Pernah dahulu saya berjumpa dengan beberapa orang sahabat. Perjumpaan yang saja-saja sahaja aka melepak. Ntah pada waktu tersebut kami berbual tentang nak menginvestasikan kewangan di masa hadapan.
Suasana ketika itu agak tegang apabila ada dikalangan kami merasa resah melihat ekonomi sekarang ini. Sebagai anak muda yang masih belajar, yang belum memiliki apa-apa asset, yang belum memiliki simpanan wang, kehidupan keluarga yang sederhana dan sebagainya antara faktor keresahan memikirkan zaman hadapan kami.
Kami bersahabat pada mulanya membincangkan tentang kewangan kami yang kami simpan ini nanti akan dilaburkan ke mana. Ada yang menyuarakan agar buat perniagaan. Salah seorang sahabatku berkata, kita hendak berniaga apa?. Tapi sebelum nak mulakan perniagaan itu kita kena fikir tentang nilai harga, ... . Maksud dia, kalau suatu perniagaan itu dimulakan dengan harga RM200K sekali pun belum tentu ia berjaya digerak. Silap hari bulan RM200K macam RM50K je kut, siapa tahu. Kesemua ahli lembaga setuju (ceh, macam dalam mesyuarat syarikat pula).
Pandangan itu kami setuju dan akui akan kelemahan sistem yang diguna pakai sekarang untuk masa akan datang. Ntah bila boleh jalankan perniagaan, itu kami tidak tahu. Kami juga faham sikit-sikit tentang ekonomi bagaimana sebuah mata wang itu di kata susut, besat, kecil, nilai RM ditutup paras rendah/tinggi dan sebagainya.
Seorang dari kami lagi bersuara, dapat gaji je, kumpul duit, dah kumpul duit beli emas. Tentang nak beli rumah itu, hold kan dahulu. Sebut kumpul duit (wang kertas) banyak-banyak, dah cukup masa, duit yang kita kumpul itu tiada nilainya dah. Tak kah naya??
Betul apa yang dikatanya, kita dilihat, bahwa trend harga emas dunia 10 tahun terakhir adalah naik sekitar 400%, boleh kalian bayangkan kenaikan yang siginifikan dari emas, bahkan 1 tahun terakhir didapat angka 50%, mana ada bank dimanapun di seluruh dunia yang boleh memberikan kenaikan hingga 50% tiap tahunnya dari pelaburan kalian.
Kita ambil contoh, dengan menganggap saya sekarang memilik 10 dinar dimana masing-masing dinar saat ini berharga RM420.75 maka akan didapat total investasi saya sebesar RM4207.5, maka 10 tahun yang akan datang nilai dari 10 dinar saya adalah sebesar 400% dari sekarang atau sekitar RM16830 . Jika kalian menabung di bank RM4207.5 sekarang, maka 10 tahun yang akan datang wang kalian menjadi sangat tidak berharga kerana nilainya sudah sedemikian hancurnya ditekan oleh inflasi.
Apa yang saya ketahui dan seingat apa yang saya pelajari di Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor semasa di darjah 6, saya ada pelajari sedikit tentang konsep dan standard sebuah mata wang Dinar Islam, mata wang Emas tulin. Setiap Dinar mempunyai ciri-ciri berikut, berat sebanyak 4.3 gram, diperbuat daripada Emas 22-karat dan berukur lilit 23 milimeter. Standard ini digunapakai sejak zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Nilai mata dinar tersebut di nilai pada kiraan semasa [June 25, 2009 RM 104.95 sumber: http://www.e-zakat.com.my/nisab2/index.asp]
Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai.
Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.
Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah SWT. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.
Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah SWT memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah SWT dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.
Islam mementingkan keredaan Allah SWT dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah SWT akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.
Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.
Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” [al Baqarah:279].
Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.
Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi…dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.”
Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?
Oleh itu rugikah menggunakan wang Dinar Emas?? Ingatlah apa-apa yang terbaik yang Allah SWT turunkan kepada hamba-Nya adalah yang terbaik. Kita umat terakhir, umat terbaik. Bersyukurlah Allah memilih kita di zaman ini kerana Dia mahu beri kita peluang kepada kita agar menjadi yang terbaik. Hikmat terhadap hambaNya yang lahir selepas kewafatan Rasulullah adalah rahsia yang tersirat. Rasulullah ialah utusan yang terakhir adalah Rasul terbaik untuk sekali alam, kalau tidak Baginda tidak dipanggil kekasih Allah. Al-Quran dan As-Sunnah adalah yang terbaik untuk kita semua. Paling ringkas yang boleh saya bagi contoh terbaik ialah kayu sugi yang Baginda gunakan. Yang menggunakannya pasti percaya khasiatnya, bukan?? Maka rugikah kita jika kita tidak menggunakan yang terbaik dari Allah dan telah digunakan Rasulullah yang terbaik. Tepu dada tanya iman. Ayuh!! Tegak Khilafah, pembuka jalan petunjuk Illahi, dihujani keberkatan, dan dipayungi rahmaNya.
Sekian, Wallahulam..
2 comments:
Salam..
Terima kasih kerana menulis artikel ini. Very good info to gain knowledge in economy. For me, it is easy to understand because you provide it with a few examples.
Look likes you know very well about economy system. Well done!!
But, there is a thing that i still do not understand.
You said that, untuk memulakan perniagaan, kita perlu fikirkan tentang nilai harga. Nilai harga yang macam mana tu?? Blh terangkan dengan lebih detail tak??
Lagi satu tentang statement ini, 'kalau suatu perniagaan itu dimulakan dengan harga RM200K sekali pun belum tentu ia berjaya digerak.'Maksudnya macam mana??
Sekian..
W'salam Blue Rose...
Saya cuma biasa-biasa sahaja. Nak survive hidup, nak tak nak kena faham tentang ekonomi...hee
Terima kasih sebab sudi datang, beri komen dan buah tangan (soalan).
Tentang soalan pertama itu. Biarlah saya berkongsi sedikit pengalaman saya bersama orang terdekat. Orang yang saya kenal itu bercadang membuka sebuah stesen minyak. Setelah dikaji perniagaan tersebut menguntungkan. Antara kajian yang beliau lakukan antaranya ialah membuat statistik laluan kenderaan ke kawasan stesen tersebut, jenis kenderaan, keselamatan (Balai Polis & Bomba) dan sebagainya. Keduanya pula, pemilihan jenis stesyen minyak hendak di dirikan. Sama ada A, B, dan sebagainya. Setiap stesyen minyak mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara faktor yang beliau lihat ialah kualiti minyak (setelah membuat servey setiap jenis stesyen minyak), harga dan rundingan. Rundingan, dimaksudkan,(1) kena ada wang yang mencukupi barulah pihak pengeluar minyak akan menghantar minyak dan (2) ada juga pihak pengeluar lain menghantar minyak dahulu, bayar kemudian.
Tentang soalan kedua pula..
Kita tidak tahu lagi nilai ringgit bagaimana keadaannya di masa hadapan. Harga barang pasti semakin hari semakin naik. Harga RM200K yang saya letak itu adalah harga kasar untuk mendirikan sebuah stesen minyak pada rancangan tahun 2003. (katakan) Sekiranya RM200K berjaya dikumpulkan, dan projek tersebut dilancarkan pada tahun 2005. Adakah nilai RM200K itu masih sama pada tahun 2003??.. Sebagai contoh, dulu harga kuih untuk 5 biji RM 1, sekarang RM 1 dapat 3 biji.
Segala kemungkinan yang diajar pada tahun lalu harus diteladani. Selagi ekonomi kapitalis ditunggangi, selagi itulah permalahan terus berlaku.
Wallahulam..
Post a Comment