oleh itu, menjadi kebodohan yang amat sangat dan memalukan jika ada pihak yang tidak menerima keabsahan mazhab. Sedangkan terdapat ramai mujtahid sendiri yang mengikuti mazhab tertentu. Bagi kita yang berusaha memahami Islam dan mengamalkannya sebaik mungkin, hendaklah kita mengetahui dalil2 sehingga diistinbat ijtihad yang kita ikuti walau dari mana mazhab. Maka tidaklah kita menjadi mukallid ami yang mengikut membuta tuli tanpa mengetahui dalil2 dan kaedah yang digunakan.

Seterusnya, jika kita telah mengikut ijtihad tertentu dan ada ijtihad lain yang berbeza dengan ijtihad yang kita ikut, janganlah kita menjadi orang yang bodoh sombong memperlekeh dan menghina ijtihad lain dengan nama bid'ah, sesat dan sebagainya. Kerana ia masing2 adalah ru'yul Islami (pemikiran Islam) yang mana ia adalah perkara yang boleh diijtihadkan dan sememangnya ia sah sebagai ijtihad.

Dalam hal seperti solat, shaum, zakat, haji dan perkara lain yang telah diselesaikan oleh para mujtahideen lebih 1000 tahun dulu, janganlah kita gaduh2kan lagi. Inikan kefanatikan@ ketaksuban yang terlalu menyedihkan. Memilukan lagi, dalam perkara kehidupan seharian sekarang, ada yang sanggup menghalalkan sistem globalisasi, demokrasi kapitalisme yang nyata kufur tanpa perlu diijtihadkan. Bolehkan sistem kafir diijtihadkan dengan pelbagai alasan atau pun mursalih mursalah?

Oleh itu, marilah kita sedar siapakah sebenarnya musuh umat Islam. Jemaah2 Islam yang berbeza pendapat dengan kita bukan musuh kita, mazhab2 Islam seperti Syafie, maliki dsbnya bukan bid'ah sesat, aliran2 seperti thariqat bukan tempat untuk kita hina, kutuk dan keji. Ini semua kita semua adalah umat Islam. jika mereka silap tergurlah dengan hikmah(dalil yang quat dan Uslub yang betul). Jika kita silap, akurlah, jangan besar kepala.

Musuh kita adalah kapitalis Amerika Syarikat, Israel, Britain, Perancis dan sesiapa sahaja yang menentang tertegaknya kembali Islam. Apa ke sengalnya kita bergaduh dengan aliran islam yang lain sedangkan musuh2 Islam yang nyata memerangi umat Islam ini kita biarkan. Kerajaan2 yang bertopengkan Islam kita dodoikan. Ingatlah kata2 nabi yang bermaksud…
"Sesungguhnya aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mengucapkan Laa ilaha illallahu Muhammadur Rasulullah. Apabila mereka telah melakukanya (masuk Islam atau tunduk kepada aturan Islam) maka terpelihara oleh-Ku darah-darah mereka, harta-harta mereka kecuali dengan jalan yang hak. Dan hisabnya terserah kepada Allah. (HR. Bukhari, Muslim dan pemilik sunan yang empat)


No comments:

Related Posts with Thumbnails