From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Tuesday, 19 May 2009

Kembali Kepada Cara Berfikir, Bersikap & Bertindak Yang Islamik

Bismillahirahmanirahim…

Assalammualaikum wbt…

Sejak perlantikkan kerusi nombor satu (1) negara, Perdana Mentari. Banyak perubahan singkat yang pemimpin itu lakukan. Antaranya pembebasan tahanan ISA, motto kepimpinan beliau dan sebagainya. Saya disini bukanlah hendak menyentuh kesemuanya dan juga 2 perkara yang telah disebutkan tadi tetapi ingin berkongsi apa yang difikirkan oleh saya sepanjang tempoh ini iaitu pendidikan. Seperti yang dimaklumkan, bahawa Universiti Kuala Lumpur akan bertukar statusnya dari Institut Pengajian Tinggi MARA (IPTMa) kepada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kes beberapa buah Institusi Pengajian di naik tarafkan statusnya dan sesuai standard keberhasilan yang dikeluarkan oleh institusi tersebut; Kolej Universiti kini menjadi Universiti, Institusi menjadi Kolej dan sebagainya.

Perkembangan dan kemajuan ini yang kita lihat dewasa ini, banyak universiti dan kolej universiti - satu perkembangan yang sihat dan pesat yang berlaku terutamanya selepas era 1990-an. Pastinya, ini memangkinkan jumlah mahasiswa dan pemimpin mahasiswa yang dilahirkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi. Ini satu perkembangan yang menarik, ditambah pula dengan hakikat bahawa ianya bukan hanya dari aspek disiplin ilmu yang diceburi, malahan komposisi etnik, ideologi, wilayah tempat asal mereka serta pelbagai aspek lain juga semakin rencam dan bervariasi. Secara tidak langsung, ia membuka satu lembaran baru yang penuh mencabar pada para mahasiswa hari ini.

Dalam kita membicarakan peranan pemimpin mahasiswa hari ini, satu perkara yang amat penting yang tidak boleh kita ketepikan ialah bagaimana pemimpin mahasiswa hari ini dapat memenuhi cabaran yang dikehendaki dan telah digariskan oleh Islam untuk membangunkan Malaysia menjadi pemangkin, kemajuan sebagai negara maju mengikut acuannya sendiri (sesuai dengan budaya tempatan) tanpa mengetepikan dan menolak sedikit pun walau satu peratus dari pandangan Islam. Supaya matlamat tidak menghalalkan cara dijadikan amalan dan yang terpenting sekali penerapan hukum Syariah dan penyebaran risalah Islam seperti mana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah, Khulafah ar-Rasyiddin dan seterus yang terakhir tapi bukan berakhir kepimpinan Islam iaitu zaman Uthmaniyah di Turkey. Dalam meneliti persoalan ini dan bagaimana barisan pemimpin mahasiswa khususnya dan mahasiswa sendiri amnya dapat memainkan peranan masing-masing, kita perlu meluaskan pandangan, membuka horizon pemikiran, memerhati dan menganalisa situasi dunia dan serantau yang begitu kompleks dewasa ini, terutamanya setelah kita menjengah abad ke 21. Dan ini lah di fikirkan oleh saya, ”Kembali kepada cara berfikir, bersikap dan bertindak yang Islamik”


Persoalan-persoalan

Ini adalah persoalan yang pernah berlegar di fikiran saya.

Masalah, Kemudahan atau Bebanan
Siapakah yang dididik oleh sistem ini? Adakah pendidikan disalurkan secara samarata oleh semua anggota masyarakat ataupun ia hanyalah hak istimewa untuk sebilangan kecil orang? Memang benar anak-anak muda di negara ini mudah untuk mengakses pendidikan, namun ramai anak-anak muda tergugur disebabkan mereka dari golongan miskin yang terpaksa gugur akibat tidak berkemampuan, walaupun kita mempunyai sistem pendidikan yang kononny ”percuma” di peringkat rendah dan menengah. Berbalik pada soalan tadi, bagaimana pula terhadap anak-anak muda dari golongan kelas pekerja ke pendidikan tinggi, adalah begitu sukar sekali, bukan?

Penswastaan institusi pengajian tinggi akan memburukkan lagi keadaan sehinggakan beban anak-anak muda dari golongan bawahan untuk melanjutkan pelajaran menjadi semakin berat. Memandangkan pendidikan menjadi semakin penting untuk menjamin ekonomo pada masa hadapan, pengecualian golongan minoriti (pekerja dan pelajar) untuk memasuki universiti, akan memburukkan lagi pengkelasan (pertama,kedua dan ketiga) dan ketidaksamarataan kaum dalam masyarakat kita.


Islam,
Di dalam Islam, menuntut ilmu adalah wajib dan tidak boleh diabaikan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ”Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim.” [HR Ibnu Adi dan Baihaqi]. Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan setiap Muslim untuk menuntut ilmu dan mendapatkan berbagai ilmu yang diperlukannya dalam kehidupan. Ilmu dianggap sebagai sesuatu yang wajib dan termasuk keperluan serta hak asas setiap individu. Berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, baginda telah mengarahkan tawanan Perang Badar untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum Muslimin sebagai syarat penebusan mereka. Dengan tindakan ini, yakni membebaskan para tawanan dengan cara menyuruh mereka mengajar anak-anak kaum Muslimin, bererti Rasulullah telah menjadikan biaya pendidikan setara dengan barang tebusan. Maksudnya, Rasulullah (seperti) telah memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal.

Rasulullah juga bersabda, “Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” [HR Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar]. Hadis ini dengan jelas meletakkan tanggungjawab pemeliharaan atau penjagaan ke atas bahu para pemimpin. Justeru, di dalam bidang pendidikan, memberi pendidikan dan menyediakan segala kemudahan yang berkaitan dengannya adalah wajib ke atas setiap pemimpin dan semuanya mesti disediakan secara percuma kepada rakyat. Dia wajib menjaga rakyatnya, bukan membebankan rakyatnya. Bebanan yang diletakkan ke atas bahu rakyat adalah satu bentuk penindasan dan kezaliman oleh sang pemimpin. Maka, haram ke atas pemimpin melakukan maksiat ini dan mereka pasti akan disoal oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas kezaliman dan dosa yang mereka lakukan.


Masalah, Pengaruh Pendidikan
Pelajar dididik untuk buat apa? Adakah kita dilatih untuk membentuk satu masyarakat yang lebih baik ataupun lebih sempurna? Kesempurnaan apa? Didalam Islam kesempurnaan individu didalam fikrah Islam dan syariat Islam. Malangnya sekali. Pelajar-pelajar diajar tentang nilai-nilai dan kemahiran yang menjadikan kita sebagai pekerja yang produktif dan berupaya menjana keuntungan untuk koporat besar. Sistem dan ilmu.

Sistem pendidikan pula direka supaya kebanyakan kita berusaha tanpa keraguan memperkukuhkan lagi ideologi golongan pemerintah yang hegemonik. Sebagai guru, penyelidik, ahli politik, pengiklan, penulis atau ahli sains pada masa yang akan datang, kebanyakan kita akan menunjukkan sokongan kita terhadap dominasi manusia ke atas alam sekitar, dan menyanjung tinggi pasaran bebas yang tiada rintangan sebagai sistem ekonomi yang terbaik. Inilah berlakunya pengasingan antara agama dan kehidupan.

** Tidak mengapa, diri ini tidak jemu-jemu memperjelaskan tentang ’Sistem dan Ilmu adalah berbeza’ walaupun sering dianggap menghentam dan mengondem orang. Mempelajarinya tidak salah, jangan mengamalkan pula.


Islam,
Pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting di dalam kehidupan. Dari sinilah bermulanya satu cara hidup (the way of life) yang seterusnya akan memandu dan membezakan umat Islam dengan umat yang lain. Dari sini jugalah akidah dan intelektual seorang muslim itu dibina. Jika sistem yang mendidik/membina itu datangnya dari Islam, maka akidah dan sistem Islamlah yang akan menjadi pegangan hidup seseorang dan jika sistem yang membina itu berasal dari Ideologi Kapitalis atau Sosialis, maka sistem kufurlah yang akan menjadi pegangan seseorang itu.

Dalam hal ini, sistemlah yang membina syakhsiyah seseorang. Ia akan mempengaruhi cara berfikir, menilai sesuatu, bertingkah-laku, keintelektualan hatta aqidah seseorang itu sekalipun. Oleh kerana yang menerapkan sistem itu adalah Negara (Pemerintah), maka Negaralah yang harus menjaga sistem itu. Justeru, kita menyaksikan bagaimana negara Sosialis, Soviet Union (dahulu) membina rakyatnya dengan syakhsiyah Komunis, bagi memastikan ia berjaya melahirkan individu-individu yang berpemikiran Komunis. Soviet Union telah memastikan agar tiada langsung unsur-unsur Kapitalis mahupun Islam yang wujud dalam sistem pendidikan mahupun kehidupan mereka. Begitu juga dengan Barat, mereka mendidik generasi mereka dengan Ideologi Kapitalis yang berteraskan pemisahan agama dari kehidupan (faslu din anil hayah). Barat membina pelajar-pelajar mereka di atas asas ini dan memastikan agar langsung tiada unsur-unsur Komunis mahupun Islam terdapat di dalam sistem pendidikan mahupun kehidupan mereka. Malah mereka membina generasi mereka dengan memberikan gambaran yang cukup buruk tentang Islam.


Islam VS Kapitalis dan seangkatannya
Golongan kapitalis tidak terhenti-henti untuk mempromosikan kemahiran-kemahiran seperti pengurusan, komputer, perubatan, sains, undang-undang dan kejuruteraan, yang kesemuanya melatih kita untuk melicinkan lagi keberkesanan jentera koporat. Akibatnya, hanya sebilangan kecil pelajar yang berlajar ilmu-ilmu kemanusiaan, satu bidang di mana lebih berkecenderungan untuk pelajar dididik untuk berfikir secara kritikal dan menjadi pembangkang kepada kuasa koporat dan institusi yang didominasi oleh golongan elit. Namun, pelajar-pelajar ilmu kemanusia hari ini pun sukar menunjukkan sifat-sifat kritis ini, kemungkinan besar kualiti pensyarah yang semakin merosot dan juga sikap dingin pelajar terhadap masalah sosial dan alam sekitar. Dalam sistem yang semakin berorientasikan keuntungan perniagaan, pelajar akan diambil sebagai pelatih di koporat tanpa bayaran, di mana menunjukkan pengekploitasian yang jelas. Dan walaupun untuk pelatih yang berbayar, mereka telah disuntik nilai-nilai koporat, untuk memperkukuhkan lagi sistem koporat ataupun secara umumnya sistem kapitalis.

Universiti kita sendiri telah berfungsi bermotifkan keuntungan, selain menjadi jentera pemprosesan pengikut setia golongan pemerintah. Koporat dan golongan kapitalis ingin sistem pendidikan melatih anak-anak muda supaya menjadi tenaga kerja mereka dan, koporat mahu universiti menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan barangan yang dapat dijual oleh mereka demi mengaut lebih keuntungan. Jika kita tidak ingin bekerja untuk koporat atau mencipta barangan baru untuk mereka, maka kita perlu menentang habis-habisan agenda mereka.

Dikala ini universiti bukan sahaja menjalankan penyelidikan untuk golongan kapitalis, malah universiti juga menghasilkan ideologi. Universiti bersuhabat dengan sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab untuk membiakkan ideologi hegemonik golongan pemerintah, yang menjustifikasikan amalan kita terkini yang membawa kehancuran kepada alam sekitar, meletakkan keuntungan di atas rakyat, seksisme, perkauman, heteroseksisme dan imperialisme.


Bagi Islam pula, Polisi Pendidikan di dalam Sistem Kilafah
Allah SWT mengurniakan manusia kemampuan berfikir, yang dengannya ia meletakkan manusia itu di atas segala makhlukNya yang lain, Allah SWT juga menjadikan akal manusia khasiat untuk membuat pertimbangan atas sesuatu fakta, jadi kaedah pengajaran wajib menyerlahkan kemampuan berfikir manusia itu. Kaedah pengajaran yang tepat adalah melalui proses berfikir yang disampaikan oleh guru dan dicerna oleh daya intelektual pelajar. Seorang pendidik yang ingin menyampaikan suatu pemikiran kepada pihak lain, ia akan menyampaikannya melalui penyataan-pernyataan yang secara asasnya melalui bahasa. Jika pelajar yang menerimanya dapat mengaitkan dengan maklumat lepas yang dapat cerapnya, pemikiran ini akan menjadi konsep (mafahim) yang dapat menjadi asas berfikir. Sebaliknya jika ianya diterima tanpa mengaitkan dengan maklumat lepas maka pemikiran yang disampaikan itu kekal menjadi sekadar maklumat. Dalam hal ini, Islam hendaklah dijadikan kayu ukur atau sandaran kepada segala pemikiran.

Jika kita tidak menjadikan Islam sebagai asas di dalam berfikir, maka kita sekadar akan menghasilkan seorang yang berpelajaran tetapi bukan seorang yang berfikir. Dan sudah pasti standard (miqyas) yang salah akan digunakan. Contohnya, kita akan dapat melahirkan pelajar yang tahu dengan tepat bilakah British menjajah Tanah Melayu (kerana diajar fakta-faktanya), tetapi kita gagal melahirkan pelajar yang berfikir bahawa kedatangan British (golongan kuffar) itu adalah untuk menjajah tanah umat Islam, seterusnya menancapkan Ideologi kufur mereka untuk diamalkan oleh umat Islam. Pelajar juga mungkin diajar maklumat bahawa Jepun telah menjajah Tanah Melayu (setelah British) dengan segala bentuk kekejaman, tetapi pelajar tidak diajar berfikir bahawa penjajahan Jepun berakhir dengan kekalahan Jepun, sebaliknya penjajahan British tidak pernah berakhir hingga sekarang. Pelajar tidak diajar berfikir bahawa walaupun British telah meninggalkan Tanah Melayu, tetapi sistem yang British tinggalkan ini dipegang kukuh oleh Negara dan pelajar tidak diajar berfikir bahawa sistem ini adalah sistem kufur yang bertentangan dengan Islam dan wajib dibuang, seterusnya digantikan dengan Sistem Islam.

Pelajar harus ditanam dengan pemikiran bahawa mereka wajib menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir, justeru jika suatu pemikiran itu bukan dari Islam, maka perkara ini perlu dijauhi. Method ini mesti digunakan untuk menyampaikan suatu pemikiran samada ianya suatu pemikiran yang terkait dengan pandangan hidup (hadharah) mahupun ilmu-ilmu yang bersifat empirikal seperti sains dan matematik.

Bagi kategori pertama, ilmu-ilmu ini lahir daripada pandangan hidup tentang manusia, alam dan kehidupan, ilmu ini wajib dikaitkan dengan aqidah Islam. Pendidik perlu mengaitkan pemikiran dan perasaan pelajar tentang apa yang ada sebelum dan selepas alam ini dan kaitan keduanya dengan kehidupan di dunia sekarang. Seterusnya membentuk satu konsep yang terpahat dalam diri pelajar dan menjadikan mereka sedar tentang tujuan hidup mereka didunia. Adalah suatu kesalahan yang fatal apabila aqidah itu sekadar dihafal tanpa melalui pembuktian aqliyah dan naqliyah dan tanpa mengaitkannya dengan pandangan hidup tentang manusia, alam dan kehidupan. Aqidah adalah pegangan hidup yang wajib diyakini, bukan dihafal. Dari sini barulah terlahir pelajar yang tahu akan tujuan ia diciptakan dan ke mana ia akan tuju selepas alam ini. Oleh itu, mereka akan memahami bahawa hidup di dunia ini hanyalah untuk tunduk patuh kepada perintah dan larangan Allah semata-mata.

Bagi ketegori kedua, ilmu-ilmu ini tidak terkait dengan mana-mana pandangan hidup atau aqidah. Ilmu-ilmu ini diajar untuk menyiapkan pelajar bagi menghadapi kehidupan yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala amanahkan ke atas manusia. Ini sesuai dengan firman Allah, “dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripadaNya” [TMQ Al-Jaatsiyah (45):13]. Juga firmanNya, “dan Dia menundukkan untukmu malam dan siang, matahari dan bulan. Dan bintang bintang itu itu ditundukkan dengan perintahNya. [TMQ An-Nahl (16):12] dan juga firmanNya, “dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi” [TMQ Al-Qashash (28):77].


Kesimpulan
Jika kita Kembali kepada cara berfikir, bersikap dan bertindak yang Islamik. Nescaya ’mudah’ (moga Allah membantu) tugas membentuk pemimpin dan rakyat dalam memahami, menghayati, dan mengaplikasikan agenda khilafah Islamiyyah. Dan dapat dilaksanakan sebab kesediaan semua pihak dalam Pembentukan khilafah Islamiyyah berkait rapat dengan fikrah Islam yang ada pada pemimpin dan rakyat dalam sesebuah negara. Sejauh mana cemerlangnya pembangunan pemimpin dan rakyat, sejauh itu kecemerlangan sesebuah negara dapat dicapai.

Semoga diri ini terus diberi dan memberi kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab mereka sama ada sebagai pemimpin atau rakyat agar mereka lebih bijaksana, dinamik dan berwawasan dalam perjuangan menegakkan khilafah Islamiyyah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails