From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Monday 9 June 2008

Kebangkitan Umat Dengan Asas Pemikiran Islam

Assalamu 'alaikum wbt.

Wahai kaum Muslimin, wahai umat Islam.. Asas kepada kebangkitan umat ialah dengan meningkatkan kualiti pemikiran. Kebangkitan itu bermula dengan terbentuknya pemikiran. Daripada proses berfikir yang benar mengikut metod berfikir yang dijelaskan dalam Al-Quran akan membentuk aqidah (keyakinan). Seterusnya daripada aqidah tersebut akan terbentuknya kaidah fikriyah (kaedah berfikir). Secara ringkasnya gambaran kaidah fikriyah Islam ialah "suatu kaedah berfikir yang digunakan untuk membuat keputusan (kesimpulan) dengan disertai kesedaran akan hubungan diri dengan Allah Swt. dan juga hubungan diri dengan hisab-Nya di mana hubungan manusia dengan Allah ialah hubungan 'perintah dan larangan-Nya' manakala hubungannya dengan hari pembalasan ialah 'hisab' dimana manusia akan diberi balasan atas segala perbuatan yang dilakukannya." Dengan kaidah fikriyah semacam ini setelah terbentuknya aqidah dengan penuh keyakinan tentang kewujudan pencipta iaitu Allah Swt. dan keberadaanNya yang wajibul wujud (wajib adanya), Yang Azali dan tidak bergantung kepada yang lain serta rukun Iman yang lain iaitu kebenaran Al-Quran yang tiada siapa yang dapat menandinginya walaupun dengan hanya membuat satu surah dan yang terpendek sekalipun, kebenaran Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah yang telah membawa Al-Quran yang haq (benar) yang ketiga-tiga rukun Iman ini (Iman kepada Allah Swt, Al-Quran dan Kerasulan Muhammad Saw) ada realitinya iaitu:


1. Adanya alam, kehidupan dan manusia yang mampu dicerap oleh pancaindera manusia jika diteliti dengan mendalam dengan berfikir tentang penciptaan tersebut dikaitkan dengan ada atau tiadanya yang menciptakannya membuktikan bahawa mustahil penciptaan serta peraturan alam tersebut tidak ada yang menciptakannya.

Contohnya api boleh digunakan untuk memanaskan air. Siapakah yang menetapkan bahawa api tersebut sifatnya boleh membakar dan memanaskan? Suatu yang ditetapkan bahawa air akan mendidih pada 100 darjah C. Siapakah yang telah menetapkan peraturan tersebut sehingga air tidak akan mendidih kecuali pada 100 darjah C di permukaan bumi pada aras laut?

Contoh lain ialah graviti. Kita tidak nampak graviti tersebut dengan pancaindera, namun diyakini ada dan nilai graviti bumi tersebut sentiasa tetap iaitu 9.81 pecutan sesaat. Siapakah yang menetapkannya? Mustahil tiada yang mengaturnya sehingga kewujudan al-Khaliq (Pencipta iaitu Allah Swt) itu terbukti pasti ada. Kita tidak dapat melihat Allah secara terus kerana pancaindera kita terbatas setakat mampu mencerap apa yang ada dibatasan dunia iaitu alam semesta, manusia dan kehidupan lain.

Namun itu bukannya menjadi alasan bahawa Pencipta itu tiada kerana tidak dapat dilihat langsung oleh pancaindera manusia. Seperti halnya angin, graviti dan letrik yang tidak dapat dilihat tapi kita yakini ada. Apabila lampu menyala menunjukkan adanya eletrik walaupun dengan mata kasar manusia letrik itu tidak dapat dilihat tetapi diyakini ada kerana tanda keberadaannya ada iaitu menyalanya mentol lampu.

Begitulah juga keberadaan Pencipta dimana alam semesta, manusia dan kehidupan menjadi tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Pencipta itu ada. Keberadaan Pencipta pula secara fitrahnya sudah pasti tidak serupa dengan makhluk. Tiada selain Pencipta melainkan makhluk dan tiada selain makhluk melainkan Pencipta. Apabila sifat makhluk itu terbatas (berawal dan berakhir), lemah serta bergantung kepada yang lain, sifat Pencipta pula Azali (tidak berawal dan berakhir), Maha Berkuasa dan tidak bergantung kepada yang lain.

Inilah kebenarannya. Sekiranya sifat Pencipta serupa dengan makhluk maka tidak layak digelar sebagai Pencipta tetapi serupa sahaja dengan makhluk2 yang lain dan ini adalah batil (salah), mustahil (tidak mungkin) dan tidak dapat diterima akal dan tidak sesuai dengan fitrah manusia yang ingin mensucikan suatu yang benar-benar suci. Apalah ertinya mensucikan suatu yang tidak suci? Sudah tentu bertentangan dengan kebenaran dan fitrah manusia itu sendiri. Pencipta itu mustahil diciptakan oleh yang lain atau menciptakan dirinya sendiri melainkan Wajibul wujud dan bersifat Azali. Sekiranya Pencipta itu diciptakan oleh yang lain beerti serupa dengan makhluk. Sekiranya Pencipta menciptakan dirinya sendiri tidak masuk akal dan menunjukkan Pencipta tersebut berawal, terbatas dan serupa dengan makhluk.


Hanya Islam sahaja agama yang menjelaskan sifat Pencipta yang benar dan haq membuktikan bahawa Islam adalah agama yang benar dan Tuhan itu tiada yang lain melainkan Allah Swt yang Maha Esa (Satu), tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, yang segala sesuatu bergantung padaNya dan tiada yang setara denganNya. Maha Suci Allah dari apa sahaja (anggapan dan kekotoran) yang mereka sifatkan..



2. Kebenaran Al-Quran itu dapat dibuktikan dengan proses akal menggunakan dalil akli metod berfikir yang ditunjukkan Allah Swt. dalam Al-Quran kerana realiti Al-Quran yang merupakan mukjizat kepada nabi Muhammad itu ada dan dijamin terpelihara hingga ke hari Kiamat. Tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan Al-Quran, gaya bahasanya, susunan ayatnya serta kebenaran isi kandungannya.

Allah mencabar makhluknya manusia dan jin yang tidak mempercayai kebenaran Al-Quran supaya menandinginya dengan membuat surah yang serupa dengannya. Jika benar apa yang kamu katakan bahawa Al-Quran itu dibuat-buat oleh manusia bukannya dari Allah, maka cubalah buat satu surah sahaja yang serupa dengannya walaupun sependek surah Al-Kausar yang cuma ada 3 ayat pun manusia tak akan mampu menandinginya walaupun manusia dan jin berkumpul dan saling menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain tetap mereka tidak dapat membuat yang serupa dengan Al-Quran.

Ini adalah janji Allah yang pasti dan haq memelihara kesucian dan kebenaran Al-Quran sebagai Kalamullah (kata2 Allah) yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Rujuk quran Al-Quran Surah Yunus: 38 dan Surah Al-Sira': 88. Al-Quran itu tidak mampu ditandingi oleh manusia walaupun orang yang paling memahami bahasa arab sekalipun, atau yang paling mahir dalam sastera dan gaya bahasa Arab. Namun tetap tidak dapat membuat yang serupa dengan Al-Quran dari segala aspek, kebenarannya, gaya bahasanya dan susunan ayatNya. Sekiranya Al-Quran itu dapat ditandingi, sudah tentu orang Arab jahiliyyah yang terkenal dengan kemahirannya bersastera,pidato dan puisi dan musuh-musuh Islam akan membuatnya dan menjatuhkan serta mendustakan nabi Muhammad SAW sejak awal-awal lagi.

Namun hingga kehari ini tiada yang dapat menandinginya. Tuduhan bahawa Al-Quran itu dibuat-buat sendiri oleh nabi Muhammad juga adalah batil (salah). Nabi Muhammad sendiri merupakan manusia biasa yang kemampuannya sama dengan orang-orang arab yang lain iaitu sama2 tidak dapat menandingi kehebatan Al-Quran. Malah nabi Muhammad itu Ummi (tidak tahu membaca dan menulis), serta lisannya, kata2nya, hadis2nya yang mutawatir (100 peratus diyakini benar), tiada satu pun yang serupa dengan gaya bahasa Al-Quran walaupun kedua-duanya merupakan wahyu daripada Allah namun Al-Quran itu makna dan lafaznya kedua-duanya daripada Allah, manakala hadis maknanya daripada Allah tetapi lafaznya daripada nabi Muhammad sendiri yang kedua-duanya (Al-Quran dan Hadis) itu berbeza antara satu sama lain dari segi gaya bahasa dan penyampaiannya.

Cukup membuktikan bahawa Al-Quran itu bukannya daripada manusia,orang arab mahupun nabi Muhammad melainkan daripada Allah Swt..


3. Kebenaran nabi Muhammad Saw. sebagai seorang rasul pesuruh Allah juga realitinya ada iaitu Al-Quran itu sendiri. Jika Al-Quran telah kita buktikan kebenarannya, maka sudah tentu orang yang membawanya juga adalah benar. Nabi Muhammad lah yang menyampaikan Al-Quran daripada Allah SWT kepada manusia dan kepada seluruh makhluk yang lain. Inilah bukti bahawa nabi Muhammad itu memang terbukti kebenarannya sebagai seorang rasul utusan Allah SWT.

Manusia mempunyai naluri beragama, dorongan ingin mensucikan sesuatu yang dianggap berkuasa, suci dan agung. Sifat ini adalah fitrah yang ada pada manusia. Oleh kerana itu sudah semestinya memerlukan kepada pemenuhan agar naluri beragama atau dorongan mensucikan tersebut dapat dipenuhi dengan cara dan peraturan yang benar. Cara dan peraturan ini pastilah daripada Pencipta itu sendiri bukannya daripada manusia dan makhluk lainnya kerana peraturan dan cara bagi mengatur hubungan manusia, makhluk dengan penciptanya jika daripada manusia itu sendiri sudah tentu akan berlaku banyak percanggahan, pertentangan, banyak perbezaan cara peraturan bergantung kepada masing-masing manusia mengikut adat, suasana keadaan meraka.

Ini adalah suatu yang batil (salah) sehingga menunjukkan bahawa cara dan peraturan bagi mengendalikan naluri beragama tersebut hanyalah daripada Pencipta itu sendiri dan itu adalah merupakan hakNya untuk menetapkan suatu peraturan yang sesuai bukannya hak manusia juga makhluk2nya yang lain. Ini menunjukkan manusia perlu kepada agama dan peraturan agama ini sampai kepada manusia tidak lain tidak bukan melalui para utusan Allah iaitu nabi-nabi dan rasul-rasul-Nya yang dipilih-Nya dari kalangan manusia, lelaki dan diberikan kepadanya wahyu risalah untuk disampaikan kepada seluruh makhluk Allah SWT di muka bumi.
Ini bukti bahawa nabi2 dan rasul2 itu diperlukan oleh manusia dan sekaligus menunjukkan bahawa keberadaan nabi2 dan rasul2 itu adalah suatu yang haq (benar).


Ketiga-tiga ini iaitu kebenaran wujud dan keberadaan Allah SWT, kebenaran kitab Al-Quran dan kebenaran Nabi Muhammad SAW ini ada realitinya dan dengan itu dapat dicerap oleh panca indera manusia bagi membolehkan terjadinya proses berfikir dengan menggunakan akal manusia yang dengannya diberikan beban tanggungjawab kepada manusia atas setiap perbuatannya di dunia yang pasti akan di hisab (dihitung) amalannya seterusnya diberi balasan yang setimpal dengan perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan di akhirat kelak. Pembuktian dengan proses berfikir ini adalah wajib bagi mewujudkan keyakinan akidah Islam.

Ia merupakan proses yang menghasilkan dalil akli (dalil akal) salah satu daripada 2 jenis dalil yang diterima Islam (dalil akli dan dalil naqli) yang merupakan dalil wahyu daripada Allah Swt. kerana ianya mengikut metod berfikir yang diterangkan Allah Swt. dalam Al-Quran iaitu batas berfikir manusia setakat yang mampu dicerap realitinya dengan pancaindera manusia. Tidak boleh berfikir diluar batasan tersebut misalnya berfikir tentang bagaimanakah wajah Allah dan Zatnya kerana manusia akalnya terbatas.



Manakala untuk mengimani perkara lain yang wajib diimani tetapi realitinya tidak dapat diindera oleh pancaindera manusia seperti kebenaran kitab-kitab selain kitab Al-Quran, nabi-nabi dan rasul-rasul selain Nabi Muhammad SAW, malaikat dan hari qiamat (akhirat, hisab perhitungan amalan, syurga dan neraka) digunakan dalil naqli (dalil daripada nash syara: Al-Quran dan Hadis) untuk membuktikan kebenarannya dengan dalil yang telah terbukti kebenarannya dan tak mungkin salah iaitu Al-Quran dan Hadis yang mutawatir bagi membuktikan pemikiran aqidah dengan penuh taat dan penerimaan..


Qada' dan Qadar baik dan buruknya daripada Allah Swt. juga wajib diimani. Realitinya ada iaitu:


1. Adanya perkara dan perbuatan yang tidak dapat dipilih oleh manusia, atau perbuatan yang dipaksakan atas manusia (Contohnya paras rupa manusia, jantina, kemalangan jalan raya yang tidak diduga dan sebagainya) dan,


2. Adanya Khasiyat (potensi khas) yang dikurniakan Allah kepada benda dan makhluk-Nya (Contohnya api mempunyai khasiyat membakar, air pula mempunyai khasiyat memadamkan api, pisau mempunyai khasiyat memotong, manusia mempunyai naluri dan keperluan jasmani)

Dalam masalah Qada' dan Qadar apa yang diperbincangkan dalam masalah ini ialah tentang ruang lingkup yang adanya pembahasan pahala dan seksa. "Dalam suatu perbuatan, adakah manusia diberi pilihan ataupun tidak untuk memilih." Ilmu Allah dan Iradah (kehendak) Allah tidak memaksa manusia melakukan perbuatan. Apabila adanya pilihan iaitu samaada ingin mengikut kepada perintah dan larangan Allah Swt. atau melanggarnya maka dalam hal ini manusia akan diberi pertanggungjawapan. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran dan akal fikiran itu semuanya akan diberi pertanggungjawapan. Manusia yang mempunyai akal namun tidak digunakan berfikir, mempunyai mata namun tidak digunakan untuk melihat dan mempunyai telinga namun tidak digunakan untuk mendengar, mereka itu seperti binatang bahkan lebih hina lagi.. Oleh kerana itu, apabila terdapat pilihan untuk membuat baik (mengikut perintah dan larangan Allah Swt.) ataupun tidak maka dalam perkara ini akan dipersoalkan dan diberi pertanggungjawaban.


Manakala dalam hal yang tidak adanya pilihan manusia dalam suatu perbuatan, maka dalam hal ini Allah Swt. tidak akan mempersoalkannya. Misalnya paras rupa, warna kulit dan jantinanya. Sabda Rasulullah Saw.
"Sesungguhnya Allah tidak menilai keatas rupa kamu serta harta kekayaan kamu, akan tetapi Dia hanya menilai hati dan amal perbuatan kamu."


Begitu juga Allah Swt. tidak akan mempersoalkan hal2, perkara2, perbuatan2 manusia yang tidak ada pilihan baginya untuk memilih misalnya malapetaka banjir, kemalangan jalan raya yang tidak diduga dan sebagainya yang tidak ada pilihan baginya melainkan menerima dengan pasrah. Hal-hal, perkara2 dan perbuatan2 yang tiada pilihan diberikan kepada manusia inilah yang disebut sebagai takdir, ketetapan dan ketentuan Ilahi, termasuk juga ajal, rezki dan jodoh yang memang telah ditetapkan oleh Allah Swt. kepada manusia. Dalam masalah ajal, rezki dan jodoh manusia haruslah berusaha misalnya bagi mendapat rezki kena berusaha, begitu juga dengan jodoh kena disetai dengan usaha agar ketetapan Allah itu akan datang. Jika tidak berusaha, mengurungkan diri dalam bilik sudah tentu rezki dan jodoh tersebut tidak akan datang. Begitu pula dengan ajal, Allah telah menetapkan ajal manusia, namun manusia misalnya perlu berusaha untuk berubat sekiranya sakit dan menjaga diri agar tidak ditimpa perkara yang tidak baik berlaku pada dirinya..

Qadar pula adalah Khasiyat (potensi khas) yang diberikan Allah Swt. kepada benda2 dan makhluk2-Nya. Misalnya Kertas mempunyai khasiyat untuk terbakar, api mempunyai khasiyat untuk membakar, air mempunyai khasiyat memadamkan api. Api tak boleh dipadamkan menggunakan minyak kerana minyak tidak mempunyai khasiyat memadamkan api tetapi ianya mempunyai khasiyat untuk terbakar. Allah telah menciptakan khasiyat2 ini tetapi ia tidak akan berfungsi dengan sendirinya. Misalnya mancis tidak akan terbakar jika tiada manusia yang memetiknya. Apabila khasiyat api digunakan untuk kebaikan misalnya untuk memasak makanan maka manusia bererti memamfaatkannya dengan baik malah telah melakukan kebaikan, perbuatan yang tidak bercanggah dengan perintah dan larangan AllahSwt. Namun apabila khasiat yang sama digunakan untuk perkara yang tidak baik seperti membakar rumah orang lain kerana dengki maka akan dipertanggungjawapkan di hadapan Allah Swt. atas perbuatan tersebut.

Inilah perbincangan disekitar masalah Qada' dan Qadar, baik buruknya daripada Allah Swt. yang wajib diimani oleh manusia sebagai makhlukNya yang berakal. Inilah serba sedikit mukaddimah yang saya harap dapat membentuk Iman iaitu Aqidah (keyakinan) kita kepada Allah Swt. dan juga kepada segala perkara yang diperintahkan-Nya agar kita mengimaninya. Dengan proses yang benar ini iaitu keimanan yang diterbentuk daripada proses berfikir dan nash2 syara' maka akan membentuk keyakinan yang sungguh kepada Allah dan perintah larangan-Nya serta Hisab pembalasannya bagi setiap perbuatan manusia yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Tujuan hidup manusia juga akan menjadi jelas iaitu tidak lain melainkan untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah Swt., patuh sepada seluruh Perintah dan laranganNya. Maka keyakinan ini akan melahirkan kaidah fikriyah (kaedah berfikir) yang dengan menggunakan kaedah berfikir ini akan dapat menyelesaikan seluruh permasalahan manusia yang meliputi hubungan manusia dengan Allah, Manusia dengan dirinya sendiri dan juga hubungan manusia denagn manusia yang lain. Firman Allah Swt:
"Dan Kami (iaitu Allah) menurunkan kepada kamu Kitab (Al-Quran) ini untuk menerangkan semua perkara." . Allah Swt. juga berfirman yang bermaksud: "Hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku, serta Aku redhai Islam sebagai agama kamu."

Islam itu telah disempurnakan oleh Allah Swt. dan mampu menjawap segala permasalahan manusia. Manusia perlu berusaha untuk memahami pemikiran dan pemahaman yang dihasilkan oleh nash-nash syara' yang dengan itu akan dapat memberi penyelesaian kepada seluruh permasalahannya sebagai makhluk Allah yang memerlukan tunjuk ajar dan peraturan daripadaNya sebagai landasan manusia untuk hidup di dunia ini.

Kaedah berfikir ini tadi akan menjadi landasannya untuk memahami satu2 permasalahan. Dengan kaedah berfikir Islam yang benar ini maka segala permasalahan yang timbul akan difahami pada sudut pandangan dan ruang lingkup Islam menghasilkan mafhum (kefahaman) yang Islami. Seterusnya kefahaman yang Islami ini akan mempengaruhi muyul (kecenderungan) atau sikap seseorang individu iaitu apabila dorongan keperluan jasmani dan naluri manusia diikat dengan mafhum yang islami. Ini akan mempengaruhi tingkah laku manusia tersebut berdasarkan kepada muyul Islam yang telah terbentuk membentuk tingkah laku yang benar, sesuai dengan Islam. Beginilah caranya agar tingkah laku kebangkitan itu mampu terhasil iaitu kebangkitan yang berasaskan kepada pemikiran Islam iaitu akidah Islam. Beginilah caranya bagaimana mewujudkan pemikiran Islam, iaitu akidah Islam yang jernih dan insyaAllah selepas ini kita akan membincangkan pula tentang bagaimana pemikiran Islam mampu membangkitkan umat Islam sebagaimana yang telah berlaku pada zaman Rasulullah agar dapat diraih kebangkitan yang sama buat kali keduanya.

Sabda Rasulullah SAW.
"Masa kenabian akan hadir ditengah2 kalian selama Allah menghendaki. Allah kemudian mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Muncullah kemudian Khilafah yang tegak di atas manhaj kenabian yang akan tetap ada selama Allah menghendakinya. Allah lalu mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Muncullah kemudian kekuasaan yang zalim selama Allah menghendakinya. Allah kemudian mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Selanjutnya, muncullah kembali Khilafah yang tegak diatas manhaj kenabian. Setelah itu, Rasulullah SAW terdiam.
(Hr Ahmad)


Daripada hadis diatas telah disebutkan oleh Rasulullah SAW. tentang janji Allah Swt. bahawa umat Islam akan bangkit semula dengan menegakkan kembali kepimpinan Khilafah menurut minhaj kenabian. Hanya dengan pemerintahan Islam yang ditegakkan dengan asas pemikiran Islam (aqidah Islam) akan mampu membangkitkan Umat Islam. Oleh itu Umat Islam perlu bersatu, menyatu dengan suatu pemikiran iaitu pemikiran Islam dengan pembentukan aqidah Islam yang benar.

Wahai saudara2ku, marilah kita berganding bahu, bersatu dan berusaha gigih bagi menegakkan syariat Allah, mengembalikan Islam pada kedudukan yang selayaknya, tinggi mengatasi segala kekufuran yang wujud di muka bumi. Wahai seluruh kaum Muslimin, wahai umat Islam, dari sinilah kita memulakannya...
Wassalamu 'alaikum wbt.

No comments:

Related Posts with Thumbnails