From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Friday 9 October 2009

Masalah Pendidikan Sekular Berorentasikan Kapitalisme

Bismilahirahmanirahim...


Rasulullah juga bersabda, “Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” [HR Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar]. Hadis ini dengan jelas meletakkan tanggungjawab pemeliharaan atau penjagaan ke atas bahu para pemimpin. Justeru, di dalam bidang pendidikan, memberi pendidikan dan menyediakan segala kemudahan yang berkaitan dengannya adalah wajib ke atas setiap pemimpin dan semuanya mesti disediakan secara percuma kepada rakyat. Dia wajib menjaga rakyatnya, bukan membebankan rakyatnya. Bebanan yang diletakkan ke atas bahu rakyat adalah satu bentuk penindasan dan kezaliman oleh sang pemimpin. Maka, haram ke atas pemimpin melakukan maksiat ini dan mereka pasti akan disoal oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas kezaliman dan dosa yang mereka lakukan.

Seperti sedia maklum. Pada masa di mana semua umat Islam beriman dengan hadis Rasulullah bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib, di dalam masa yang sama mereka tidak peka atau bertanya lebih lanjut, kepada siapakah Allah bebankan kewajipan untuk menyediakan segala sarana dan prasarana pendidikan, demi membolehkan umat Islam itu menuntut ilmu? Mereka juga tidak bertanya, apakah Islam yang merupakan satu agama yang sistematik ini tidak mengatur urusan pendidikan umatnya? Adakah Islam tidak membahas semua ini? Inilah padahnya apabila kita hidup dan dibesarkan di dalam sistem kufur ciptaan manusia, sehingga pemikiran kita diracun sepenuhnya oleh cara berfikir yang telah penjajah kafir tanamkan. Rata-rata umat Islam hanya memilih jalan untuk berdiam diri dan pasrah dengan apa yang ada. Mereka tidak mahu mengkaji bagaimanakah sistem pendidikan Islam, apatah lagi berjuang untuk menegakkan kebenarannya. Alangkah jauhnya mereka dari Islam!

Dengan sistem Kapitalisme yang sedia diamalkan hingga kini. Segala produk yang sememangnya keperluan(percuma) umat baik yang Muslim dan Non-Muslim dijadikan produk niagaan. Pihak pemerintah telah mengenakan bayaran kepada setiap pelajar, dari peringkat rendah, menengah hinggalah ke peringkat universiti. Pendek kata, apabila anak-anak telah mula memasuki alam persekolahan, ibubapa, khasnya yang berpendapatan rendah dan sederhana mula pening kepala. Apa tidaknya, dari peralatan sekolah, buku teks, buku latihan, yuran dan sebagainya semuanya terbeban di atas bahu mereka. Semakin tinggi tingkat persekolahan, semakin besarlah beban tersebut, apatah lagi apabila anak-anak berjaya meneruskan pelajaran hingga ke peringkat universiti. Justeru, tidak hairanlah apabila kita sering mendengar bahawa terdapat ibubapa yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah semata-mata kerana tidak mampu membayar perbelanjaan sekolah.

Di dalam sistem Pendidikan Khilafah, menuntut ilmu adalah wajib dan tidak boleh diabaikan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ”Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim.” [HR Ibnu Adi dan Baihaqi]. Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan setiap Muslim untuk menuntut ilmu dan mendapatkan berbagai ilmu yang diperlukannya dalam kehidupan. Ilmu dianggap sebagai sesuatu yang wajib dan termasuk keperluan serta hak asas setiap individu. Berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, baginda telah mengarahkan tawanan Perang Badar untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum Muslimin sebagai syarat penebusan mereka. Dengan tindakan ini, yakni membebaskan para tawanan dengan cara menyuruh mereka mengajar anak-anak kaum Muslimin, bererti Rasulullah telah menjadikan biaya pendidikan setara dengan barang tebusan. Maksudnya, Rasulullah (seperti) telah memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal.

Membicarakan tentang PTPTN, kita akan terfokus dengan 2 perkara. Pertama, hukum bunga yang jelas keharamannya di sisi Islam, yang dikenakan ke atas peminjam. Kedua, tanggungjawab pemerintah yang sepatutnya wajib menyediakan pendidikan secara percuma kepada warganegaranya baik Muslim mahupun yang non-Muslim (kafir dzimmi).

Seperti yang kita ketahui, sejak diwujudkannya PTPTN sehingga sekarang, isu ini tidak pernah lekang dari pelbagai permasalahan dan polemik. Bermula dari kadar bunga yang sering diputar belit dengan justifikasi upah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sehinggalah masalah pembayaran oleh para peminjam. Isu ini nampaknya tidak akan kunjung selesai. Mengapa sampai jadi begini?

Sebab utama isu ini terus diperbincangkan dan tidak akan pernah sirna adalah kerana Islam tidak pernah dijadikan rujukan dengan sebenar-benarnya dalam masalah ini. Halal dan haram sering dipermainkan oleh kelompok-kelompok sekular dan para ulama’ yang sering membuat penafsiran yang keliru ke atas ayat-ayat Allah. Jadi, tidak hairanlah jika ramai peminjam yang mengambil pinjaman PTPTN menggunakan hujah kelompok yang tidak bertanggungjawab ini sedangkan adalah jelas pinjaman seperti ini merupakan transaksi yang haram kerana ia mengandungi unsur riba. Walhasil, para peminjam akan terhimpit dengan kadar bunga yang dikenakan manakala di satu sisi lain pula si penghutang (PTPTN) mengalami kerugian kerana wang yang telah dipinjamkannya (baca: diniagakan) tidak dikembalikan oleh sejumlah para peminjam. Dan lebih berat adalah dosa yang perlu ditanggung oleh peminjam dan yang meminjamkan wang kerana terlibat dengan transasksi yang haram.

Sebagai seorang Muslim yang beriman, seharusnya kita kembalikan segala permasalahan hanya kepada Allah dan RasulNya. Pemerintah seharusnya sedar bahawa mereka wajib memberikan pendidikan yang percuma dan berkualiti kepada rakyatnya pada setiap peringkat. Kos utama pendidikan bagi warganegara adalah tanggungjawab negara kepada rakyatnya, bukan tanggungjawab ibubapa penuntut ilmu dan bukan pula harus datang dari duit kocek para penuntut ilmu. Di sisi lain, para penuntut ilmu yang ingin belajar haruslah sedar bahawa transaksi pinjaman PTPTN adalah jelas haram kerana mengandungi unsur riba, berdasarkan nas-nas yang qati’e.

Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya transaksi PTPTN adalah transaksi yang jelas haram. Masalah yang terus melanda kita, umat Islam khususnya, seperti masalah untuk mendapatkan dana pendidikan, adalah natijah diterapkannya sistem sekular, yang menganggap pendidikan sebagai cabang untuk mengaut keuntungan. Asas manfaat sistem kapitalis-sekular ini akan terus membiakkan masalah yang tidak akan pernah sirna bagi umat manusia!

Wahai umat Islam! Marilah kita bersegera menuju kemuliaan di sisi Allah SWT, dengan berusaha untuk menegakkan semula institusi Khilafah Islamiyyah yang akan menjamin kesejahteraan manusia dalam segala aspek. Bukankah itu yang kita harapkan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini? Kita akan kembali kepada Allah kelak dengan bekal amalan yang telah kita kerjakan di dunia ini. Ayuhlah, sambut perjuangan yang mulia ini, dengan meninggalkan segala bentuk kekufuran dan kembali menegakkan kalimah Allah SWT.

1 comment:

Anonymous said...

duit monetary yang kita pakai skrang nih pun riba' camner?

Related Posts with Thumbnails