From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Monday 3 August 2009

Realiti Melawan Arus...

Pernahkah kita sebagai seorang Muslim berfikir jatuh bangun sesebuah tamadun atau bangsa itu terletak kepada cara berfikir?? Kita ambil contoh di negara Jepun. Negara matahari terbit itu pernah mengalami kekalahan yang dahsyat dalam peperangan Dunia ke-2. Hingga menyebabkan negara tersebut berundur diri tatkala rakyatnya di bom! nuklear!!. Selepas itu mereka bangkit dan lihatlah hasilnya!! saudaraku.. Di belanda (jika tidak salah nama negara itu), negara yang kecil tetapi terkenal sebuah negara menapis minyak petroleum dan terbesar di dunia (itu adalah maklumat yang saya ketahui ketika melangkaui Tingkatan 3) sedang Belanda tidak mempunyai galian minyak pun. Tengok negara-negara Islam ada minyak di wilayah Arab siapakah penyedut bahan mentah milik seluruh umat??. Mereka-mereka ini bangkit kerana kekayaan berfikir mereka. Ruangan kali ini bukan lah hendak menyentuh tentang berfikir+pembangunan. Tapi berfikir tentang realiti kehidupan sekarang.

Pernah dahulu saya berhujjah dengan pelajar UiTM tentang ekonomi. Jika tidak salah 2 orang pelajar UiTM. Seorang itu saya kenal dan seorang lagi saya terjumpa(berdiskusi di ERL Salak Tinggi sampailah ke KL Central). Pelajar UiTM erl, Akmal namanya. Tidak saya dan dia berbincang lebih lama kerana waktu singkat (30 minit sahaja di ERL). Dia hanya banyak bercakap dan saya mematahkan(menepis sangkaan beliau). Tentang seorang lagi itu pula mengatakan, "Jika kita ikut ekonomi komunis sudah pasti hak kita dapat sama rata" "Kompromi-kompromi ekonomi rakyat selamat". Saya berhujjah dengannya tapi tidak lah memuaskan kepadanya (saya rasa begitu). Hinggalah saya berkata kepadanya "bagi aku ruang untuk jelaskan apa yang aku tahu dan apa yang kau fikirkan ekonomi komunis dicontohi. Hari isnin kita bincang." Alhamdulillah, kawan saya itu sudah faham penjelasan itu, ekonomi komunis tidak wajar diikuti. Untuk pengetahuan pembaca blog dan sahabat. Perbincangan pertama tersebut berlaku pada hari Jumaat, so ada dua hari (Sabtu & Ahad) untuk saya menelaah semula di laptop saya. Saya baca sendiri dan fahami sendiri. Saya berada dikawasan itu hampir 5 bulan, 2 bulan pertama saya 'berseorangan' sahaja. Dalam tempoh bulan itulah saya isi baca tentang ekonomi Islam (sikit-sikit), minat itu ada tapi belum masanya lagi untuk saya belajarnya. Sebab itulah saya mintak 'return' berbicang, penjelasan saya kurang memuaskan. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat dan pembaca blog, dia masih ajak saya berhujjah. Kali ini dia hendak mengetahui tentang cara pengelolaan harta yang sumbernya haram -masa itu isu SMS 1 day 1 car dari Celcom difatwakan haram- tetapi dia tidak tumpukan sangat tentang SMS tapi Kota Keriangan Genting Highland. Mujurlah saya baca isu itu di SN. -inilah antara cerita yang dapat saya kongsi. Muga ia terkait keadaan realiti sekarang apabila umat berfikir ekonomi kapitalis manhaj sekular dan seangkatannya adalah jalan releven. Dan bukannya ekonomi Islam sebagai alternatif yang wajib dilaksanakan-

Kembali ke cerita asal, bercerita tentang memperkayakan berfikir. Apabila kekayaan berfikir kita telah terabai. Maka dengan segera kita berusaha pulih kembali, selama kita mempertahankan kekayaan berfikir itu. -Jika kain putih itu dikotori, kita berusaha membersihkan, selama ini putih yang baik". Disitulah berlakunya memperkayakan berfikir kerana adanya berfikir pada diri umat tentang keadaan sebenar.

Seperti sedia maklum, sahabat-sahabat saya dan pembaca blog. Umat Islam dewasa ini tidak memiliki pemikiran yang berlawanan dengan pemikiran yang ingin diwujudkan pada dirinya, sehingga umat itu mampu menyedari hakikat pemikiran yang akan dsampaikan kepadanya. Kepada sahabat-sahabat yang dapat SMS saya tentang "Islam sebuah agama demokrasi" itu antara contohnya. (Ok! kita tengok pada perekonomian). Dengan itu, akan melahirkan pertembungan dua pemikiran, lalu dia mampu menemukan pemikiran yang benar.

Berapa ramai berfikiran (islam) sanggup dan berani melawan arus. Hanya sedikit saya kira. Saya berfikirkan kuanti itu seperti berikut. Biawak sifatnya melawan arus air manakala buaya sifatnya mengikut arus air. Kesimpulan disitu berapa banyak buaya yang mengikut arus air telah dibonekakan, dipamerkan, ditunggangkan, digajikan seperti buaya jadi badut di zoo. Berbanding mereka yang melawan arus air, mereka ini ditangkap, diikat, malah dibunuh (siapa tahu,kan?). Dan siapakah lebih ganas lagi zalim walaupun mereka (ikut arus air) ini tenang setenang air semasa berenang(memerintah). Ibarat tunggul kayu!!. Lain pula halnya biawak, melawan arus, selalu dilepar batu, dan malah memberi pendapat kepada si penangkap untuk dijual.

Apabila hal ini berlaku(kelemahan berfikir -mewarisi pemikiran Islam), secara pasti umat ini nampak telah menderita kemiskinan, sekalipun kekayaan material (sumber asli dan sebagainya yang menjadi hak umat) di negara umat itu melimpah ruah. Mereka nampak kehilangan kreativitasinya, gagal menemukan penemuan-penemuan ilmiah, mahupun penciptaan industri baru walaupun mereka mempelajari, mendengarkan dan menyaksikan penemuan tersebut. Mengapa ye boleh berlaku?? Mereka tak akan terdorong untuk melakunya, kecuali apabila mereka memilki metode berfikir(mafahim) tersebut. Iaitu, apabila mereka memilki pemikiran yang Islam yang mereka pergunakan dalam kehidupan. Sebagai contoh zaman kegemilangan keilmuan Islam-lahir pemikir-pemikir ekonomi, perubatan, persenjataan, pembinaan dan sebagainya-. Jika dibandingkan kebangkitan bangsa Jepun, mereka hanya pada pembangunan dan teknologi dan tidak pada ekonomi. Zaman Islam, semuanya dirangkolnya sebab kita ada sistem kita sendiri dan pemikiran Islam yang bersumberkan wahyu dan as-sunnah.

Oleh itu, umat Islam harus membangunkan pemikiran Islam dan methode berfikir(mafahim) yang inovatif itu dalam diri mereka. Kemudian dengan landasan pemikiran tersebut, mereka boleh meraih kekayaan yang bersifat material(nyata). Mereka juga boleh menemukan ilmu-ilmu baru. Setelah itu baru lah mereka dapat membangunkan perindustrian mereka

Percayalah selagi kita tidak melakukannya nescaya kita tidak akan mungkin melangkah maju setapak. Bahkan kita akan berada di tempat yang sama, akan menghabiskan tenaga dan pemikiran dan berakhir ditempat yang semula, masa terus berputar dan terus berputar.

Cukaplah dengan firman Allah SWT di dalam surah Ar-Ra'd, [13]: 11.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka."

Usah difikir sistem kufur adalah masih releven manakala sistem Islam sebaliknua. Berubah segala-segalanya dengan Islam. InsyaAllah, jika kita menghukumi dengan syarak, dan seterusnya menjalani hidup dengan secara Islam sepenuhnya, kita pasti diredhai Allah. Dari Allah kita dijadikan, maka kepadaNya lah kita bersembah.

Wallahulam...

Mohon dikomen di ruangan komen. Sekiranya terdapat keterlanjuran kata-kata, kesalahan memberi maklumat dan seumpanya. Mohon dikomen. Sekian..

1 comment:

Azlan Ahmad said...

Assalamualaikum

both the govenrment and opposition are secular democracy. they have similar minded.

the only answer to our problem is Khilafah

Wasalam

Related Posts with Thumbnails