From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Thursday, 28 May 2009

Kahwin Sukarkah??

Bismillahirahmanirahim...

Tidak lama lagi cuti penggal sekolah bermula. Berapa lama cuti? Saya tidak pasti, rasa macam 2 minggu kut. Kebiasaannya di kala cuti-cuti seperti ini, akan adanya majlis perkahwinan. Masa cuti-cuti ini lah hendak digunakan kekuatan ketenteraan saudara-saudara terdekat; ramai yang boleh hadir dan tolong. Berbahagialah dan tahniahlah kepada mereka yang akan mendirikan rumah tangga. :)

Saya terpanggil untuk menulis tentang 'perkahwinan' kerana beberapa faktor antaranya; seorang kawan sekolah menengah saya menelefon saya. Perbualannya menyentuh tentang perkahwinan. Padanlah tak sambung belajar di peringkat Ijazah. Keduanya adalah seorang dari kawan saya semasa dibangku sekolah agama. Bercerita benda yang sama tetapi situasi tidak sama seperti kawan pertama tadi. Situasinya akan saya jelaskan secara ilmiah (yang saya ketahui dari hasil bacaan-bacaan saya). Saya cuba. Kepada kedua-dua rakan saya yang terperasan ini ada sedikit sebanyak persamaan dari perbualan kita, maaf banyak-banyak, sebab korang lah buat aku berfikir dan mintak pandangan dari aku..hehehe...

Tak lupa juga kepada seorang cikgu. Chest!! tak sangka engko 'bahan' aku untuk mengisi masa di malam kelmarin. Pat kan je aku tak ada point nak kenakan ko balik. :P

Allah SWT telah menciptakan manusia yang di dalam diri manusia telah diciptakan pula berbagai gharizah (naluri) serta keperluan jasmani seperti gharizatun nau' yang bermaksud gharizah mempertahankan dan melestarikan keturunan. Bagaimana hendak melunaskan gharizatun nau' ini?? yang dikehendaki Islam??. Melunaskan gharzatun nau' melalui pernikahan. Pernikahan yang disyorkan oleh Islam dan telah ditunjuki oleh Rasulullah SAW.

Pernikahan adalah Sunnah Nabi dan merupakan antara fitrah manusia yang memerlukan kepada pasangan. Setiap makhluk Allah diciptakan berpasangan termasuklah manusia. Oleh kerana itu manusia perlukan kepada pasangan masing-masing untuk saling melengkapi. Jika tidak, hidupnya masih tidak lengkap, tidak teratur dan banyak kekurangan.

Dan pernikahan merupakan salah satu tanda kebesaran Allah sepertimana yang difirmankan olehNya yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” [Ar-Ruum, 030:021]

Di dalam pernikahan muncul Mawaddah dan Rahmah kerana ada faktor-faktor yang dapat menumbuhkan dua perasaan tersebut. Dengan adanya seorang isteri, suami dapat merasakan kesenangan dan kenikmatan, serta mendapatkan manfaat dengan adanya anak dan mendidik mereka. Di samping itu, ia merasakan ketenangan, kedekatan dan kecenderungan kepada isterinya. Sehingga secara umum tidak didapatkan mawaddah dan rahmah di antara sesama manusia sebagaimana mawaddah dan rahmah yang ada di antara suami isteri.

Kata Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, “Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah iaitu perkahwinan, maka ia akan mencari jalan-jalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam.”

Rasulullah S.a.w bersabda yang mafhumnya, “Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. [HR Thabrani dan Hakim].

Berbalik semula kepada situasi yang di alami oleh kawan-kawan saya. Ada yang bermasalah pada wang hantaran, untuk majlis perkahwinan lagi, perspektif bakal ibu bapa mertua (nak hebat-hebat belaka) tak semua yang ada, tetapi ada terdetik berperasaan seperti itu, dan lain-lain lagi yang mendorong kebahagian kepada keharmonian (luaran) sahaja. Itu pra syarat dari pihak mempelai keluarga belum lagi dengan syarat perkahwinan di Malaysia.


Perkahwinan itu sukar kah?

Sejak British datang ke Malaysia dulu, Hukum Allah pun telah mula dibuang dan digantikan dengan undang-undang yang dirangka oleh Lord Reid. Dan sistem birokrasi mula bertapak di Malaysia yang menyebabkan semakin banyak kesulitan dialami, bukan semakin menyenangkan. Apa yang saya lihat sekarang, nikah kahwin di Malaysia ini semakin sukar. Rakyat semakin sukar untuk mendapatkan mawaddah dan rahmah yang ada dalam pernikahan. Sukar oleh kerana beberapa faktor utama antaranya;

1- Undang-undang yang semakin cerewet yang membikin semakin banyak prosedur. Ambil sijil itu ambil sijil ini, kena bayar itu kena bayar ini (orang nak kahwin pun masih sempat mereka nak cari keuntungan), bukan semakin untuk menyenangkan tetapi semakin menyusahkan rakyat.

2- Pemikiran ibu bapa yang berorientasikan kepada mahukan menantu yang hebat, terutamanya dari segi keduniaan. Seperti mahukan menantu yang berkerjaya besar, berpangkat, ada nama hebat dan seumpamanya. Secara ringkasnya ialah terlalu cerewet dalam memilih.

3- Masyarakat sendiri yang telah statik fikirannya yang suka mengata itu ini. Orang nak nikah secara halal baik menikah di dalam ataupu di luar negara pun dikomen yang tidak membina. Orang nak nikah dengan janda pun bermacam-macam tuduhan dilemparkan.

4- Tiada usaha oleh pihak-pihak atasan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan, yang masih tidak kahwin-kahwin itu.

Kita perlu tahu, keadaan di malaysia kini semakin berleluasa dengan zina, berdua-duaan bersama bukan muhrim, gejala bohsia, dating di mana-mana antara bukan muhrim dan sebagainya. Maka mengapa saya lihat pemimpin-pemimpin kita hanya memandang remeh perkara ini. Tiada yang prihatin kepada nasib manusia-manusia yang hendak sangat kahwin tetapi masih tidak dapat kahwin-kahwin. Maka saya nak beritahu kepada penguat kuasa undang-undang, bahawa itu semua tanggungjawab anda. Jika sekiranya anda makin menyulitkan lagi proses pernikahan, maka segala gejala2 maksiat itu adalah disebabkan oleh anda juga.


Terselesaikah masalah??

Islam ini mudah tetapi dipersulitkan dengan bermacam prosedur sekarang. Apa yang saya tengok, masalah tidak juga selesai, malah semakin membuatkan orang sukar untuk kahwin, semakin membuatkan orang melanggar batas-batas agama, semakin membuat rakyat tertekan dan seumpamanya. Apa gunanya membuat semakin banyak prosedur tetapi rakyat semakin ramai buat maksiat?

Pemimpin sepatutnya berusaha keras menyahut hadith ini , “Nikahilah perempuan yang ramai anak dan penyayang. Kerana aku akan berbangga dengan banyaknya umatku dihadapan para Nabi kelak di hari kiamat”. (HR Ahmad dan di shahihkan oleh Ibnu Hibban). Nabi amat berbangga dengan umatnya yang ramai, maka jika kerajaan kita betul-betul prihatin masalah ini, kerajaan akan menumpukan agar rakyatnya yang beragama Islam dapat kahwin semuanya. Tidak mahukah kita membantu untuk meramaikan umat nabi kita?

Kata Syaikh Hussain Muhammad Yusuf: “Hidup membujang adalah suatu kehidupan yang kering dan gersang, hidup yang tidak mempunyai makna dan tujuan. Suatu kehidupan yang hampa dari berbagai keutamaan insani yang pada umumnya ditegakkan atas dasar egoisme dan mementingkan diri sendiri serta ingin terlepas dari semua tanggungjawab”. Maka tidak mahukah kita cuba menggalakkan (bukan sahaja galak tapi bantu lah) rakyat agar berkahwin?


Prosedur ada tetapi masalah penceraian tetap berlaku.

Saya lihat pihak-pihak bertanggungjawab berusaha mengatasi masalah ini. Tahniah saya ucapkan. Tetapi janganlah fokus pada kes penceraian sahaja:- anak nak siapa jaga?? Nafkah siapa mahu beri?? Tempat tinggal dan sebagainya. Permasalahan-permasalahan seperti ini sering diguna pakaikan. Kenapa ye rakyat di telunjuki??

Buatlah prosedur yang terkini mana pun. Apa yang saya tengok tidak juga, kerana masih banyak rumahtangga yang menemui jalan buntu yang akhirnya bercerai. Itu semua adalah soal jodoh, apa pun langkah yang kita usaha, kalau dah jodohnya panjang tetap panjang, kalau dah jodoh pendek tetap pendek, ada hikmah semuanya. Cuma apa yang saya harap, jangan pula pihak atasan semakin menyulitkan proses untuk berkahwin itu.

Mana lebih baik? Berikan kemudahan kepada mereka yang mahu berkahwin dan cuba membantu mereka ataupun membiarkan sahaja maksiat semakin berleluasa? Ini dalam keadaan rakyat tertekan pun kerajaan masih sibuk dengan pembangunan pembangunan pembangunan. Naluri rakyat yang memerlukan kepada pasangan yang halal terpinggir pun masih sibuk dengan pembangunan pembangunan pembangunan. Apa guna nya pembangunan jika jiwa rakyat kamu menderita? Apa gunanya pembangunan jika sekiranya keperluan asasi rakyat kamu tidak dipenuhi?

Nasib banyak kaum wanita yang masih tidak dapat berkahwin pun tiada siapa yang peduli. kita mesti tahu MANUSIA MEMERLUKAN KEPADA PASANGAN MASING-MASING. Tanpa pasangan, sudah tentu lah jiwa terasa kekosongan, kesepian, keseorangan dan bermacam-macam perasaan negatif lagi. Kamu berusaha keras untuk membuat pembangunan, tetapi mengapa kamu tidak berusaha keras untuk menyenang dan mengisi kekosongan hati rakyatmu? Di sini lah terlihatnya betapa kamu hanya mementingkan pembangunan material dari pembangunan rohani rakyat kamu. Maksiat terus berleluasa kerana prosedur dan bekalann iman yang tidak di isi.

Mana usaha kamu untuk membantu rakyat untuk memenuhi firman Allah ini, “Dialah yang menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan Dia jadikan dari jiwa yang satu itu pasangannya agar ia merasa tenang kepadanya…” [Al-A’raaf, 007:189]


Dan kepada para ibubapa pula, jangan lah terlalu cerewet untuk memilih bakal menantu. Cukup lah kamu kaji serba sedikit tentang latar belakangnya menurut apa yang diberitahu dalam hadith, “Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. [Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175].

Jika kamu sudah pasti orang itu agamanya elok, takutkan Allah, dan anak kamu sudah saling sayang menyayang dengannya, maka nikahkan lah mereka. Jangan tunggu sampai mereka ada rumah banglo, kereta besar, duit bertambun-tambun dulu baru nak kahwinkan mereka. Ingatlah, Saidina Ali r.a dan Saidatina Fatimah a.s hanya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi mereka tetap bahagia. Apa lagi yang bagus melainkan melihat hidup anak kamu bahagia? Saya tegaskan , bahagia bukan diukur dengan wang ringgit yaa, saya ulangi lagi, bahagia bukan diukur dengan wang ringgit yaaa. Haa ini diulang-ulang lebih sikit kepada mereka yang gila ke duit sangat tuuu!!

Hayatilah firman Allah ini dan jangan hanya pandai baca sahaja, “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. [An-Nur, 024:032].

Dan yakinilah juga dengan pesan Nabi Muhammad S.aw ini , “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. [HR Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu].

Dan saya kuatkan lagi hujjah dengan kata-kata sahabat ini, Ibnu Mas’ud radliyallahu ‘anhu pernah berkata: “Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka menikah daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang bujangan”. (Ihya Ulumuddin dan Tuhfatul ‘Arus hal. 20).

Jangan tunggu menantu kamu kaya atau banyak duit dahulu baru nak nikahkan mereka dengan anak kamu. Yakinlah , Allah akan bantu untuk cukupkan mereka jika mereka ikhlas berkahwin kerana Allah. Ketahuilah, apa yang penting dari sebuah rumahtangga adalah kebahagiaan. Kebahagiaan itu bukan diukur dari wang ringgit, pangkat dan seumpamanya, tetapi adalah kebahagiaan yang dirasai dalam hati seorang manusia itu. Maka jika hatinya sudah saling sayang menyayang, senang dan serasi bersama, maka nikahkan lah mereka. Semoga dengan cepat-cepat dinikahkan akan dapat mengelakkan dari berlakunya bermacam maksiat dan noda.


Dan bagi para lelaki yang mahu memilih wanita, hayatilah maksud ayat ini, “Wanita yang shalihah ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri bila suami tidak ada, sebagaimana Allah telah memelihara (mereka)”. [An-Nisaa, 004:034].


jika ada pasangan-pasangan yang sedang bercinta mahu berkahwin dan mereka sudah sanggup untuk hadapi apa sahaja, maka kahwinkan sahaja mereka. Tak perlu kita pula yang menjadi penghalangnya. Apa yang penting pernikahan itu pertamanya mesti berdasarkan kepada kerana ALLAH. Maka jika mereka sudah sanggup untuk berkahwin, maka apa tunggu lagi, aturkan pernikahan untuk mereka. Soal jodoh kekal atau atau tidak, bahagia atau tidak mereka itu adalah soal mereka sendiri.

Jangan kita pula yang jadi batu penghalang orang mahu bina masjid. Akibat melarang mereka berkahwin, nanti mereka buat maksiat dan dosa siapa yang nak tanggung? Anak-anak kamu juga wahai pak-pak mertua. Tak kasihankah kamu kepada anak-anak kamu? Gara-gara kamu mementingkan diri kamu untuk mendapat menantu yang hebat, agar orang semua memandang hebat kepada kamu (macam kamu sendiri pulak yang nak kahwin), akhirnya anak kamu yang jatuh ke lembah maksiat.

Adakah selama ini mereka yang banyak harta itu semua bahagia setelah berkahwin? Adakah mereka yang pergi kursus kahwin itu bahagia belaka selepas berkahwin? Adakah mereka yang berpangkat, berkerjaya besar dan segala yang gah-gah bahagia belaka selepas kahwin? Maka tepuk dada tanya iman anda.

Dan jangan menetapkan hantaran yang besar-besar bagi mereka yang tidak mampu. Ikut sahaja kemampuan mereka, jangan menyiksa dan membebankan bakal menantu anda. Yang penting mereka dapat bina masjid yang baik dan sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Dan jika anda adalah ibu bapa yang baik, maka bantulah sama anak anda untuk mengeluarkan belanja bagi pernikahannya. Semoga diredhai dan diberkati Allah pernikahan mereka. Yang penting kita buat jalan HALAL yang diredhai oleh ALLAH S.W.T, insyaAllah berkat.

Pernikahan yang sepatutnya mudah sahaja di dalam Islam dan amat digalakkan oleh Nabi Muhammad S.a.w tetapi semakin sukar dan payah untuk dilakukan sekarang ini kerana sikap dan suasana hari ini sendiri. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan lah bersama. Wallahu a’lam :)


Wallahulam...

p/s: perbetulkan yang silap. kita hidup bukan hanya mencari ketenangan sahaja tetapi mencari kebeneran.

4 comments:

Anonymous said...

salam. saya ada beberapa persoalan disini.

1. Bagaimanakah jika seseorang dihalangi untuk berkahwin atas sebab takde kenderaan? adakah sebab ini sama dengan sifat "pentingkan ada duit banyak baru nak kawin'?

2. cara tuan menulis ni, gayanya mcm dah boleh kahwin ni. insyaAllah azam tuan, kawin cepat.

hehehe

SJKC

Dhiya said...

Salam SJKC

dihalangi sebab tiada kenderaan?? situasi itu kepada lelakinya kah atau perempuannya kah?

Berbalik kepada soalan SJKC tadi. Bagaimanakah dan adakah, pada pandangan saya, masalah itu insyaAllah boleh diatasi asal si lelaki mencukupi kenderaan yang hendak dipakai. Sebagai contoh, jika dia berkehendaki memakai sebuah kereta luar negara walaupun second hand yang bernilai RM22K-RM25K, baru lah di berkahwin, tetapi perkahwinan itu lewat sedikit(tetap kahwin). sebab wang simpanannya sudah beralih ke kereta itu. Lelaki itu perlu lah mengubah 'seleranya' kepada kenderaan biasa, yang memungkinkan harga maximum sebuah kereta adalh sekitar RM13K-RM15K atau bawah RM10K, tetapi bukan kereta luar negara di miliki. dan saya rasa itu bukan sifat 'pentingkan wang ringgit baru leh kahwin'. boleh je kahwin dahulu tika tiada kenderaan, tapi kena bijak lah mengurus segala hal sebab kereta kena ada juga. tak kesian ke kat isteri ngendong anak g jumpa doktor...hehehe..siapa tak sayangkan bini wooo...


gaya macam dah boleh kahwin??
insyaAllah, mudah-mudahan.. kahwin cepat..hee..

tetapi yang penting sekali ia kesanggupan oleh pasangan itu sendiri; susah senang hidup bersama, saling faham memahimi (mimirkan halal dan haram) dan sebagainya. dan saya rasa sudah jelas kut penerangan saya di dalam entri tersebut. dan yang pasti, saya kenal siapa SJKC..hehehehe

Anonymous said...

salam
takpe, hashim kate ade kete iswara bikin elok semua siap baru rm4500. dah dpt sebijik keta bawah 5k. yang lainnya, divert pada kawin. jgn jd mcm ana, mak sanggup support beli keta mahal, tp nk support kawin taknak plak.sedih aku...huwaaaa. 'kawin' dgn keta je la. umo dh tua. lg tensen tau!! huwaaaaaa

Dhiya said...

Salam Ano (31 May 2009 06:35)

Terima kasih atas komentar anta. Anta buat ana tertanya-tanya siapakah anta (Rasa macam dapat teka siapa anta nih...hehehe). Waaa mcm rasa 'nyesal' lak tak amek offer kerja semasa tunggu tawaran belajar. (tunggu offer belajar dekat 6 bulan jugak). Kerja tuh gajinya memuaikan, orang kata, mantap. RM40K untuk 3bulan. Amacam caya tak? tak caya tanya company yang offer ana. Abes belajar t, ana mintak blk kerja tuh kat bos ana..hehehe..

Ekonomi kapitalis dan klon kapitalis telah menjerut kehidupan umat!!

Related Posts with Thumbnails