From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Saturday 31 January 2009

Jasa Bonda

Kau dibuai mimpi dia jaga
kau bersenang dia bekerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat dihati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang

Kau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua
membilang usia

Disaat kau berjaya
dia tiada berdaya
semuga kau tak lupa jasa bonda


Thursday 29 January 2009

Makan..hehehe

After berjongging..aktiviti blah mlm ialah mkn!!! pe lagik hehehe..se seronak lak mkn reramai ni..lupe lak nk bg kedit kt Ali..Li thanks eh sbb tlg belikn makanan nih..Act. pasar malam kt sini sebenarnye dekat sgt2, dpn uni aku je..xbyk brg yg dibeli..lagi pun mknan2 nie usop yg belanja..thanks usop!!!..sebenarnye aku still kenyang lagi..tp org dah pelawa mkn, pe lagi abieh kn lah....hahaha..=p


Wednesday 28 January 2009

Jogging

Dah lama sangat aku tak berjongging since aku tamat belajar hari tuh... Masa belajar dulu agak rajin lah aku berjongging dgn housemate kt Tasek Y..Dalam seminggu, kekadang sekali berjongging, kekadang 2x, paling byk pun 3x seminggu..Depands dengan keadaan semasa..agak2 malas nk g jogging, aku join coursemate aku g men sepaktakraw-men tepi2 je- n bola tampar-yg ni aku men betul2- kt Taman Timah Sari kdg2 tuh kt Balai Bomba..terimas abang bomba sbb sudi lawan dgn kitaorang..ehehe..

Jogging kt UIAM:-


Balik kampus..


Salam semua... Cuti CNY dah habis... Memandangkan cuti CNY jatuh hari Isnin dan Selasa...Jadual kelas aku pada hari tersebut agak padat. Padat dengan subjek killer..Erkk?? yeke killer??-0 Allah permudahkan urusanku- So byk lah topic kena study & cover...Haih..Assgment & tutorial makin bertambah byk..Next week dah start quiz..Hurmmm, cmnelah ngn soklan quiz tuh nnt ek..Hope dah jawab sebaik2nya..

Meja aku yg bersepah~..baru sampai hostel..zzZZzz


Tetiba je kan bilik aku jd tmpt dak2 study-se mcm dok hostel lak..dekat 10 org kt dlm bilik nie..time to prep now!!..wawawa..hurmmm,xdan lah study kt meja..agak sempit utk berdiskusi reramai..tuh yg study kt katil tuh...Lagi pun meja-meja dah penuh dgn org-roomate(DEE) aku bwk geng2 beliau n dorg mintak ajar kt abang2 degree..=)..tarak hal lah ajar korang!!hehehe...

Study!!2



Sunday 25 January 2009

Pertemuan

Alhamdulillah..segala kekuasaan berada ditanganNya..Hari ini adalah pertemuan yang unik..unik??hehe..itu adalah rahsia..-xde rahsia pun..

Perjumpaan saudara seagama. Sebelum ini pertemuan di alam maya. Manusia-manusia yang terlibat adalah; sy, yazid, rafiz, maaruf, ita, dayah, n azie. Masing-masing dah lame kenal. Qada' Illahi telah menetapkan kami berjumpa hari nie..hurmm..

Kami berjumpa kat Sunway Piramid.. Aktivitinya adalah main bowling.. Se seronak lak berjumpa dengan dorg2 nie.. Hepi sakan je.. Sekepala.. The highest score games?? 1round tuh, maaruf..second, rafiz, kut..aku se maaruf boleh je score lebih2..tapi saje je kan tak tunjuk skill..ehehe..

Hurmm..takat disini saje..hehe sekian..

Selamat Hari Lahir, Emak!!

Inilah masanya...Jika kau ingin menyintai ibu.Cintalah ibu sekarang supaya ibu tahu.Keindahan dan kelembutan kasih.Yang mengalir kudus daripada sanubarimu. Cintalah ibu sekarang.Semasa ibu masih hidupUsah tunggu sehingga ibu telah pergi.Kemudian barulah diukir di batu nisan.Dengan kata kata indah pada sekujur batu yang sepi. Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu.Tunjukkanlah pada ibu sekarang.Jika kau tunggu sehingga ibu mati.Sudah pasti ibu tidak dapat mendengar.Kerana kita dibatasi kelemahan. Oleh itu, jika kau menyintai ibu.Walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu.Lafazkan dan buktikan sekarang.Sementara ibu masih hidup.Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya




Salam di pagi Ahad. Hari ni birthday emak yang ke 59, 25 Jan. Selamat hari jadi Mak. Selamat hari lahir mak.

Semuga mak dipanjangkan umur, pintu keberkatan terbuka luas utk emak dan abah, dimurahkan rezeki yang berkat, dipelihara di dalam urusan agama, dikurniakan kesihatan yang baik, diluaskan ilmu pengetahuan yang baik lagi dan benar, dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat, dan ceria selalu.

Insya Allah, anak-anak emak semua dah besar panjang, dah boleh bawa haluan sendiri. Kami sedar, anak-anak mak semuanya lelaki. insyaAllah kami pelihara diri kami. Terima kasih kerna mendidik kami.

Yang penting emak sentiasa doakan kesejahteraan kami.

We love you emak, more than anything else in the world!


Ikutkan hati nak jer balik kampung hari ni, nak celebrate birthday sama-sama. Tapi apa nak buat, kena tunggu awal March nanti lah.

Diri ini pening memikir apa nak hadiahkan emak tahun ini. Kalau suruh emak pilih sendiri, mesti emak tak hendak, mesti emak akan kata simpanlah duit tu untuk jalan jauh nanti. Emak selalu macam tu… mendahulukan kami dalam apa jua keadaan. Masalahnya emak, anak-anak emak pun teringin nak tengok emak gembira dengan cenderahati kecil kami yang kami tahu tak akan setimpal pun dengan susah payah emak selama ini membesarkan kami.

Rindu plak masakan emak..ehehe..

Emak... word yang kite takkan boleh gantikan dengan siapa2 pun kat dunia ni. ..Terima kasih mak.. sebab jaga dan asuh Wan dengan baik sekali, since hari pertama Wan dilahirkan.. Masih bersabar melayan kerenah anak emak yang nakal ini.. Wan tahu emak sayangkan Wan begitu juga dengan Abah..

"Emak.. Wan sayang emak sangat sangat sangat (sayang abah jugak).. ampunkan dosa2 Wan, halalkan susu dan makan minum Wan.. doakan Wan agar jadi seorang lelaki yang baik bertanggungjawab, dikurniakan isteri yang solehah dan ... *Mak tahu bukan taste wan mcmne..ehehe* dan anak-anak serta zuriat yang soleh dan solehah.


Tiada kata yang mampu memberi sejuta penghargaan. Hanya doa supaya mak dan abah diberi kesihatan yang baik, diberkati Allah dan tergolong di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Friday 23 January 2009

Warkah dari Ummu Taqi di Gaza

Menemui saudara dan saudari seIslamku, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pesanan dari saudara-saudari seagamamu di Gaza. Dengarkanlah bagaimana keadaan kami di sini dan beritahukan kepada semua orang samada mereka yang kamu kenali mahupun tidak.

Pada tanggal 27hb Disember 2008, ketika kami di serang rejim Zionis, mereka bukan sahaja menyerang puak Hamas ataupun kaum Muslim di Gaza, tetapi mereka sebenarnya menyerang seluruh umat Islam. Mereka menyerang Islam dengan harapan mereka dapat melemahkannya dan akhirnya melenyapkan Islam dan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Dan sudah tentunya mereka tidak akan sekali-kali berhenti di sini. Mereka inginkan Al Aqsa kesayangan kita, mereka mahukan Tebing Barat dan percayalah kepada ku bahawasanya mereka mendambakan seluruh wilayah Timur Tengah.

Namun, mereka tidak akan pernah berjaya. Mereka tidak akan pernah dapat menghilangkan cahaya Allah, dari bumi ini, InsyaAllah.

Keadaan kami pada saat ini amat dahsyat dan mengerikan, tetapi keimanan kami tetap utuh. Alhamdulillah, walaupun kami tiada bekalan air dan sekiranya ada pun setitis air, ia adalah tercemar dan membawa seribu satu wabak penyakit. Kami tiada wang untuk membeli air mineral dan seandainya kami menjumpai wang pun, mereka yang menjualnya mengatakan kepada kami, bekalan tiada dan amatlah merbahaya untuk mereka keluar mendapatkan bekalan baru. Kami juga tiada bahan api(gas) semenjak empat bulan lalu. Kami memasak sedikit makanan yang kami ada dengan api sebenar yang kami pelajari bagaimana untuk menyalakannya.

Kerabat lelaki kami telah kehilangan semua pekerjaan mereka. Pada masa ini,mereka hanya menghabiskan masa di rumah. .Suamiku menghabiskan masa seharian hanya untuk merayau-rayau dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata untuk mencari keperluan asas seperti seteguk air. Kebiasaannya beliau akan pulang dengan tangan kosong. Tiada sebarang sekolah mahupun bank-bank yang dapat kami keluarkan wang simpanan kami. Hanya terdapat beberapa hospital yang masih dibuka untuk merawat mereka yang tercedera.

Kami sedar bahawa kami sentiasa mempertaruhkan nyawa apabila kami keluar atau berada di luar rumah. Rejim Zionis mengenakan perintah berkurung dari jam 1pm hingga 4pm. Mereka mengatakan adalah selamat untuk kami keluar mendapatkan bekalan asas pada waktu-waktu tertentu, tetapi semua itu adalah satu pembohongan. . Bahkan mereka telah sering menggunakan peluang yang ada itu untuk menambah senarai Syuhada’ didalam koleksi mereka.

Kami memakan nasi dan roti secara berselang hari. Daging dan susu adalah satu kemewahan buat kami. Rejim Israel menggunakan kaedah perang kimia di kawasan sempadan. Mereka membunuh kami menggunakan peluru-peluru dan kereta perisai dan pesawat B52, tidak cukup dengan itu,bahkan mereka juga membunuh kami secara perlahan-lahan dengan membiarkan anak-anak kami mati kelaparan, mengakibatkan penyakit-penyakit yang tidak dapat diceritakan dengan menggunakan perang kimia mereka. Mereka bahkan hanya ketawa di saat melihat kami berterusan menderita dan tidak mampu menahan penyeksaan ini lagi.

Pada ketika semua ini dilakukan, kami diberitahu bahawa semua orang di seluruh dunia melakukan demonstrasi. MasyaAllah, mengenangkan anda semua pergi ke kedutaan-kedutaan dengan meninggalkan kediaman anda memberikan kami satu perasaan bahawa kami tidak bersendirian dalam perjuangan ini.

Akan tetapi, anda akan pulang semula ke rumah dan mengunci pintu pada waktu malam. Kami tidak mampu melakukan itu. Aku sendiri terpaksa meninggalkan rumahku yang berada di tingkat dua pada setiap malam untuk menumpang di rumah adikku di tingkat bawah. Seandainya kami diserang, adalah lebih mudah untuk kami lari menyelamatkan diri

Namun Umat bertanyakan dimanakah bala tentera kaum Muslim? Dimanakah Kemenangan? Dan dimanakah pemimpin sebenar kami yang akan menyelamatkan kami dari kematian ini? Dimanakah bala tentera Salahuddin Al Ayubbi? Usahlah berharap dan merayu kepada PBB, mereka memperkenalkan Israel pada tahun1949 sebagai sebuah Negara dan menjamin nasib kami seperti hari ini. Janganlah berpaling kepada Amerika atau British, apakah mereka tidak mencerobohi umat Islam di Iraq dan Afghanistan.

Serulah pasukan tentera di Mesir, Syria, Turkey dan Libya. Dimanakah mereka? Adakah mereka tegar melihat wanita-wanita meraung dan merintih meminta ikhsan pertolongan pada saat mereka mengebumikan anak-anak kecil mereka? Adakah jeritan dan tangisan adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang kamu didengari oleh telinga-telinga yang pekak? Kami juga mempunyai hak untuk makan dan minum dalam suasana yang selamat dan sejahtera. Kami juga mempunyai hak untuk bergembira, ketawa dan hidup dengan dipenuhi impian seperti anda semua. Ataukah kami tidak berhak???

Ya, memang benar kami sudah keletihan. Apabila aku mendengar bunyi roket-roket dan bom serta melihat pesawat-pesawat yang berterbangan amat rapat mendekati rumahku, aku menjerit-jerit bersama anak lelaki kecilku dan di saat itu, suamiku hanya mampu terduduk kaku dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa.

Saudara-saudaraku, tentunya kamu mengetahui bagaimana perasaannya apabila kamu tidak berdaya untuk mempertahankan maruah dan kehidupan keluarga kamu. Ia membunuh sesuatu dari dalam hati suami ku. Kami sering tertanya-tanya, bilakah mereka(para pemimpin umat) akan menjual tanah kami ini dengan harga yang murah. Adakah dengan seribu atau dua ribu kematian. Kami sedang menunggu untuk melihatnya. Inilah yang telah terjadi pada kami.

Dengan semua ini, tiada siapa yang dapat menyelamatkan kami melainkan hanya Allah Subhanahu wa Taala. Janganlah kamu sekalian melupakan kami di sini kerana hanya kamu lah yang kami ada sekarang ini. Sumbangan dan sedekah kamu tidak sampai ke tangan kami dan apabila mereka membuka sempadan itu, hanya segelintir yang mendapatnya. Mereka yang mendapatnya(sumbangan) itu juga tidak mampu berbuat apa-apa dengannya kerana kami terpaksa mempertaruhkan nyawa hanya untuk pergi membeli makanan.

Mereka(Israel) akan membunuh sesiapa sahaja walaupun seorang anak kecil berumur lima tahun yang membawa makanan untuk keluarganya. Kami ingin hidup dengan usaha dan peluh saudara-saudara Islam kami, bukannya orang lain kerana kami semakin menghampiri kematian.

Teruskan lah usaha di jalan Allah ini dan berdoa serta bekerjalah untuk kemenangan yang semakin menghampiri dan seterusnya bakal menyelamatkan umat di segenap pelusuk, InsyaAllah.

Semoga Allah Subhanahu wa Taala mengukuhkan kita di atas DeenNya pada masa sukar dan senang. Ya Allah, kurniakanlah kami kemenangan dengan segera dan kembalikan lah Islam di bawah satu kekuasaan yang mana kami hidup di dalamnya. Ya Allah, kirimkanlah kami anak-anak Salahuddin, tentera Islam untuk menyelamatkan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam dari kekejaman yang kami sedang bergelumang hidup di dalamnya. Ya Allah, lindungilah anak-anak kami dan hapuskan lah zionis dari tanah kami. Ya Allah, saksikanlah pada hari ini, kami mengadukan tentang pengkhianatan pemimpin kami kepadaMu, dan kami berdoa agar Engkau Ya Allah, mengembalikan segera pemimpin sebenar kami, iaitu Khalifah. Amin.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudarimu Ummu Taqi

boikooot..aaa ok kut..

Juz nk share pandangan tentang pemboikotan barangan Israel & Amerika.. Certain owg kata, cara pemboikotan kurang releven..dy tak beri apa2 kesan sedikit pun. Jika difikir sistem pencukaian perniagaan di Malaysia. Bape sen sgt peniaga-peniaga ini boleh menyumbang 'dana Israel'..Kita pun tidak pasti, adakah betul dana itu disalurkan ke Israel..Kawan aku pernah memberitahu..yang KFC nie dorg laburkan dana dorg utk badan2 kebajikan, bina&baik pulih masjid dan sebagainya. Dan mustahil juga dana2 mereka boleh keluar ke luar negara sebab dlm proses menghantar dana dikena cukai lagi..dan cukai lagi..

Aku fikir lagi..Kalau benar2 nak boikot..tutup terus je company2 yahudi tuh..mata wang niaga ditukarkan dari $ USD kepada $ Dinar..mcm petronas contohnya..tapi korg kena igt jugak..mana2 negara nak tukar mata wang dr USD. Pasti negara tersebut dipantau giler2..lihat mcm Iraq, seingat aku Arwah Saddam Hussein nk tukar mata wang niaga kepada euro..Amerika cuak giler r sbb negara pembekal minyak tak nak guna mata wang mereka..Begitu juga dengar Iran..Yang ni lagi brutal yg aku dgr..Dorg nk guna Dinar..Dan Iran negara pertama sokong perjuangan hamas iaitu menolak genjatan senjata..

kembali blk ttg boikot..berapa ramai yg akan boikot lagi barangan yahudi & israel setelah hamas berkata, negara palestine selamat dibawah pimpinan hamas..yelah kita tahu dorg masih berperang dgn yahudi ketika itu*feel mereka selamat*..so sape yg mahu boikot..ape yang aku perasan, tym ada pengianayaan dan pertumpahan darah, kerja2 boikot kembali aktif..contoh pendekatan yg aku boleh bagi wat mase ini ialah penghinaan terhadap Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW..bape owg masih terus boikot barangan belanda hingga sekarang??dan penghinaan datang lagi..boikot terus kembali lagi..tapi sampai bila hah??

let say, negara kita berada di situasi di Palestine..Apakah pengharapan kalian terhadap umat??adakah duit sumbangan dan ubat-ubatan??sedangkan kita dibedil setiap masa..dimanakah letaknya iman kita kepada kitab-kitabNya??..ayuh kembali kepada Sirah perjuangan Nabi SAW dimana seorang muslimah dicemuh tentang pakaian yg dipakainya..lantas baginda menghantar tentera utk memerangi si pencemuh itu.. Wallahulam..




sumber: HTM

Inilah rata-rata cadangan umat Islam di dalam menyelesaikan peperangan yang berlaku di Gaza sekarang. Serangan ganas Zionis ke atas umat Islam di Gaza yang kini mengorbankan hampir seribu nyawa dan ribuan lagi cedera, dilihat perlu ‘dijawab’ dengan pemboikotan barangan buatan Isreal dan Amerika! Batas sempadan assabiyyah yang dibuat oleh kuffar British di Malaysia sejak lebih 50 tahun dahulu ternyata hingga kini masih berjaya dan menebal menguasai pemimpin, termasuklah ulama Islam.

Apabila umat Islam di Palestin dibunuh dan diperangi, mereka hanya mampu menjawab untuk memboikot barangan si musuh. Apakah agaknya pemboikotan yang dilakukan ini, walau secara besar-besaran sekalipun akan dapat menghentikan serangan dan pembunuhan ke atas umat Islam di Palestin?

Sejak berpuluh tahun lamanya, setiap kali umat Islam diperangi oleh AS ataupun Yahudi, maka laungan penyelesaisan “boikot” barangan Amerika sering dilagukan. Sudah berapa kali siri pemboikotan dilakukan, apa yang nyata adalah, nyawa umat Islam semakin banyak yang melayang dan ekonomi AS dan Yahudi tetap teguh. Hakikatnya, apa yang menyumbang kepada kejatuhan ekonomi AS sekarang ini pun langsung tidak ada kena-mengena dengan pemboikotan oleh negara umat Islam, ia adalah krisis subprime yang berakar umbi dari sistem ekonomi Kapitalis itu sendiri – inilah yang menyebabka kejatuhan ekonomi Amerika, dan bukannya pemboikotan barangan mereka oleh negara luar! Kenapa para pemimpin dan ulama masih seakan-akan buta melihat hakikat ini?

Bayangkanlah jika Malaysia sedang diperangi Amerika atau Yahudi, dan kaum keluarga serta sahabat handai kita mati bergelimpangan di bunuh musuh di sekeliling kita, peluru dan bom pula saban hari jatuh di depan mata, maka apakah kita mengharapkan (pada ketika ini) agar negara lain memboikot barangan Amerika dan Yahudi??? Atau apakah yang kita harapkan? Derma yang tak pernah kunjung tiba? Atau bantuan ubat-ubatan bagi yang telah meninggal? Atau kain selimut untuk menutup mayat-mayat? Atau apa???

Atau apakah pada ketika ini kita mengharapkan datangnya tentera-tentera umat Islam dari pelbagai negara untuk menyelamatkan kita? Manakah yang lebih menggembirakan kita, menunggu derma jutaan ringgit dari seluruh dunia atau menunggu bantuan ketenteraan untuk melawan Yahudi yang sedang mengganas? Sudah tentulah akal fikiran yang waras akan menjawab bahawa, saat ini kita sesungguhnya memerlukan bantuan ketenteraan dari tentera-tentera umat Islam!!!

Ya, inilah jawapan dan penyelesaian yang sebenar yang diperlukan oleh saudara-saudara kita di Gaza saat ini. Mereka memerlukan bantuan ketenteraan, bukannya bantuan simpati kemanusiaan! Dan mereka tidak menghendaki kita hanya memboikot barangan Yahudi di saat Yahudi sedang menyembelih mereka, satu demi satau, hari demi hari. Demi Allah! Sesungguhnya penyelesaian yang hakiki ke atas masalah Palestin adalah dengan menghantar tentera bagi berjihad melawan Israel di sana!!!

Sesunggunya pemboikotan tidak akan memberikan apa-apa kesan untuk memberhentikan kesombongan Israel sedikitpun. Dan ia juga tidak akan menghentikan pembunuhan Israel ke atas umat Islam sedikit pun. Tapi malangnya inilah hakikat pemikiran yang dimiliki oleh sebahagian daripada umat Islam saat ini, hanya boikot sahaja yang dapat mereka fikirkan.

Sebagai seorang Muslim kita perlu melihat dan menyedari bahawa produk buatan Amerika dan Yahudi bukanlah hanya dalam bentuk barangan fizikal semata-mata tetapi lebih jauh dari itu ialah ‘produk pemikiran’ yang saat ini jauh lebih banyak diambil oleh umat Islam. Produk seperti nation-state (negara bangsa), demokrasi, HAM, Pluralisme, Liberalisme dan yang seumpamanya adalah produk pemikiran kuffar Barat yang sehingga kini masih dipegang kukuh termasuklah oleh ulama Islam.

UMNO yang memerintah Malaysia masih berpegang erat dengan segala produk pemikiran kufur di atas sehingga menyebabkan tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang kembali kepada Islam dan cuba menyelesaikan masalah Gaza dengan menghantar tentera ke sana. Apa guna memboikot produk fizikal Amerika dan Yahudi walhal produk pemikiran kufur mereka dipegang erat dan dijaga rapi!!! Produk pemikiran ini jauh lebih berbahaya dan inilah yang menyebabkan Gaza terus bermandi darah, kerana para pemimpin dan ulama yang ada masih berpegang teguh dengannya.

Produk pemikiran kufur menyatakan bahawa Malaysia ada batas sempadan negara sendiri (yang telah ditetapkan oleh Britsh), maka akal para pemimpin dan ulama juga ternyata ‘terbatas’ pemikiran mereka oleh sempadan yang dicipta British. Mereka sudah tidak nampak dan tidak boleh pergi lebih jauh sedikit bahawa sempadan palsu ini hanyalah rekaan British semata-mata. Sesungguhnya sempadan ini langsung tidak wujud dan umat Islam adalah umat yang satu. Dan satu-satu penyelesaian yang diajar oleh Islam dalam memerangi orang-orang kafir yang sedang memerangi Islam adalah dengan jihad. Ya! Ini kerana situasi di Palestin sekarang adalah situasi perang, dan perang wajib dijawab dengan perang (jihad), apatah lagi yang membunuh umat Islam itu adalah kaum Yahudi laknatullah yang telah mempunyai sejarah kejahatan yang sejak lama terhadap Islam.

Setiap negara umat Islam mempunyai tenteranya yang tersendiri, namun tentera ini semuanya dimandulkan oleh pemerintah yang pengkhianat. Langsung tidak digerakkan ke medan jihad, walaupun di saat saudara-saudara kita di Palestin di sembelih dengan dahsyatnya oleh kaum terkutuk Yahudi. Semua ini berlaku kerana kuffar British telah mengajar bahawa, Palestin adalah negara ‘orang lain’, Malaysia negara kamu dan kamu tidak boleh langkau sempadan! Kedudukan kamu yang paling baik adalah berkecuali, menjadi negara-negara yang berkecuali dan jangan masuk campur urusan negara lain. Inilah ‘ajaran’ setan British yang sehingga kini masih tertanam dengan kukuh di minda pemimpin dan ulama Islam. Kerananya, tidak ramai ulama yang berani menggesa pemerintah agar melancarkan jihad di sana, kerana hal ini bermaksud ‘mencampuri urusan negara lain’.

Jika benar kita berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunah, maka apa yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam masa kini, apatah lagi para ulama, adalah dengan menggesa pemerintah yang ada agar mengambil penyelesaian Al-Quran terhadap apa yang berlaku. Dan penyelesaian Al-Quran di dalam masalah ini tidak lain kecuali dengan menggerakkan tentera untuk berjihad melawan Isreal yang sedang memerangi umat Islam. Inilah tindakan yang wajib diambil dalam keadaan sekarang. Firman Allah SWT,

”Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari Kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk” [TMQ at-Taubah (9):29].

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].

Hanya dengan bergeraknya tentera dengan mengikuti perintah Allah dan Rasul, inilah sahaja jalan bagi menyelesaikan masalah umat Islam di Palestin, bukannya dengan boikot!!!

Thursday 22 January 2009

Teruskan bermimpi jika ia 'baik'

Salam semua & selamat pagi..

Mimpi..sampai bila anda merasakan ia indah..adakah ia baik ketika di dalam buaian mimpi atau anda melaksanakan secara realiti dan istiqamah..pasti ada diantara kita merasakan mimpi yg indah itu nikmat..tetapi sekadar melalui mimpi sahaja adakah ia baik?..mengapa tidak dilaksanakan secara realiti??..

Tak kisahlah kalian mimpikan apa pun. Sama ada dalam keadaan tidor atau berjaga. Berjaga?? pelikkan..hihihi.."Jangan nak mimpi di siang hari lah kalau kau nak ... sedangkan yang ini ... kau tak buat"..Tersenyum saya tatkala melihat jenis manusia ini..Solat tatkala dia merasakan 'perlu'..Time exam dah dekat, time itulah mereka hendak solat..Ketika buntu, baru nak mengaji..Tak ada duit, baru lah nak puasa..Yang lagi syahdunya, buat puasa sunat sebab nak save bajet..Yang tak boleh tahan, clash dengan awek..Di minta ajar solat Hajat bagaimana..Ajar jugak lah bagaimana hendak solat Hajat plus bagi khutbah, "Yang fardhu kau tak laksanakan. Yang sunat kau nak buat. Buat pun sebab ada musibah..Better kau laksanakan yang fardhu, barulah kau buat yang sunat-sunat nieh"..Lucu melihat gelagat mereka tetapi sedih melihat keadaan mereka..Mereka masih muda, masih bertenaga..

Pernah juga dikongsikan cerita mereka tentang cita-cita. Ada yang sudah buat time-line sendiri...Pergi haji pada umur sekian-sekian..kawen umur sekian-sekian..tatkala menyentuh perihal pasangan, rata-rata mereka mahukan isteri yang solehah..Ya, semua lelaki mahukan isteri yang solehah..Even penyanyi rock lelaki pun mahukan isteri yang solehah.Tak percaya pergi tanya mereka..Isteri solehah yang bagaimana??Apa definisi sang lelaki tersebut dan lelaki lain??Jelas lagi bersuluh, mereka mahukan isteri yang dijelaskan di dalam al-Quran..Akan tetapi, buat mereka(lelaki) yang sedar berpacaran, pasangan mereka tidaklah kearah wanita solehah..Masih lagi berpegangan tangan..Bila ditanya pada lelaki tersebut, "Awek mana ko bawak jalan tuh??Hepi semacam..".."itu kawan je bro..bukan nak buat bini pun..itu yang hepi semacam tuh"..Erkk..kata nak dapatkan isteri solehah..tapi buat perangai macam tuh..ish..ish..ish..

Itu bab hal peribadi/urusan diri. Bagaimana pula dengan urusan masyarakat?? Kita mahukan umat masuk Islam secara kaffar..dan kita didik dengan pendidikan yang Islami..Tetapi diluar lingkungan itu atau dalam masa yang sama kita diajar semangat Assabiyah/perkauman..Kita mahu generasi muda ini mempertahankan negara dari pelbagai penjajahan..Tapi kita tengok sekarang, hiburan yang keterlaluan banyak dimerata-rata tempat..Apabila generasi muda menyerang pentadbiran negara, mereka ditahan sebab melanggar dan mencemarkan perlembagaan negara. Sedangkan generasi muda itu, mempertahankan negara dari segi bentuk sistem pemerintahan. Mereka tidak mahu dijajah dengan sistem pemerintahan tidak islami walaupun mereka dipimpin orang Islam..Dan banyak lagi perkara yang boleh diperkatakan, "Jangan nak mimpi di siang hari lah kalau kau nak ... sedangkan yang ini ... kau tak buat"..

Begitu juga masalah suadara kita di Palestine..Anda masih mengharapkan penguasa PBB utk solve kan kita..sedangkan PBB yang melahirkan negara Israel..Semoga kita berada dikalangan orang-orang yang berpegang di taliNya..semoga diri ini dan kalian terlibat secara langsung dalam menegakkan kembali sistem pemerintahan Islam yang mengikut Minhaj Kenabian; "...selepas itu, akan kembali Khilafah Ala Minhaj An-Nubuwwah" [HR Ahmad]
Wallahulam

Wednesday 21 January 2009

pasar malam..pasar bebas..

Ada sesiapa boleh bantu aku?? Jadi sifu aku..hehehe..sebenarnya aku tgh buhsan..baru je balik dari opis MARA..sesampai je di hostel, roomate n coursemate aku ajak g pasar malam..pasar malam tuh depan universiti aku n belakang uiam..tapi aku mlm nk keluar mlm nie sbb kepenatan..uhuhu..

Semester ini.. aku amek subjek; Quran & Sains Moden, Circut Teory I, Electromagnetic Wave, Continuous Signal & Systems, Transmission System, Engineering Mathematics III, and Mandarin I..huuu, agak mantap subjek semester nie.. Quran & Sains Moden, awal2 dah diberi assignment..soalan agak mantap gak..like perbedaan sains islam dan barat..pembuktian didalam al-quran dan sebagainya lah..tajuk??masih dalam perbincangan..kalau dapat tajuk tentang teori Darwin, mudah kut nk patahkan hujah beliau..hehehe..kalau tumbuh-tumbuhan??nak fikir ape ek??..

mencari geng usrah/halaqah??aku masih belum ketemu lagi..bajet/plan nk masuk ko-ku I utk semester nie..my adviser tak benarkan..sbb jadual aku dah penuh..clash dgn mase gik..ko-ku I cuma ada 2 pilihan je..jd rakan masjid or aktiviti masyarakat..aku prefer jd rakan masjid plus roomate ajak aku join..tp apa kan daya..jadual semester kami tidak mengizinkan..jadi rakan masjid nie, leh dikatakan best..sbb kita banyak handle aktiviti dgn pelajar..contoh kita bukak forum hal ehwal islam..ceramah-ceramah itu ini..org kata kasi pemantapan lebih..tak mau lah student cemerlang pd akedemik sahaja..dan byk lagi..

Ape lagik ek aku nk share cerita dgn kalian??..hummm...Mcm nk cite ttg pergaulan lelaki dgn wanita..sejak kebelakangan nie, aku benar2 tak rase selesa dgn 2 orang manusia itu..dorang nie suka kecek/share air..kdg2 makanan..biasanya air minuman..selamba dorg je, sedut air minuman lelaki..air aku??kongsi straw plak tuh...hishh...huh, penah gak dorg sedut air aku(aku tak minum laagik tuh)..aku apa lagi, terus order baru..act. aku benar2 rase tak selesa bila timbul situasi mcm tuh..tak kisahlah awek/tunang yg minum..bukan sebab rase jelek dgn bekas minum awek/tunang..tapiiii...korang sendirilah fikir..ada gak mber aku yg lain, jenis tak kisah..huhuhu..start dari situ klu aku n geng aku mkn bersama dgn mereka, cepat2 aku tarik air aku(ke kwasn yg dorg xleh capai)..malas giler nk layan kerenah dorg..aku n sorg geng aku nie, byk wat hal sendiri bila berjumpa dgn dorg..aku bukan ape..dorg(gurl) selamber je sendeng bahu dy dgn bahu lelaki like kt lab computer..*konon2 share computer n discuss*..ishh..ape nih!!!..

Monday 19 January 2009

Tanda-tanda Dunia ...

Sumber: diemelkan oleh Mak Nab...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.
'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai).
Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim


~ dah nampak dah...


3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'
- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik...



4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'-
Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &

hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim
& sikap yang buruk dalam tetangga.'-
Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu.......




6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
tidak mengingkari kemungkaran'-
Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'-
- Riwayat Thabrani


~ George Bush, Ariel
Sharon& kat Malaysiapun ada....



8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.'
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, etc..)...



10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.'
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...



11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......



12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'
-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...


13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'
- Sahih Muslim


~ Dubai
dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Sunday 18 January 2009

cabaran ke?? atau masalah??

Dalam minggu nie je..manusia yang aku contact bercerita ttg kahwin..tanya khabar si A,B,C citer psl kawen..D dah nk beranak..si E plak isterinya tgh pragnant 2 bulan tuk kali kedua..Aduhai, aku salah time ka utk bertanya khabar kawan2 aku..ke skg nie tgh musim mengawan??kuikuikuikui..bak kata kawan aku 'walawei'; "hakhak.bese ar 2.umo da nk 22 ni,otak sume kawen je.hahah.anda bl lg?hihi"..bila ditanya tentang hantaran dan majlis..masing-masing memberikan jawapan yg berbeza..ada gak r cite yg 'menjerut' lehar lelaki..aku pun tak tanya lebey2..asalkan kehendak dan pilihan dorg membahagiakan mereka..

pada pendapat aku..nak wat majlis kawen tuh, xpayah lah nk gran2 bangat.memang lah sekali sekala dan nama pun raja sehari, ye tak??tapi sebelum bertindak melakukannya, hendaklah memikirkan perkara dihari mendatang..fikir soal rumah dan anak2..bagaimana?? kereta??kereta rasenya dah settle kut b4 korang berkahwin nnt..pape hal fikir kedua perkara tersebut..

"...bek duit simpan tok kawen. ... aku xnak ada hutang2 ke pe,n aku lagi pentingkan simpan duit utk LEPAS kawen, bkn simpan UNTUK kawen" kata kawanku

betul juga apa yg dia cakapkan..yang muda2 nie kenalah fikir kehadapan..fikir ttg dana pendidikan anak2..kita pun tidak tahu bagaimana nasib mereka kelak..mudah ke, tidak mudah ke untuk dapatkan scholarship dorg..semakin hari semakin mencabar..tempoh hari sempat jugak aku bertanya seorang kawan ttg perbelanjaan sekolah anak dorg..dia kata, dekat rm3500 habes blnja sek utk 4 org anak..aku bertanya lagi..yg sulung darjah bape??yg lelain pula?? kwn aku jawab' "darjah 5, 3,2 n sorg msk tadika..yg tadika nie aku masukkan private"..dalam hati aku berkata; "pergh, ni baru peringkat sek rendah..yg peringkat sekolah menengah mcmna lah"..aku tanya lagi; "nape yg kecil ko msk kn private school?".. "takde sape yg jaga dia..blk dah lah lambat..masing2 keje ikut office time..takleh leka2, kang kena dpt warning berhenti kerja..huhu"
dunia..dunia..

kredit for wazir/i-search: fikir-soal.blogspot.com ; releven juga apa yg ko katakan..

Bagi yang menganggur, bila nak dapat keja ni? "ada yang kata ijazah aku tak releven. Ada yang kata aku tak pandai mandarin, ada yang kata aku malas,ada yang kata aku memilih." Adakah ianya benar? kalau begitu, kenapa aku belajar kalau semuanya tak relevan? kenapa aku dipaksa meminjam, untuk 'membeli' sekeping kertas yang tiada nilai bila datang interview? kenapa pula bila aku dah habis belajar, sibuk pulak suruh semua orang fokus bidang kemahiran? Dulu cakap siapa tak fokus sains dan teknologi, tak dapat keja. Sekarang lain pulak?"

Bagi yang dah bekerja "Aduhai. Dah keja. Nak kawin pulak, kalau tak kawin, kang aku sebat je mana2 yang offer tepi jalan tu.. nak kawin, mana nak cekau duit ni. Kurang2 20k kena ada dalam tangan. Kenduri lagi, hantaran lagi, kereta lagi, rumah lagi. Nanti dah ada anak, anak lagi. Kalau isteri tak bekerja, nk tanggung isteri lagi. Keluarga sendiri lagi, keluarga isteri lagi. Nanti anak dah besar, nak belajar lagi. Harituh kawan aku daftar anak, sekali daftar 4 orang anak, dekat 3ribu habis! macammana ni?! Nak kawin, tapi bila tengok ke depan, macam makin banyak ja beban. Dah nak pinjam duit bank pulak. Kenapa bila pinjam kena bayar faedah? tak boleh ke pinjam 10ribu, byr 10ribu? beban btoi la. Semua benda beli nak kena bayar pakai hutang. Hutang dengan faedah plak tuh. Apa 'faedahnya' pinjaman dengan 'faedah' nih? mana pulak datang cara faedah-faedah nih? takde ke cara beli rumah, keta, blajar anak-anak tak pakai faedah2 nih?orang lain pun tak komplen. boleh pulak terima benda faedah2 nih."

Bagi remaja "pas habis blaja, emm, jadik ape ek? artis pun ok gak. senang dapat duit. tengok orang lain blaja susah-susah, last2 tak dapat keje. dpt hutang. haha. tapi, kalau semua orang jadik artis, macam pelik plak. takkan nak seronok je. dulu2, ramai cerdik pandai. skang, ramai artis plak. cerdik pandai, aku tgk dlm tv, cara cakap pun takdelah pandai mana pun. aku pun leh pikir mcmtuh. apa ek? tengok kawan2 slamber ja rakam adegan panas diaorg dalam handpon. macam dah takde malu.dulu rasa macam mustahil nak tengok adegan panas melayu. skang nih dah bersepah plak. macam dah biasa. nape ek jadi gitu? ramai masuk universiti. ramai yang pandai, tapi.....macam makin tak betul plak keadaan. semua macam jadik robot. pegi keja, tak nampak matahari. balik keja pun, matahari dah turun. ujung minggu, keluar bersesak gi shopping, gi clubbing...tapi....macam kosong je rase...nape ek?"

Friday 16 January 2009

Situasi

Salam everyone...

Hari ini genaplah minggu pertama pen'study'ian di universiti. Di awal-awal kelas tak lama mana pun masa pembelajaran.. 10-30 minit lecturer masuk, pastu blah..pastu ada yang tinggalkan tutorial..xlupa jugak bagitaw ada test next week..erkkk..Masa hari senin, sy datang 1 kelas je daripada 4 kelas pada hari tersebut. Antara kelas yg sy 'cabut' kelas dari Dekan..uhuhu..terpaksa cabut, sbb kena hadir meeting student ex-mara..hurmmm..

Baru-baru nie, UniKL-BMI ngn UIAM tidak mendapat bekalan air. sbb empangan air utk kami dan sekitarnya tercemar dek kemalangan lori yg membawa minyak.thanks abg2 SYABAS cz dtg bawak lori air utk kitaorang..klu nk bawak air, jumpalah kitaorang..klu nk bawak bil, jgn jumpa kitaorang..lol..

Tgh buat apa?? Tgh study ttg Continuous Signal and Systems..klu korg nk tahu..subjek nie lah, sy ada test minggu depan..uhuhu..adeh..nak wat cmne nieh...hmmm, hope ia memudahkan..hope mulut ko (ita) masin..ameen..dy kata subjek senang.." Ohh, signal eh?ak da blaja last sem.sng je tuh.utk ko.kOnfem kacang je.dun wOri lah." dan aku rase ia mcm senang..hehehe



lab Continuous Signal & Systems

Konon2 study.. Continuous Signal & Systems

Sunday 11 January 2009

9 jan

semasa on the balik ke Salak Tinggi dari Gombak. Seperti biasa..sy berhenti di KL Central untuk swicth train. Apa yang berlaku disitu, terdapat tabung utk Gaza. Di tabung itu ada 2 orang foreigner (laki dan ppuan) duk perhatikan Tabung itu. Sy perhatikan mereka..dimana wanita itu hendak menderma. But di'halang' oleh lelaki itu(mengelengkan jari telunjuknya kepada perempuan). Sy perhatikan lagi, gelagat lelaki itu, seolah2 menderma tak menyelesaikan masalah. Dari gerakan tubuh n tangan lelaki itu kepada ppuan itu seperti 'bom dibalas dengan bom'.


Berbalik kepada Jumaat yg lalu.. Sy bertanya kepada kalian dan diri sy sendiri dimana peranan kita?? kita still rase syukur negara kita xkena bedil peluru..dihujani bom2..dan sebagainya..mslh ekonomi kita?? mmg lah kita tgh merundum ekonomi..sume negara pun kena kesan global itu juga..tp masalah jiwa umat islam dipalestine itu..tidak kah rase hiba bila melihat di tv dan mndgr dgn telinga sendiri??kita nie masih berpeluang taw utk pegi sek, jumpa kwn..riadah sana sini..tgk bola hingga lewat mlm..cita2 saudara palestine itu besar..berjihad fisabilillah mmbebaskn negara mereka dr yahudi..memuliakan kembali Syariat Islam..Kat sini??*fikirlah sendiri*..


Wahai Tentera Allah! Taatlah kepada Allah, berjihadlah di palestine

Wahai Tentera Muslim, Gaza memerlukan kamu!!

-Dimana General Salahuddin ke dua??yg bakal membebaskan palestine dr luar seperti mana yg berlaku pada General Salahuddin Ayubi sebenar..


"
Keganasan dan kebiadaban Yahudi di Gaza saat ini tidak akan dapat diselesaikan kecuali dengan satu-satunya jalan yakni pasukan tentera mestilah dihantar ke sana bagi melawan musuh Allah yang juga merupakan musuh umat Islam iaitu Yahudi laknatullah. Kekuatan mestilah dilawan dengan kekuatan dan perang mestilah dijawab dengan perang, bukannya dengan ubat-ubatan atau pemboikotan semata-mata."



“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].

Saturday 10 January 2009

1 week orientasi sama dengan 1 week 'putus' dgn dunia luar

salam semua..
sy baru je sentuh dengan dunia luar hari ini.. selama seminggu (6 hari gitu) sy diputuskan dgn dunia luar. handphone diambil, jam tangan diambil, dan sebagainya lah. nak tgk tv..baca paper..xberpeluang langsung..

selama 1week(4 jan) nie jugak sy dikhabarkan beberapa berita..antaranya plastine diserang lagi!! interview for future study kt overseas sy terlepas!! owh tidak~ mngapa ini boleh berlaku. mengapa sy boleh terlupa utk buat call divert utk keluarga sy. byk sms2 yg dah expire date..tataw sape yg antor..sori lah kt sapa2 yg send sms tp sy tak bls..

mengapa palestine diserang begitu sekali..manae peranan pemimpin islam yg berkuasa??mana pemuda2 islam??klu kalian pegi solat jumaat di UIA pasti kalian terasa hiba bila khutbahnya menyentuh ttg jiwa2 umat islam yg dirobek..even khutbah berbahasakan arab..jemaah/student2 disana rata dr timur tgh..uni internasional katakn..seriously ia memang berbeza ditempat2 yg dikelilingi rumput bangsa yg sama..mengalir jugak lah air mata bl mendengarnya even tak pandai bahasa arab..*mybe dipengaruhi factor sekeliling*..

act i am not UIA student. sy jirannya aje..hihi..kt tmpt sy ada 4 buah masjid..sy prefer masjid UIA cz tmpt yg besar, ramai student internasional, n nak rase environment baru..




Monday 5 January 2009

Jika...Jadilah


Jika kita mahu diiktiraf sebagai pejuang Islam yang benar, perhatikan tuntutan ini;

Anda dilihat sebagai penyatu umat, bukan penyatu kumpulan, apatah pemecah belah.

Dari syurga kita diturunkan untuk saling bermusuhan ( Al Baqarah:36 ). Perhatikan daripada sang semut yang kecil hingga sang gajah besar di alam ini, dapatkah dilihat makhluk yang lebih kuat permusuhan dan persengketaan mereka lebih daripada manusia? Habis makhluk merana hidup mereka kerana manusia!

Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan." (Al-Baqarah, 2: 36)


Maka tugas kita; kembali ke jalan Allah dan memimpin manusia ke jalan Allah.

Kenapa? Di jalan ini saja manusia mampu bersatu.

Kenapa? Di jalan ini saja manusia mengenal hakikat diri.

Kenapa? Di jalan ini saja ada Allah yang memberitahu dan memberi petunjuk.

Kenapa? Di jalan ini saja Allah mahu kita bersatu menujuNya.

Kenapa? Itu kehendakNya jua.

Anda tidak layak menjadi pejuang agama Allah sehinggalah anda menjadi pejuang Islam terlebih dahulu.

Islam adalah jalan. Manhaj Nubuwa adalah kenderaan.

Hanya satu kenderaan dibenarkan berada di jalan ini iaitu kenderaan Khilafah yg mengikut Manhaj Anbuwah. Pemandunya Khalifah yang dibai’ah.

Adakah kenderaan itu? tiada lagi.

Bilakah akan ada? Akan ada akan datang.

Bagaimana sekarang? Naiklah kenderaan yang tersebut, yang lebih selamat, yang lebih besar, yang berjalan di jalan kenabian.

Ertinya, pastikan jalan dahulu sebelum naik kenderaan. Pastikan anda pejuang Islam yang benar memasuki Islam secara kaffar.

Sistem Kuffar lenyap apabila datang kenderaan besar itu (Khilafah).

Islam adalah: 1) Jalan itu 2) kenderaan besar itu.

Jika sebaliknya,

Anda gembira ketika umat tidak gembira.

Anda melanggar kenderaan lain kerana anda mengira itu jalan anda saja.

Anda dibenci kerana sifat kikir itu. Anda pula membalas dengan turut membenci.

Anda tak tahu pun bahawa anda diperlukan oleh jutaan umat, bukan sejuta umat. Anda dalam tempurung itu.

Maka, bukalah pintu diri..

Jadilah pejuang Islam, pejuang umat Islam..

Friday 2 January 2009

Palestin Perlukan Pembelaan Khilafah


Tertarik dengan khutbah hari ini. Beza dengan khutbah yang sebelum-belumnya. Lain dari yang lain. Khutbah tersebut menyentuh tentang Khilafah. Dimana saya mendengarnya, di sebuah masjid kawasan Salak Tinggi. Terfikir oleh saya, pertama kali saya mendengar khutbah ala2 itu..Saya fikir sedalam-dalamnya.."Owh, maybe disebabkan perbezaan tampuk pemerintahan kut.."

Disaat saya membaca blog2 rakan. Kesemua mereka meluahkan perasaan tidak puas hati. Ada sorang itu berkata, "kita boikot" dan sebagainya lah. Teringat akan kata-kata Imam yang membaca khutbah; "Kamu jangan rasa pelik.." Imam berkata lagi; "apalah imam nie, merepek je, ekonomi tgh down, dia lak sibuk khabar tentang jihad"..boleh dikatakan semua jemaah 'tercengah' apabila imam berkata demikian. Ketika itu hendak memasuki khutbah kedua..Khutbah kedua menyentuh tentang jihad. Dia ada pesan gak, *lebih kurang begini bunyi* "akan mati dalam kejahilan jika mereka itu tidak berjihad menegakkan syariat Allah.."..tentang maal hijrah ada jugak beliau sentuh..hijrah iaitu pemindahan dari kota mekah ke kota madinah cuma berlaku pada zaman nabi sahaja. zaman sekarang jihad menukar Sistem Kapitalisme ke Sistem Khilafah

Ini sedikit artikel yang saya mahu kongsikan. Sumber ini dipeti dari mykhilafah.com :

http://mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=755:palestin-perlukan-pembelaan-khilafah&catid=48:analisis&Itemid=30


Kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini sukar untuk dibayangkan. Dunia yang luas seolah-olah menjadi sempit bagi mereka. Hampir semua jalan-jalan masuk ditutup oleh rejim Israel. Bekalan makanan dan ubat-ubatan semakin berkurangan. Lebih memilukan apabila mendengar khabar anak-anak kecil yang terpaksa menanggung kesakitan dan kelaparan sehingga ada sebahagiannya yang dilaporkan telah meninggal dunia. Jelaslah, kekejaman Israel dan Barat tiada batas kemanusiaan. Rakyat Palestin dilihat seperti sedang dihukum oleh Barat kerana memilih Hamas di dalam pilihanraya yang lalu. Akibatnya, Parti Fatah, yang dianggap gagal untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin telah dipaksa untuk duduk di bawah pemerintahan Hamas. Amerika kemudiannya telah mengambil keputusan untuk menghentikan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Hamas sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat Palestin. Tindakan yang jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi yang mereka laungkan itu kemudiannya telah diikuti oleh negara-negara Eropah.

Kaum muslimin tidak berdiam diri, di sana-sini mereka bangkit untuk membalas sekatan tersebut dengan menghulurkan bantuan kewangan. Arab Saudi, Iran, Mesir dan Indonesia termasuklah Malaysia telah berjanji dan ada juga yang telah menghulurkan bantuan. Sikap kaum muslimin ini dengan jelas membuktikan bahawa wujudnya pertentangan di antara Islam dan Barat. Ia tidak dapat diselindung lagi. Ia telah berlaku sejak Islam diutus kepada Nabi Muhammad SAW. Kali ini, yang sedang menjadi mangsa adalah rakyat Palestin.

Walaupun kaum muslimin bangkit melahirkan penentangan secara spiritual dan material terhadap kuasa-kuasa Barat ini, usaha mereka masih jauh menampakkan hasil yang diharapkan. Selagi kaum muslimin masih dikongkong oleh sistem Kapitalis-Barat, mereka akan terus dipermainkan oleh boneka-boneka Barat. Dan dengan sistem itulah juga yang telah menghalang semua bantuan daripada sampai kepada rakyat Palestin. Sejumlah wang yang disumbangkan masih tersekat di bank-bank. Bank-bank di Iran, bahkan yang di Lebanon juga tidak dapat memindahkan dana sumbangan kepada PA. Hanya sejumlah dana yang terhad berjaya dipindahkan melalui pemegang-pemegang akaun individu. Wakil Hamas di Lebanon, Osama Hamdan berkata pada minggu lepas, sebanyak US347 juta yang didermakan oleh rakyat Arab dan institusi-institusi lain kepada PA telah dibekukan di bank-bank Arab, ini termasuklah US90 juta di Jordan, yang mana kerajaannya juga telah menghalang sebarang kutipan derma di adakan untuk Hamas. Segala sumbangan yang dihulurkan oleh setiap kaum muslimin, tidak kiralah berapa jumlahnya, samada sedikit mahupun banyak akan akhirnya menghadapi kesukaran untuk sampai kepada rakyat Palestin. Daripada laporan media antarabangsa, Hamas ketika ini sedang memperlengkapkan pasukan keselamatan yang baru ditubuhkan untuk menghadapi tentangan daripada musuh-musuhnya. Dari manakah mereka mendapatkan sumber kewangan jika tidak daripada sumbangan yang disalurkan kepada mereka. Jadi, adakah sumbangan yang disalurkan untuk rakyat Palestin itu benar-benar dapat dimanfaatkan? Berapa lamakah bantuan tersebut dapat bertahan?

Setiap kebaikan yang dihulurkan, pasti akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Tetapi, tidak ada ganjaran yang lebih besar daripada ganjaran memperjuangkan penubuhan sistem khilafah. Kerana dengan tertegaknya Sistem Khilafah, bukan sahaja rakyat Palestin, tetapi seluruh umat Islam di dunia ini akan mendapat pembelaan darinya.

Sumber : mykhilafah.com


Ijtima'i: Interaksi Lelaki dan Wanita



Sistem sosial-kemasyarakatan (an-nizam al-ijtima'i) adalah yang mengatur pertemuan lelaki dengan wanita, atau wanita dengan lelaki, mengatur hubungan yang timbul di antara mereka kerana pertemuan tetsebut.

Termasuklah hal-hal yang menjadi natijah daripada adanya hubungan tersebut. Sedangkan hukum-hukum yang berkenaan dengan masalah sosial-kemasyarakatan yang diatur oleh Islam adalah:

Pertama, bahawa hukum asal bagi wanita adalah menjadi dan pengurus rumah. Wanita merupakan kehormatan yang mesti dijaga. Berbeza dengan konsep Kapitalisme ataupun yang lain, bahawa wanita merupakan barangan yang dapat dirasai oleh sesiapa sahaja, sehingga kehormatan mereka tidak dapat dipertahankan, malah dicabuli di mana-mana. Hal ini nampak daripada adanya hukum-hukum, sepeerti kewajiban menutup aurat wanita, berjilbab dan tidak bertabarruj.

Kedua, bahawa hukum asal wanita wajib dipisahkan dengan lelaki. Mereka tidak boleh bertemu kecuali kerana adanya hajat dibenarkan oleh syara'. Seperti haji, dan jual beli. Hal ini juga nampak dari adanya hukum-hukum seperti larangan berkhalwat antara lelaki dengan wanita, perbezaan hukum antara kehidupan am dan khas.

Ketiga, bahawa wanita diberi hak yang sama dengan 1elaki serta mempunyai kewajiban yang sama, kecuali yang dikhususkan kepada lelaki atau dikhususkan kepada wanita berdasarkan dalil syara’.Wanita dan lelaki, sama-sama dibenarkan melakukan urus-niaga pertanian, membuat kilang, serta melakukan akad dan mu'amalah lain. Ia juga dapat memiliki berbagai-bagai jenis pemilikan. ) Juga dibenarkan untuk mengembangkan harta dan membelanjakannya, mengurus semua urusannya sendiri. Wanita juga dibenarkan untuk diangkat menjadi pegawai negara, serta dipilih menjadi anggota majlis ummat ataupun memenuhi haknya untuk memilih dan membai’at khalifah. Akan tetapi, wanita tidak boleh menjadi al-hakim (khalifah wakil dan pembantu khalifah, wali, ketua qadi dan amil) atau memangku tugas-tugas yang berkenaan dengan pemerintahan, seperti menjadi qadhi mazzalim.

Keempat, Wanita hidup dalam kehidupan am (di luar rumah) dan kehidupan khas (di dalam rumah, kenderaan peribadi ataupun yang dengannya). Dalam kehidupan am, ia dibenarkan untuk bersama dengan lelaki mahram, ataupun lelaki asing dengan syarat tidak menampakkan anggota tubuhnya, kecuali wajah dan tapak tangan. Juga berpakaian menjolok mata, menarik perhatian (tabarruj) atau menampakkan bentuk tubuh (mutabazilah). Sedangkan dalam kehidupan khas, ia tidak dibenarkan bersama orang lain, kecuali sesama wanita, mahramnya. Dalam masing-masing kehidupan ini, ia wajib terikat hukum syara' secara mutlak.

Sedangkan yang dimaksudkan dengan tempat khas di sini adalah tempat tertentu yang untuk memasukinya, orang lain memerlukan izin daripada penghuninya. Ini diambil daripada firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu jangan memasuki rumah lain, sehingga kamu mendapatkan izin dan kamu mengucapkan salam penghuninya." (Q.s. An-Nur: 27).

Ayat tersebut menerangkan, bahawa ada rumah yang "kamu mendapatkan izin' untuk memasukinya, dan ini dijadikan sebagai illat untuk menentukan tempat tersebut sebagai tempat khas. Sedangkan tempat am, adalah tempat yang untuk memasukinya, orang lain tidak meminta izin.

Kelima, bahawa wanita juga dilarang berkhalwat dengan lelaki bukan mahramnya, menarik perhatiannya dengan bertabarruj (memakai wangi-wangian, memakai make-up wajah yang menonjolkan kecantikannya dan sebagainya), termasuklah membuka aurat di hadapan orang ramai atau lelaki asing. Berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah, kendaraan, atau tempat-tempat khas sahaja, tetapi berkhalwat juga boleh berlaku di tempat am, seperti berdua-duaan di tempat umum yang kosong, atau tempat am yang lain. Kerana khalwat adalah mengasingkan diri daripada orang ramai dengan cara berduaan, iaitu antara lelaki dan perempuan. Kerana itu, khalwat dapat pula terjadi di dalam tempat khas, seperti rumah, kereta peribadi atau pejabat, atau di tempat am, seperti taman, kampus atau ruang belajar dan sebagainya.

Keenam, bahawa antara lelaki mahupun wanita, sama-sama diharamkan untuk melakukan aktiviti yang dapat secara langsung merosakkan akhlaq atau membawa kerosakan pada masyarakat. Seperti diharamkannya wanita untuk bekerja menjadi pramugari, kerana digunakan sebagai daya tarikan seksual bagi lelaki. Ataupun bekerja di pusat barangan beli-belah, dengan tujuan menarik pelanggan lelaki. Atau bekerja di pub-pub, kelab-kelab malam dan sebagainya. Termasuk. lelaki yang bekerja di salon kecantikan yang dibenakan untuk menatik daya seksual wanita.

Ketujuh, bahawa kehidupan suami-isteri adalah kehidupan yang penuh ketenteraman. Kehidupan suami-isteri adalah kehidupan persahabatan. Bukannya kehidupan dua orang yang berkongsi hidup. Oleh kerana itu, maka suami-isteri wajib saling bantu-membantu dalam pekerjaan rumah, meskipun kewajiban suami adalah bekerja di 1uar rumah. Suami mestilah berusaha untuk mengambil pembantu untuk meringankan beban isterinya. Sedangkan kepemimpinan suami dalam rumah tangga, tidak sama dengan model kepemimpinan seorang penguasa keatas rakyatnya, melainkan kepemimpinan yang bersifat riayah (mengurus). Sebab, hubungan suami-isteri tidak seperti hubungan antara penguasa dengan rakyat. Dan isteri juga diwajibkan untuk ta’at, sedangkan suami diwajibkan untuk memberikan nafkah kepada isteri dengan kadar yang lazim dan wajar sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat.

Kelapan, bahawa mengasuh budak merupakan hak dan kewajiban wanita, apakah muslimah ataupkah bukan. Namun, apabila budak tersebut tidak memerlukan lagi "asuhan" ibu, maka apabila ibunya muslimah, budak tersebut diberi pilihan untuk memilih ayah atau ibunya. Apabila salah seorang daripada orang tuanya bukan muslimah maka budak tersebut wajib diasuh oleh orang tuanya yang beragama Islam. Ini berlaku dalam kes penceraian sahaja.


Kenyataan ini juga diperkuat oleh beberapa nas, antara lain;

“Sesiapa sahaja yang mengambil selain Islam sebagai agama, maka tidak akan pernah diterima.” (Q.s Ali-Imran: 85).

Related Posts with Thumbnails